Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.
Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.
Salam admin..
Mohon admin hide kan profil saya. Saya seorang isteri yang sudah 2 tahun berumah tangga, suami saya baik. Alhamdulillah.
Nafkah zahir batin semua cukup. Nak makan apa, nak jalan pergi mana, semua suami tunaikan, juga dikurnikan sepasang anak kembar yang sangat comel dan pintar.
Suami saya ni duda tidak ada anak, bekas isteri dia pun sudah berumah tangga, dan kami tak ada apa2 masalah.
Bekas isteri dia orang yang kuat ilmu agama, tapi mungkin memang sebab jodoh mereka tak panjang, dan suami lebih memilih saya dan menceraikan isterinya,
Dia rela undur diri sebab tak mampu berikan anak pada suami saya tapi saya tumpang gembira kerana sekarang dia pun sudah hamil, ALHAMDULILLAH.
Tapi sekarang bukan tu yang nak saya cerita.
Masalahnya sekarang bekas teman lelaki saya asyik chat saya dan kalau saya pos story terus dia akan reply dan kami pun memanjang lah chat.
Tapi suami saya kuat cemburu.
Sejak kawin, saya tak pernah jumpa lelaki lain, hanya sekadar chat kosong je dengan ex tu pun hanya sekadar kawan. Tapi suami selalu buruk sangka.
Pernah satu malam tu suami pinjam hp saya sebab nak log in mybank2u tetiba ex saya chat tanya khabar.
Terus suami baling telefon dan cakap saya perempuan g4t4l dan katanya dia menyesal ceraikan isteri nya demi saya kerana isterinya tahu jaga maruah.
So bagi dia saya tak ada maruah ke? Setakat chat je, bukan jumpa pun.
Masalahnya sekarang suami curiga anak saya lahirkan tu anak dia atau bukan sedangkan saya yakin ni anak dia.
Ya Allah sampai macam tu sekali dia fikir, saya dengan ex hanya sekadar berkawan, tak lebih dari itu.
Saya sayangkan keluarga saya dan anak2 yang saya lahirkan adalah anak suami.
Paling menyedihkan sekarang suami nak ajak test DNA anak kami dan saya tidak setuju kalau dia buat macam tu sebab tu sah2 anak dia.
Saya dah hilang sabar min, dia ayik nak salahkan saya padahal semua berpunca dari dia. Tolong bagi pendapat.
Sekian
Apa kata anda? Andai ada kata kata dan nasihat yang ingin disampaikan, jangan lupa kongsikan diruangan komen ya