Cuci bju suami, terbau sesuatu. Pelik, hanya dkt lengan kanan. Aku mula selongkar. Rupanya diam2 suami tabur duit

Foto sekadar hiasan

Jika Itu Pilihanmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku salah seorang silent reader dekat sini. Selalu baca kisah rumahtangga orang, harini aku rasa terpanggil nak kongsi kisah aku. Kisahnya sedikit panjang dan berliku.

Nama aku Mina, nama suami aku Mamat. Masuk tahun ni dah 15 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Dua lelaki satu perempuan.

Suami aku kerja dan kewangan sangat stabil sebab dia jenis yang teliti dalam berbelanja. Jadi jarang sangatlah dia terlebih atau membeli sesuatu bukan keperluan.

Aku pun kerja, gaji memang tinggi berdasarkan pengalaman. Jadi hidup kami ni Alhamdulillah dari segi kewangan tapi kami masih mengamalkan kehidupan sederhana saja.

Orang kata 5 tahun pertama adalah masa untuk kita benar benar kenal pasangan kita. Sisi cerah dan gelap yang tersembunyi dan disembunyi.

Awal perkahwinan semua indah. Semua kita rasa boleh bertolak ansur sebab aku rasa takpelah dia suami.

5 tahun pertama berlalu kemudian 10 tahun juga berlalu dengan pantas. Suami aku memang baik, cakap pun lembut, hormat orang tua, kebajikan aku dan anak anak tak pernah terabai.

Dalam kata yang mudah dia jaga aku sekeluarga dengan baik.

Tapi, mana ada orang sesempurna tu dalam dunia. Syiling pun ada dua muka apatah lagi manusia. Sisi gelap yang aku terlepas pandang sepanjang aku berkahwin.

Disebabkan aku dan dia bekerja jadi aku tak cukup masa nak uruskan rumah dengan sempurna. Aku penat nak uruskan anak lagi, rumah lagi.

Lebih lebih lagi anak waktu tu tengah nak membesar. Nakal dia lain macam.

Aku cadangkan dekat suami aku nak ambil pembantu rumah untuk ringankan beban. Sekurangnya ada orang tolong bersihkan rumah.

Tapi suami aku tak bagi, katanya nanti tak ada privacy dekat rumah dan dia rasa tak elok kalau nanti hari cuti aku dan anak anak tiada di rumah, maka tinggal mereka berdua saja.

Bila aku fikir semula, oh betul juga. Aku pun iyakan saja.

Maka dari situ, aku cari jalan lain iaitu aku ajar anak anak aku kemas rumah dan buat pembahagian tugas.

Alhamdulillah anak anak aku walaupun nakal tapi jenis yang mendengar kata. Jadi bila balik kerja, kurang sikit kerja aku di rumah.

Kerja kerja hakiki masih aku yang buat. Gosok baju, lipat baju, sediakan baju suami aku untuk kerja setiap hari tanpa culas kecuali hari dia cuti.

Masuk tahun 8 perkahwinan kami, aku dah rasa lain macam.

Kita isteri ada perasaan yang kuat kan, kita dapat rasa kalau ada sesuatu tak kena walaupun kita masa tu belum tahu apa benda yang terjadi.

Bila aku cuci baju kerja suami aku, ada bau perfume lain. Bukan bau yang biasa aku bau.

Bau perfume kalini lebih lembut. Bau perfume tu sekitar lengan belah kanan saja. Daripada bau ni aku dah agak perfume ni mahal.

Aku dah rasa tak sedap hati. Sebab katalah dia pergi meeting sana sini takkanlah baunya melekat dekat lengan sebelah kanan saja?

Kat situ dah terdetik kecurigaan dalam hati aku.

Jadi aku pun buat tak tahu, tak ada tanya dekat dia ke apa.

Tapi aku dah mula selongkar dengan lebih teliti dalam masa yang sama aku doa semua salah faham dan aku salah.

Lepas tu aku selongkar wallet dia. Jumpa banyak resit. Aku check satu satu resit barang tu aku terduduk.

Jadi betullah. Aku tak salah faham.

Dalam masa satu hari Allah nak tunjuk semua benda tanpa amaran untuk aku bersedia.

Resit baju perempuan, resit barang kemas, resit restaurant mahal sedangkan aku tak pernah dapat apa apa atau pergi ke restaurant tu.

Kepala aku kosong. Aku termenung berhari hari sampai aku ambik MC. Anak anak entah kemana aku tak mampu nak hadap.

Suami aku nampak perubahan aku dan dia ada tanya aku sakit ke apa sebab muka aku jelas nampak pucat.

Waktu aku tengok muka dia tu aku rasa jijik sangat. Macam macam aku fikir.

Kenapa 8 tahun baru nak curang? Kenapa nak curang bila anak dah 3 orang? Tak cukup apa lagi aku ni? Kurang kat mana?

Kalau kurang sekalipun bagitahu aku boleh betulkan dan jijik untuk gunakan alasan kekurangan aku untuk kau puaskan nfsu kau.

Lama lepas tu aku tersedar, bukan diri aku yang kurang.

Kau boleh jadi secantik bidadari tapi tetap dicurangi. Kau boleh jadi sesempurna yang mungkin tetap tak menghalang dia untuk curang.

Aku tak nak jadi lemah jadi aku berterus terang dan tunjukkan resit yang aku jumpa. Dia terdiam, terkejut, kemudian dia kata nak jelaskan.

Aku diam dan biar dia jelaskan. Semua yang dia jelaskan masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku.

Tak kiralah 10 jam kau jelaskan pun takkan ubah hakikat yang kau curang dengan aku. Dia menangis nangis minta maaf.

Cliche tapi demi anak anak aku maafkan. Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa membesar dalam keluarga berpecah.

Bagi aku biarlah aku berkorban perasaan asalkan anak anak aku hidup dalam persekitaran yang sempurna. Hahaha, sempurna ke?

Aku cakap terus terang, sekali pasangan kau buat hal rasa percaya tu memang dah tak ada. Kau maafkan tapi nak melupakan? Benda tu tiap malam berlegar dalam fikiran.

Setiap apa yang dia buat memang mencurigakan. Even dia pegang phone aku dah rasa curiga.

Benda ni yang aku tak sedar dah bawa pengaruh buruk untuk aku dan anak anak aku.

Walaupun dia janji yang dia takkan berhubung dengan perempuan tu sampai 7 keturunan sekalipun. Janji dibuat untuk dimungkiri.

Selama mana dia boleh pegang janji dia? Adakah sebab terkantoi baru nak berjanji? Bila orang dah nampak sisi gelap kau?

Bila kau dah tak mampu nak tutup keburukan kau dengan kebaikan yang kau lemparkan?

Jadi macam mana aku dapat bertahan sampai sekarang selama 15 tahun?

Banyak lagi aku nak cerita tapi aku rasa macam terlalu panjang dan takut pembaca lain bosan.

Kalau ada yang nak sambungan aku akan sambung nanti.

Part 2, baca dibawah

Aku izin suami nikah lg dgn syarat. Giliran aku 1 hari seminggu. Madu girang sgt. Dlm diam aku ‘balas dendam’

Reaksi Warganet

Nurul Nur Aziela –
Banyak kes da tengok. Bila bini tu kerja jugak, tolong dari segi kewangan yang laki ni mesti perasan terpaling mampu.

Tengok, belanje awek lain. Yang bini ni, haramtak pernah buat macamtu.

Nak komen banyak lagie ha. Tapi tunggu part 2 la. Sambung sambung maki tak best pulak. Biar maki skali harung je..

Nazira Mylisa –
Pendek kata, suami ni kita kena sentiasa buat dia jadi miskin tak berduit, baru ada akal tak curang kot.

Sebab ujian orang lelaki ni, pantang ada duit lebih, Mula lah perasan kaya, nak mengorat sana, mengorat sini.

Paling sedih kalau yang sengkek pun sama sama ada hati nak pasang skandal tu yang tak boleh nak brain.

Ema Salim –
Aku memang tabik dengan perempuan yang dapat cium perfume orang lain. Sebab aruwah suami aku memang tak pernah pakai perfume, hanya deodorant.

So.. aku hanya bau badan dia yang aku suka hidu. Masih aku dapat bau haruman badan dia walau 8 bulan dia telah kembali ke rahmatullah.

Namun dalam kes ini, aku tetap hairan. Apabila alasan anak, masih menjadi alasan untuk bertahan.

Sedangkan tuan punya badan sudah merasa jijik. Tak faham..

Harap harap jika ada sambungan, jangan dia kata anak no 4..5..6..

Que Ashiela –
Biasa macam tu lah. Isteri yang bekerjaya ni tak ada nak meminta minta daripada suami.

Sebab kita ada duit sendiri. Beli segala keperluan diri tanpa minta duit dia. Hingga dia rasa selesa walhal segala keperluan isteri adalah tanggungjawab suami.

Haaa. dah mendapat, rupanya dia tabur segala kemewahan pada kekasih gelap!. Sadis betul suami begini.. hendaknya biar dia melingkup!!

NuRaz Wan –
Kalau kepercayaan sudah hilang dan kita tidak mampu mengawal rasa samada benci jijik atau hilang hormat, pada saya berpisah lebih baik.Andai si isteri boleh hidup sendiri (ada pendapatan)

Sebab sakit dalaman ni..orang tak nampak tapi boleh mmberi kesan yang serius.

Kalau dia sayangkan ank anak, berpisah rumah, tidak akan membawa putusnya hubungn dengan anak anak.

Sumber – Mina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.