Bila kami nk pindah, mertua guling2 mcm kene sawan. Dituduh pula aku sngaje bnuh anak kembar dlm perut

Foto sekadar hiasan

The Story of My Mom In Law

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai semua pembaca. Aku perkenalkan diri aku sebagai Amni. Umur aku dah 31 tahun dan sudah berkahwin pada tahun 2017.

Syukur, kami dikurniakan seorang anak lelaki. Patutnya kembar tapi seorang sudah meninggal dunia di dalam perut dan juga lelaki..

Dan hal itu jugaklah Mama mentua aku nie tak puas hati. Dia excited sebab nak dapat cucu kembar.

Tapi bila jadi macam tu, dia seolah tak gembira. Macam tak terima pun ya.

Mujur suami aku baik. Dialah yang beri semangat dan dorongan pada aku nie. Walau aku tahu, dia tersepit.

Seringkali jugaklah Mama mentua aku nie sebut yang syurga suami aku dekat tapak kaki dia. Hilang isteri boleh cari lain katanya. Aku cuma tersenyum pahit.

Mama mentua aku nie kalau mengata anak orang memang number 1 lah. Merata dia canang. Tang anak sendiri kena, pandai pulak mengamuk, menangis, mengadu dekat adik beradik dia semua.

Selain aku, dia ada dua lagi menantu perempuan dan seorang menantu lelaki. Cerita buruk menantu pun diceritanya.

Balik balik, Mak saudara suami yang cerita balik yang Mama mentua aku cerita buruk menantu. Pasal saya, dikatanya saya anak k****g.

Tahulah saya nie bukan Melayu. Saya keturunan mamak, anak mami.

Dan tuduhan yang paling berat, Mama mentua kata aku sengaja bnuh salah seorang anak kembar aku dalam perut konon kata sebab aku taknak jaga dua orang anak.

Mengucap panjang aku bila dengar. Dari mulut adik beradik Mama mentua jugak yang cerita balik pada aku dan suami.

Suami aku pun, merah mata dengar cerita tu. Dia nak tegur Mama dia nanti banyak drama. Sebab dah banyak kali Mama mentua aku buat drama swasta.

Dulu sekali masa kami nak pindah rumah. Tak jangka dia berguling dekat lantai ruang tamu macam kena sawan sebab bantah kami suami isteri nak pindah.

Lupa nak habaq, Pak mentua dah takdak.. Jadi Mama mentua duduk dengan adik lelaki dan perempuan bujang di rumah peninggalan Pak mentua aku.

Yang dah kahwin termasuk aku dan suami semua duduk asing.

Kami 4 bulan jer duduk dengan Mama mentua. Sebab kami nie semua dah faham, ada menantu duduk dengan dia, dia takkan kerah anak perempuan sendiri tolong buat kerja rumah. Menantu jadi mngsa.

Korang boleh bayangkan, Kak Ipar aku dulu masak sorang diri sebab Mama mentua aku nak buat jamuan untuk kawan kawan dialah dalam 40 orang.

Nie Kak ipar cerita. Masa kejadian tu, aku belum jadi menantu lagi. Seorang pun takde tolong. Mama mentua apatah lagi.

Adik ipar perempuan bukan budak kecik lagi, dah boleh jadi Mak orang pun tapi kerja rumah ke laut dalam tapi dia baiklah.

Cuma bab kerja rumah nie jer dia malas. Dan Mama mentua aku pun biarkan jer.

Dahlah letih memasak, baru nak berehat, Mama mentua aku terpanggil panggil suruh basuh pinggan mangkuk. Nak tak nak kena buat.

Yang Mama mentua dok sedap menyandar dekat sofa tengok drama sambil layan Nescafe.

Sebab tu memang anak anak dia lepas kahwin duduk sendiri. Dan dia akan buat drama yang sama setiap kali anak anak nak pindah.

Satu lagi, pantang kalau hari cuti, bertalu lah bunyi telefon. Mama mentua aku nanti tanya ada nak pergi mana mana ke apa.

Kalau ada plan nak keluar berjalan, mesti dia nak ikut. Dan gunakan ayat “syurga anak lelaki kat tapak kaki emak. . “Serba salah dibuatnya.

Pernah sekali company aku kerja buat family days di Lost World Of Tambun tahun 2019. Cuma aku, suami dan anak jer pergi.

Tak bawa sesiapapun samada Mak Ayah aku ke Mama mentua aku ke memang tak bawak. Mama mentua aku called suami ada dekat mana.

Pada malamnya, Maklong suami called suami. Dia tanya kenapa buat Mama menangis. Suami aku pun dok heran lah pasai apa.

Maklong kata, Mama mentua aku mengadu yang kami nie taknak bawak dia berjalan dan kata aku yang control suami dan hasut suami supaya jangan bawak dia.

Suami aku pun explained A to Z dekat Maklong dia. Lepas tu dah sampai situ saja. Maklong pun takde kata apa dan dia faham kejadian sebenar.

Ianya tak tamat begitu saja ya. Mama mentua aku nie pergi pulak mengadu dan macam biasa ada adegan menangis dekat Abangnya yakni Pakngah suami.

Pakngah pun called suami tanya situasi sebenarnya. Kena explained lagi.

Dan kemuncaknya, apa yang buat aku rasa kecewa sangat, Mama mentua aku tersalah send mesej Whatsapp.

Tak tahu nak dihantar pada siapa tapi di hantar ke aku nie. Isi text dia macam nie. .

“Bini Hidayat (suami) tu apa pun tak boleh pakai. Kaki control tue. Dahlah hitam macam k****g. . Tak tahulah macamana Hidayat suka.

Dialah hasut Hidayat tue. Dulu aku dah pilih calon bini dia, si Hidayat degil. Tak nak ikut. ”

Aku cepat-cepat SS benda tu. Dan aku balas macam nie, “Salam Ma. Ada apa ya?”

Tak lama tu dia delete. Langsung takde balas apa dah lepas tu. SS tu aku send pada suami.

Sejak tu, kalau pergi rumah Mama mentua, just suami saja yang pergi. Dan dah takde tidur sana lagi.

Sudah pasti Mama mentua akan menggunakan “senjata”nya iaitu air mata.

Dia cerita pada orang yang dia rindu anak aku dan cakap aku tak bagi dia jumpa cucu. Semua tu aku dah tak peduli. Banyak yang dah faham perangai dia sekarang..

Mak Ayah aku pun suruh aku bersabar. Buat apa yang patut jer kata mereka.

Whatsapp Mama mentua aku block. Cuma contact jer tak. Ada dua tiga kali dia called. Aku tak angkat. Dah tahu, dia akan called suami. Takde beza…

Bukannya aku sombong atau kejam. Tapi dah banyak kali jadi. Aku dituduh bnuh salah seorang anak kembar aku padahal meninggal dalam perut. Dia canang pada saudara mara kaum kerabat dia.

Dan aku tak larang suami jumpa atau nak tidur di rumah Mama mentua. Sebab aku tahu, itu syurga suami…

Mama mentua dengan drama air mata takkan terpisah. “Senjata” dia untuk meraih simpati sambil memburukkan orang seolah dia mentua teraniaya…

Cuma berharap Mama mentua sedar dan Allah beri kesedaran buatnya.. Aamiinn…

Reaksi Warganet

Noraini Hussin –
Harus diingat ye mak mak sekalian. Syurga anak anak memang di bawah tapak kaki kalian tapi itu tak menjamin mak mak sekalian untuk masuk ke syurga.

Pikir dulu syurga sendiri sebelum sibuk nak tentukan syurga neraka anak anak. Kalau mak mak semua betul betul sayangkan anak anak sentiasalah redha dengan anak anak.

Farah Hanina –
Syukur suami pun lindungi awak dan memahami.

Bagus tindakan awak. Tak perlu dah nak pergi rumah mertua. Kalau perlu sangat je baru pergi.

Tak boleh bayang drama swasta guling guling tiap kali anak nak pindah.

Tahniah awak sebab tak try hard nak diterima masuk dalam keluarga mertua. Sebelum rasa diri tak dihargai, baik angkat kaki siap siap.

Nurin Farhah –
Air mata acah acah viictim tu namanya air mata buaya.

Rugi sungguh mak mak mentua yang jahat dekat menantu ni daripada menantu boleh sayang buat macam mak sendiri dah jadi jauh hati.

Kalau baik kan bagus hati dan otak lapang. Menantu pon happy je balik rumah mentua.

Nak kata tak belajar adab dekat sekolah mentua jadi lagu tu, aruwah nenek belah mak aku jadi mak mentua pon dia tak sekolah tapi baik sangat. Redha je semua menantunya.

Miera Wahab –
Kisah Mak mentua vs menantu perempuan ni sampai bilalah nak berakhir dalam keluarga MELAYU kan?

Mak mak millineum (mak mak yang jadi mak tahun 2000 ke atas), marilah kita ubah senario mak mentua vs menantu perempuan ni.

Melainkan menantu perempuan buat benda terang terangan berdosa dalam sisi agama Islam, barulah kita perangi.

Prinsip hidup aku, kalau aku pernah kena lalui sesuatu perkara yang aku tak suka, aku cuba sebolehnya tak nak bagi orang lain melalui perkara yang aku tak suka tu dengan sengaja.

Janganlah guna ayat “aku dulu hadap elok je tak mati pun”. Mental health dan ketahanan mental setiap orang tak sama.

Farida Muqrim –
Derhaka seorang ibu itu benar dan wujud. Hormat dan sayang dari seorang anak tu wajib.

Tapi ada part yang kena juga seorang anak tegur dengan hormat dan lembut.

Kalau masih sama, doa dan sebaiknya diam serta jauhkan diri. Janji bahagian anak menantu, tak memburukkan dan mencaci hina mertua. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Kalau kita bergelar anak atau menantu pun, Allah tak izinkan seorang ibu untuk mendera fizikal dan mental.

Sumber – Amni (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *