Pinggan aku, byk nasi cuami cedokkan. Aku tegur, suami sentap. Jug air dia lempar, kuali berisi rendang panas dicurahkan atas kepala

Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.

Salam admin..

Hidekan profile saya ya min. Saya cuma nak luahkan perasaan yang tak tertanggung di hati.. kejadiannya semalam.

Al-kisah husband balik dari kerja lebih kurang dalam pukul 6 petang.

Saya pula masak rendang di dapur. Masa husband sampai kat rumah saya perasan mukanya masam mencuka.

Difikiran saya maybe husband penat sangat kot bekerja. Tapi setahu saya husband bukan kerja teruk pon.

Oh ya.. husband baru 2 hari dapat kerja baru, kerani di bengkel besi.

Berbalik pada cerita saya tadi. Setelah siap masak, elok azan berkumandang saya pun baru nak hidangkan makanan atas meja.

Suami pulak tolong bubuh nasi dalam pinggan kami semua. (saya dan anak2).. saya punya nasi dalam pinggan agak banyak suami bubuh.

Saya pon bagi tahu dekat husband kata “banyak nasi nie”.

Belum pun sempat saya nak cakap saya nak tukarkan pinggan nasi die dengan saya, dengan muka ketat husband buat perangai, tukarkan pinggan nasi saya dengan anak saya yang no 2 (umur 4 thn)..

Pastu saya cakaplah “kenapa yang buat perangai mcam nie”? tak semena-mena husband lempar jug yang penuh berisi air di atas meja jatuh ke bawah..

saya tak faham perkara kecik je pon. Hanya saya cakap kata nasi dalam pinggan saya terlalu banyak, dia boleh lempar jug air. habis basah satu meja dan lantai. Nak mengadap rezeki kot.

Paling menyedihkan suami terus amik kuali yang berisi rendang panas tadi lalu dicurahkan atas kepala saya yang sedang makan.

Di hadapan 3 orang anak saya di sebelah saya anak yang berumur 8 tahun.

Allahuakbar sungguh hati saya betul2 sedih. Mak ayah saya sendiri pon tak pernah lakukan begitu pada saya..

Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang p4nas b4r4n.

Saya takut nak bercerai kerana fikirkan anak2 dan takut tak boleh nak move on.

Tapi saya dah lama disiksa suami sendiri. Saya dah penat. penat sangat2. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Mintak bagi kata2 semangat buat saya. Saya isteri yang diz4limi.

Sekian

Apa kata anda? Andai ada kata kata dan nasihat yang ingin disampaikan, jangan lupa kongsikan diruangan komen ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *