Foto sekadar hiasan
Abah, Mama, “Dia”
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Aku N, berusia 28 tahun. Coretan ini bukan bermakna apa apa. Bukan juga kerana aku benci, aku dah merelakan dan juga melepaskan..
Aku di besarkan oleh abah. Dialah ayah, dialah ibu.
Panggilan ibu itu, bukan sesuatu yang penting dalam kehidupan aku sehinggalah aku berusia 12 tahun.
Dakapan hangat seorang wanita untuk anak kecil seperti aku, takkan aku lupakan sampai bila bila,
Terima kasih mama, walaupun aku bukan dari rahimmu, tapi aku tak pernah di bezakan walau sekali pun dari setiap tingkahmu, bicaramu, kasih sayangmu..
Abah dan ibu aku berpisah semasa aku berusia setahun. Yaa, setahun.
Memori masa kecil bersama ‘dia’ langsung tak terpahat di ingatan. Di waktu usia yang sepatutnya aku di belai di manja oleh kasihnya seorang ibu, aku di tinggalkan..
Dari kecil aku di momok oleh orang sekeliling yang ibu aku berada jauh sangat.
Di saat aku bertanya pada abah, tiada jawapan. Lama kelamaan, aku jadi mengerti sendiri. Persoalan kemana perginya ibu, sepi berlalu seiring usia aku.
Aku dah terbiasa, aku cukup segalanya. Abah tak pernah kurang jalankan tanggungjawab, juga tak pernah kurang kasih sayangnya pada aku.
Ada rahsia yang di simpan rapi dari pengetahuan aku. Kalau bukan kerana mulut becok mak usu, aku mesti sampai sekarang tak tahu apa apa.
Kepergian “dia” adalah permintaannya sendiri untuk abah lepaskan “dia” dan aku di serahkan bulat bulat kepada abah.
Awal perhubungan abah dan “dia” semenjak di alam kolej lagi ditentang keluarga yang di sana. Kerana abah hanya anak seorang petani, tak layak tarafnya dengan keluarga yang disana.
Hanya aruwah ayah “dia” yang menerima abah dan setuju kahwinkan abah dan “dia” selepas habis belajar.
Semua indah di awalnya. Kata mak usu lagi, “dia” baik, tak meninggi diri walaupun keluarga kami berbeza taraf.
Atok dengan opah sayang dekat “dia”, tapi semua berubah semenjak aku dilahirkan. Tak lama lepas tu aruwah ayah “dia” menghembuskan nafas terakhir.
Dan semenjak tu lah hubungan abah dan “dia” semakin hari semakin goyah sehingga akhirnya perpisahan yang terjadi.
Sambung mak ucu lagi, mungkin kerana “dia” tak tahan dengan keluarganya yang merendahkan kehidupan “dia”.
Mungkin juga kerana abah hanya seorang pekerja bawahan ketika itu. Jawapannya hanya ada pada abah dan “dia”.
Perasaan aku selepas tahu apa yang terjadi bercampur baur. Sedih, kecewa, marah, tak tergambar.
Aku tatap lama gambar “dia”. Tertanya tanya, kenapa sanggup “dia” tinggalkan aku dulu?
Tak terdetik rasa rindu pada aku kah? persoalan, demi persoalan bermain di permikiran.
Hendak aku tanya pada abah apa yang terjadi, aku risau luka lama yang telah sembuh, kembali terluka dengan pertanyaan aku
Aku juga risau kalau mama mungkin akan terasa hati kalau tiba tiba aku bertanya tentang “dia” pada abah.
Akhirnya, aku putuskan untuk biarkan apa yang berlalu dulu. Biarkan persoalan demi persoalan itu juga turut berlalu.
Tetapi, Allah Maha Besar. Siapa sangka, ajakan rakan aku ketika di universiti dulu untuk ikut sama pulang ke kampung kerana ada majlis perkahwinan sepupunya di Pahang, membawa aku kepada “dia”.
Rupanya, rakan aku adalah anak saudara kepada suami “dia”.
Satu sambutan mesra dan pelukan ringkas di beri. Selepas 24 tahun, wajah di foto yang sering aku tatap selama ini ada di depan mata.
Aku cuba tahan air mata, aku risau merosakkan suasana. Di mata “dia”, aku adalah tetamu anak saudaranya.
Aku cuba bertanya kepada rakanku, siapa dia. Sekadar merisik mencari tahu. Sekiranya aku salah orang. Dan yaa, aku tak silap, wanita itu memang “dia”.
Oh Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu.
Sepajang tiga hari berkampung di Pahang, aku tak lepaskan peluang memandang setiap gerak geri “dia”.
Aku juga dapat lihat kebahagiaan “dia”, bersama anak anak “dia”, adegan bersuap suap makan, hmm..
Aku tak lupaa, aku ingatt semua. Nak ja aku jerit ketika itu tapi apakah daya, entah “dia” masih ingatkah pada anak yang di tinggalkan berpuluh tahun dulu. Hmmm..
Aku tak nafikan, dari gaya tingkah laku, “dia” sangat lembut. Wajah tenang, cantik seperti di dalam gambar, tak berubah.
Sebelum balik ke universti, aku ingat lagi kata kata “dia”, “nanti boleh jumpa lagi, balik hati hati”
Hmmm, nak ja aku peluk sekuat kuatnya “dia” dan aku nak cakap, RINDU…
Dan itu, kali pertama dan terakhir pertemuan tak di sangka sangka aku dan “dia”.
Siapa pon tak tahu, baik mak usu ataupun abah yang sebenarmya aku pernah terjumpa “dia”.
Dan aku dah pon redha, memang “dia” tak kenal aku, cukup hanya aku yang kenal “dia”.
Melihat “dia” hidup bahagia bersama yang tersayang membuatkan aku bersyukur.
Aku tak ada kurangnya pon. Aku ada abah, ada mama, ada adik adik, ada kucing, aku pon bahagia.. hahaha.
Jadi, aku okey ja…
Reaksi Warganet
Nooral Izainie –
Apa kata cari balik ibu tu. Adik pun dah dewasa, tak salah cari ibu semula.
You have the rights to feel her love. Better confess daripada hilang selamanya. Ibu takkan menolak anaknya.
Go girl, take the chance. She is your mum. Takut one day akan regret
Sue Mayah Rasidi –
Mendengar cerita sebelah pihak ni sulit. Mungkin ada yang lain lagi tak di ceritakan.
Dengarlah di sebelah pihak lagi satu. Macam crita P.Ramlee ibu mertuaku tu juga lah.
Pergilah jumpa ibu kandung tu. Jika dia tahu dan berpaling taknak melihat kamu, baru lah kamu boleh kata macam macam tapi ni kamu datang dah tau tu mak kandung tapi tak menyapa..
Jiha Jessica –
First, ibu kandung awak mesti kenal awak.
Bila seorang anak dan ibu bila berpisah akan satu debaran di hati masing masing. Percayalah ibu kandung awak rindu awak.
Lebih baik awak cari je dia. Sebab dia kan kata nanti boleh jumpa lagi. It mean dia tahu mesti awak anak kandung dia.
Maybe muka awak serupa dengan mak awak or sama dengan ayah awak. seorang ibu senang je nak cam muka anak anak dia.
Percayalah Allah makbulkan doa untuk awak
Fazira Faris –
Percayalah, tak mungkin si dia itu mampu melupakan kamu. Cuma si dia memilih untuk tetap meneruskan kehidupan yang ada di depan mata.
Mungkin ada masanya ketika bersendirian, si dia akan menitiskan air matanya kerana rasa bersalah dan sangat merindui kamu.
Percayalah, si dia yang mengandungkan kamu. Mungkin dalam dia, berdoa agar diberi peluang berjumpa kembali denganmu sebelum menutup matanya buat selama lamanya.
Puan Zaleha –
I feel u Sis Confessor. Tak mudah kan. Orang yang tak merasai takkan benar benar memahami situasinya.
Bukan mudah nak runtuhkan satu tembok besar yang sekian lama ada.
Atleast sis dah tahu ibu sis berada dalam keadaan yang baik. Doakan dia. Biar masa dan takdir menentukan jalan cerita seterusnya.
Kalau saya ditempat sis juga akan kaku dan membeku. Kerna nak dikorek cerita lama banyak hati hendak dijaga terutama orang orang yang ada bersama sis sekian lama yang menberi sepenuh kasih dan sayang serta memastikan tiada sedikitpun kekurangan.
Akak doakan sis dipermudahkan segalanya dan diberikan pengakhiran yang terbaik aamiin..
Ibu tetaplah ibu. Kita tak mampu nak pilih. Ianya adalah anugerah Allah.
Sampai ke syurga pun ibu itu tetaplah ibu kepada sis. Itulah hakikatnya. Take care sis
Sumber – N (Bukan nama sebenar) via IIUMC