Bw pembantu rumah shopping. Saiz bj, dia tk tahu. Aku suruh cuba. Bila angkt kepale, aku trkedu. Promoter teersentak melihat dia

Foto sekadar hiasan

Pembantu Rumah Bernama Gemma II

Assalammualikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Che Eton and Gemma are back.

Memandangkan masih banyak cerita yang boleh saya kongsikan pasal Gemma, maka penulisan kali ini masih berkisar tentang Gemma.

Part 1, baca dibawah;

“Gemma, si pembantu rumah”. Tghari rembang, dia ‘culik’ anak aku melawat jiran berpantang. Aku dah terpekik satu kampung

Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan pada semua yang meninggalkan komen. Dan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang menitipkan doa buat saya.

Semoga Allah kembalikan doa yang sama juga kepada kalian.

Sebagaimana kalian terhibur membaca kisah Gemma, saya juga terhibur membaca komen komen kalian.

Menjawab beberapa soalan, ya, ini adalah kali pertama Gemma bekerja di luar negara sebagai PR (pembantu rumah).

Betul, dia juga merupakan salah seorang PR favorite saya kerana sikapnya yang jujur dan lurus bendul itu kadang kadang menghiburkan.

Contohnya, ketika salah seorang kawan saya datang berkunjung. Gemma cepat saja buatkan air teh sebagai jamuan.

Tetapi yang kelakar, dia membawa air 2 cawan tu dalam talam ayan atau talam kenduri yang besar bagak tu.

Alahh… talam kenduri made in China tu, yang ada gambar bunga ataupun ikan, kadang kadang gambar naga. Talam yang nenek nenek kita guna untuk buat roti canai.

Kalau diikutkan, talam tersebut tak sesuai untuk dilihat tetamu sebab dah buruk (memang saya simpan di luar pun), tapi itulah yang dia pakai.

Sebesar besar talam untuk 2 butir cawan haha.

Lepas Gemma masuk semula ke dapur, saya dan kawan ketawa terkekek kekek.

Macam lah tak ada talam yang lawa kat rumah saya haha. Drop my water face betul lah si Gemma ni lol!

Walaupun begitu, saya biasanya berpura pura serius depan Gemma sebab Gemma ni kalau dilayan bergelak ketawa dia mudah lupa diri. Mau bergema satu rumah suara dia seorang saja!

Contohnya bila balik kampung, saya kurang menegur tingkah lakunya demi menjaga airmuka.

Forget about tegur cara berkias, memang dia takkan faham.

Wahh! Macam kampung dia lagaknya. Saudara mara saya macam saudara mara dia, siap peluk peluk.

Tambah pulak bila raya dapat bertemu dengan PR-PR saudara mara saya, membawang lah mereka di dapur sampai lupa jaga makan minum anak-anak (roll eyes).

Ok, sambung lagi cerita pasal Gemma.

Waktu Gemma mula mula bekerja di rumah saya, saya bawa Gemma pergi membeli belah barang keperluan asas seperti tuala, kain baju, pakaian dalam, dan lain lain keperluan peribadi.

Ini SOP saya setiap kali dapat PR baru kerana kebiasaannya mereka ini datang dengan pakaian yang sangat sedikit dan lusuh.

Saya bawa shopping di hypermarket kerana semua barang boleh didapati di satu tempat saja.

Seperti kalian semua tahu, susun atur hypermarket kebiasaannya sangat terbuka.

Pakaian dalam pun kebiasaannya memang terlonggok terpampang di laluan orang ramai sahaja, betul tak?

Saya bertanyakan saiz baju dalam Gemma. Dia tak tahu kerana katanya, kebiasaannya dia cuba dulu dan baru pilih saiz yang sesuai.

Saya setuju dan bilang padanya, “kalau begitu, cubalah dulu” dan terus mengalihkan perhatian saya melihat lihat barang berhampiran.

Bila saya angkat semula kepala, nak pitam saya bila melihat Gemma dengan selambanya mencuba baju dalam di khalayak ramai.

Bukanlah dia menanggalkan bajunya, tetapi dia mencuba di atas baju T-shirt yang dipakainya.

Maka berdirilah di situ seorang wanita dewasa dalam keadaan coli (purple ya!) di luar, macam Superman, tapi perempuan. Ya Allah!

Terkedu saya tak terkata apa. Saya perasan promoter hypermarket tersebut tersentak dan memerhatikan saja Gemma dan saya, silih berganti.

Saya malu tapi saya tebalkan muka. Salah saya juga tak ajar Gemma pakai fitting room yang cuma beberapa langkah saja di tepi kami.

Saya terlupa yang Gemma ni berasal dari pedalaman dan tidak terdedah langsung dengan cara hidup di bandar dan sayalah yang perlu memantau setiap tindak tanduknya.

Tamat kisah shopping, bab makan pula.

Gemma ni suka sangat makan sambal belacan. Kali pertama dia makan sambal belacan yang saya buat, dia cakap sedap dan kerap kali meminta saya buat lagi.

Saya pun layankan saja, apa salahnya kan?

Dah memang sambal tu makanan kebiasaan kami di rumah juga, dan setiap kali menumbuk sambal, saya memang suka buat banyak.

Lebihnya nanti saya simpan peti sejuk dan saya keluarkan untuk waktu makan seterusnya. Tengahari bawa ke malam, malam ke besoknya dan seterusnya sampai habis.

Satu hari saya mula perasan yang sambal yang saya buat tidak lagi terhidang untuk next meal.

Saya sendiri sering terlupa sebab saya took for granted yang Gemma akan hidangkan bersama lauk pauk simpanan yang lain.

Pada mulanya saya andaikan saja sambal tu dah habis dibedal Gemma, tak apalah. Malas bising, small matter.

Saya mula buat lebih lagi supaya cukup untuk next meal. Eh… masih tak dihidang keesokannya walaupun saya perasan semalam masih banyak lagi.

Saya mula hairan dan check peti sejuk. Ada saja sambal tu dalam peti.

Saya bercadang untuk diam dan perhatikan saja dulu.

Rupa rupanya, saya pasti kalian pun boleh agak… sengaja Gemma tak hidangkan sebab dia lah yang asyik mengulang sambal tu breakfast, lunch and dinner lol.

Bila ditanya kenapa tak hidang, lupa katanya. “Lupa” ialah salah satu default answer kebanyakan PR ye, tuan tuan dan puan puan.

Buat dulu. Kalau kantoi, cakap saja terlupa. Saya dah masak dengan alasan ni haha.

Sejak itu, saya pesan Gemma, bukan saya halang dia makan tetapi utamakan majikan.

Saya tak bezakan makanan dia dengan kami seperti sesetengah majikan. Apa kami makan, itulah yang dia makan.

Maka saya berharap dia berlaku adillah dengan kami. In other words, jangan lawan tauke haha!

Jangan terkejut ye tuan tuan dan puan puan, ada majikan yang asingkan makan minum PR sehinggakan pinggan dan cawan pun berasingan. Absurd, if you ask me.

Setiap bulan mereka akan sediakan makan minum PR sekian banyak, seperti beras (kualiti tak sama dengan majikan), telur 1 papan, mi segera dll.

Dan tidak akan ditambah sehingga bulan depan. Kalau PR minta lebih, boleh, tapi tolak gaji.

Ini realiti yang berlaku, dan sungguh, saya kasihankan PR yang dapat majikan begini.

Siapa saja yang boleh tahan makan nasi dan telur sahaja setiap hari? Dah tu sepapan (30 butir) untuk sebulan, bermakna sehari? You do the math.

Kakak ipar saya pernah berjiran dengan majikan begini. PR nya hanya diberikan sepapan telur dan sekampit beras untuk sebulan. Mana lah mencukupi.

Akhirnya, kakak ipar saya lah yang sering hulurkan makanan ketika jirannya tiada di rumah kerana PR nya terpaksa meminta.

Majikan rumah besar, gaji besar, tapi PR nya mengemis. Begitulah segelintir manusia yang kononnya have-have. Berdoalah semoga kita dan keturunan kita tidak begini.

Di rumah kami, alhamdulillah, Gemma cukup makan. Pernah sekali dia mengadu sering sakit kepala.

Ada sepupu saya yang menegur, katanya muka Gemma nampak sepanjang masa macam merah padam. Mungkin tekanan drah tinggi.

Lekas lekas saya bawa Gemma ke klinik. Memang pun tekanan drahnya naik. Bila ditimbang, berat badannya 65kg.

Ketika itu, belum pun 2 bulan Gemma bekerja dengan saya. Sewaktu datang beratnya 58kg.

Terkejut doktor tu kerana dalam masa tak sampai 2 bulan berat Gemma naik 7kg! Sempat juga dia menyindir saya kononnya saya menjamu makanan yang sedap sedap saja pada Gemma.

Must have been the sambal belacan, jawab saya hahaha!

Saya akhiri cerita Gemma dengan satu perbualan kami yang sangat melucukan yang saya tak boleh lupakan sehingga kini.

Jika ada orang yang saya kenali yang pernah tahu cerita ini, tentu dia akan tahu identiti saya.

Saya harap kalian simpan saja lah rahsia siapa saya ye? Shhhh!

Perbualan berkisar urusan pengiriman wang Gemma ke kampung.

Gemma : Buk, saya pengen kirim uang ke suami. I’m sorry.

Eton : Baiklah. Suami kau tahu ke macamana nak ambil wangnya nanti?

Gemma : Iya… kirim saja ke dia. I’m sorry.

Eton : (dalam hati, “buang tebiat ke dia ni cakap omputih”) Ye la, aku kirim, tak payah minta maaf. Duit engkau kan…

Gemma : Iya, buk.

Eton : Kasi ibu nama suami, nombor KTP dan alamat.

Gemma : I’m sorry!

Eton : Kau ni dah kenapa I’m sorry, I’m sorry??! (mula nak marah)

Gemma : Loh, Buk! Kok namanya suami saya Amsori!

Eton : (Tak jadi marah, tutup muka dengan kusyen, gelak sampai keluar airmata. Baru je terkagum dengar PR speak London, salah faham rupanya haha)

Next story, insha Allah saya akan kongsikan pula kisah PR dari Kemboja.

Bai!

Reaksi Warganet

Nureza Mirzara –
Teringat my ex-PR. Pergi minum bawa dia, kitorang order air biasa biase je. Teh o ais, ice lemon tea.

Dia order oreo milkshake, tak nak kalah. Terkejut kitorang (dlm hati “amboi bukan main ko eh”).

Emm takpelah minum je lah. Minuman bibik lagi mahal daripada minuman majikan, haha.

Heni Kasmawati –
Walaupun Gemma gayanya begitu, tapi social skill dia terbaik.

Boleh pulak dia yang sambut tetamu, siap salam tetamu lagi. Selamba je betandang dekat rumah orang baru kenal.

Padahal bukan dekat negara dia. bahasa pon beza…

Mimie Arshad –
Baca confession ni teringat sangat dengan Bayanah. Sangat tiptop dan baik sangat dengan family kitaorg.

Actually dia PR kakak ipar tapi kitaorg upah dia jagakan anak. Tak pernah berkira buat kerja, sangat beradap.

Now dah balik kampung dia. Alahaii cepat lah masuk semula Bayanah oii. Kita nak bersalin ni 2nd baby ni, hehe.

Is Marissa –
Aku kan penat baru balik keje.. keje 12 jam harini tambah pulak ada buat kerja dekat luar.

Malam malam gini nak rehat baca cerita kak eton ni hilang penat hilang stress hahahah.

Kak.. buat lah satu buku untuk cerita pasal PR2 akak tu hahah, saya sedia membeli

Indra Putra –
Part 3 please. Dimulakan dengan resepi sambal belacan. Huhuhu..

Bertuah dapat majikan yang berhati perut macam che eton.

Walaupun tetap jaga batasan, tapi layanan sesama manusia begitu tinggi nilainya.

Ya lah. Kan digajikan. So wajiblah ada skop tugasan yang kene selesaikan.

Sumber – Che Eton (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.