Krn hutang kutu, aku nk sgt kerja. Suami asyik nk melekap je. Tp anak baru 6 bulan, aku tk mampu nk upah pengasuh.

Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga Fans, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.

Salam

Saya ingin bekerja. Saya nak kerja tapi sy kene bawa ank usia 6 bulan.

Saya tak mampu nak upah pengasuh. Upah pengasuh je dah 300-400 dekat tempat saya. Saya betul2 nak keje, nak lunaskan hutang hutang.

Berniaga setakat boleh untuk makan minum anak branak. Sedihnya.. suami ada pon macam takde fungsi.

Ya dia memang selalu ada dengan saya. Sampai xnk keje nak dok melekap dengan bini.

Saya penat..keje rumah saya setelkan. Anak kadang kadang je dia uruskan.

2 minggu lepas bersalin czer sy dah start buat CODmakan. Kalau tak buat, tak makan la kami.

Sampai demam demam dibuatnya.

Ya Allah bantu la kami. Murahkan la rezeki kami.. kami hanya nk hidup bebas hutang.

Hanya sebab saya tersilap langkah dengan main kutu.. saya berhutang dengan orang, hidup dalam m4kian org. Sedaya upaya membayar duit org.

Doakan saya sehat ya semua. Saya dah mula sakit sakit badan. Berpura pura kuat depan org.

Kerja tetap kene kerja..

Sekian

Apa kata anda? Andai ada kata kata dan nasihat yang ingin disampaikan, jangan lupa kongsikan diruangan komen ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *