Pkaian dlm, baju bsahan hilang. Diam2 aku pasang cctv. Trdiam adik bila aku tunjuk. Tersentak aku bila baca status adik ipar

Foto sekadar hiasan

Adik Ipar Panjang Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi semua. Aku nak kongsi cerita adik ipar aku yang panjang tangan. Bila ditegur dia meroyan.

Niat bercerita supaya bangsa yang macam ni kalau dah jadi habit ambil barang orang jangan nak play viictim sangat.

Aku sorang je anak perempuan. Hujung minggu je baru balik rumah keluarga. Bilik kami sorang satu la kan.

So adik lelaki aku ni yang kawen dulu. Hampir setahun. Aku dua beradik. Cerita dia, wife dia ni panjang tangan.

Konsep mudah. Kalau bukan barang kau, bukan harta milik kau jangan sesekali ambil tanpa izin tuan punya dan kau buat muka tak bersalah bila pakai barang orang tanpa izin tu dah dikira mencuri.

Kalau sekali dua aku boleh tolerate tapi melampau laa kan kalau dah selalu sangat dan buat muka tak bersalah.

Aku lock pintu bilik aku pun pandai dia buka guna card ke apa aku tak pasti.

Apa perasaan korang bila baju blouse, baju kurung, tudung waima tshirt basahan kau pun dia sebat?

Boleh je kalau betullah balik rumah mak mentua tak bawa baju ke apa, tunjuk sikit courtesy kau boleh jer whatsapp aku minta izin aku.

Bukan setakat pakaian dia kebas, barang peribadi aku pun dia selongkar.

Sebab aku tahu aku susun barang aku macam mana dan bila ada orang kitai barang aku. Skincare, make up semua dia bedal buat harta sendiri. Aku punya jam tangan.

Apa perasaan kau balik rumah mak, nampak spender ko bersidai di ampaian ntah bila masa aku balik? Akukah yang hilang ingatan.

Dia main pakai je tanpa izin aku. Aku perati jer dia angkat spender tu lipat, ambil. Tu spender aku la bodo!

Mesti ada yang tak percaya tapi itulaa hakikatnya bila ko ada habit mencuri.

Aku tegur, pun tak mengaku. Buat muka slumber!!! Serius aku rimas. Aku tegur elok kot. Tak jalan juga.

Sampai adik aku terasa hati dengan aku dah tak mesra macam dulu sebabkan berbinikan pencuri.

Aku confront budak ni, aku cakap jer terus terang. Aku tak suka orang usik barang aku tanpa izin. Kalau nak, minta bukan main sauk jer.

Aku cakap dekat mak. Mak tenangkan aku.

Mak kata mungkin dia tak sengaja kot. Aku faham mak tak nak keruhkan lagi keadaan tu.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku, salah tetap salah.

Kalau balik takde baju basahan, ko amek je baju basahan aku bukan amek bag sauk sekali baju berjalan aku, jeans aku.

Sebabkan aku bengang, aku install cctv dalam bilik sendiri, kitchen dengan pintu bilik mak aku. Nah, memang tertangkap lah kau ini kali.

Aku tunjuk dekat adik aku. Terdiam dia. Aku cakap jer terus terang, “akak tak tahu apa bini kau cakap masa akak tegur dia, pakai jam tangan akak, ambil minyak wangi, barang kosmetik aku letak dalam bag??? Sampai kau tak nak bertegur dengan kakak kau sendiri”.

Aku suruh adik bawa bini kesayangan dia pi jumpa kaunselor. Dah macam penyakit lak aku tengok.

Bukan barang aku jer yang hilang, mak aku pun ada hilang barang. Pinggan mangkuk, barang letrik pun dia sauk slumber wawa masuk dalam bonet kete dia.

Pompuan tu siap update status ye tuan tuan dan puan puan. “Barang berapa sen pun nak berkira”.

Whaattt!? Kalau barang berapa sen yang kau hadap sangat tu belilah sendiri.

Masalahnya kau mencuri barang aku, buat macam harta sendiri. Aku sekolahkan adik aku, cukupkan makan pakai bini kau.

Aku kalau ke mana mana belikan bini dia buah tangan. Hadiah besday aku bagi. Apa lagi dia nak???

Seposen pun kau amek kalau pemilik tak halalkan, ko mencuri!!!

So nasihat aku kalau nak kahwin selidik lah latar belakang betul betul.

Faham, nak kenal pasangan bila dah hidup bersama baru kau kenal sendiri pasangan kau macam mana.

Ini perangai nauzubillah minzalik. Jangan nak nasihatkan aku halalkan je apa yang dia amek tu.

Bila aku balik rumah mak, aku nak pakai baju basahan aku takde. Tinggal yang berlubang sana sini, bila aku nak berjalan baju aku takde.

Pencuci muka aku takde dah satu hal kena keluar beli baru.

Benda simple kalau bukan barang kau tak payah nak ambil. Pakai ajelaa apa yang kau ada.

Kan?

Reaksi Warganet

Diya Zaki –
Klept0mania bermaksud keinginan untuk mencuri yang tidak boleh ditahan tahan, mental illness.

Memang wujud orang macam ni sejenis yang buat kerja mencuri as a hobby.

Deela Azahar –
Nazak ai, spender pun nak curi. Kalau ikut mak aku, dia tulis nama besar besar dekat pakaian aku masa sek dulu. Confirm tak kena curi, haha.

Skincare tu kau beli botol taruk air paip dan cuka. Tuih sikit, nak sangat kan. Perfume tu ko bubuh febreeze je, serai wangi pun boleh. Huhu

Jan Salleh –
Tt, ko bli spender kaler gelap. Pastu ko tabor serbuk cili dekat bahagian depan tu (pandai pandai ko lah nak tabur macam mane yang penting dia tak perasan) pastu lipat elok elok.

Nanti bila dia pakai bejogetlah dia, baru padan muka dia.

Perfume ko salin dalam botol lain, so botol kosong tu ko letak air kotor, biar nanti dia spray badan dia bau busuk.

Tengok lah lpas tu pasti dia tak berani nak songlap barang ko lagi.

Amacam tt, ada bran kaa nak buat lagu tu.

Yuyue Mashue –
Orang yang habit dia mencuri ni, dia takkan rasa diri dia salah apatah lagi rasa bersalah, sebab habit. Dia buat jadi macam hobi.

Orang macam ni dia nampak je depan mata, dia terus saukk. Even sebutir kerongsang pun dia akan saukkk termasuk duit 20sen pun haha.

Sebab pernah ada housemate macam ni. Tapi semua housemates lain notice je habit dia n confront terus depan depan.

Tapi katanya pinjam je bukan ambik

Rara Ghaz –
Memang ramai weh macam ni, aku sebagai pempuan meng-iya-kan.

Cuma lelaki je yang selalu terpedaya. Sebab?

Sebab spesies pempuan begini sangat pandai berlakon innocent depan lelaki.

Yang lelaki plak all out la membela pempuan yang kononnya ‘tak berdaya’ tu. Huhu

Pastu socmed spesies ni pun biasanya indah indah. Kalau ada follower, memang follower bekap abis. Pandai play viictim la katakan.

Ha lagi satu perangai spesies ni, masuk tandas tak flush. Hose tandas campak atas lantai.

Pampers anak tinggal merata. Tinggal kapas mekap remover bersepah… Tanpa rasa bersalah.

Sumber – Nora (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.