Suami minta mahkamah arahkan aku pulang. Bila dgr jwpan aku, hakim geleng kepale. Setepek suami kena

Foto sekadar hiasan

Proses Percerraian Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Saya Rupa, mak anak tiga.

Sebelum ini saya ada berkongsi menulis tentang bagaimana saya keluar dari perkahwinan toksik saya dengan tajuk, “Mak Anak Tiga” (klik link dibawah).

Suami kaki pancing. Anak dh 3. Bila sakit, naik sendiri grab p klinik. Tgh mlm, suami halau aku dan anak2 sehelai sepinggang

Saya baca kesemua komen komen yang diberikan. Terima kasih sebab berikan kata kata semangat buat diri saya dan anak anak.

Semoga Allah membalas yang baik baik buat kalian juga. Aamiiin.

Oh, kali ini saya nak bercerita bagaimana proses pencerraian dan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak yang saya uruskan dan buat semasa dan selepas berpisah dengan Bahenol.

Kali pertama saya pergi ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Masa nie, saya ingat lagi, saya tanya Pegawai di kaunter Mahkamah, apa saya perlu buat.

Di atas nasihat beliau, saya terus buat tiga (3) tuntutan iaitu Tuntutan Pencerraian, Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak) dan Tuntutan Nafkah Anak.

Masa nie, saya cuma nak bercerrai dan nak pastikan anak anak dapat pada saya.

Sebab Bahenol banyak kali cakap dan ugut pada saya,

“Kau kena ingat, kau yang keluar rumah. Kau kerja tak bagus, anak anak pasti akan dapat pada aku. Aku dah tanya dekat Mahkamah. Memang Peguam kata, kau tak akan dapat apa apa.”

Manalah saya tak trauma dan takut. Saya takut saya akan hilang anak anak.

Anak saya yang bongsu masatu baru berusia 8 bulan, masih menyusu badan. Boleh rasa dan bayangkan tak bagaimana perasaan seorang ibu bila dipisahkan dengan anak anaknya?

Saya jadi takut nak membayangkan. Saya lawan semua perasaan itu, saya tekad, saya katakan pada diri saya,

“Allah tahu apa yang saya niat dan lakukan. Allah tahu. Allah tahu.”

Selepas itu, bila saya beritahu Bahenol, yang saya dah bukak fail di Mahkamah, lagilah Bahenol memgamuk.

Itulah yang buatkan sampai beliau menyerang saya di pejabat, maki saya sebab saya tak bagi beliau ambil anak.

Eh, jadi kes polis taw. Saya siap ada 3 report polis berkenaan Bahenol.

Mujur Pegawai Polis yang ambil aduan saya sangat memahami dan menolong sebaik mungkin.

IO yang kendalikan kes saya sempatlah menegur saya dan Bahenol agar tidak berebut rebut bab anak sebab anak ini adalah anak bersama. Jangan suka suka nak mengugut kata IO kepada Bahenol.

Kita ada undang undang, jangan suka suka nak jatuhkan hukum. Haaaa terdiamlah Bahenol.

Bila saya dah buat report, kurang sikitlah meroyan Bahenol. Kuranglah, drama tu tetap ada lagi lagi bila di Mahkamah. Euw.

Sampai tarikh bicara untuk kes kami. Mula mula kes cerrai di Mahkamah Rendah Syariah.

Masa nie, Bahenol kata beliau tiada niat pun nak bercerrai. Beliau suruh saya keluar rumah dengan anak anak sebab tak tahan dengan saya.

Eh saya pulak kena. Hahaha padahal masatu kami bergaduh teruk. Bahenol minta Mahkamah arahkan saya pulang ke rumah.

Masa nie, Hakim pun kata, “Boleh. Kita boleh arahkan Plaintif pulang ke rumah sebab awak pun tiada memukul dan mendera Plaintif.

Tapi, sebelum tu, saya nak tanya Plaintif, kenapa awak tak nak pulang ke rumah?”

Sejujurnya, sebelum saya dengar Hakim tanya soalan ini, saya memang dah cakap yang saya tak nak pulang ke rumah. Saya ada sebab kukuh.

Jadi, bila Hakim tanya, nak taknak saya beritahu tapi saya tak bolehlah nak ceritakan di sini sebab ia agak mengaibkan.

Masa saya bercerita itupun sampai Hakim dan Pembantu Mahkamah pun mengeleng gelengkan kepala.

Dan Hakim membenarkan saya dan Bahenol tinggal berasingan dan Hakim arahkan agar Bahenol tidak mengancam mahupun menganggu saya di dalam tempoh kami tinggal berasingan.

Setepek jugalah Bahenol kena di dalam Mahkamah.

Hakim arahkan agar kami lalui sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) seingat saya. JKP ini macam sesi kaunseling tapi di bawah arahan Mahkamah.

Masa nie, saya dan Bahenol kena pergi ke Pejabat Agama (JAWI), di sana saya dan Bahenol masing masing kena bawak ahli keluarga ataupun rakan yang tahu krisis rumahtangga kami.

Saya minta kakak sulung menjadi wakil JKP saya disebabkan kakak memang tahu apa yang terjadi dan masalah masalah yang saya dan Bahenol alami.

Manakala, Bahenol wakilkan kawannya.

Sesi ini pula ada 3 peringkat, peringkat pertama sesi saya, wakil bersama Pegawai Agama yang dilantik sebgai Pengerusi JKP.

Peringkat kedua sesi Bahenol, wakil bersama Pengerusi JKP.

Peringkat ketiga pula adalah pilihan (optional) iaitu sesi empat mata; kiranya saya, wakil saya, Bahenol dan wakil beliau.

Tapi, saya tolak sesi ini sebab saya dah tahu nanti akan ada drama drama.

Pegawai Agama yang jadi Pengerusi JKP pun mengikut dan bersetuju agar tidak dibuat peringkat ketiga. Katanya, beliau dah banyak kali melihat akan terjadi pertengkaran dan pertikaian kedua dua pihak.

Justeru, beliau kata nanti proses laporan akan dihantar ke Mahkamah dan Hakim akan membaca dan melihat penilaian beliau dalam sesi bicara kami yang seterusnya.

Hari bicara seterusnya, Laporan JKP di dalam Mahkamah. Masa nie Hakim bacakan Laporan dari Pegawai yang kendalikan kes kami iaitu sesi JKP.

Laporan tersebut menyatakan bahawa kedua pihak tiada jalan perdamaian dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan.

Masa nie, Hakim memang tanya pada saya samada saya ingin teruskan bercerrai atau hendak berbaik?

Dan jawapan saya bahawa “Saya nak teruskan bercerrai.”

Ketika Hakim bertanya kepada Bahenol, jawapan beliau, “Tidak mahu bercerrai.”

Disebabkan itu, Hakim kata kena ikut prosedur seterusnya iaitu “Hakam Keluarga.” Hakam Keluarga ini pula memerlukan wakil samada ahli keluarga ataupun rakan ataupun jiran yang kita perlu ceritakan dan beritahu mengenai krisis rumahtangga kita.

Seterusnya, para wakil ini iaitu di belah pihak perempuan (Plaintif) dan pihak lelaki (Defendan) akan duduk bersama untuk menulis Laporan Hakam dan seterusnya akan dibacakan di dalam Mahkamah pada masa perbicaraan.

Bagi wakil Hakam ini, saya minta Pakcik saya menjadi wakil. Pakcik juga merupakan wali saya disebabkan ayah saya dah lama meninggal dunia.

Manakala Bahenol meminta kawannya menjadi wakil Hakam. Saya perlu berjuma kawannnya kerana ini adalah prosedur yang ditetapkan Mahkamah manakala Bahenol perlu berjumpa dengan Pakcik saya, sama untuk menceritakan kisah sisinya.

Dipendekkan kisah, semasa perbicaraan berikutnya, pihak Hakam mendapati bahawa kedua pihak tidak boleh berbaik baik lagi dan menyerahkan kepada Mahkamah selanjutnya.

Pada masa ini, Hakim bertanya kepada saya, “Plaintif adakah awak masih tetap mahu bercerrai?”

Dan jawapan saya adalah “Ya”, manakala Bahenol masih tetap tidak mahu bercerrai dan tak mahu melafazkan talak.

Hakim menasihati agar jika tiada jalan penyelesaian dan kedua dua pihak tak boleh berdamai, sewajarnya berpisah dahulu.

Tetapi, Bahenol enggan dan katakan bahawa kuasa talak di tangannya.

Hakim membalas dan mengatakan, “Defendan, adakah awak tahu, jika awak enggan melafazkan, Mahkamah boleh menggunakan kuasa Mahkamah dan pada masa ini kuasa talak bukan lagi di tangan suami.”

Tapi, Bahenol tetap angkuh dan katakan beliau tidak kisah.

Maka, Hakim mengarahkan kami melalui proses terakhir iaitu Hakam Mahkamah.

Hakim katakan di dalam proses ini akan diketahui keputusan kerana kalini Mahkamah yang mengambil peranan.

Secara ringkasnya, sesi Hakam Mahkamah sama sahaja seperti sesi Hakam Keluarga.

Ada wakil bagi pihak Plaintif dan Defendan tetapi wakil ini datangnya dari Pegawai yang dilantik oleh Mahkamah.

Wakil Hakam dari pihak Defendan pula akan berperanan untuk menjatuhkan talak kerana pada masa ini, kuasa talak berada pada Mahkamah dan bukan lagi pada kuasa suami.

Diringkaskan, semasa perbicaraan terakhir, pihak Hakam mendapati bahawa kedua dua pihak memang tidak lagi boleh bersama dan berbaik baik dan meminta Mahkamah agar membubarkan perkahwinan ini.

Saya ingat lagi, sebelum pihak Hakam Defendan nak menjatuhkan talak, beliau meminta saya untuk bermaaf maafan pada suami (masatu) dan meminta menghalalkan semuanya.

Saya baru bangun untuk menghulurkan tangan dan Bahenol terus berkata di depan mic, “Saya tak akan maafkan dia. Saya tak akan halalkan makan minumnya dunia akhirat.”

Pada masa ini, Hakim yang membalas, “Defendan, awak taknak maafkan sudah. Awak taknak halalkan sudah. Hakam, lafazkan sekarang.”

Drama kan. Yang pasti orang di dalam Mahkamah memang melihat dan nampak.

Tak apalah, saya malu cuma seketika dibandingkan dengan derita yang saya pendam dan telan selama bertahun. Apalah sangat.

Maka itulah proses cerrai yang saya lalui. 7 bulan naik turun Mahkamah. Saya bercerrai secara Hakam.

Saya bukak kes cerrai di bawah Seksyen 47 tak silap saya. Dalam masa kes cerrai saya berjalan, saya juga perlu lalui kes hak jagaan anak dan nafkah anak.

Nantilah jika ada masa, saya ceritakan bagaimana saya buat kes anak saya melalui dan menggunakan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Saya rasa coretan ini pun dan cukup panjang takut nanti ada yang bosan membaca.

Sekian dari saya, #makanaktiga

Reaksi Warganet

Is Marissa –
Bagus confession ni. Baru tahu macam ni rupanya antara procedures bercerrai. Tak pernah tau ada hakam keluarga atau hakam makhamah sebagai nya.

Ada keadilan untuk pihak isteri sekiranya suami tak nak mencerraikan. Harap boleh jadi panduan dan pengajaran untuk sesiapa yg memerlukan.

Harap juga TT sambung lagi tentang hak jagaan anak dan sebagainya nanti

Rad Bilayati –
Tak silap saya Selangor je ada hakam mahkamah ni. Jadi lebih mudah proses nak bercerrai tu

Kalau negeri lain, mau 2-3 tahun naik turun mahkamah pun tak selesai.

Kawan saya sampai sanggup pindah ke Selangor semata mata nak guna sistem hakam ni bagi memudahkan urusan tuntutan percerraian dia

Faeezah Badaruddin –
Bagus sharing ni .

Nak cerrai jadi proses panjang bila suami pendek akal dan ego.

Dan dari kisah ni, nampaknya ada kepentingan juga untuk cerita masalah rumahtangga pada orang lain sebab akan dipanggil ke mahkamah.

Macam mana bagi orang yang langsung tak pernah cerita ya? Siapa yang nak bantu di mahkamah?

Peah Peah –
Susah bila ada nfsu tapi tak pandai urus diri + tak bertanggungjawab, masih berfikiran macam kanak kanak yang sibuk utamakan hobi dan kawan kawan dia.

Kahwin pun dah kali ke2, dah ada pengalaman sepatutnya.

Esok dah tua sakit nak mam… Suruh kawan kawan tengokkan, jaga + sediakan makan minum bawa gi hospital.

Lepas tu barulah tersedar ada anak dan mulalah buat drama sedih kata anak tak nak jaga, anak tak hormat ayah.. Blablablabla…

Ku Sue –
Untungnya dia. 7 bulan dah settle kes nya. Aku dulu kena tunggu 2 tahun. Penat naik turun Pej Agama.

Padahal mantan tak pernah hadir pun tiap kali dipanggil. Last last Hakim yang handle kes, lepaskan aku…

Masih teringat lagi. Bayar RM1… bebaslah aku. Rasa macam beban batu yang berat lepas dari kepala. Nak melompat pun ada waktu tu. Lega sangat

Aisyah Ahmad –
Tahniah confessor kerana berjaya bawa anak anak keluar dari rumahtangga yang toksik yang boleh merosakkan mental confessor dan anak anak.

Semoga tabah membayar hutang terpaksa dibuat untuk ex.

Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Terima kasih kerana menulis dengan baik. Semoga dapat memberi panduan dan semangat kepada isteri isteri yang ditindas di luar sana.

Sumber – Rupa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.