Lps cerrai, Mia meroyan. Dia serang aku di ofis. Bayi aku dituduh mcm2. Diam2 aku brdepan. Mia tuntut sesuatu

Foto sekadar hiasan

Angin Sepoi-Sepoi Bahasa di Taman Bunga Jasmine II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pertama kali, terima kasih admin yang budiman kerana menyiarkan karya aku. Terima kasih jua atas sokongan dan doa yang diberikan oleh anda semua.

Ada jugak yang komen macam drama/novel haha. Well, aren’t drama/novel mostly inspired by true story?

Untuk part I, baca dibawah;

Ruwaidi nikahi Mia si mulut ayam, aku terkjut. Saat bercerrai, Mia tunjal kepala Ruwaidi. Diludahnya, diminta mti awal

The main reason aku nak share story aku sebab kebelakangan ini ramai wanita yang berkongsi kisah mereka dizalimi dalam rumahtangga.

Jarang para lelaki share kisah mereka which aku yakin ada juga kaum kaum lelaki yang teraniaya cuma mereka tiada tempat mengadu.

Yelah, kita sering dimomokkan bahawa lelaki kena kuat fizikal dan mental. Lelaki sejati tidak akan menangis/broken.

Sedih aku bila fikir mngsa dalam rumahtangga tidak semestinya kaum wanita. Lelaki juga bisa disakiti dan dizalimi.

Ruwaidi bercerita dengan aku pada satu tahap sampai dia nak bnuh diri sebab rasa tekanan jiwa.

Berhari hari dia menangis, tak tidur dan selalu sakit sakit. Malu nak jumpa orang sebab paran0id.

Especially bila Mia hebah hebahkan kepada orang yang Ruwaidi mti pucuk, tak perform in bed.

Aku percaya perkara itu satu trigger point untuk lelaki.

Bila dia alami sakit kepala teruk sebab ins0mnia, baru dia slow talk dengan doktor. Then kena refer kepada pakar psikiatri.

Lepas beberapa sesi, baru dia slowly open up to talk.

Walaupun kami dah 10 tahun berkahwin, Ruwaidi ada masa tiba tiba dia rasa yang dia tak guna, not a good husband, father.

Dia obses nak jaga badan dia sebab takut gemuk/hodoh. Dia try hard nak jadi perfect di mata aku sebab takut aku akan hina atau tinggalkan dia.

Sampai ke hari ini, aku masih puji dia, kiss/hug dan jadikan dia role model depan anak anak mahupun depan family atau orang luar.

Dia perlukan continuous support untuk reassurance.

Isu mula timbul lepas anak aku yang pertama lahir.

Since masa tunang dan kahwin memang kami buat secara kecil kecilan, masa aqiqah kami buat besar besaran sekali dengan first birthday.

Masa ini kami memang tak jemput pun anyone from utara tapi ada juga orang sampaikan berita.

Family ibu tiba tiba kecil hati dan mula menjaja kisah ibu anak derhaka ke seluruh kampung sebab malu bila orang ketiga tanya diorang kenapa tak dijemput.

Keluarga Mia masih ada di sana. Bila diorang dapat tahu yang Ruwaidi dah berkahwin kali kedua, diorang marah marah.

Aku cuba sedaya upaya tak nak Ruwaidi tahu takut dia tekanan balik. Adik Mia dan Mia ada di KL tapi aku tak pasti kerja apa.

Mia nie memang kalau dia nak something, dia akan usahakan sampai dapat.

Tup tap, dia dapat cari aku di company. Tak tahu berapa lama dia stalk aku. Aku budak2 noob 90s tak ada social media account melainkan Tweet2 dan Telegrm haha.

FB pernah ada sekejap tapi ntah siapa report account aku masa study then aku terus deactivate.

So, susah Mia nak stalk terpaksa face to face. Ruwaidi lagilah tak ada apa apa social media account.

Mia nie masa aku jumpa dia masih cantik. Tapi bila dia buka suara, astaga bingit sampai ke tujuh lapisan langit. Memang patut aku panggil dia gangster cap ayam.

Dia terus marah panggil aku betina sund4l dan macam macam lagi nama panggilan. Dia cakap aku tak malu kahwin dengan Ruwaidi yang dah mti pucuk. Ruwaidi pond4n.

Macam mana aku boleh dapat anak? Mesti anak ****. Maaf yea, part2 ini aku tak mampu nak taip sebab sangat lvcah.

Aku tanya dia apa masalah dia? Dia dah bercerrai jadi kenapa nak masuk campur hal kami (aku dan Ruwaidi).

Aku cakap dengan dia anak aku memang sah taraf anak Ruwaidi and he is good in bed. Too bad, maybe awak yang sakit.

Well, lagilah dia meletup time tuuu. Akhirnya, security datang then paksa dia get out from the property.

Bila balik, aku tak berani bagitau Ruwaidi. Aku inform parents dan abang aku.

Masa nie, ayah cakap dia akan handle. Dia nak slow talk dengan family Mia. Our main concern is Ruwaidi. Takut apa apa jadi dekat dia.

Btw, Ruwaidi dengan aku bukan kerja company sama.

Ayah dan abang ada balik kampung nak jumpa family Mia tapi isu jadi teruk. Family Mia masih tak berpuas hati dengan Ruwaidi sebab cerraikan anak dia.

Bagi mereka, Ruwaidi dera Mia, tak bagi nafkah zahir dan batin, and yeah the list on go. Mereka tuntut macam macam dari ayah aku.

To make it worst, ada makcik pakcik belah ibu aku jadi batu api. Ayah balik KL sebab tak dapat capai kata sepakat.

Ayah sedih sebab diorang tuduh anak aku bukan baka Ruwaidi. Ended up, kitorang ignore jea diorang nie.

Pada masa yang sama, keluarga aku diuji. Aku keguguran dan yang sedihnya aku tak tahu pun aku mengandung.

Ruwaidi mestilah dia sedih tapi alhamdulillah kami sama sama harungi ujian itu.

Ayah aku pulak kena mild stroke. Ayah masa muda muda memang kuat hisap rkok.

Masa satu family tengah struggle, time nielah Ruwaidi dapat call/mesej dari family Mia. Aku syak pakcik makcik ibu aku yang bagi nombor.

Aku bagitau semua cerita dekat dia sambil menangis. Aku minta maaf sebab rahsiakan dari dia. Aku takut dia down balik.

Ruwaidi memang marah dengan family aku sebab rahsiakan benda ini. Tapi after a while, alhamdulillah dia ok. He was shaken tapi he is not alone now. We are with him.

Family aku banyak pujuk dia dan berikan as much support as he needed.

Adam yang balik kampung pun kena tempias. Diorang jadikan Adam sebagai orang tengah. Keluarga Mia in denial sangat sangat.

Tak kisahlah cakap apa pun, diorang tetap salahkan Ruwaidi. Padahal satu kampung tahu perangai anak anak dia especially Mia.

Penyondol tuuu lepas Mia cerrai dia pun lari. Sebab duit dah tak ada kan. Mia balik kampung kejap tapi selalu gaduh gaduh dengan family dia.

Basically, family dia memang selalu berantakan. Ayah dia memang jaga isteri kedua, yang hal isteri pertama dan anak anak, dia tak ambil port sangat.

Mia banyak tukar tukar kerja then ada tackle laki sana sini. Memang dia target lelaki kaya.

Lahir dari family sederhana tetapi penuh masalah dan kurang kasih sayang, Mia assume dapat lelaki kaya dan duit akan buatkan dia bahagia. As return, dia offer body dia.

Ruwaidi too soft untuk dia, so dia bosan. Dia cop Ruwaidi as pond4n. Nfsu dia memang agak wild.

Ruwaidi pernah bagitau yang Mia kekadang mimik aksi dari vid dewasa semasa bersama and sometimes benda yang dia nak tuuu haram. Astaga.

Nak salahkan Mia 100% pun tak boleh sebab parents dia sendiri fail in raising their kids.

That’s one of the reason Ruwaidi cuba sedaya upaya nak bimbing dia awal awal tapi dia fail. Sebab dia ada rasa kesian dan empati pada Mia.

Dia always blame diri dia. Bagi aku, he did his best.

Biarlah Allah SWT yang hakimi dia nanti.

Fast forward, family aku memang decide nak ignore family Mia nie selagi boleh. Lepas few months, lama lama diorang senyap.

Kitorang pun memang elak untuk ke utara. Kami mula jarakkan diri dari keluarga ibu, phone number pun semua ditukar.

Masa time PKP lepas anak kembar aku lahir, sekali lagi Mia buat comeback. Dia kacau Adam dulu sampai Adam tak tahan then Adam bagitau aku. Aku jumpa Mia nie dekat rumah Adam.

Family aku tak tahu pasal benda nie. Ayah aku kena stroke kali kedua jadi dia memang dalam keadaan tak sihat.

Ibu tengah sibuk jaga dia jadi aku tak nak parents aku susah hati lagi.

Mia masa nie kurus kering, nampak sakit. Bila nampak aku, terus histeria menangis nangis. Aku diam jea nak tengok dulu apa dia nak perform kali ini. Mia tiba tiba minta maaf.

Dia cakap dia kena buang kerja then balik kampung tak aman sebab family selalu gaduh gaduh makin teruk. Ibu dia dah meninggal sebab komplikasi paru paru (suspect C0vid).

And yea, dia cakap dia tak sepatutnya jadi camni. Patutnya dia dah ada anak dan hidup bahagia. Jauh dari rumah dia yang macam neraka tuuu.

Jadi dia tuntut nak balik kebahagiaan dia yang hilang tuuu. Dia rasa Ruwaidi kena bertanggungjawab atas hidup dia.

Lagipun kita semua nie dah kenal dari kecil dan satu kampung. As always, in denial.

Masa nie, Adam sikit lagi nak terajang Mia. Adam tanya kau nak Ruwaidi kahwin dengan kau balik ke? Dia diam.

Aku mengucap banyak banyak dalam hati. Kalau tak ada secebis iman dalam hati, memang dah aruwah dah Mia nie. Aku cakap dengan dia elok elok.

Bukan ke kau yang doakan Ruwaidi mti dulu? Tuduh dia mti pucuk? Lelaki tak guna? In what face awak datang sini nak demand such thing?

Sebenarnya, aku susah nak marah Mia nie sebab part of me kesian dekat dia. Coming from broken family, dia tak dapat proper love and guidance. Allah SWT hadirkan

Ruwaidi dalam hidup dia untuk bimbing dia tapi dia sia siakan peluang tuuu. Sekarang dah terlambat.

Aku tengok keadaan dia sekarang teringat aku masa aku awal awal tengok Ruwaidi. Lost, broken and full of emptiness.

Aku cakap dengan dia Ruwaidi almost dah tahap nak bnuh diri sebab tekanan jiwa.

Awak tak jumpa dengan Ruwaidi yang broken. Awak tak layak nak sebut pun nama dia selepas fitnah dia macam macan. Cukuplah apa yang awak buat selama ini. Please let him live his life and move on.

Aku cakap dengan dia last, aku boleh tolong dia dari segi kewangan sikit sebab dia ada hutang tertunggak. Main reason dia datang sini sebab terdesak nak duit.

Cuma aku minta dia berjanji yang dia takkan kacau kami lagi. Aku nasihatkan dia go seek help untuk mental dia. Bertaubat selagi boleh.

Dia pernah gugurkan anak (luar nikah) sebab lelaki tu tak nak kahwin.

Family aku jenis tak pandai nak gaduh gaduh, maki maki atau report sana sini. Tapi, jangan push our limit button.

Berbuih aku nasihatkan dia, harap masuklah dalam kepala dia.

Perkara nie aku rahsiakan sampai sekarang dari family aku. Hanya Adam sahaja yang tahu. Yang penting, aku nak protect Ruwaidi.

Lepas dari kejadian tuuu, Mia dah tak kacau kitorang lagi. Family dia masih lagi menfitnah kami dekat kampung. Takpelah, kami bahagia jea hidup kat sini.

Aku dengar dengar dia dah kahwin jadi isteri kedua. Ada jugak bagitau dia kena tangkap basah.

Macam macam cerita tak elok aku dengar pasal dia. Aku doakan dia sempat bertaubat sebelum bertemu dengan Penciptanya.

Fast forward, ayah dah boleh berjalan tapi kena guna tongkat.

Aku kagum tengok ayah dan ibu. Mereka tetap lovey dovey dan setia dengan masing masing no matter what happen.

Ayah cakap dia tak pernah terfikir nak kahwin kedua sebab pandangan dia hanya ada ibu. Abang dan aku adalah jantung hati dia jadi mana sanggup dia nak sakiti kami.

Ibu pernah cakap dengan aku yang lelaki nie nampak jea tegas tapi percayalah dalam hati mereka ada taman juga. Mereka pun perlukan sokongan dan kasih sayang dari isteri.

A bouquet of flowers, a box of chocolate, a surprise candle light dinner, a hug, a kiss or even a simple compliment will definitely meant a lot to them.

Cuba find the right time and talk to your husband. Cuba kita pulak yang dengar luahan hati dia. InshaAllah, dia akan rasa lebih dihargai.

Aku dari awal dah tahu kisah Ruwaidi sebelum berkahwin jadi serba sedikit aku dah bersedia nak menghadapi kehidupan rumahtangga kami.

Perhaps ada lagi lelaki lelaki di luar sana yang struggle tapi terpaksa pendam sebab takut dijudge.

Please don’t be afraid to seek help and talk to your spouse or family if you are suffering.

Akhir kalam, aku doakan kalian semua tabah dalam ujian rumahtangga dan ingat, lelaki pun manusia juga. Ada perasaan dan bisa disakiti.

Sometimes, they too need time to heal and be loved.

P/s – Jika ada masa mungkin aku akan share story pasal ibu aku.

Sumber – Jasmine (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *