Umur 8thn, mama lemaskan aku dlm tong air. Bila dh lembik, mama stop

Bantu Aku Lupakan M4ma

Assalamualaikum. Nama aku Zira (bukan nama sebenar). Umur nak masuk 30 tahun. Dah berkahwin, ada anak 2.

Adik beradik aku ada 3 orang. Arwah mak meninggal sejak umur aku 7 tahun.. ada kakak dan adik..

Selepas arwah mak meninggal, ayah terus kahwin lain sebab masa tu kami semua kecil sangat dan tiada siapa nak bantu uruskan kami adik beradik.

Ayah terpaksa kerja untuk tampung kehidupan. Jadinya ayah terus kahwin lain in order untuk jaga kami.

Aku tak berapa ingat memori perjalanan hidup masa kecil.. tapi yang aku ingat aku selalu kena dera mental dan fizikal.

Mama tiri aku berkerja. Lepas kahwin terus mengandung.. ayah selalu outstation. Sekali keluar ada la dalam sebulan baru balik.

Jadi kami duduk dengan mama je.. kena pukul dengan hanger, getah paip, batang penyapu.. berbirat badan.. muka aku ditonyoh dengan berus dawai sampai luka, mata aku ditenyeh dengan cili,

Kena hantuk kepala ke dinding sampai berdarah hidung, kena baling dengan periuk, kena seret ditarik rambut dari dapur ke ruang tamu depan.. kena tampar berkali kali sampai berdesing telinga..

Semua aku dah kena sejak ayah kahwin dengan mama.. Ayah tak tahu semua ni.. Aku tak pernah berani nak cerita.. Kakak dengan adik pun tak berani nak mengadu..

Makan pun.. Apa yang ada je.. Dan yang ada hanyalah biskut kering hup seng.. Bila ayah balik baru lah aku dapat makan selain dari biskut..

Sekolah macam biasa dan selalunya aku tidur je dalam kelas sebab kat rumah memang tak cukup tidur..

Sebab apa? Aku kena uruskan hal rumah.. Mengemas, settle kain baju..

Aku pernah terpecahkan pinggan makan.. Bukan mahal pun pinggan tu.. Cuma pinggan free dapat masa beli sabun basuh baju daia.

Tapi mama punya mengamuk, aku dilemaskan dalam tong air kat bilik air.. Masa ni umur 8 tahun..

Berkali kali dia tolak kepala aku masuk dalam tong air.. Mama stop bila aku dah mula lembik. Alhamdulillah aku masih hidup sampai sekarang.

Kakak dan adik tak tolong sebab diorang pun takut. Menyorok dalam bilik. Aku tak salahkan diorang sebab tak tolong..

Mama sayang kakak dengan adik.. Diorang jarang kena pukul.. Maybe sebab diorang mendengar kata tapi aku extra nakal dan jahat.. Apa yang diorang dapat makan, berbeza dengan aku..

Masa berlalu.. Aku semakin membesar.. Dengan deraan mental dan fizikal.. Aku hadap dan sabar.. Sampai lepas SPM aku mula duduk dengan nenek.. Tak duduk dengan mama lagi..

Kesan dari deraan mama, aku ada cacat pendengaran, mata separuh buta dan tulang belakang aku macam ada bengkok sikit tapi tak pernah pergi cek hospital.

Fast forward aku berkahwin dan ada anak.. Ayah dengan mama pindah ke timur..

Hubungan aku dengan mama sekarang entah la.. Tiap kali balik kampung aku cuma bersalam dan tak bercakap langsung dengan mama.. Cuma berborak dengan ayah je..

Balik pun cuma 1-2 hari sebab aku tak boleh lama-lama..

Aku takut bila ada mama.. Berdebar-debar.. Takut kena pukul lagi..

Bila ada anak sendiri aku selalu terkenang hidup aku masa aku kecik dulu.. Aku paling takut kalau aku yang pergi dulu dan anak aku ada mama tiri.. Nauzubillahminzalik..

Sometimes aku menangis gila-gila.. Kenapa nasib hidup aku mcm ni.. Sebelum ni aku tak faham @ tak ambil tahu dan tak tahu apa-apa tentang depression.

Semakin menginjak usia 30-an ni aku rasa aku ada depression dan anxiety.

Aku macam boleh faham apa yang mama tiri aku rasa masa dia mengandung dan kena jaga anak tiri 3 orang.. Mesti dia stress.. Kerja, mengandung, suami pulak outstation..

Aku dah maafkan apa yang mama buat kat aku dulu.. Aku tak nak simpan dalam hati lagi.. Tapi aku tak dapat lupakan sebab kesannya dalam sangat kat hati ni.. Dan aku ada kecacatan kekal..

Sekarang ni aku nak minta nasihat or healing words dari korang..

Bantu aku macam mana aku nak lupakan kesakitan dan perkara menyakitkan yang terjadi di zaman kanak-kanak aku dulu.. Aku nak hidup tenang..

Sumber – Zira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa kata anda? Andai ada kata kata dan nasihat yang ingin disampaikan, jangan lupa kongsikan diruangan komen ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *