Nikahi suami ats dasar cinta tanpa otak. Saat hamil, sejarah hitam pun bermula

Assalamualaikum semua.

Saya nak ringkaskan kehidupan saya yang telah berubah 100% lepas berkahwin. Saya seorang wanita berumur 24 tahun lepasan diploma.

Saya kahwin dengan suami atas dasar cinta tanpa otak. Ya, itulah saya. Silap saya.

Dua bulan lepas kahwin saya disahkan mengandung anak pertama. Alhamdulillah. Tapi masa tulah sejarah hitam bermula.

Suami berhenti dari berniaga secara tiba tiba dan masa tu keadaan cuaca di malaysia ni asyik hujan.

Jadi perniagaan dia sangatlah teruk sampai ada satu hari dia berniaga cuma dapat RM 3 je.

Okay tak apa. Saya pun berniaga makanan western kecil kecilan secara online jadi boleh tolong tampung hidup kami sementara.

Saya okay susah senang bersama asalkan berusaha. Kami tinggal dirumah mak ayah saya.

Btw, suami saya ni memang tak ada apa. Kereta ke, motor ke, rumah ke memang zero lah. Saving pun dah tak ada sebab guna untuk buat kenduri kahwin kami.

Taklah besar majlis kami, cukup jemput yang terdekat je masa tu. Kira saving dia tak banyak.

Masalah sekarang, suami saya tak bekerja sejak dari kandungan berusia 2 bulan sehingga sekarang lagi 1 bulan je saya nak beranak.

Kira dah 6 bulan lebih dia tak bekerja. Hanya duduk dalam bilik main game. Cukup masa, dia makan dan tidur.

Dia biarkan saya terkontang-kanting buat kerja dan memasak serta berniaga seorang diri.

Dalam keadaan mengandung dan loya, saya gagahkan diri untuk anak dalam rahim.

Sebelum kahwin dia tak macam ni. Dia rajin tolong semua benda. Sejak dia tak bekerja, jadi pemalas. Saya terpaksa sara dia. Sayalah ketua keluarga.

Sayalah yang keluar beli barang rumah, beratur panjang. Sayalah yang masak. Sayalah yang berniaga.

Dengan perut yang makin membesar, kaki selalu kejang, semuanya saya. Barang anak satu sen pun dia tak hulur.

Nafkah zahir dah sampai laut dalam. Nafkah batin? Dah berbulan dia tak sentuh saya walaupun saya mengandung.

Kalau anda semua tertanya kenapa family saya tak buat apa apa, family saya tak nak campur urusan rumah tangga kami. Saya pun tak nak, nanti lagi keruh keadaannya.

Soalan saya, saya nak buat tuntutan fasakh sebab saya tahu dia tak akan ceraikan saya.

Jadi adakah saya boleh menang kes tuntutan tu? Ada sesiapa pernah tuntut fasakh tak? Boleh ajar saya? Saya ada baca digoogle tapi tak berapa faham prosedurnya.

Saya dah berbincang dengan dia tapi respon sangatlah menghampakan. Saya taknak kaunseling. Saya nak dilepaskan je. Sebab saya dah tawar hati sangat.

Saya dah tak ada perasaan sayang pada dia. Layanan dia pada saya sangat teruk. Salah masak sikit dia buat muka. Hidup dia hanya dengan game saja. Sampaikan dia marah saya sebab kacau dia main game.

Saya rasa kalau saya mati nanti saya tak risau sangat, sebab dia ada pengganti saya. Ya, smartphone dia.

Sekian saja dari saya, seorang wanita yang tersalah pilih suami.

Silakan lah kecam kalau itu yang anda mampu buat. Terima kasih pada yang menyokong saya.

Saya pohon secebis doa dari anda sbb emosi saya tak berapa stabil sejak sarat ni. Doakan urusan saya beranak dipermudah ya.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *