Tiap2 mlm, pelik adik hentak kepale sambil nangis. Diam2 mak ayah panggil bomoh. Mlm tu, aku cari balik 2 sen

Foto sekadar hiasan

Adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi, harini aku nak share sikit pengalaman handle adik aku yang didampingi sesuatu dan disyaki disantau.

Haa bila ingat balik pengalaman 4 tahun lepas, aku akan ingat macam mana peritnya hidup kami sekeluarga.

Waktu kejadian, adik aku masih bersekolah rendah. Adik aku ni agak lain dari kami adik beradik.

Kami yang lain memang rapat antara satu sama lain. Apa yang dibuat pasti bersama sama kerana kami semua lelaki. 6 orang semuanya

Awal dulu aku fikir adik aku memang jenis pendiam. Tapi aku ada perasan sesuatu yang lain dari adik aku ni.

Dari kecil memang perangai dia pelik. Tiap malam akan menangis sambil menghentakkan kepala di dinding.

Bayangkan semua ahli keluarga tengah tidur, dia bangun, tengok kipas syiling sambil nangis. Kemudian menghentakkan kepala dengan kuat di dinding.

Cuba hentikan tapi macam tak terkawal.

Kami dah bawa berubat di serata tempat. Bila tiba di tempat perubatan, adik aku akan jadi normal macam kanak kanak lain.

Bayangkan adik aku benci giila kalau nak snap gambar dia. Setiap gambar tak pernah senyum dan akan mengamuk teruk.

Sumpah aku cakap, adik beradik aku yang lain memang bencikan adik. Benci sampai tahap semua palau dia.

Kitorang pun tak tahu kenapa. Asal tengok muka adik, kami semua akan jadi meluat, marah.

Sampaikan masa adik aku berumur 5 tahun, abang aku pernah kata baik tak payah lahir sebab mak aku kerap sakit.

Keadaan rumah jadi lain. Kerap gaduh, rumah suram, ayah mengamuk dan lain lain.

Perangai adik aku semakin lama semakin pelik. Suka berseorangan, duduk dalam gelap, kerap mengamuk sampai habis pecah dan rosak semua barang dalam rumah.

Sekolah jangan cakap lah. Memang kerap tak pergi sampaikan dia sanggup berlari ke arah jalan raya semata mata tak nak ke sekolah.

Banyak lagi benda yang dilakukan adik sampaikan aku juga pernah berdoa semoga adik aku “mti”

Kemuncak kepada permasalahan ini sewaktu adik aku berumur 11 tahun. Makcik aku memperkenalkan seorang bomoh.

Allahu masa ni adalah punca kepada masalah besar yang berlaku. Keluarga aku memang tak percayakan bomoh bomoh ni sebab memang tahu karut.

Entah kenapa mak aku setuju untuk guna perubatan bomoh. Aku rasa mungkin masa tu parents aku dah burn out.

Hampir 9 tahun bertahan dengan perangai adik aku. Aku pulak masa ni tengah kerja, jadinya memang tak tahu apa apa.

Balik saja kerja, abang aku bagitahu yang ada seorang bomoh datang. Aku memang terkejut besar la time ni. Nak marah, mengamuk semua ada.

Tapi aku diamkan sebab mak dengan ayah aku seakan takut kalau aku tahu.

Aku tanya details apa yang dilakukan oleh bomoh tersebut.

Parents aku perlu sediakan duit syiling 2 sen dan tak dibenarkan melihat “cara pengubatan” dijalankan. Di sini aku dah mula suspicious teramat.

Yang buatkan aku lagi suspicious, bomoh ini seorang wanita. Tidak menutup aurat, berseluar pendek sewaktu melakukan perubatan. Yang aku tahu adik aku muntah teruk.

Aku tak tahu kenapa keluarga aku boleh terpedaya dengan semua ini.

Malam tu, terus aku cari balik duit 2 sen. Merata rata aku cari. Langsung tak jumpa.

Aku yang baru berusia 17 pada masa itu hanya mampu berserah sebab benda dah jadi.

Sebulan awal kami nampak perubahan pada perangai adik aku. Dia mula bersembang tapi aku perasan anak matanya seakan tiada reaksi.

Paham tak macam orang yang tengah bersembang tapi minda kosong. Sekolah pun dah mula pergi. Rajin bersembang tapi masih tidak senyum.

Tapi hanya bertahan sebulan, bulan seterusnya adik aku jadi seperti yang lama.

Tapi kalini makin teruk. Sampaikan cikgu di sekolah paksa berhentikan adik aku sekolah.

Masa ni memang aku nampak keluarga aku kusut teruk. Mak makin tak sihat, ayah makin kerap marah tanpa sebab.

Kenapa aku tak ambil tindakan? Aku pun tak tahu.

Bila masuk waktu subuh, adik aku akan membongkok seperti orang tua di atas katil.

Untuk pengetahuan semua. Dalam keluarga, aku yang paling kuat semangat. Abang dan adik adik yang lain agak penakut.

Jadinya bila nampak perkara sebegitu berlaku. Aku akan membaca ayat al quran. Adik memang takut dengan aku. Aku perasan tu. Bila dia mengamuk, dia tak akan berani dekat dengan aku.

Perkara ini berlarutan sehingga adik aku masuk umur 12 tahun. Tapi parents aku masih tidak mengambil sebarang tindakan.

Abang aku? Abang aku banyak berdiam. Tak seperti abang aku yang sebelumnya.

Abang aku seorang yang sangat caring dengan keluarga tapi dia seakan tidak memperdulikan adik aku.

Bohonglah kalau abang aku tak pernah angkat tangan kepada adik aku.

Tiap kali adik aku buat perangai, pasti sepak terajang abang aku bagi.

Sehinggalah hujung tahun, waktu adik aku kena ambil UPSR, cikgu paksa adik aku pindah sekolah.

Banyak kali mak ku dipanggil ke sekolah. Aku pula dah menyambung pelajaran ke kolej.

Parents aku decide untuk berubat ke darul syifa. Dari sini kami dapat tahu penyebab.

Bomoh tersebut menghantar 3 jin mendampingi adik aku. Dan memang ada jin yang dampingi adik aku dari kecil.

Bohonglah kalau kami sekeluarga tak terkejut. Rasa sedih, marah, dan kasihan pada adik aku bercampur. Usia kecil dah kena macam macam.

Ingtkan lepas dah jumpa ustaz semuanya kembali normal, rupanya tak. Bomoh tu hantar jin lagi sebab mak aku tolak untuk beli produk dia.

Tau tak apa? Air mani gajah. Suruh adik aku minum. Ko gila ke s1al benda kotor nak kasi adik aku minum.

Terus kami block number bomoh tu. Keadaan baik untuk beberapa bulan. Adik aku makin baik selepas follow up dengan pusat darul syifa.

Tapi bomoh s1al tu datang balik. Dia hantar melalui panggilan telefon. Macam karut kan?

Ia jadi lepas tiba tiba mak aku mendapat panggilan asing dari seseorang tapi nak ditakdirkan adik aku yang jawab.

Ayat nya “ni **** ke?” bila adik aku jawab YA, terus adik aku rebah.

Esok pagi, adik aku mengamuk teruk sambil kata “aku benci keluarga ni menyusahkan hidup aku” sambil menjerit.

Tapi suara adik aku garau padahal baru berumur 12 tahun masa kejadian.

Satu penumbuk hinggap di muka adik aku oleh abangku. Tamparan di pipi, tendangan di perut dan dicekik oleh ayahku.

Kalau aku lambat bertindak, mungkin adik aku dah tiada sekarang. Semua orang seakan hilang kawalan.

Mak menangis. Adik adik kecil yang lain menyorok sambil menangis. Suasana pagi yang sangat kelam kabut.

Adik aku terus berlari keluar rumah. Mak ayah dan abang aku masing masing perlu pergi kerja.

Kalau ditanya kenapa nak pergi juga? Sebabnya dah banyak cuti diambil before this sebab nak bwak adik aku berubat.

Aku ponteng kolej, aku cari adik aku merata tempat. Sebabkan rumah aku, rumah kampung. Jadinya agak susah untuk cari.

Lepas 2 jam baru aku jumpa adik aku. Tengah menangis di busut besar di sawah hadapan rumah aku.

Kejap aku nak nanges bila ingat keadaan adik aku masa ni.

Muka lebam, baju terkoyak, luka luka kecil di badan sebab berlari masuk sawah. Muka polos tengah menagis sambil ketakutan.

Untuk pertama kalinya aku nampak “adik” aku yang sebenar.

Aku nangis di situ. Hancur hati lihat adik aku sebegitu. Perasaan benci marah semua seakan lesap.

“Angah, kenapa badan adik sakit? Kenapa adik ada dekat sini? Angah, adik takut”

Ucap adik aku lemah sambil menangis. Mukanya bingung dengan keadaan.

Perlahan aku peluk adik aku. Aku peluk erat dan menangis semahunya. Aku papah dia pulang ke rumah.

Kau baru umur 12 tahun dah kenapa hadap sebegini rupa. Sungguh aku sayu.

Aku mandi kan adik aku. Sangat berhati hati aku jirus. Adik aku merengek sebab sakit bila aku cuci badannya dengan sabun.

Aku belek seluruh badan adik aku. Lebam lama, lebam baru, luka lama dan luka baru. Ni kalau badan kebajikan tahu, mau dituduh adik aku didera.

Untuk pertama kali juga adik aku bersembang sambil tersenyum. Sumpah aku kaku kejap. Wajah adik aku berseri. Tak lepas aku pandang wajahnya walaupun ada kesan lebam.

“Angah, kenapa badan adik sakit” dia bertanya sewaktu menjamah bubur.

Aku agak hairan. Takkan dia tak sedar apa yang dia dah buat.

“Adik tak ingat apa apa ke?” aku tanya.

Dia geleng. “Adik buka ja mata adik dah ada dekat tempat gelap. Adik takut masa tu ngah. Adik dengar angah panggil tapi bila adik jawab, angah tak dengar.

Angah pun dah banyak kali lalu depan adik. Tapi angah tak tengok pun adik” ujarnya perlahan.

Aku akui. Banyak kali aku lalu di kawasan busut tersebut. Lepas aku baca al fatihah dan ayat kursi terus aku nampak adik aku.

Lepas je adik aku makan, terus dia baring di pahaku. Lena. Yaa, dia lena.

Sambil menyapu ubat di tubuhnya, air mata aku tak henti mengalir. Bertapa sakitnya adik aku rasa. Tubuh kecil dan kurus tersebut aku tepuk perlahan.

Tapi sewaktu semua ahli keluarga aku yang lain pulang, adik aku seakan takut. Lama dia menyorok di bawah katil.

Aku cerita kan apa yang terjadi dan malam tu juga parents aku bawa adik aku berubat.

Walaupun prosesnya tak mudah dan memakan masa. Alhamdulillah, adik aku sembuh.

Kini, adik aku lah yang menjadi penceria dalam keluarga. Dia seakan tidak ingat langsung apa yang terjadi.

Adik aku bagaikan orang yang baru. Kami semua menyembunyikan perkara yang terjadi daripada pengetahuanya.

Sentiasa senyum, gelak tawa, ringan tulang dan paling suka jika bergambar. Dan adik aku sangat rapat dengan aku. Apa sahaja pasti dikongsi bersama aku.

Aku bersyukur, adik aku dah pulih sepenuhnya. Tapi aku masih mengekalkan langkah berjaga jaga takut si bomoh s1al tu datang balik.

Nak tahu? Aku hampir bakar rumah bomoh tu bila aku dapat tahu dia punca. Nasib abang aku halang. Memang aku dah hilang pedoman. Dengan makcik aku sekali aku maki.

So sedikit perkongsian dari aku petang petang ni. Maaf ayat agak berterabur sebab menaip sambil berkerja hahaha. Tak curi tulang ya. Sekarang lunch hour.

Adik aku pun dah tingkatan 4 kut, hahaha. Makin ceria, dan tak berhenti vc aku malam malam sebab aku kerja di negeri lain.

Keluarga aku, alhamdulillah, makin harmoni dan sentiasa pasang ayat suci al quran.

Adik, angah sayang adik sangat sangat.

Sekian, hehe.

Reaksi Warganet

Wan Zamzahidi –
Sewaktu aruwah Kakak saya kena buatan orang, dan kami tahu siapa yang buat, saya dan adik berniat untuk serang rumah orang tu.

Tapi aruwah ayah saya larang. Katanya, orang tu buat, kita tak ada bukti. Tapi kalau kita serang, bukti nyata.

“Bak tak nak waktu sorang anak sedang sakit, ada pula dua orang anak duduk lokap sebab serang rumah orang, kita dah lah tengah susah, tolong jangan tambahkan susah”.

Terus kami tak jadi nak serang.

Mohd Nur Syafiq –
Betul la tindakan sembunyikan cerita tu, itulah sebaiknya.

Takut adik tu jadi berdendam kalau dapat tau dia pernah jadi punching bag untuk keluarga yang tak tahu bersabar dengan sabar yang betul.

Setiap keluarga ada ujian tersendiri, cuma jadi pengajaran untuk kita yang lain dekat sini dari perkongsian saudara ni.

Bila berhadapan dengan situasi kita tak biasa/asing, bukan mngsa saja yang diuji, tapi sabar kita pun diuji.

Kila Baharum –
Kita tau sapa yang aniaya orang yang kita sayang, rasa sedih tu macam boleh menjadi punca zikir makian kepada si penghantar..

Yang mampu buat hanyalah harapan supaya si penghantar mti dalam kadaan terpaling hina..

Kalau nak pergi cari perawat, carilah yang baik akhlaknya..

Kalau bahasa kelaut, selalu mengata orang, muka tiada seri, hidup compang camping, tak guna ayat alquran, tinggal solat tanpa sebab, better cari perawat lain.

Tapi selalu perawat Islam yang betul, harganya agak keras sekeras akibat yang akan mereka tanggung..

Kepada TT tahniah, awak punca sinar adik awak..

Mijie Ai –
Saya juga ada seorang kakak yang jadi macam tu. Waktu dia mengamuk ngamuk sampai semua adik beradik bergaduh.

Dia maki maki mencarut, buang air bersepah, sampai nak bertumbuk.

Tapi, lepas je orang mengamuk ngamuk nak tumbuk dia, muka dia nampak kosong. Dia macam tak tau apa jadi.

Banyak berubat, last last ramai yang kata dah tak ada apa dekat dia. Tapi still jadi kadang kadang.

Ambil keputusan akhir hantar hospital. Sampai sekarang bergantung harap dengan ubat hospital.

Alhamdulillah adik TT dah sembuh..

Hanani Yaakub –
Flow cerita TT ni

1. adik ada perangai dan kelakuan kelakuan mencabar dari dia kecik

2. jumpa bomoh perempuan untuk berubat

3. bomoh tu sihir adik instead of ubatkan dia.

So sebelum jumpa bomoh ni tak ada ke bawa adik jumpa pakar kanak kanak / hospital untuk cek kalau kalau ada disorder apa? Eg autism ke apa.

Kesian dia. Macam dulu dulu anak anak oku mental dipkul/kena kurung sebagainya sebab dulu masyarakat tak aware kewujudan penyakit penyakit ni.

Tapi sekarang dunia hujung jari

Sumber – Angah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *