“Buaya dari Pakistan”. Dah plan nk nikah, tp aku perasan sesuatu. Pelik, tiap bulan ada hari dia akan ‘hilang’

Foto sekadar hiasan

Si Pakistani Tak Guna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya Amie, berumur 35 tahun. Masih bujang.

Tahun lepas saya ada berkenalan dengan seorang lelaki Pakistan bernama Haiti (bukan nama sebenar). Duda anak satu yang sudah 5 tahun bekerja di sini.

Dia berkerja di warehouse milik sorang founder tudung di Damansara sebagai penolong manager operasi.

Selepas 5x berjumpa dan berhubungan, dia mengajak saya berkahwin atas alasan dia sunyi dan inginkan keluarga di sini.

Saya bersetuju selepas tengok dia mengambil berat pasal saya selepas saya dimasukkan ke hospital kerana c0vid selama sebulan tahun lepas.

Hari hari dia mesej dan call bertanya khabar. Dia langsung tidak cuba mengambil kesempatan ke atas saya tiap kali berjumpa.

Kami berkawan atas dasar serius ingin berkahwin. Kami merancang untuk buat majlis kecil kecilan sahaja disebabkan PKP tahun lepas.

Dia sanggup membuat kerja kedua sebagai seorang pegawai keselamatan waktu malam untuk majlis perkahwinan kami.

Jadi, saya yakin dia serius dengan hubungan kami.

Masalah timbul bila sebulan sekali, dia akan menghilangkan diri selama sehari semalam atau dua hari. No message no call.

Bila dia muncul kembali, dia akan berkelakuan seperti tiada apa apa yang berlaku.

Pernah saya bertanyakan hal ni tapi dia marah. Jadi saya tak bertanya dah. Saya anggap mungkin dia perlukan masa berehat seorang diri.

Kami jumpa setiap hari. Tempat kerja kami hanya 1km. Kami akan makan tengahari atau makan malam bersama selepas habis waktu kerja.

Kami membeli belah barang keperluan bersama sebab dia tinggal dengan 3 orang sepupu dari Pakistan dan dia paling tua. Jadi dia bertanggungjawab melakukan semua ni.

Saya tak kisah semua tu sebab saya nampak dia seorang yang bertanggungjawab dan baik. Saya tak kisah dia menggunakan kereta saya atau meminjam duit saya sebab dia akan bayar semula, tak pernah dia tak bayar.

Selepas beberapa bulan, saya bawa dia pulang berjumpa keluarga di Pantai Timur. Kami sangat gembira sebab keluarga saya pun boleh menerima dia.

2 minggu kemudian, dia tiba tiba berubah.

Mulai jarang mesej dan telefon dan akhirnya dia mintak putus. Bila saya minta berbincang, di gaslighting kan saya.

Dia cakap saya tak faham apa itu cinta sebab saya tak pernah bercinta serius sebelum dia, saya tak faham dia. Saya lah punca dia jadi tawar hati dengan hubungan kami.

Tapi saya cuba memperbaiki hubungan kami. Saya masih ingin berjumpa dengan dia dan cuba berbincang hal hal yang kami boleh perbaiki bersama. Saya sayang kan dia.

Satu hari masa keluar bersama, saya terbaca mesej daripada seorang perempuan yang berbunyi,

‘Hi, what was the thing you ate in the hotel when we met earlier?’. Saya sangat terkejut.

Saya ambik nombor tu dan telefon perempuan tu senyap senyap.

Rupanya malam tahun baru yang lepas, mereka menghabiskan masa semalaman di hotel di KL bersama.

Dia bagitau saya dia nak sambut new year dengan sepupu sepupu dia.

Banyak kali saya tanya nak tengok gambar mereka (dia dan sepupu) masa malam new year, dia akan marah saya.

Saya ternampak 1 lagi mesej berbunyi ‘Hi, do you want to come over tonight?’.

Bila saya berhubungan dengan perempuan kedua ni, rupanya mereka sering melakukan hubungan hubungan intim sebulan sekali sejak dari bulan September hingga March.

Masa tu, kami masih berhubungan serius.

Baru la saya tahu apa dia buat setiap kali dia menghilangkan diri sebulan sekali. Having hubungan intim dengan perempuan sundal bernama Marina, dari warehouse yang sama!

Dan mereka siap berpakat berpura pura seperti orang asing di tempat kerja sedangkan mereka selalu menyondol bersama!

Dan perempuan tu tahu Tahir ada kekasih yang serius. Betapa luluhnya hati saya bila tahu semua ni.

Cuba bayangkan ini hanya dua orang perempuan yang saya tahu, saya yakin ramai lagi perempuan perempuan lain yang dia berhubungan di belakang saya.

Saya sedih. Saya hampir d3pression sampai kan saya berjumpa doktor. Prestasi di tempat kerja saya menurun sehingga saya buat keputusan untuk berhenti kerja.

Bila saya bertanya kan hal ini kepada dia, dia masih salahkan saya. Dia tak mengaku dan tak juga menidakkan.

Tapi dari air muka dia saya tahu dia buat semua tu. Saya sempat bertanyakan dia tak takut ke kifarah daripada Allah?

Dia ada seorang anak perempuan dan 2 adik beradik perempuan yang masih bujang. Dia tak takut ke perkara begini terjadi kepada mereka?

Ditipu dan dianiyai oleh seorang lelaki yang disayangi. Tapi dia langsung tak rasa bersalah.

Malahan masih berlagak dengan mengatakan ‘Malay women are so easy. The easiest out of all women i have ever met’.

Dia cakap perempuan Melayu sangat senang digunakan, giila hubungan intim dan sanggup buat apa saja untuk buat hubungan intim dengan lelaki asing.

Saya cakap kalau macam tu pergi lah berseronok, kenapa berjanji untuk serius dan ingin berkahwin dari awal. Pergi lah cari yang nak berseronok sahaja. Kan senang.

Tapi sekarang saya faham. Dia hanya nak gunakan saya. Segala kesenangan yang saya ada, kereta, duit, semuanya yang boleh menyenangkan hidup dia.

Dan dia beritahu dia putuskan hubungan dengan saya sebab saya selalu cuba mengorek hal aktiviti aktiviti belakang dia, dia tak suka.

Kalau saya tak menyibuk dengan bertanyakan semua tu, dia akan masih kekal dengan saya. Bertapa luluh nya saya bila mendengar.

Saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyiasatan. Rupanya dia selalu membuat hubungan intim bukan sahaja dengan Marina, dia juga ada steady hubungan intim partner dari Thailand yang bekerja di Putrajaya.

Dia ada kawan kawan di Indonesia yang dia kenal di social apps dan selalu mengajak mereka berkahwin.

Tidak mengira bangsa dan agama, semua perempuan yang dia kenali dia akan ajak kahwin.

Dia tidak akan berkata ‘tidak’ kepada semua ajakan perempuan perempuan tersebut. Mungkin saya je yang bdoh mempercayai kata kata dia selama ni sedangkan saya ni langsung tidak bermakna bagi dia.

Saya sedih. Tapi saya bersyukur sebab kami masih belum bernikah.

Jujur saya katakan saya tak tau apa yang akan saya lakukan kalau semua benda ni diketahui selepas kami jadi suami isteri.

Pergi la dia berseronok dengan semua perempuan perempuan itu. Atau senang kata, pergi la mampus!

Saya bukan nak mengatakan semua lelaki warga asing tu jahat tapi berhati hati lah.

Nilai betul betul. Uji dulu. Jangan jadi macam saya.

Reaksi Warganet

Arish Afieq –
Ayat dia kata perempuan Melayu paling senang dapat tu aku dah dengar dari orang kemboja orang thai orang vietnam.

Memang betul betul senang sampai semua bangsa boleh kata perempuan Melayu senang layu. Hmm

Feyra Haer –
Hati hati, kebanyakan warga ini aim nak bisnes saje di Malaysia, dan bawa pulang duit ke negara mereka.

Tiada niat menakutkan, realitinya mereka ingin survival pass.

Cyrus SH –
Pelik bila sesetengah perempuan melayu pilih lelaki asing sebagai pasangan.

Bukan senang nak handle lelaki asing. Try tengok cara layanan pada wanita mereka dalam culture mereka sendiri. Kasar dan kadang kadang macam zalim.

Perempuan Melayu ni lemah lembut dan terlalu baik. Sebab tu ada pihak ambil kesempatan.

Nasib baik maruah sis masih terjaga. Move on je lah.

Sue Mayah Rasidi –
Saya wlaupun minat muka hindustan tapi tak sampai tahap nak gak muka muka macamtu kecuali dia tu Melayu tapi ada drah darah nenek moyang saja, kalau pure memang taklah.

Dulu ada lah beberapa lelaki Pakistan try2, but sorry not my taste. Hahaha.

Yang kelakarnya lelaki Pakistan ni jenis suka paksa chat dengan dia dekat fb ni (in real memang taklah nak bercakap dengan depa).

Dia hengat aku heran sangat muka dia tu, tak kenyang pun dengan paras rupa tu. Baik lah plih bangsa sendiri, berbangga sama sama Melayu di tanah air sndiri.

Lagipun bangsa asing ni budaya dia tak sama dengan kita. Bukan smua boleh adapt dengan budaya berbeza.

Tapi ada jugak yang okey, tak pukul rata ye..

Zul Iman –
Hmm.. pengaruh cerita hindustan ke apa.

Nampak tak korang dia cakap perempuan Melayu tak de nilai senang rebah.

Aku tak suka Pakistan ni dari segi pandang dia. Dia jantan boleh berziina sana sini tapi kalau mak dia adik perempuan dia takat kantoi berdating je mungkin boleh kena pkul

Kalau kena tangkap berskandal dengan jantan lain alamat telinga, hidung perempuan mereka tu hilang kena potong.

Satu dunia tau budaya dia orang ni sampai umat Islam terfitnah sedangkan tu culture dia orang tak de kena mengena dengan Islam pun.

Jangan murah dengan warga asing k..

Intan Syazwani –
Banyak dah komen yang cakap macam ni; Tengoklah dokumentari dokumentari tentang kedudukan perempuan, cara layanan terhadap perempuan dan budaya negara negara berikut; negara negara Asia Selatan (Pakistan, Bangladesh dan sebagainya) dan juga negara negara Timur Tengah.

Memang sangat sangat menginsafkan dan buat kita jadi lebih berhati hati.. Huhu..

Perempuan perempuan Melayu Malaysia sebenarnya sangat beruntung sebab kita sudah diberikan banyak kebebasan berbanding negara negara yang disebutkan tadi..

Janganlah kita mensia siakan kebebasan yang diberikan ni. Jadilah seorang perempuan yang lebih bijak, dihormati dan tak mudah diperdaya..

Sumber – Amie (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.