Foto sekadar hiasan
The Bitter Truth
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.
Ni first time aku confess dekat sini. Rasa yang dah lama terbuku di hati, tapi tak mampu untuk kongsi dengan lebih terbuka.
Apa aku boleh buat, diam dan stay positif. Kali ni rasa nak share sebab aku tak leh tidur, kepala ni duk terkenang nasib diri.
Tajuk aku ‘The Bitter Truth’ tu lebih kepada kisah pasangan curang yang mana bila aku baca confession ‘mengidam bau ex’ dan ‘suami, kenapa curang’ memang buat tangan aku shaking, berayaq mata, termenung.
Kisah aku macam tu jugak. Lebih kurang. Boleh baca dibawah jika belum.
‘Mengidam bau ex’
‘Suami, kenapa curang’
Bulan ni genap 13 tahun aku dengan suami, lepas 6 tahun bercinta kami kahwin.
Awal perkahwinan kami PJJ, posting tempat berbeza walaupun kami kerja di jabatan yang sama.
Dari awal perkahwinan lagi kami sepakat untuk family planning. Aku tak ready untuk conceive selagi tak duduk dekat dengan suami.
Tapi kita hanya merancang, Allah jua sebaik penentu. Aku di sahkan hamil dan dapat bertukar ke negeri dimana suami aku kerja.
Yang paling best, suami aku tak excited.
Fast forward, aku lahirkan anak pertama. 3 tahun kemudian lahirnya anak kami yang kedua.
Alhamdulillah untuk rezeki anak anak yang cukup sempurna, comel dan sihat. Rumah tangga aku ni kalau orang tengok dari luar, memang orang salute la.
Sebab kami dua dua berkejaya, rupa paras elok alhamdulillah, ada anak anak yang comel. Kewangan stabil, background both family pun elok lah.
Memang kami nampak macam loving couple teruks lah. Tapi inside out hanya aku dan dia yang tahu.
Aku di uji dengan kecurangan suami. Curang yang sampai tahap bersekedudukan. Berziina. Kisah dia haa lebih kurang macam shuk hensem boii tu haa.
Yang paling best aku kena game lama. Bertahun aku kena game. Dari awal perkahwinan rupanya.
6 tahun yang lepas, waktu kami PJJ lagi suami aku dah bersekedudukan.
Perempuan tu aku kenal, kadang pernah contact sebab dia yang mesej aku konon nak tanya pasal kerja. Bila tanya suami siapa dia ni, dia cakap kawan kerja takda hubungan apa pun.
Aku ni pulak memang sejenis yang tak cepat melatah tapi bila instint aku ni smell something fishy, memang aku cepat tangkap dan memang aku boleh berubah jadi hantu.
Tak perlu kot aku cerita detail cukup aku cerita tiap tiap tahun kantoi, macam macam gaya kantoi diorang tu.
Ada informer bagitahu, ada yang kes tertinggal baju rumah perempuan tu, perempuan tu mesej sendiri aku bagitau pastu macam macam lah.
Tapi setiap ujian tu aku terima, maafkan dan teruskan macam biasa. Sebab apa, sebab anak dan sayang suami.
Owhh ye. Awal awal kantoi tu aku tak tahu diorang pernah berziina, ingatkan hubungan biasa biasa je.
Sebab tu setiap kali kantoi aku okay je maafkan dengan harapan dia menyesal dan betul betul stop.
Kemuncak cerita mereka time PKP, eh time border dah buka macamtu lah. Aku pun ingat ingat lupa.
Masa tu dah boleh cross border so aktiviti percintaan mereka dapat diteruskan lah.
Aku ni dah masuk peringkat tawar hati sebenarnya so aku malas dah nak ambik kisah.
Just fikir nak teruskan hidup macam biasa tapi kan aku pun tak tahu kenapa masa tu aku rasa macam anak anak aku teraniaya so hari hari aku doa macam ni,
‘Ya Allah, engkau yang maha mengetahui, seandainya diriku dan anak anak dianiaya tunjuk kan lah Ya Allah. Agar anak anak aku terbela dan aku mampu bertindak’.
Memang tiap kali timbul rasa suspicious tu, atau terdetik je di hati ni aku akan doa macamtu.
Tak lama korang, tak lama pun. Allah tunjuk semua.
Semua yang dari awal kahwin tu Allah tunjuk dekat aku. Macam mana diorang jumpa, game aku, cerita atas katil diorang siap dengan gambar katil aku dapat tengok.
Terduduk aku weh. Menangis macam orang giila.
Benda pertama aku rasa, sumpah aku geli. Dan tak sangka. Makhluk bernama suami yang memang aku sayang, aku taat, aku korban segalanya buat aku macam ni. Aku kena tipu hidup hidup.
Disebalik perangai suami yang baik, pemurah penyayang memang aku tak sangka sampai macam tu dia sanggup buat aku.
Dua hari aku tak boleh tidur, aku ambil emergency leave then bawak anak anak keluar dari rumah tidur hotel nak bagi diri ni stabil.
Suami aku meroyan cari kami. Menangis macam orang giila. Dia call in law aku, dia cerita semua.
Family dia semua tahu, contact aku cari aku pujuk aku. Aku serious dah hilang rasa, aku rasa kosong, benci. Keyakinan diri serta merta hilang.
Rasa diri ni tak berguna sampai tahap aku meraung tanya Allah apa salah aku apa aku buat sampai macam ni aku kena.
Aku takleh brain lagi masa tu ni ujian untuk aku. Astaghfirullah. Bila aku dah tenang sikit, aku balik rumah.
Semua nya sepi. Anak anak tanya aku kenapa mama cry, kenapa mama tak makan, mama sakit ke.
Aku mampu jawab dengan air mata je. 3 bulan aku kemurungan, berat turun mendadak, tangan memang shaking sentiasa.
Anak anak aku marah, suami lagi lah hari hari kena marah dengan aku cuma tahap tak keluar kata kata kesat je.
Aku termenung duduk je kat koridor tengok dekat luar dengan air mata tak putus putus. Hilang semua semangat yang dulu.
Hari hari aku doa dalam sujud, aku nak kembali macam dulu. Aku nak kuat dan ceria macam dulu, aku mintak aku kuat untuk redha dengan segala ujian Dia.
Bila dah okay sikit aku nak proceed untuk cerrai. Tapi suami aku taknak.
Dia cakap 13 tahun dia tak pernah tinggalkan aku sebab apa, sebab cinta dia yang tulus hanya untuk aku, sayang aku sampai takda satu masa pun dia terfikir nak lepaskan aku.
Haram betul ayat. Aku dah step forward dah, isi borang and nak proceed tapi aku kalah, kaah dengan apa?
Kalah dengan anak anak. Suami aku ni orang yang sangat baik, ayah yang penyayang. Anak anak ni selalu tanya ayah dia, nak ayah.
Yang bongsu tu nangis, mimpi teringat dekat ayah dia. Aku pun nangis sama masa tu, perasaan siapa patut aku turutkan. Aku buntu.
Aku ada mesej perempuan tu, nak jumpa tapi dia block aku. Pakej maki aku. Dia tu asalnya single.
Lepas suami aku kahwin, dia tak dapat terima kenyataan so dia pun kahwin, kahwin dengan lelaki yang dia tangkap muat je.
Bila rasa tak selesa, nampak kelemahan pasangan dia tu mula lah compare dengan suami aku.
Lepastu diorang bercerrai so dia janda. Walaupun dia dah kahwin still hubungan dengan suami aku berterusan macam biasa.
Perempuan tu dengan slumber cakap benci aku sebab aku rampas kekasih dia. Padahal dia baru kenal 5 tahun, aku ni dah 12 tahun dengan suami.
Entahla, pelik pelik penyondol ni. Dah tau milik orang tetap nak sondol. Satu lagi perangai play viictim tu MasyaAllah betul betul terserlah.
Aku ngantuk dah. Jom habiskan cerita ni.
So lepas beberapa persidangan, aku dengan suami tak jadi bercerrai. Tapi aku, totally bukan macam dulu.
Kalau dulu aku ni ceria, manja, mama dan isteri mithali tapi sekarang ni aku dah lain. Vice versa.
Mama mithali tu masih ada cuma dengan suami aku jadi kurang rasa dah.
Cinta? Sayang? semua hilang. Aku stay sebab apa ? Sebab anak. Layanan aku pada suami masih sama cuma kurang kasih sayang je lah.
Aku set dekat kepala ni, buat semua kerana Allah so takda lah aku rasa beban sangat. Sekarang aku tengah nak upgrade diri, jadi perempuan yang berkualiti.
Aku futher study, aku kukuhkan ekonomi. Aku keluar je me-time dengan kawan kawan yang mana dulu semua ni aku letak tepi sebab nak fokuskan diri pada keluarga.
Suami aku sekarang? Dia cakap dia rindu, rindu aku yang dulu.
Tapi maaf awak, isteri awak yang dulu dah mti. Yang tinggal bersama awak hanya jasad bukan hati.
Reaksi Warganet
Aisara Alias –
Eh geram kita… Semoga awak kuat, saya tahu tak mudah bila libatkan anak anak.
Keputusan tu awak yang buat, macam mak saya, rela derita sementara tunggu anak anak besar.
Tahniah, upgrade diri. Ayat last tu, hmmm nanges kita baca, you are strong woman, and always will jika ada perancangan lain slepas ini.
Bukan mudah nak pujuk hati jika dikhianati, tambahan oleh suami yang semasa akad nak amek tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada anak anak kita. Semoga TT semakin kuat
Nor Hafilah Hashim –
Curang sampai tahap berziina memang menyakitkan hati betul.
TT minta je la suami putuskan hubungan dengan perempuan tu dan berubah. Kalu dia betul betul sayang TT dan anak anak, dia akan sedia berubah.
Kalau tak berubah jugak better TT boleh dah kot angkat kaki. Jangan siksa diri sendiri..
Semoga tt terus tabah dan kuat untuk jalani hidup..
Norazimah Mustapha –
Kadang kadang apa yang kita sangat sayang tu, bukan betul betul yang terbaik untuk kita.
Jauh sangat berbeza dengan drama, bahagia je manjang.
Realiti kehidupan benda yang jadi, takkan smooth macam apa yang kita mintak…
Lelaki ni, kalau diberi peluang (maaf) berulang kali, macam tu lah dia. Repeat tanpa rasa bersalah.
Sebab dia tahu, awak tak mampu nak proceed lebih jauh sebab anak anak. Sekarang ni, fokus je untuk diri sendiri dulu. Buat je apa yang awk suka.
Bukti tu kumpulkan. Manaaa lah tahu kan, esok esok boleh lah bawak pergi mahkamah tunjuk satu satu.
Syahfiza Razlan –
Kenapa nak stay kalau hati dah tak ikhlas, hati dah mti untuk hubungan ini?
Percayalah anak anak takkan happy dan bahagia Jika hubungan ibu bapa tidak happy… Based on my own experience.
Apa apa pun semoga puan temui kebahagiaan yang puan cari.
Sumber – Aleesa (Bukan nama sebenar) via IIUMC