Bila adu ttg suami, mertua nangis. Aku pula yg slh. Ipar2 jd batu api. Kami jauhkan diri. Aku mula atur suami

Foto sekadar hiasan

Mendidik Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.

Haa… tajuk tu dah kenapa pulak nak didik suami kan?

Untuk pengetahuan semua, aku baru je 4 tahun kahwin. Jauh lagi perjalanan aku sebagai isteri.

Naifnya aku dulu, aku ingat orang dewasa yang decide untuk kahwin ni dah cukup bertanggungjawab.

Dan ibu bapa yang benarkan anak kahwin ni dah cukup didik anaknya untuk menempuh alam perkahwinan.

Sangkaanku rupanya meleset. Bila dah kahwin tak sekufu pula, culture shock la aku jadinya. Nak masuk pulak dengan cara hidup keluarga suami yang berbeza.

Sejak awal kahwin, kami asyik gaduh tentang benda yang sama setiap hari. Gaduh sebab aku nakkan perhatian dia dan nak dia jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Silapnya, aku meluah dekat mak mentua waktu aku dah tak tahan. Dia boleh pulak suruh aku ada anak. Ayah mentua aku pulak cakap ini kali kedua dia menangis.

Yang pertama katanya sebab anak sulung dia cerrai dulu. Otak aku terus jammed.

Salah ke aku sedih anak dia tak solat, tak kerja, tak bagi aku nafkah dan main game sampai tidur pukul 3-4 pagi?

Dah lah aku yang sediakan rumah, kereta, bagi kerja dan tanggung hidup anak dia.

Sampai hati tuduh aku buat dia sedih, nak bebankan pulak aku dengan anak? Nak aku meroyan ke jaga anak sorang sorang?

Kalau anak aku muka aku takpe lagi. Kang keluar sebijik muka suami, mak mentua atau ayah mentua aku tak ke meluat?

Eh. Ipar ipar pula sedap menambah fitnah kata aku hina mereka satu keluarga. Terus putus silaturrahim. Tak nak berbincang, tak nak berbaik.

Puas aku mintak maaf walaupun aku tahu bukan salah aku, siap bawak abah dan umi aku untuk bincang elok elok.

Tapi masih juga tak nak beralah, tak habis habis menyalahkan aku.

Nasib baik abah dan umi aku jenis sabar, soft-spoken dan takde nak melenting lenting macam keluarga mereka.

Akhirnya, abah cakap diorang angkuh dan ego. Biarkan luncai dengan labu labunya.

Okaylah, aku pon ikut nasihat abah untuk berdiam diri dan jauhkan diri dari mereka.

Suami aku? Dia pon ikut jauhkan diri sebab sayang aku. Katanya dia kecewa keluarga dia suka buat drama dan toksik.

Lepas 3 tahun asyik bergaduh, aku decide untuk ubah suami aku.

Kenapa tak cerrai je? Dah lah penat menanggung, nak ambil tanggungjawab mendidik anak orang pula.

Serius banyak kali dah aku give up dan mintak cerrai. Setiap kali mintak tiba tiba dia jadi rajin layan aku macam princess sehari dua.

Pujuk aku sampai aku bagi peluang lagi entah ke-berapa ribu kali. Akhirnya aku terus bagi kata dua, kalau nak aku stay dia kena berubah.

Kalau tak nak berubah, aku angkat kaki. Dia janji dengan aku sungguh sungguh nak berubah. Aku pegang janji itu.

Tapi aku dah serik asyik gaduh dan pujuk, aku terus plan untuk jadikan dia suami idaman aku. Aku buat macam ni :

1) BERTERUS TERANG, TIADA RAHSIA

Setiap kali gaduh, aku ubah sikit cara cakap aku. Aku rendahkan suara aku. Aku bagitahu kenapa aku rasa sedih atau marah, apa yang aku nak.

Aku merajuk, cakap nak dipujuk. Aku siap cakap aku tahu punca dan solution, tapi aku perlukan dia dalam solution tu.

Kalau aku sedih atau merajuk harini, aku akan bagitahu dia untuk kami settlekan harini jugak.

Aku selalu cakap sampai bila nak macam ni, tak cukup ke aku dah terkorban untuk dia dan keluarga dia.

Mungkin bila aku asyik sebut, sel otak dia mula berhubung. Timbul rasa bersalah sebab family dia layan aku teruk.

Aku luah yang aku dah mula ‘burn out’ dengan kerja, dia juga mula tunjuk simpati.

Slowly, dia berubah. Dia dah bagi aku duit nafkah, keperluan aku semua pakai duit dia.

Walaupun aku yang bagi gaji dia. Dia basuh baju, kemas rumah, memasak, semua dia buat sendiri tanpa aku suruh.

Dia sendiri sebut memang tanggungjawab dia. Aku pula tolong apa yang patut.

Waktu kerja pon dia assist aku closely sampai aku tak rasa penat kerja.

2) HARGAI PERUBAHAN DIA

Walaupun mula mula dia ada masa malas tolong aku buat kerja rumah, aku akan ucap terima kasih setiap malam sebelum tidur.

Walaupun aku cerewet bab kebersihan dan kekemasan, aku tutup je mata dan bersyukur asalkan dia tolong dan layan aku selayaknya teman hidup.

Kadang kadang, aku surprisekan dia dengan hadiah yang dia suka.

Ya, aku serik jugak sebab dulu banyak berkorban masa, emosi dan harta untuk dia dan keluarga dia.

Tapi sekarang aku berpada. Untuk keluarga suami takde dah la, untuk suami aku je.

Dah semua benda buat sama sama, jadi banyak masa kami habiskan bersama.

Suami aku pon dah tak melepak atau main game sebab penat kerja dan uruskan rumah. Hobi aku pon dah jadi hobi dia.

Dia tengok aku jaga pokok ros, vinca dan petunia aku macam taman bunga dah laman rumah kami. Dia pon berminat nak bela sampai aku ajar semai dan buat jual.

Bukan setakat dapat tengok bunga cantik, siap boleh dapat duit lagi. Seronok la dia.

Bab ni aku tak penat. Sebab sejak aku kemurungan disebabkan suami aku dan keluarga dia dulu, aku dah decide untuk sayangi diri aku dulu sebelum orang lain.

Jadi aku suka cipta keseronokan aku sendiri.

Bila suami aku tengok macam seronok je hidup aku, dia pon join sekali. Aku tak paksa pon.

Sama juga cara aku kerja, mengemas dan menyimpan duit. Contohnya, aku buat emergency saving secara lucky draw.

Aku tetapkan RM10k simpanan setahun, dan aku tulis nombor di atas kertas berwarna warni untuk aku cabut setiap 2 hari seminggu.

Sebab selain simpanan bank, ASB atau Tabung Haji, aku nak ada dalam bentuk cash. Nama pon emergency kan.

Suami aku berkenan cara aku, dia join sekali. Duit travel pon kami buat begitu.

3) AJAR ILMU KEWANGAN

Duitlah punca utama sebenarnya pergaduhan. Dah tanggungjawab suami bagi nafkah kan, memang berantakan rumahtangga kalau dia tak tunaikan.

Suami aku dah biasa hidup berhutang, menumpang dan menerima. Dah jadi tabiat keluarga dia.

Jadi, bila suami aku mandi, aku bukak Facebook dia, follow, siap set see first pakar pakar kewangan dan influencer yang share ilmu rumahtangga.

Aku pulak selalu cerita Dr. Azizul share macam ni, Puan Adlina share list lelong dekat dengan rumah kami, Tuan Razzaaq cakap macam tu, Kak Ija cakap macam ni.

Lama lama dia ingat dia yang follow sendiri. Dah aku selalu cerita apa yang mereka share dan buat, macam sedara aku pulak.

Bila ada seminar hartanah, aku ajak dia join. Aku banyak beli buku kewangan, hartanah dan self-improvement.

Sambil aku baca, aku share sampai lama lama masuk dalam kepala otak dia, akhirnya dia pulak jadi excited nak menyimpan dan melabur duit.

Selain suami aku suka berfacebook, dia suka tengok YouTube. Jadi aku subscribekan dia channel Dr. Adam Zubir dan Financial Faiz.

Langkah awal pelaburan, aku suruh dia buka akaun ASB dan Tabung Haji untuk buat pelaburan yang berisiko rendah setiap bulan. Gold bar pon kami kumpul sama sama untuk masa tua.

Alhamdulillah semua hutang lama dia dah settle, siap dah belikan rumah pencen kami pon.

Kami plan sama sama saving, pelaburan dan dana persaraan termasuk hibah dan takaful. Dia sendiri hibahkan semua harta dia dekat aku.

Aku tak mintak, dia yang kata dia tak percayakan keluarga dia dah. Dia nak bahagia dengan aku je katanya.

Aku agak dia seronok kami usaha untuk grow sama sama.

Tentang ilmu rumah tangga, aku biar dia terbaca sendiri dekat Facebook. Lagi seronok dan boleh diterima daripada isteri sendiri yang sebut kan.

Cukup la 3 point tu. Aku kalau buat karangan memang macam ni. Dulu waktu exam jenuh fikir nak kurangkan perkataan je.

Ada macam macam lagi usaha aku untuk ubah dia ikut selera aku.

In a nutshell, nampak kan, cara aku adalah discussion, rendahkan ego, dan aku tunjukkan contoh yang baik dan menarik untuk dia sendiri ikut tanpa dipaksa.

Aku tekad untuk ubah dia sejak aku mula pentingkan diri sendiri dahulu dalam semua keputusan hidup.

Aku perasan, utamakan orang lain dari diri sendiri itu lah punca segala jenis masalah emosi dalam dunia ni.

Selain tu, aku hanya bergantung kepada Allah, bukan manusia.

Cukuplah berdasarkan pengalaman aku, berharap kepada manusia lah aku kecewa.

Jadi sebenarnya bukan aku yang ubah suami aku. Aku yang berubah, dan suami aku sendiri rela mengubah diri menjadi manusia berguna.

Cuma aku nasihatkan, kalau suami kalian jenis kaki pkul, maki hamun isteri, penagih ddah, main perempuan tu tak payah susah susah ambik tanggungjawab untuk ubah dia.

Baik pulangkan je dia balik ke rumah ibu bapa dia.

Allah cipta bumi dan segala isinya, banyak yang kita boleh nikmati. Jangan pilih untuk sia siakan hidup demi manusia.

Sekian. Assalamualaikum. Rose

Reaksi Warganet

Azizul Azli Ahmad –
Tahniah puan tidak mengalah dengan nasib hidup. Puan urus takdir dengan tadbir hidup puan dengan baik.

Sediakan bonus keluarga hujung tahun begini, dukong suami bawa bulan madu jika capai matlamat keluarga tahun ini atas perubahan yang berlaku.

Lelaki juga suka reward, mereka tahu mereka dihargai (sifat anak kecil) maka mereka akan kekal jadi budak baik. Gittew

Masdir Minami –
Betul betul terbalik zaman sekarang. Isteri cari nafkah, isteri jadi Qawwam(pemimpin).

Haa apa lagi? Ini ke akhir zaman, lelaki hilang function…

Sampai tahap nanti fungsi test0steron pun menurun, maka bayi perempuan lahir sehingga nisbah lelaki 1:8 perempuan.

Salute sista.. Inspiration to other woman..

Maimon Mat Saleh –
Tahniah confessor. Alhamdulillah. Bahagia itu kita yang cipta sendiri.

Saya juga sependapat lebih dengan anda. Saya berubah, suami ikut berubah.

Harap kepada manusia selalunya kecewa tapi tidak bila bergantung harap kepada Allah.

Walau isteri isteri seperti kami tak ramai tapi ada. Jemput follow for more tips

Sumber – Kak Rose (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.