Aku izin suami nikah lg dgn syarat. Giliran aku 1 hari seminggu. Madu girang sgt. Dlm diam aku ‘balas dendam’

Foto sekadar hiasan

Jika Itu Pilihanmu II

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk part I, baca dibawah

Cuci bju suami, terbau sesuatu. Pelik, hanya dkt lengan kanan. Aku mula selongkar. Rupanya diam2 suami tabur duit

Terima kasih sebab sudi membaca dan ini sambungannya. Masih panjang ya sebab aku habiskan terus semua.

Setahun dia cuba berubah dengan harapan aku lupakan segala perbuatan dia.

Dia tak main phone bila balik rumah. Orang kata nak ambil hati semula.

Sejak kejadian tu aku memang tidur awal. Komunikasi pun memang entah kemana. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab.

Cuma depan anak anak je kami berlakon. Ada benda yang aku perasan bila dia nak mandi, dia akan kunci pintu bilik.

Aku dah pelik kenapa nak kunci pintu bilik? Kunci je la pintu bilik air kan? Aku tanya dan dia jawab dia terkunci.

Kadang kadang dia cakap anak bongsu aku akan masuk dan ketuk ketuk pintu bilik air.

Sekali kau dah kena tipu, kau takkan percaya bulat bulat dah.

Mesti ada perasaan curiga dan hati aku cakap dia buat hal lagi.

Kalini aku siasat macam biasa, aku minta dia bawa dua anak lelaki aku ke kedai, kataku terlanjur janji nak beli aiskrim waktu balik sekolah.

Masa dia bawa anak aku tu, aku ambil phone dia dan aku tak tahu password dia sebab kami tak pernah check phone.

Aku minta anak bongsu aku buka sebab dia selalu main game guna phone baba dia. So aku buka dan check satu persatu chat.

Eureka! Aku jumpa apa yang aku nak. Memang betul dia buat perangai lagi. Once a cheater, always a cheater.

Aku tak terkejut pun, aku kekal tenang dan baca semua chat tu. Rupanya dia tak pernah tinggalkan perempuan tu.

Ada s3xting juga dengan voice note yang aku rasa berdosa bila dengar.

Dia janji nak kahwin dengan perempuan tu. Okaylah janji kena ditepati.

Malam tu aku confront dia sekali lagi. Macam biasa dia masih terkejut.

Aku tak faham kenapa dia kena terkejut tiap kali dia kantoi. Dia yang buat kerja tak clean, memang akan pecahlah tembelangnya.

Aku cakap aku takkan dengar apa apa alasan daripada dia lagi. Dan masa tu aku minta untuk dilepaskan supaya dia boleh tunaikan janji dia dekat perempuan tu.

Of course lah, drama melayu dia takkan lepaskan aku.

Jadi aku pun cakap aku izinkan dia kahwin dengan perempuan tu. Sebabkan se*s3xting yang aku jumpa tu aku rasa memang tak patut aku halang. Lama lama takut berziina pula.

Aku jumpa perempuan tu, tak rasa bersalah pun dia. Tergedik gedik dan tak ada kata maaf pun daripada dia.

Tapi aku faham, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. So bukan salah dia sepenuhnya.

Dia siap cakap, dia faham kalau aku nak hari yang lebih untuk suami aku stay dengan aku bila kita bermadu nanti.

Aku cakap bagi aku masa sebulan.

Dalam masa sebulan tu, aku upah peguam untuk bantu aku selesaikan kemelut rumahtangga aku. Semua atas cadangan kawan aku juga.

Jadi aku jumpa peguam dan aku cakap suami aku tak nak lepaskan aku, maka dengan itu aku nak letakkan syarat sebelum mereka bernikah.

Kos upah peguam pun mahal tapi aku relakan saja lah janji lepas kahwin aku tak dipijak.

Ada banyak syarat aku letakkan tapi aku nyatakan yang penting saja. Syarat ni kalau dilanggar maka dia kena lafazkan talak.

Syarat syarat:

1. Dia hanya boleh balik rumah aku satu hari dalam seminggu kecuali atas kebenaran aku

2. Dia ada kebebasan nak jumpa anak dia bila bila masa atau bawa anak balik ke rumah isteri kedua pada hari hari lain. Terserah, kalau anak anak nak ikut.

3. Hubungan intim hanya boleh dilakukan atas keizinan aku

4. Aku berhak pergi kemana mana tanpa perlu persetujuan dia. Of course dia akan dimaklumkan destinasi aku dan anak anak

5. Segala hal keperluan rumah berdasarkan keputusan aku

Ni antara syarat syarat yang perlu dia ikut kalau dia nak kahwin lagi. Syarat ni nampak berat sebelah kan? Aku saja nak tengok dia sanggup ke tak.

Tapi orang kalau dah miang, lautan api pun sanggup diredah. Sukalah bakal madu aku, syarat aku berpihak pada dia.

Suami aku setuju, maka aku bagi keizinan dia kahwin.

Sebelum tu, aku jelaskan dengan anak anak supaya mereka tak keliru. Pada awalnya semua memberontak tapi aku cakap tiada apa yang berubah.

Yang berubah hati aku saja. Maka dia kahwin lah. Keluarga mentua tak boleh buat apa, nasihat supaya aku kuat dan maafkan anak dia.

Seronok madu aku, sebab akhirnya mereka dah rasmi halal dan suami aku milik dia 90 peratus.

Perkara pertama aku buat lepas mereka berkahwin aku ambil pembantu rumah.

Orang indonesia, nama si mbok baik orangnya. Si mbok akan cuti hari suami aku balik ke rumah.

Waktu suami aku nak balik rumah madu aku dia terkejut tengok si mbok dekat pintu masuk pagi pagi.

Tapi apalah yang boleh dia buat. Biasa suami aku balik hari rabu. Jadi hari rabu tu hari yang paling “sibuk” untuk aku. Pagi rabu aku siapkan makanan sekali dengan dinner.

Aku akan balik lambat, pukul 11 malam baru sampai rumah dengan alasan aku ot atau banyak kerja nak kena siapkan.

Sampai rumah aku siap mandi aku turun ke dapur jam 12 siapkan barang untuk masak esok dan sediakan baju kerja suami aku.

Pukul 2 pagi biasanya siap. Aku masuk bilik dia dah tidur. Sengaja aku elakkan diri sebab hati wanita mana je yang tak sakit.

Beruntung sebab aku perlu tengok muka dia dalam rumah ni sehari je seminggu.

Dia pun perasan aku elak daripada dia, so dia cakap nak tukar hari balik rumah which is hari Sabtu.

Aku iyakan saja tapi dia aku anggap tetamu. Aku sediakan semua keperluan dan tanggungjawab aku sebagai isteri dari zahirnya.

Keperluan batinnya tak perlu sebab dia ada isterinya satu lagi.

Kalau perlukan daripada aku untuk apa kahwin satu lagi kan? Keadaan ni berlarutan juga dan aku message dia hanya cakap aku dan anak anak tiada di rumah, aku bawa anak anak bercuti.

Dia marah sebab tak bawa dia. Aku buat tak tahu saja.

Aku tahu semua ni berdosa tapi aku pun manusia yang lemah, ni je cara untuk aku cari kekuatan aku.

Lepas tu ada dia berbincang dengan aku supaya syarat tu boleh diolah semula.

Aku cakap masa nak kahwin lain tak fikir panjang, sekarang dah mula nak itu ini.

Aku bagi tempoh 2 minggu untuk dia fikir sebelum dia bersetuju dengan syarat aku. Pujuk rayu dia sekadar angin yang lalu je.

Mentua aku pun dah tak bertanya khabar. Madu aku selalu kesana. Macam macam cerita buruk pasal aku tak tahu jaga suami, sibuk dengan kerja, anak anak terabai.

Apa lagi yang dia tak cakap. Madu kiriman neraka agaknya.

Aku tahu sebab adik ipar aku yang cerita. Dia satu satunya yang sokong aku dari mula hingga sekarang.

Dia juga yang suruh fight untuk cerrai. Duit nafkah aku pun berkurang, dari 1k sebulan ke rm500. Katanya sebab dah ada 2 isteri jadi tanggungan bertambah.

Masalah aku ke tu? Tapi aku tahu duit gajinya diuruskan oleh madu aku. Sebab aku ada duit sendiri jadi aku tak harap duit dia.

Nafkahku tiap bulan aku sedekahkan dengan niat semoga aku dapat ketenangan hati nak terima semua ni.

Syukur sebab nafkah anak tak terabai.

Masa PKP tu paling seronok aku rasa. Takdir Allah masa lockdown suami aku dekat rumah sana. Jadi dia tersekat kat sana.

Aku punya seronok tu Tuhan je tahu. Aku WFH and aku luangkan masa dengan anak anak aku.

Aku tanya anak sulung aku pasal baba dia.

Dia cakap dia tak kesah janji aku ada, dia tahu baba dia ada mummy ( dia panggil madu aku mummy) sebab dia pernah bawa anak aku jumpa perempuan tu sebelum ni dan dia kata frkat anak aku tu kawan je.

Hahaha aku tak gali tapi Allah timbulkan semuanya.

Anak aku kata, dia dengar aku bergaduh, dia tahu aku berlakon je depan dia. Bila aku dengar tu aku menangis minta maaf sebab aku tak mampu pertahankan keluarga.

Anak aku cakap dia okay. Dia rupanya tolong explain dekat adik adik dia.

Allah tarik suami aku tapi Allah tu adil, Dia bagi aku anak anak yang baik.

Sepanjang PKP dia ada message aku tanya pasal anak. Aku jawab yang perlu saja.

Kenapa tak call? Sebab dia tahu aku takkan angkat. Aku tak nak dengar suara dia.

Kalau dia video call pun aku terus bagi anak anak. Sakan madu aku belanja sana, belanja sini. Post supaya aku jealous.

Tapi sayang aku tak rasa apa apa. Masa kita dibenarkan balik kampung untuk beraya tu aku terus pack barang balik rumah mak aku. Aku message dia cakap aku terus straight ke kampung.

Lepas PKP, dia balik rumah marah marah, tak ada angin atau ribut. Dia kata apa pun aku buat, dia takkan lepaskan aku.

Nak elak ke jauhkan diri daripada dia ke apa saja lah aku buat. Dia takkan lafaz. Aku dengar je.

Kalau macam tu kita teruskan je lah permainan ni 10 tahun? 20 tahun?

Aku tak rugi apa apa pun. Sebab tu aku mampu bertahan selama 15 tahun ni.

Apa yang aku buat? Invest kat diri aku. Pergi kerja, balik kerja pergi gym, spent time dengan anak, cantikkan diri aku.

Jadi aku dah terbiasa tiada lelaki. Aku pun tak main mata dengan lelaki lain sebab batas aku masih isteri orang.

Dia insecure sebab aku tak berharap duit dia. Aku tak bergantung dengan dia untuk terus hidup.

Sekarang ni dah 5 bulan mak mentua aku sakit. Lumpuh separuh badan. Aku ada ziarah. Lepas tu ada ke suami aku suruh aku jaga mak dia?

Tergelak aku. Aku tahu tu madu aku yang suruh. Aku dengan tenang cakap mak mentua aku bukan tanggungjawab aku.

Dia ada 2 isteri jadi mintalah isteri satu lagi jaga. Lagipun madu aku bukan bekerja dengan mengandungnya.

Of course lah madu aku tak nak. Dia pun tak sanggup basuh berak, kencing orang tua.

Aku cadangkan dia ambil pembantu atau nurse peribadi. Tapi dia kata tak mampu sebab nak tanggung anak aku lagi, anak baru dia lagi. Tu ada lagi dalam perut.

Apa apa pun tu bukan masalah aku.

Pernah juga dia pinjam duit aku dulu katanya dia terdesak. Aku pun bagilah pinjam simpanan aku.

Rupanya sebab madu aku nak beranak anak pertama dekat hospital swasta.

Haih aku pun pergi hospital kerajaan je. Elok anak sihat. Aku dapat tahu simpanannya bertahun tahun tu habis licin.

Adik ipar aku yang ceritanya. Aku boleh je jaga mak mentua aku tapi dia kat mana time anak dia buat aku? Dia buang aku macam tu je. Dia pilih madu aku.

Madu aku tu ingat, macam mana dia ambil suami aku macam tu lah dia boleh ambil kesempatan atas aku.

Silap besar lah, kalau suami aku pun aku letakkan syarat, kau siapa nak aku ikut cakap kau?

Mak mentua aku tak nak duduk dengan anak anak lain sebab suami aku anak kesayangan dia.

Jadi ni sedikit hukuman atas suami aku. Ni harga yang perlu kau bayar atas kecurangan kau pada aku.

Sekarang dia serabut sangat. Nak urus mak lagi, bini lagi tengah sarat. Kadang dia minta supaya boleh tinggal lebih sehari dekat rumah aku.

Aku bagi je. Tapi nampak jelas lah muka dia kepenatan. Hari hari pujuk (message) supaya boleh jaga mak dia.

Aku senyum dan jawab tidak. Tetap bukan tanggungjawab aku.

Kesian? Memang kesian tapi kalau aku bagi muka memang akan ambik kesempatan.

Payback time dan hadiah untuk madu aku sebab dia tak ada keinsafan dalam hidup.

Aku sengaja beli barang mahal dan post bagi dia nampak. Aku beli semua benda berdasarkan resit waktu dia bercinta dengan suami aku.

Makan tempat mahal sampai suami aku pernah minta aku stop posting barang barang aku beli sebab madu aku akan minta benda yang sama.

Hahaha aku beli pakai duit aku. Aku post pun pakai account aku. Bukan duit suami dia. Kadang aku tak beli just ambil gambar dan post je.

Bila aku baca kisah puteri sarah dengan syamsul yusof, teringat kisah aku sendiri. Rasa empati sebab aku pun lalui benda yang sama.

Untungnya dia sebab keluarga mentua sayang dan pertahankan dia. Aku belajar jadi kuat dan masih ikut permainan suami aku sampai dia sendiri yang menyerah dan melepaskan aku.

Hidup ni macam drama, cuma untuk kisah aku belum pasti happy or sad ending.

Aku tahu akan ada orang kata aku kejam sebab buat macam tu kat suami tapi sebelum dia curang aku korbankan kehidupan aku untuk dia.

Hati, mata dan jiwa aku untuk dia sahaja sebagai suami.

Curang kali pertama aku masih terima. Kalau hati yang layu mungkin akan subur diletak baja, tapi sesuatu yang mati takkan dapat dihidupkan lagi.

Pengajarannya:

1. Kahwin sebab cinta takkan cukup sebab bila sampai waktu cinta akan pudar. Masa tu tanggungjawab dan kesetiaan je yang akan pegang hubungan tu

2. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ni kita tak terkontang kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.

3. Ketahui hak kamu sebagai seorang isteri dan cari cara pertahankan hak tu

4. Suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin korang rasa dah cukup kenal perangai pasangan, silap besar.

5. Jangan sembunyikan apa apa daripada anak. Mereka sebenarnya tahu tapi memilih untuk diam. Jujur dan lama lama mereka akan faham

6. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ni singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terikat.

7. Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu

8. Jangan percayakan orang 100% mungkin 70% saja walau baik macam mana pun

9. Bukan pengajaran, tapi tolong doakan suami saya menyerah dan lepaskan saya. Supaya saya boleh buat pengajaran no 6 tu.

Terima kasih sebab baca luahan saya. Semoga kisah saya dijauhkan dan tidak akan berlaku dekat mana mana wanita di luar sana.

Semoga tiada wanita lain lalui apa yang saya lalui. Semoga juga kita dirahmati selalu.

Reaksi Warganet

Rusyainie Ramli –
Assalamualaikum Puan.

Sebab saya bercuti hari ni, kebetulan terbaca tulisan Puan.

Tahniah Puan kerana tak mengalah. Puan gunakan akal fikiran dan bukan semata emosi dalam berdepan dengan situasi sukar begini.

Tak ada siapa mahukan perkahwinan yang sebegini rupa. Tapi dalam ramai ramai yang menghadapi suami curang, hanya sedikit yang melawan dari dibvli.

Seorang lelaki boleh berjaya dalam hidupnya kerana wanita. Tapi sebab wanita juga lah dia jatuh tersembam. Padan muka dia kerana pentingkan nfsu serakah dari pemikiran yang rasional.

Nah! Rasakan! Anak 3 diberi RM500 belanja dapur? Kat situ pun dah berdosa dah. Tanggung lah sampai mti.

Orang p0ligami, dia pun nak juga. Tapi tak mengukur baju di badan sendiri. Kalau dia di depan muka saya, memang saya gelak guling guling.

Untuk Puan, semoga Puan terus dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk membina masa depan sendiri tanpa mangkuk ayun yang sengaja menempa bala.

Puan dan anak anak berhak bahagia dengan cara sendiri. Lantak pi lah dia dengan masalah dia.

Lelaki sebegitu memang layak untuk wanita yang dipilih mengganti Puan. Puan terlalu bagus untuk dia sebab tu Tuhan bagi yang lain.

Kalau lah semua wanita sehebat Puan, tak ada lah yang menangis meraung menyesali nasib dan hanya berserah semata.

Hidup ni pilihan. Tak membuat pilihan, juga satu pilihan. Dan tahniah Puan kerana memilih untuk bahagia.

Intan Syazwani –
Macam susah lagi je keadaan sis sebab nak kena hadap lagi pe’el suami, madu dan mertua tu.. Alhamdulillah ada adik ipar yang baik dan memahami sis.

Cuba tuntut fasakh sis dan cari peguam yang lagi handal memandangkan sis berduit, cepat cepat selesaikan masalah semua ni supaya sis dapat hidup tenang setenangnya.

Lebih mudah sebab anak anak pun dah faham dan terima keadaan sis..

Saya susah nak suruh orang berpisah tapi memandangkan sis pun dah tiada hati, keberkatan dan ketenangan dalam rumahtangga pun dah tak ada. Buatpa nak siksa lagi diri sendiri kan.

Apa apa pun, sis memang seorang wanita hebat yang patut dicontohi oleh semua isteri yang teraniaya di luar sana, tahniah.

Setuju dengan point sis yang no. 6; Hidup ni tak lama mana pun, kalau bole, carilah kehidupan yang terbaik untuk diri kita sendiri, pikir diri sendiri dulu sebelum orang lain..

Farrah Salleh –
Hebat madu dia. Nak yang manis manis ja. Nama pun madu.

Anyway kalau TT betul betul tak bahagia, fight ja dekat mahkamah untuk cerrai. Alang alang pun memang dah tak bahagia sekarang dan redha nak bertahan bertahun tahun, nak cerrai pun maybe akan ambik masa.

Bahagia tak semestinya ada suami. Sekurang kurangnya TT dah takda dah terikat dengan status isteri orang.

Dan kalau risaukan mental health anak anak dan sendiri, dapatkan family kaunseling. Semoga dipermudahkan urusan.

Sauriani DN –
Perkahwinan tt bukan lagi perkahwinan yang mendekatkan diri kepada Allah, tidak juga sakinah dan mawardah. Hanyalah berlandaskn dendam sahaja.

TT dan suami seolah olah ‘musuh dalam selimut’ TT nak membalas dengan bijaknya membuat syarat kepada suami yang dalam keadaan lemah ketika berahi ke wanita lain.

Dan suami pula membalaskan dendam setelah tau kebdohan sendiri dengan taknak mencerraikan TT dalam apa keadaan pun. Sampai bila nak macam ni?

TT bijak, bukannya tak boleh kumpul bukti untuk tuntut fasakh.

Move on tt, moga moga ada masa depan yang lebih bahagia di masa depan. Amin rb

Sumber – Mina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *