Gara2 tertidur di sofa, aku dic4bul anak sendiri. Kemuncak cerita berlaku mlm td. Aku xjangka

Foto sekadar hiasan

Dic4bul An4k Sendiri

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku seorang ibu berusia 35 tahun. Bekerja, masih mempunyai suami dan beranak empat. Tiga yang teratas adalah lelaki dan keempatnya perempuan.

Kali ini aku tergerak nak confess dekat sini sebab perasaan aku bercampur baur.

Kali ini aku nak ceritakan tentang anak pertamaku yang baru berusia 13 tahun (baru nak melangkah ke Tingkatan 1, Mac nanti). Aku bagi nama samaran dia Mat.

Mat ini ketika baru lahir nasib tak begitu baik terhadap dia.. dia mengalami penyakit kulit yang sangat teruk.

Dari seminggu selepas lahir dia kena penyakit tu dan alhamdulillah kini penyakit dia 90% pulih.

Ye, memang tak dinafikan ketika dia sakit, memang kesian. Air nanah yang membusuk berbau hanyir sentiasa bersamanya.

Sehingga ada suatu ketika dia tidak mahu pergi ke sekolah sebab kawan kawannya tidak mahu berkawan.

Pelajaran tak tahu nak cakaplah, memang ke laut. Aku dan suami pasrah dan redha jika dia tidak pandai sebab penyakitnya dulu (tak boleh nak fokus dalam pelajaran sebab merenyam renyam yang teramat)

Aku akur, tapi kadang kadang aku ‘hot’ juga sebab masalah matematik mudah untuk asas kehidupan pun dia tak boleh nak kira.

Sebelum ini, dah banyak kali aku bantai dia sebab kesalahan kesalahan yang aku tak tahu macam mana nak nasihat dan bagi pengajaran pada dia.

Contoh, mencuri duit aku dan suami, melayari website ‘dewasa’ (sewaktu umur 11 tahun), pandai isap dan beli v4pe.

Korang ingat tak penat ke naik angin dan nak jerit jerit?

Sampai la tiga hari lepas aku nak marah sebab aku intai dia solat subuh 1 rakaat je. Aku cuba untuk sabar dan aku tukarkan kemarahan itu sebagai warning.

Aku beritahu dia. Kalau lepas ni dia buat hal lagi, aku tak akan ambil tahu pasal dia, makan, pakai dan jangan kata yang aku tak sayang dan tak pedulikan dia kerana dia sendiri dah tak hormat aku sebagai ibu dia.

Sebulan lepas rasanya, aku ceri beri. Sebab ini akan mengundang dua tiga kali ke tandas (tandas ada 1 je) aku hanya pakai tuala pada bahagian bawah dan bahagian atas masih pakai tshirt.

Aku pun terlelap di sofa sambil menunggu the next job ceri beri tu.

Dalam terlelap tu, aku rasa tuala aku diselak oleh seseorang. Aku bukak mata tengok Mat yang selak..

Aku dalam keadaan terpinga tinga tanya dia nak buat apa ni? Dia jawab dia nak cari handphone aku sebab nak tengok wasap jadual sekolah.

Aku pun marah marah sikit je la sebab takut aku yang salah sebab kita tengah tidur kan.. Tapi aku rasa pergerakan orang selak tu, kalau tak macam mana aku boleh terjaga kan?

Tetapi kemuncak cerita ini malam tadi, suami aku takde dekat rumah sebab buat part time. Aku tidur menggunakan seluar panjang baju tshirt.

Dalam pukul satu pagi, aku terasa pergerakan lagi di tempat yang sama. Aku bukak mata, aku tengok Mat yang buat macam tu.

Alasan nak cari handphone aku sebab adik naik tengok Tiktok.

Apa kejadahnya handphone dalam seluar aku. Diorang semua tahu yang sebelum ini aku letak handphone bawah bantal.

Apa lagi, memang kena hanger la dia masa tu.

Bertapa hancur hati aku, kecewa dan jijik betul dengan anak aku sendiri.

Sudahlah masa kecil pernah kena c4bul dengan pakcik sendiri, dah tua kena pulak dengan anak bujang sendiri. Baru 13 tahun pulak tu.

Aku cakap dengan dia “kau tunggu papa kau balik! kau jawab sendiri dengan papa”.

Pagi ini, suami aku balik, dia takde dekat rumah, dah lari sebab takut la tu..

Tapi jujur, kalau begini la aku pun dah tak nak jaga. Aku tak nak anak perempuan aku yang baru berusia 4 tahun pulak kena. Aku ni yang garang macam singa pun dia boleh c4bul.

Mat ni, memang tak de melawan cakap kalau kita marah dia. Tetapi di balas dengan perbuatan yang kita boleh expect dia akan buat.

Apa salah kami sebagai ibu bapa yang dah mendidik, bagai makan pakai secukupnya. Tapi ini yang dibalas. Memang tak pernah terlintas dia akan c4bul ibu dia sendiri.

Sekarang ini, kalau laki aku nak bersama pun aku rasa jijik sebab muka diorang sama.. Rasa jijik sebab disentuh anak sendiri.

Ini semua terjadi sejak penyakit Mat hilang dan dia bergaul dengan rakan sebaya..

Kadang kadang aku pelik macam mana dia boleh terfikir nak buat benda jijik sebegitu.

Kalau korang ada komen yang membina untuk aku setelkan masalah ini, silalah komen.

Reaksi Warganet

Suhana Abdul Samad –
Allahuakbar, memang seram kalau anak ada pemikiran dan buat tindakan mcmni.

Tapi cubalah berubat dulu. Contohnya mintak air penawar pada ustaz2 ditempat ruqyah.

Sebab saya pernah minta air doa untuk anak anak saya yang tak berapa nakal pun. Sajalah kan sambil sambil saya pun berubat sama.

Alhamdulillah, berkesan berkat doa kita sebagai orang tua dan air doa tu. Semoga Mat berubah menjadi anak Soleh dan puan juga berubah menjadi ibu yang lebih memaafkan dan mendoakan anak anak.

Nur Suhaili –
Cuba cek fon anak masing masing, tengok game apa diorang download.

Di usia 8 tahun anak anak dah terdedah dengan game dimana karakternya menjolok mata, berbikini, berkelakuan ganas, bercakap lcah dan kata kesar.

Kalau karakter perempuan tu, siap di highlight lagi bahagian d4da supaya tersembul. Lalu bagaimana la mereka ni tak tergoda.

Sejujurnya, saya sendiri pun risau dengan anak anak saya. Kalau dihalang terlalu keras, dia akan download dan main game senyap senyap dibelakang kita.

Dibiarkan, takut makin melarat bila dia dah mula bersyahwat nanti. Semoga saya juga kuat untuk mendidik dan mengalihkan perhatiannya dari perkara lagha dan maksiiat.

Cik Puan –
Ada kaitan dengan persekitaran jugak ni. Dah tahu anak tu belajar pun kureng, umur nak meningkat remaja, dedahkan pulak dengan gajet.

Sepatutnya sebagai parents kena tegas bab bab macam tu. Kang tak pasal adik perempuan atau orang lain pulak jadi mngsa.

Kalau saya dekat tempat confessor dah kena macam tu dengan anak sendiri pulak tu, sebagai mak tak perlu tunggu bapak dia balik.

Rotan je terus sebab dah melampau sangat. Setakat marah dekat mulut je. Anak pulak jenis tak makan saman, mana mau nya..

Norlaila Mohd Din –
Anak tu baru nak mencuba, pasal kerap terdedah dengan perkara tu.

Dia masih budak budak. Banyak yang dia tak tau, dangkal sangat. Usia macamtu didiklah dengan kasih sayang, kurangkan jerit jerit dan tengking.

Banyak kan renung matanya, bercakap terus ke hati dia. Cuba ajak baca quran sama sama, hayati quran, tadabur sama sama.

Tak tau tadabur, bawa dia pi majlis tadabur. Banyak kan bersembang dengan dia. Dengarkan luahan hati dia.

Jangan terlalu dihantui perkara silam. Yang silam lepaskan.

Your son is your future. Dia amanah yang u kena jaga. Bukan your girl aje.

Solat tu ajak berjemaah. Maghrib isya minta ayah dia bawa solat berjemaah agar dia tak tipu solat dah.

Sayangi anak tu. Doa banyak banyak untuk kebaikan dia. Doa ibu sangat mustajab, yakin lah dengan janji Allah.

Itu dugaan untuk u, tanda Tuhan sayang. Be smart, tackle your problem.

Bukan buang your problem tambah tambah dia anak drah daging u. Buat plan pemulihan. Kita ada quran dan hadith. Rujuk la dengan pakar

Anita Ramlah –
Walaupun kelakuan Mat macam pemangsa, namun faktor umur menyebabkan kita patut melihat Mat sebagai mangsa keadaan, Puan.

Mungkin Puan patut bawa Mat jumpa pakar psikologi kanak kanak/ awal remaja.

Maybe selain bantu Mat atasi apa jua ketagihan yang dia alami, Puan juga akan didedahkan dengan cara cara sewajarnya mengatasi anak yang berkelakuan begini.

Puan tolong jangan benci Mat selagi Puan belum cuba kaedah parenting khusus yang sesuai dengan keadaan Mat yang disaran pakar.

Semoga Allah kurniakan sabar yang banyak untuk puan. Hugs

Sumber – IBU YANG KECEWA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.