Masa f3, aku tempik. Abg Pack dah malu. Puas aku ngorat, krik2 je. Umur 21, tiba2 Dia call. Tp senyap. Aku dah pelik

Foto sekadar hiasan

Penat Mengorat Abang Pack

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Aku terbaca beberapa luahan dekat page ni pasal cinta terpendam dan perempuan tu tak luah.

Aku macam erkkkk, apesal aku rileks je mengorat laki yang aku suke. Aku ni spesis tak malu ke ape? Nangis jap.

Aku nak share la kisah aku dok mengorat abang senior aku mase sekolah. Nama dia Fazakkir. Orang panggil Pack je.

Abang Pack ni tak kacak langsung. Muke gelap, hidung pesek and mata kecik. Tapi dia manis dan tinggi lampai. Dia senyum tu, manis dekat mata aku.

Yang cakap tak kacak tu kengkawan aku la tapi aku cakap dia kacak sebab aku suke dia. Hahaha.

Mase sekolah aku ni memang jenis berani dan tak tahu malu. Ni bukan aku buat buat tapi aku memang jenis takde selindung ke apa.

Aku suke Abang Pack sebab aku nampak dia kutip botol masukkan dalam tong sampah.

Kelas aku dekat tingkat atas, so aku nampak dia dekat bawah tengah kutip botol botol minuman yang students buang tapi tak masuk dalam tong sampah.

Mase tu baru abis hari sukan. Waktu tu semua orang dah balik dorm. Aku ternampak dan rasa, baiknya dia. Hehehe.

Abang Pack kelas belakang kot. Dia tak berapa suke belajar tapi dia pandai main bola.

So cite pendeknye, aku tulis surat bagi dekat dia. Letak dalam buku dia masa tu ade perjumpaan kelab.

Aku siap bagitahu nama aku siapa dan kelas mana. Aku Form 3 dan dia Form 5.

Tapi macam takde pape je. Sangsi aku dia bace ke tak surat aku tu.

Aku hantar lagi surat. Ni kali aku suruh Jeremy budak Sabah bagi. Dia satu dorm dengan Abang Pack. Jeremy cakap Abang Pack baca dan diam je.

Bengang aku!

So waktu hari kelab persatuan semua tu, aku dari tingkat atas jerit, “Abang Pack, jomla kapel!!!! Eya suke Abang Pack!!!!” Sambil kengkawan aku dok sorak untuk aku.

Ye kitorang bebudak perempuan nakal masa sekolah. Jenis bising dan tak makan saman.

Malu Abang Pack kena bahan dengan member member dia. Aku kena panggil dengan pengetua. Senior dan ketua asrama pon panggil dan memang teruklah aku kena.

Kelakar pulak bile fikir balik sekarang. Haha.

Bila Abang Pack dah habis SPM, aku masih setia ngorat dia. Ape entah masalah aku ni. Haha. Bingai agaknye.

Mase tu aku dah tak duduk asrama. Everyday aku lalu depan kedai makan mak dia, sebab nak tengok Abang Pack.

Mak dia baik. Jenis keibuan. Dia tahu aku suke anak dia, dan dia macam layankan je aku. Hahaha.

Rindu aruwah makcik (meninggal sebab C0vid 19).

Tapi Abang Pack selalu cakap dekat aku, “adoiii ko ni, ko takde kerja lain ke nak buat”. Hahaha.

Pastu Abang Pack sambung belajar kemahiran dekat ILP Melaka. Jarang dah aku jumpa dia. Tapi aku setia tau hantar mesej dekat dia.

Nombor dia aku dapat dari mak dia. Mak dia kan jenis layankan aku. Heeee.

Everyday aku mesej Abang Pack tau mase tu. Ade la 2-3 kali dia balas. Mostly tak balas lah.

Aku pulak lepas sekolah, sambung belajar dekat universiti swasta. Aku tak pandai sangat tapi naklah jugak belajar. Masih aku setia mesej Abang Pack.

Tak pernah lupa wish Birthday, Selamat Hari Raya semua. Dia kadang balas kadang tak. Aku stop buat semua tu bila aku graduate.

Aku rasa Abang Pack memang tak suke aku. Aku sedar je dari dulu tapi tulah, aku kan jenis tak give up.

So by the time umur aku dah 21 camtu, aku dah semakin malulah. Dah besar kan.

Last mesej aku cakap dekat dia, aku suke sangat dekat dia tapi aku tahu dia tak suka aku.

Aku doa dia bahagia, kahwin dengan perempuan yang boleh jaga dia dan tak ingat ape lagi aku cakap.

Hehehe, lame punye cerita. Aku pulak dapat kerja dekat Terengganu tak lama lepas tu.

Beberapa bulan lepas aku stop mesej dia, tetibe aku dapat satu mesej dari dia. Mesej tu kosong. Tak tulis pape. Aku rase maybe dia tertekan keypad ke apa.

So aku biar jelah. Seminggu pastu aku dapat call dari dia.

Aku pelik jugak time tu sebab dia tak pernah initiate conversation dengan aku. Aku angkat and cakap hello. Dia dekat sana tu diam je.

Banyak kali aku hello tapi diam je. Pastu aku letak jelah dah diam je. Pening aku sebab tak pernah pulak Abang Pack nak terkol aku ke apa selama ni.

Esok tu aku dapat mesej dari dia yang aku ingat dan simpan sampai sekarang.

‘Abang rindu Eya’

Bapak ah nak m4ti aku rasa time tu. Hahaha.

Dahla sejak dari sekolah aku je dok ngorat dia. Dia jual mahal nak mampos tetibe mesej rindu aku, stress aku.

Long short story, dia pulak kejar aku pastu. Sebab aku dah penat mengorat dia, aku dah takde tenaga nak mengorat balik. Dia lah pulak mengorat aku. Hahaha.

Mase tu baru aku rasa perasaan oh camni ke feeling kena ngorat. Bestnyaaa. Tau dari dulu aku biar dia mengorat aku.

Masalahnye dia tu kan lembab takdenye nak mengorat aku kalau aku tak mengorat dia dulu. Hahahaha.

Abang Pack cakap dia dah terbiase sangat dapat mesej dari aku sampai bila aku stop tu, dia rase kehilangan sangat.

Geram jugak aku sebab dulu dia bolayan je aku. Padan muke dia kena mengorat aku balik.

Tapi tulah jodoh ni semua dekat tangan Tuhan kan.

Abang Pack eksiden motor mase nak balik dari tempat kerja dia ke kampung. Dia koma sepuluh hari dan meninggal tahun 2014.

Masa aku pergi pengebumian dia tu, aku peluk mak dia erat erat. Menangis mak dia teresak esak. Mase taip ni pun aku rasa sebak.

Lame kot aku menangis lepas pemergian dia tapi aku malaslah nak cite kesedihan aku dekat sini sebab fokes aku just nak cerita aku tak malu ngorat Abang Pack. Nak cite hepi hepi je tanak sedih.

Aku just terkenang sebab aritu terbaca pasal confession memendam rasa ni. Hehehe.

Bagilah rencah sikit dekat sini sebab asyik confession memendam rasa je sedangkan ade je cite yang macam aku mengorat lelaki dengan yakin sekali. Hahaha.

Semoga roh aruwah Abang Pack dan emaknya dicucuri rahmat.

Reaksi Warganet

Ezd Airaniez –
Baru je layan cerita 20th Century Girl. Ending macam ni lebih kurang. Cuma lepas berbelas atau puluh tahun baru tahu lelaki tu dah takde.

Semoga Eya jumpa lelaki yang lebih baik. Kenangan dengan abang pack tu memang berharga. Selalulah doakan dia bila dia dah takde ni.

Rabiatul Adawiyah –
Sama la. Aku dulu ngorat satu laki ni, walaupun kenal online. Memang beriya iya

Jumpa sekali, ade la lepas tu duk ym berbulan bulan. Lepas tu aku diam, dia pun diam.

Tah setahun lepas tu tetiba dia msg balik.. Tup tup tetiba laki tu jadi laki aku. Haha

Papepun, takziah atas pemergian mereka.

Masrur Izzati Murshidi –
First time saya komen sini. Kita lalui benda sama. Saya faham sangat perasaan confessor.

Kitorang contact 2 minggu di wc. Pastu sama sama diam. Dia senior saya tapi kami tak pernah kenal.

Dia contact saya semula selepas 4 tahun. Kami sempat bersama 2 tahun dan tak lama nak kawin. Dia pergi mengadap ilahi Hari Malaysia baru ini.

Tiga bulan sebelum dia meninggal, banyak sangat tanda dia bagi pada saya. Bila dapat berita dia meninggal, sakit sangat.

Dia meninggal kerana hobi kami, di tempat favourite kami.

Nik Fauziah –
Makcik pernah admire senior semasa studi dekat U.

Dia pendiam, pemalu dan tak hensem mana pun tapi hati dah bekenan eluk saja dimata. Puas tarik perhatian dia namun takder respon.

Makcik tulis surat ajak kapel. Dia balas “saya bukan yang terbaik untuk awak”.

Ya ampun, malu giler sebab tahun 70an amat jarang perigi cari timba. Jika diikutkan nak jer tangguh pengajian.

Mujur masih rasional, grad on time dan terus dapat kerja tetap.

Selepas lebih 40 tahun terjumpa dalam grup RU, masing masing dah beranak cucu.

Kini makcik dah single kematian suami. Tiada apa apa yang bermula antara kami, hanya kenangan zaman pengajian.

Masing masing bahagia dalam haluan hidup. Semuga makcik bertemu dialam yang kekal abadi bersama suami.

Nurul Atiqah Seth –
Baca confession ni tiba tiba teringat memori masa sekolah jugak. Jenis tak malu jugak kalau nak ngorat. Haha.

Sebab confession ni, memori yang lama hilang datang balik .

Sebab member tak boleh pakai, pecahkan rahsia aku minat dekat sorang senior ni, habis dia hantar geng dia lalu masa prep malam.

Nak dekat setengah jam kot semua suruh keluar kelas jumpa dia. Time tu rasa pucat muka takut kena marah .

Last last jadi bf jugak tapi sama juga ending macam confessor. Orangnya meninggal accident, meninggal di tempat kejadian.

Sejak dari tu separuh semangat hilang. Huhu

Masa type ni pon mengalir air mata walaupon dah kahwin ada anak 2. Sebab perasaan kehilangan tu sakit sangat.

Semoga Eya jumpa jodoh sebaiknya.

Calla Lilly –
sabar ye confessor.

Sama, aku pun cam kau tapi aku bukan jenis memekak. Kalau aku suka orang tu aku betul betul kawan dengan dia lepas tu aku just tanya dia awak suka saya tak.

Biasa tak ada jawapan dan lelaki memang jenis kalau kita dah tarik gear gostam mereka akan cari kita balik. Aku pun tak faham kenapa.

Kalau jumpa yang dah ada awek, aku cam ohh awak dah ada awek tak pe lah nak buat camner.

Kalau jumpa yang jenis memilih tak pe lah, tak nak paksa. Aku move forward. Camtu je..

Tetapi masalahnya, bila dah lama lama perangai tak semenggah bak kata kawan aku, orang mengurat aku.

Aku rasa camtu je cara kau nak mengurat, tak trill langsung hahaha. Sebab kaki mengurat je tahu camner skilled tuu ahahha

Sabarlah confessor. Semoga kau jumpa jodoh yang baik baik nanti…

Sumber – Eya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.