Jauh suami terlanjur. Bila aku nk cerai, suami ugut nk fight habis habisan. Aku mula ragu2

Duka lara di dalam rumahtangga tidak dapat dielakkan. Dalam meniti kehidupan seharian bersama pasangan, pasti terdapat saat pasang surutnya.

Memetik daripada posting asal dari Page Kisah Rumah Tangga Fans, jom kami kongsikan permasalahan yang dialami oleh sang isteri seperti dibawah.

Salam admin..

Boleh tak saya nak minta pendapat dekat semua.

Saya dah berkahwin, usia perkahwinan saya dah 6 tahun. Suami saya seorang tentera, dia kantoi curang dengan perempuan lain.

Sehingga buat saya minta untuk dilepaskan sebab dah terlalu sakit dengan dia. Sebab ini bukan kantoi pertama kali ini dah kali kedua.

Dan kali kedua ni siap buat benda terkutuk lagi, sakit saya rasa min..

Dan sekarang nak minta pendapat kalau saya mohon cerai boleh tak mohon hak penjagaan anak.

Saya ada dua orang anak, sepasang. Suami saya tentera dan saya seorang guru.

Suami akan pergi operasi 3 bulan sekali dan setahun 2 kali.

So masa dia dekat rumah hanya ada 6 bulan sahaja , 6 bulan lagi dekat hutan.

Saya ada cakap kat dia nk fight hak penjagaan tapi dia pun cakap kalau dah mohon cerai dia akan fight habis habisan..

Boleh tak bagi saya jalan dan cara nak tuntut hak penjagaan anak ke atas saya..

Sekian

Apa kata anda? Andai ada kata kata dan nasihat yang ingin disampaikan, jangan lupa kongsikan diruangan komen ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *