Pelik anak suka lambai2. Sebulan tk tido malam. Bila suami buka cerita, terbeliak mata aku mendengar

Foto sekadar hiasan

Seram Seram Kuku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai! Sesuai dengan tajuk diatas, aku ada beberapa cerita seram seram kuku untuk dikongsi.

Aku tahu ada beberapa page yang lebih sesuai di FB untuk cerita ni, tapi aku dah terbiasa dengan IIUM Confession, kalau admin approve cerita ni, ada la hiburan untuk pembaca. Hehe.

Nama aku Mia, dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Suami aku, Muhd, memang hijabnya terbuka. Jadi dia memang nampaklah makhluk makhluk halus ni, kita bahasakan dorang ni jebon la ye.

Anak aku yang baru setahun lebih pun boleh nampak. Bagi aku, budak budak kecik memang nampak tapi bila makin besar, hijabnya akan tertutup sendiri.

Aku sangatlah berharap hijab anak aku tertutup sendiri satu hari nanti sebab aku taknak nanti dia dah boleh bercakap dia bagitahu aku, “mommy2 ada kakak muka buruk belakang mommy”.

Tidakkkk, bukan itu yang kita harapkan ye daripada anak yang tersayang. Haha.

Ada beberapa cerita pendek pendek yang aku nak share. Pertama, masa aku dengan laki aku baru kahwin.

Aku, suami dan mak mertua pergi melawat sedara di Pekan Pencen.

Biasalah seronok jumpa sedara, dah lewat petang baru jumpa jalan pulang. Masuk highway dah dekat dekat maghrib dah time tu.

Dalam kereta aku dengan suami di depan, mentua duduk di belakang.

Sampai di satu tempat X, suami aku suruh bukak bacaan yassin. Aku dengan mentua ikut baca sekali.

X memang tempat hotspot lah bagi jebon2 berkeliaran. Sampaiiiii je dekat tempat X, laki aku cakap ada sekor akak ponti bertenggek betul betul depan cermin kereta menghadap aku. Sambil jegil jegil mata dekat aku.

Marah benor nampak kak. Dia bertenggek sampailah sampai rumah lepastu dia hilang.

Bila laki aku cerita aku gelak jelah, sebab bukan aku yang nampak. Dia lah tersiksa menahan mata, hahaha.

Bila dia nampak benda benda tu, dia takkan buat eye contact. Kalau dia buat, jebon akan tau dia nampak. Lagi sakan la dorang menyakat.

Cerita kedua, waktu pantang. Kami stay dengan mak aku. Masa aku ngandung laki aku tanya banyak kali, rumah ni pernah pagar tak.

Aku cakap tak. Lepastu dia diam. Aku tanya kenapa, dia diam jugak. Dah beranak, aku pantang rumah mak aku lah.

Udahh anak tak tidor malam komeeeee. Merengek nangehhhh aje sepanjang malam. Dah barai sebulan tak tidor malam, baru laki aku bukak cerita. Anak aku tak tidur sebab jebon kacau.

Malam malam akan ada ‘budak laki’ besar 4, 5 tahun cemtu, dia akan datang main dengan anak aku.

Dia lari lari la satu rumah main main. dekat ruang tamu pulak ada orang tua. Dia tak kacau pun, dia duduk situ je.

Bila dukung anak aku ke situ, dia agah agah la anak aku. Terbeliak mata aku bila dia cerita. Awai awai tak nak kabor! Udah nak hujung pantang baru cerita.

Kami pun pergilah berubat, buang jebon2, pagar rumah. Lepastu anak aku pun tidur dengan lena macam dalam iklan mamy poko. Hehehe.

Macam mana kami tau anak aku nampak? Sebab bila dia besar sikit, dah pandai lambai lambai, dia lambai dekat si jebon. Aku taulah sebab laki aku cerita. Hahaha.

Mula mula aku ingat anak aku sesaja la lambai. Yelah kan kita ajar anak kita melambai, jadi dia lambai jelah.

Dalam kereta anak aku lambai lambai, laki aku cakap “ehhh tak payahlah lambai lambai sangat”. Aku tengoklah muka laki aku dengan penuh tanda tanya, dah kenapa.

Pastu laki aku sambung, “takyahlah lambai2 yang dekat pokok tu”. Manusia mana nak duduk dekat pokok malam malam oi. Hahahahahaha. Anak aku manalah tau beza yang mana dunia sini, yang mana dunia sana.

Pernah kami singgah rumah sedara, masa nak mandikan anak aku. Dalam toilet anak aku pandang belakang laki aku pastu nangis nangis.

Pastu laki aku cakap, “Kami tumpang mandi jeee, tepi lah sikittt. Janganlah bagi takut Amin”. Tahulah aku yang si jebon ni duk takut takutkan anak aku.

Kalau bab jebon2 ni menumpang laki aku banyak kali dah hadap. Dahla tak tong2 minyak, tumpang buat muka toya pulak tu. Yihh geram aku.

Laki aku banyak keluar kawasan, jadi dekat highway utara selatan tu memang banyaklah kes tumpang menumpang ni.

Ada sekali yang buat aku risau tu, laki aku keluar kawasan malam. Masa otw tu dia whatsapp bagitau “ada benda tumpang, i takut”.

Selalu jebon tumpang dia buat tak endah je, tapi kali ni dia takut. Aku cuaklah.

Rupanya yang menumpang kali tu rupanya macam mngsa accident, berlumuran drah tak nampak muka tapi isi isi muka terkopek sana sini.

Bau jangan cakaplah. Mana laki aku tak cuak.

Pernah sekali tu kami ikut jalan lama, malam malam. Sunyi la jugak.

Aku takkan tanya on the spot ada benda tumpang ke tak. Aje giler nak cerita pasal jebon depan dia. Maleh aque. Tapi kadang kadang aku rasa.

So dah sampai destinasi gedebuk gedebaq apa semua, aku tanya laki aku, “ada benda tumpang tak tadi?”. Laki aku cakap “ada”. Aku tanya, “sekor?”, “dua. Dia dengan anak dia, kecik”.

Aku tanya lagi “dalam kereta ke, luar kereta? Nampak macam ada benda terbang sebelah kereta side u tadi”, dia jawab “atas bumbung, dorang macam melambai2”. Huhuhuhu.

Macam mana aku boleh rasa? Entoh. But that is another story to tell.

Rasa dah panjang sangat dah cerita ni. Harap korang terhibur. Thank you admin sudi baca, dan approve.

Part 2: Seram-Seram Kuku II

Assalamualaikum dan hai! Mia ketang ketung kembali lagi dalam episodddd seram seram kukuuuu!

Hehehe. Terima kasih admin sebab sudi approved. Terima kasih korang sebab baca. Sambil sambil tu doa la yang baik2 untuk keluarga kecil aku eh.

Kita sambung cerita cerita pendek aku ye.

Anak aku kan kecik lagi, tak reti beza dua dunia yang berbeza. Satu hari tu kitaorang nak balik daripada rumah sedara, kitaorang pun bye2 la semua orang.

Masuk kereta dan lambai2. Anak aku pun bye. Tapi dia bukan bye ke arah semua orang tengah berdiri, dia bye ke arah jebon yang terconggok tepi kereta! Astaghfirullah anakkuu.

Terus laki aku cakap “yang tu takyah bye laaa.” Jebon tu sampai pusing tengok anak aku lambai dia. Hahaha.

Aku duduk rumah kampung. Halaman rumah lapang je. Kalau buat kenduri seronok sebab boleh pacak khemah betul betul depan rumah.

Ada sekali tu laki aku nak keluar, dia reverse je kereta, dia nampak enchik candy betul betul dekat belakang kereta dia.

Yang paling terpaling hampeh sekali, dia nampak enchik candy tu dekat reverse camera dia! tengah ngadap laki aku. Kejung keras berdiri macam nak nyanyi lagu negaraku!

Korang yang ada reverse camera mesti faham kan size reverse camera dekat skrin tu besar mana.

Tak ke terkejut laki aku. Mengucap urut dada dia. Ketuk dengan senduk baru tau! Nasib laki aku tak heart attack.

Haa pasni korang reverse kereta mesti teringat cerita aku ni kan? Hehehe

Lepas je kejadian tu, aku dah tak dengar dah laki aku sebut pasal jebon yang satu ni.

Tiba tiba satu hari kawan aku datang rumahhh. Lepas sembang muhong muhong, kawan aku pun nak gerak balik. Macam biasa, perempuan ni dah habis salam depan pintu sambung sembang depan rumah.

Lepastu sembang dekat kereta. Lepastu sembang lagi sementara bukak tingkap kereta. Kemudian tayar dah golek 2,3 kali, sembang lagi.

Dah 5 kali cakap bye ni, tapi tak balik balik. Laki aku ushaaaaaaa je daripada pintu rumah. Aku ingat dia nak marah. Lepastu aku pun dah nampak laki aku jeling jeling tu aku pun finally!

Finally! Akhirnya, cakap bye dekat kawan aku tu dan melangkah nak masuk rumah. Aku pusinggg je nak masuk rumah, laki aku laung dari jauh “baca surah apa apa sikit baru masuk!”

Ha sudahhh. Jeng jeng jeng. Masuk rumah, aku bersihkan diri apa yang patut barulah ceq tanya laki ceq,

“kenapa tadi?” Laki aku jawab, “ada pocong dekat seat belakang kereta kawan u!” Huhuhuhu.

Last year kitaorang pergi bercuti. Aku, laki aku, anak aku. Malam tu, dekat highway utara selatan tu, dari ekor mata aku ni, aku nampak macam ‘meriah’ tau highway malam tu.

Dulu aku suka layan mata. Asal nampak benda pelik je, aku akan tengok lagi sekali.

Lepastu aku tanya laki aku, “benda apa tu tadi?” kadang memang iye jebon, kadang idok. Memang aku salah pandang.

Tapi malam tu aku rasa annoyed la, pehei pelik pelik nau mata aku.

Dari ekor mata aku ni, lane kanan tu (aku duduk belakang dengan anak aku sebab dia duduk dalam carseat, aku teman dia dekat belakang) banyak betul jebon free ride atas kereta orang. Macam macam bentuk dan jenis.

Lepastu satu kereta, kereta belakang ada jugak ‘hiasan’ atas kereta. Ape buat perarakan merdeka ke tengah tengah malam ni? Maleh aque.

Tapi sekali tu, atas BMW putih, ada jebon kepala besar macam singa, ada mane macam singa, badan kurus macam lidi. Dia merangkak atas kereta tu macam nak terkam ke depan.

Aku terus pandang kali kedua! Biar betul mata aku ni. Macam biasa, lepastu aku tanya laki aku, “macam meriah kan highway malam tu.”

Laki aku angguk angguk. Kemudian aku tanya benda atas BMW putih tu, laki aku jawab “kalau sayang nak tau, tu la hantu raya!” Nohhhhhhh awai dia raya. Huhuhu.

Bercakap pasal raya, haha. Masa kami balik raya last year, balik malam. Sebab rumah aku dengan rumah mertua tak jauh sangat pun, 2 jam paling lama.

Mestilah nak balik awal kan, last year raya mengejut pulak tu. Nasib kitaorang sempat sampai haha.

Aku perasan highway malam tu meriah, semeriah kereta di jalan. Orang sibuk nak balik raya, dorang sibuk nak raya jugak.

Yang atas jalan lah, yang tepi jalan lah, yang terbang lah. Busy nau. Ikut tuan balik ke ape. Ater tolong kacau dodol ke miker oi.

Ok cerita last. Lenguh dah jari gemuk aku ni. Dalam hujung tahun lepas, kami berpeluang bercuti ke negara jiran. First time aku sampai.

Seronok. Cantik hotel tu, welcoming drinks dia pun sedap. Hospitality memang terbaik, friendly betul orang sana, tak kurang juga jebon2 mereka. Huhuhu.

Satu malam tu laki aku keluar beli barang sikit, aku dengan anak aku stay dalam bilik hotel.

Aku bagi anak aku makan, settle makan, anak happy perut kenyang, mommy pun happy. Aku ajak anak aku basuh tangan dekat toilet.

Dah basuh tangan anak aku, aku letak dia depan pintu toilet, aku pulak basuh tangan.

Lepastu dia tengok dekat lampu toilet tu yang membelakangkan aku, lepastu dia cakap bahasa baby dia. “Uuuu? Wuuu?” Mata dia tak lari tengok lampu belakang aku tu. Ater nak tunggu lagi ke kome????

Aku terus “ha dah dah, mommy habis dah basuh tangan, jom kita pergi depan tv jom”. Aku tutup pintu toilet tu serapat rapatnya.

Kami tidur hotel tu a few days. Aku tak ingatlah malam ke berapa, aku terjaga tengah malam. Pun tak ingat pukul berapa. Tapi dalam 2-3 pagi cemtu?

Aku terjaga lepastu aku mamai mamai tengok frame gambar dekat dinding tepi katil aku. Dalam hati aku yang mamai mamai ni, aku boleh terpikir,

“Eh kenapa frame gambar tu ada lekuk2? Bukan ke frame dia besegi je? Kenapa ada bayang bayang berlekuk dekat frame tu”.

Takda pulak bunga ke, lampu ke atas frame tu. Aku siap gosok gosok mata aku nak make sure tu bayang bayang bukan lukisan dalam frame tu. Pastu aku sambung tidur.

Dan dalam beberapa hari dekat hotel tu, aku ada la nampak dari hujung mata, ada sekor jebon ni, suka sangat duduk depan tingkap bilik aku. Bukan luar tingkap. Tapi dalam bilik. Mengadap tingkap.

Tapi aku buat taktahu jelah. Manatau dia tengah menung mengenang nasib ke, tak baik tau kacau. Huhu.

Masih di bandara yang terkenal dengan kawah putih tu, kami anak beranak tengah makan dalam bilik hotel. Menunggu maghrib.

Tiba tiba doorbell bunyi. Ting tong! Kuat dan jelas. Aku dengan laki aku pandang pintu.

Sah la dedua orang dengar. Lepastu laki aku bukak pintu, takda orang pun depan pintu. Laki aku siap keluar ke koridor kot kot ada orang ke housekeeper ke yang tekan bell. Enggak ada! yang ada cuman si jebon di depan koridor! Brengs*t looo. Huhuhu.

Ada yang bertanya, siang pun laki aku nampak ke. Ye, nampak je. Kadang kadang kenalan rapat laki aku nak makan dekat kedai yang ramai orang ke, dorang hantar gambar/video kedai tu, tanya laki aku, ada benda (pelaris) ke dekat kedai dia?

Pernah jugak bisnes pakcik aku dibuat orang, pakcik aku panggil laki aku, tanya ada apa apa tak dekat kedai dia. Laki aku cakap “ade, atas bumbung” huhuhu.

Baiklah, aku rasa sampai sini je celoteh mia ketang ketung. Nanti nanti kalau ada cerita best aku tulis lagi, tapi lamberttt lagi la kot. Jebon ada je memana. Siang ke malam ke. Sama sama makhluk Tuhan.

Thank you, korang baca dan komen baik2. thanks you juga untuk admin.

Sumber – Mia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *