Foto sekadar hiasan
Suamiku Meroyan Selepas Poligami
Hi, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Actually saya tak pandai nak karang ayat. So memang saya straight forward je la ye.
Nak mintak pendapat dan nasihat, adakah saya atau suami perlu berubah dalam masalah kami ini.
Saya membesar dengan ibu tunggal. So memang dari kecil saya pandai mencari duit sendiri.
Kerja tolong orang di pasar malam, tolong ibu sebagai petani, dan macam macam lagi saya buat untuk menjana pendapatan.
Hasil dari kerja keras, saya dapat peluang ke Universiti hingga degree. Seterusnya saya menyambung master dan PHD hasil dari biasiswa yang saya perolehi.
Setelah habis belajar, biasalah mula orang bertanya bila nak kawin bagai. Ibu tak kisah sebenarnya kerana baginya selagi saya tidak bersedia, saya tak perlu kawin.
Lagipun pekerjaan semasa itu terlalu busy dan memerlukan saya keluar negara selalu.
Ibu pesan, jangan behenti kerja kerana jika terjadi apa apa dikemudian hari, saya ada pendapatan saya sendiri.
Menghampiri 34 tahun, saya masih single sehinggalah ada seorang lelaki iaitu suami saya sekarang datang meminang.
Dia seorang pembantu perubatan di klinik kerajaan berdekatan dengan tempat kerja saya.
Bila tengok dia tidak putus asa mengejar, saya meletak syarat sekiranya berkahwin dengan saya, saya sentiasa sibuk, tidak sesekali saya berhenti kerja dan dia perlu faham sebelum berkahwin.
Biasalah lelaki mula mula nak dapat, janji macam macam.
Setelah setahun kahwin, dia mula berbunyi yang saya ni tak romantik, jarang masak, tak betah duduk dirumah.
Memang saya jenis straight forward, saya tak pandai nak bermadah. Tapi saya melayan dia dengan baik. Tidak pernah meninggi suara.
Cuma masa saya agak limit. Tapi itu dia tahu dari dulu lagi. Dan dia sanggup berkahwin dengan saya.
Ramai menasihati saya, mereka melihat berkahwin dengan saya akan memudahkan hidup dia, rumah kereta semua ada. Dia cuci kaki sahaja.
Saya memang dari mula kawin tidak pernah mintak duit. Mungkin sifat saya tak suka meminta. Jika dia fikir tanggungjawab dia, dia akan beri.
So bagi dia, ini peluang keemasan untuknya mencari isteri baru.
Selepas saya tahu mengenai bakal madu saya ini, entah kenapa perasaan saya relax je.
Bukan tak sayang suami, tetapi bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaganya.
Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi sebab ada orang sudi jaganya. So saya benarkan je dia kawin.
Anak saya dua orang, mereka terkejut sebab saya langsung tak memarahi suami atau merajuk.
Allah berikan kekuatan hati saya ini dari ibu.
Melihat ibu didera oleh ayah sejak kecil hinggalah bercerrai, saya sudah biasa disakiti.
Demi Allah saya ikhlas. Cuma saya pesan pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain dan saya serahkan kepadanya untuk menentukan jadual balik rumah saya.
Saya jugak meletak syarat untuk membenarkan saya dan anak anak kemana sahaja. Dan dia bersetuju.
Anak anak merajuk dan saya pujuk supaya fikir positif dan mungkin seronok bila ada dua ibu.
Bermulalah saya hidup bermadu. Saya teruskan kerja saya seperti biasa.
Anak anak memang dari dulu lagi saya ajar berdikari. Bila cuti sekolah saya membawa mereka bersama ke outstation atau holiday.
Suami mulanya ok, tapi at last bersuara. Dia mengatakan saya seperti tiada suami, enjoy bersama anak anak.
Saya mengatakan padanya, saya pergi bekerja. Saya pernah usulkan adakah dia ingin menjaga anak anak sewaktu saya berada diluar negara?
Tetapi madu enggan. Ibu mentua jugak canang keseluruh kampung yang saya ini isteri dan menantu tak baik. Jarang balik kampung dan tengok suami.
Saya mengatakan padanya, mak dah ada menantu baru, suri rumah lagi.. panggillah dia balik selalu.
Lagipun saya bukan kisah apa orang cakap. Jenis hati besi mungkin sebab itu suami agak meroyan
Dia mula cemburu dengan kejayaan saya. Madu asyik desak dia untuk bercuti seperti saya.
Actually pada awal p0ligami lagi dia tidak memberi nafkah dekat saya.
Saya tak tahu lah hati saya ni hati manusia or alien, sedikit pun saya tak rasa hati. Sebab saya mampu untuk beli apa saja.
Anak anak jugak mengatakan lebih suka hidup begini dari dahulu.
Suami sekarang asyik menganggu saya dengan tohmahan dan cemburu. Ada saja ayatnya untuk naikkan kemarahan saya.
Tetapi maaflah suami, hati saya sudah kering untuk awak.
Mungkin betul cakap ibu, saya tidak bersedia berkahwin sebab itu hati saya tidak kisah dan tiada prasangka buruk.
Bagi saya, saya boleh hidup je dalam p0ligami ni. Tapi nampaknya yang meroyan tu suami saya. Sikit sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya.
Tetapi bagi saya itu tanggungjawabnya. Dia perlu mencari sendiri. Sedangkan sesen pun saya tidak minta darinya.
Sahabat sekalian, perlukah saya berubah untuk menjadi lebih sensitif?
Saya tidak pandai naik angin. Anak anak pun tak pernah lagi melihat saya melenting.
Atau lebih baik saya hidup sendiri sahaja supaya sifat cemburu suami dan madu saya itu akan hilang? Pening jugak sebenarnya.
Apalagi yang lelaki ini mahu? Dah diberi keizinan berkahwin lagi, tidak mintak nafkah, tidak pernah tinggikan suara.
Saya tidak tahu apalagi yang dia nak. Mungkin para netizen boleh nasihatkan saya..
Terima kasih.
Reaksi Warganet
Jamilah Jaafar –
Aku rasa kau ni bukan manusia tapi malaikat.
Ada ke pompuan macam kau yang tak rasa apa apa, tak minta apa apa dan selamba badak macam ni. Kelaslah..
Kesimpulan aku malaikat mana boleh kawin dengan setan sebab tu dia menggelupur panas.
Jessnor Eina Jat –
Bila ada suami… Ada satu tajuk bab redha suami…
Kalau dia tak redha.. kita berdosa.
Buat apa nak berdosa banyak banyak kalau dah bahagia hidup sendiri dengan anak anak? Cari lawyer je, settle.
Nak pergi mana bercuti tak perlu minta izin, tak perlu jaga hati. Tak perlu update sesiapa keberadaan kita. Tak perlu kena tuduh tak taat.
Bahagia pun pilihan. Suami pilih untuk complicated kan keadaan.
Itu pilihan dia. Kita buat pilihan kita.
Nor Fauziah AR –
Jenis laki toksik. Dia nak senang dia je. Mula dulu kahwin mungkin feeling nak hidup senang sebab serba ada.
Lepas tu nak bibik free layan dia saja pulak.. Cekadak betoi.
Kak, u mampu lantik peguam. Lantik peguam.. Bab tak bagi nafkah pun sebenarnya dah isu besar. Boleh dah pergi dari hidup dia.. Bior dia rasa.
Dia, mak dia, madu kak nak kata apa lantak kan saja. Buat fitnah sendiri la tanggung.. Kak dengan anak anak berhak bahagia.
Aisya Batrisya –
Pulangkan balik suami tu pada mak dan madu TT. Macam dah takde function dah suami tu. Suami atas kertas je.
Anyway tahniah TT sebab sangat tenang menghadapi dugaan. Anda berhak bahagia TT.
Selalu baca kisah kisah kena buli dengan mak mertua, suami dan madu kan. Kisah TT memang sangat inspired sebab tahu macam mana cara menyayangi diri sendiri dan anak anak dulu.
Suami tu last sekali. Kalau dia dah tak sayang kita lepaskan je.
Hidup pun lebih bahagia sebab tak payah fikir kerenah orang orang yang toxid ni.
Syikin Ilyas –
Lifestyle sibuk macam sis ni memang sesuai berp0ligami. Lagi bila jenis hati kering.
Yang tak sesuai berp0ligami tu laki sis. Selagi sis tak sara dia dan bini baru, selagi sis pun takde rasa nak berlaki baru, teruskan je la dalam p0ligami.
At least dengan title isteri orang tu jauh dari fitnah bila kita berurusan dengan lelaki, mudah urusan anak anak, orang tak sibuk tanya or matchkan dengan sesiapa.
Pandapat saya la
Dila Latif –
sebenarnya tuan tanah ni berjaya tepis segala toxic people disebabkan hati kering dan sifat terus terangnya.
Cuma dia belum berjaya lepas dari toxic relationship ja. Dari penceritaan pun tunjukkan dia tak kisah pun.
Takde pulak nak makan hati ke meroyan ke dengan laki dia tapi cerita sebaliknya laki dia yang meroyan. Cerita ni berbeza dengan luahan isteri isteri yag makan hati.
Kepada tuan tanah, u go girl. Sebenarnya dah cukup bahgia. Jangan rosakkan kebahagiaan itu.
Tinggal cikit ja lagi. Buang laki tak guna then u will flying with colors.
Sumber – Manisah (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Semangat kental betul TT ni.Bagus sangat.
Aslkm,
Agama sebenarnya adalah peraturan, berpandukan kepada agama kita selamat dunia dah akhirat. Sebab itu kita buat apa kena kaitkan agama.
Maka dalam soal puan ini ada jalan penyelesaiannya.
Pertama puan sudah menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri yang baik. Malah membenarkan suami berkahwin lagi bersedia berpoligami atas alasan puan sibuk dengan kerjaya. Jika puan ingin mempertahankan rumah tangga sekarang puan ada pilihan meneruskannya. Berusahalah mencari masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk bersamanya, ini kerana tanggongjawab nafkah batin dari puan tidak boleh dilepaskan kepada isteri keduanya shaaja. Namun bukan bermakna puan taat yang melulu. Tetapi sekadar menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Berkaitan nafkah zahir dia berdosa jika mengabaikannya. Puan tidak perlu beri duit kepadanya walau seringgit pun. Jelaskan kepadanya secara elok supaya dia sedar. Malah tidak perlu meminjamkan kepada kerana nafkah itu tanggonjawab suami.
Pilihan kedua dalam pernikahan ini apabila suami gagal melaksana tanggongjawabnya samada zahir dna batin, atau salah satu darinya maka puan ada hak mecari orang tengah yg bersifat adil menasihatinya. Jika tiada juag perubahan setelah masa diberi kepadanya maka langkah selanjutnya bawa masalah ini kepada pejabat kadhi yang berhampiran. Pihak kadhi akan panggil suami puan untuk diberi kaunseling. Selepas kadar sebulan masih berkelakuan yang sama. Maka saya syorkan puan memohon fasakh itu merujuk kepada hati puan sendiri adakah puan mahu meneruskan hidup dengannya atau minta perceraian secara sebaik melalui mahkahmah syariah yg terdekat.
Jika Segala nya atas nama you , it’s still ok . But if he wants to use it also still ok but never×2 change to his name.
Don’t ever change! Jaga anak2 elok2, jngan sekali2 mengalah atau berkorban harta benda untuk menanggung biawak2 hidup tu. Go live your life💪💪✌️
Ramai jugak spesis yg mcm ni ye, nak hidup senang atas duit isteri. Spesis ni yg tak malu malas keja so tak tanggung isteri seperti yg sepatutnya,
Dah tahu isteri keja cukup makan pakai so dia tak payah susah susah keja teruk sara bini…hampeh tol
X perlukan laki sebegitu sebagai suami
X layak Dan X rugi apa pun utk teruskan hidup sendirian dgn acuan sendiri
Malahan lebih tenang
klu sy lbh bahagia hidup sendiri,buang je suami mcm tu..nafkah yg wajib pun kedekut nk bg..blh bla la suami tu..tu sbb suami tu x penah cukup duit,sbb nafkah yg wajib x bg..x adil dlm hidup poligami😡
Alhamdulillah, hebat…..
Doctor seorang insan yang mulia pada saya. Teruskan kehidupan Doctor sperti biasa. Moga Allah SWT memberi petunjuk, kekuatan dan permudahkan kehidupan Doctor.
Jangan aca suci.. kau g travel. Kau bg tau tak suami kau, kau jumpa sapa, minum dengan sapa, party dengan sapa. Suma kau jumpa kat eversea tu mahram kau ke?
Jangan sembang, kau g kerja balik kerja. Lepas tu balik hotel dan tu tido.. everyday rutin mcm tu?
Jangan kau cerita keburukan laki kau jer.. ALLAH maha melihat.. esok di akhirat, satu2 apa yg kita buat ditayangkan balik..
Cara tak menghalalkan tujuan.. kau pernah dengar perkataan KIFARAH? ALLAH tak akan memberi kifarah pada seorang hambanya kalau hambanya tu tak buat dosa.. Renung2 kan lah sebelum buat dosa kering lagi..
Alhamdulillah puan isteri pilihan Allah utk melalui poligami..tp nafkah puan suami xpatut lupakn even dh kawin baru..tp kalu puan redha xde mslh..tp bila suami nk ikut kemahuan isteri baru dgn pinjam duit puan itu xpatut..solat istikharah tny Allah kekal dlm prkahwinan atau brcerai yg trbaik..hny Dia yg Maha Mengetahui..
Lebih baik hidup sendiri dengan anak2. Ada suami pun mcm x de. Undur diri dengan tenang. X perlu berubah utk senangkn hati suami. Nnti ank2 pun ikut stress bila TT stress.. jadi, jauhkn diri dari tekanan. Teruskn dgn cara hidup yg awk pilih.
Teruskan sahaja, aku pun kalau dalam keadaan mcm ni aku tak kisah, aku lebih suka boleh p mana2, kita guna duit kita bukan minta duit dia. Tapi jangan pula kau nak ambil duit aku utk bini kau tu….biarkan dia nak meroyan ke, mertua nak meroyan ke…..lantak kau lah…..janji aku suka apa yg aku buat. Lagi senang kalau kau sekeluarga berambus dari hidup aku, amannnn…..
Kes sy lebih kurang je dgn TT. Last2 sy setelkan kt mahkamah. Xpakai lawyer. Terus mohon fasakh sbb nafkah xbagi lebih dr 2 thn (sbb nafkah 4bln ke atas xbagi dh boleh mohon). Lega rasenye. Rase hilang beban batu berat atas kepala.. Saya dan anak2 pn hepi cara kami. Xperlu takut bila balik rumah (kami mangsa keganasan rumahtangga). Balik keje lewat xde suami nk buat tohmahan, nak pegi mana2, nak beli ape utk sy dan anak2 xperlu tunggu izin dan tak perlu kena tapis beli apa, utk ape, berapa harga. Rumah, kereta semua sy yg beli sebelum kawin. Jadi dia la kena keluar rumah. Alhamdullillah! Terima kasih Ya Allah.
Wahhh hati sis kuat betui ye, saya doakan sis dipermudahkan segala urusan ye..
Lelaki nk kita bersujud, merayu, merajuk,x suka Sgt kita berdikari, bila pakage tu ada pada sis dia sbg suami rasa tercabar. Baik begini kn sis😍
Assalamualaikum puan. Semoga senantiasa berada di dalam rahmat Allah swt. Sekadar perkongsian pandangan tetapi bukan nasihat kerana saya tidak layak untuk memberi nasihat. Sebaik² nasihat yang puan terima dari ruangan ini atau dari ruangan yang lain adalah cara penyelesaian yang berlandaskan hukum Islam. Allah kuasa, makhluk tiada kuasa. Allah maha adil lagi maha mengetahui akan ujian ini. Rujuk terus pada Allah di waktu puan bangun malam untuk solah tahajjud. Waktu di mana Allah berada paling dekat dengan hamba Nya untuk mendengar segala² permintaan, rayuan dan aduan hamba² Nya. Saya yakin pasti Allah akan buka jalan buat puan atas permasalahan ini. Allah maha penyayang, oleh itu saya sebagai manusia ni juga tak layak untuk mengatakan suami puan dengan bermacam² gelaran. Semoga Allah berikan hidayah buat suami puan bahkan buat manusia seluruh alam. Saya bukanlah ustaz, orang biasa² sahaja 😅. Tetapi sedikit sebanyak kefahaman yang Allah telah beri pada saya. Tiada satu pun perkara di dunia atau di luar dunia ni terlepas dari pandangan dan peraturan Allah. Semua Allah yang kawal. Nak kelip mata pun Allah yang kawal. Sebutir pasir nak bergerak pun atas izin Allah. Hebat Allah kan puan 🙂. Mudah²an perkongsian saya yang tak seberapa ni memberi manfaat buat puan sekeluarga. Hati manusia yang berbolak balik ni sentiasa di dalam genggaman Allah. Sekelip mata Allah boleh ubah. Puan mohon la doa untuk suami puan tu ye 🤲🙂 kerana kekuatan doa dari seorang isteri yang solehah itu adalah lebih hebat dari 70 orang wali Allah. Apa yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari kelemahan saya sendiri. Wallahualam