Sblm dpt anak, kami bahagia. Bila anak dh 2, isteri berubah. Aku terkilan. Aku mula siasat, risik dlm diam

Foto sekadar hiasan

Diari Seorang Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau baca kebanyakan confession topik isu rumahtangga, boleh dikatakan majoriti penulis adalah dari kalangan para Isteri.

Aku bersimpati dengan korang semua yang tengah ditimpa ujian dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.

Kali ni cerita aku mungkin sedikit sebanyak boleh memberi input dari segi permasalahan rumahtangga yang turut dirasai si Suami.

Aku dan isteri telah mendirikan rumahtangga selama hampir 8 tahun. Telah dikurniakan 2 orang anak berumur 5 tahun dan 3 tahun.

Kami berdua masing masing bekerja sebagai penjawat awam dengan masa bekerja normal. Cuma tempat aku bekerja lebih rileks berbanding tempat kerja isteri.

Sebelum menimang cahaya mata, hubungan kami sangat mesra. Jalan pun berpimpin tangan. Tidur pun boleh berpelukan. Kiranya semuanya baik baik saja.

Kehadiran cahaya mata orang cakap boleh menambahkan kebahagiaan sesuatu pasangan tetapi dalam kes aku, seperti terbalik pula.

Semenjak punya cahaya mata, hubungan kami sudah tak mesra seperti dulu. Sudah susah berpegangan tangan, sudah tidak dapat tidur berpelukan malah nak bersama pun susah.

Aku amat bersyukur bila dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel dan amat sayang pada anak anak aku dan aku sama sekali tak menyalahkan kehadiran mereka.

Cuma aku sedikit terkilan dengan perubahan isteri aku dari segi layanan.

Aku cuba berbaik sangka, mungkin sekarang kasih sayangnya bukan semata mata untuk aku, tetapi untuk anak anak juga.

Mungkin juga isteri sibuk dalam kerjayanya. Namun aku terasa agak kurang kasih sayang.

Untuk tidak membebankan sangat isteri, aku turut membantu dengan kerja kerja rumah, membantu menguruskan anak.

Malah aku tidak memaksa isteri untuk memasak dan kami pun memang lebih banyak membeli makanan luar. Namun tetap sama.

Aku juga cuba mulakan, pegang tangan, peluk isteri dan sebagainya, namun itulah, seolah aku saja yang usahakan. Tiada tindak balas yang sama dari pihak dia.

Lama kelamaan aku rasa macam dia saja yang seronok dimanjakan. Haha.

Aku cuba juga menyiasat jika ada sesuatu berlaku dibelakang aku. Sebagai pakar ICT , aku dah siasat semua medium social, email dan sebagainya.

Selain turut merisik perkara perkara diluar namun tiada yang mencurigakan dan aku 99.9% yakin bukan berkaitan orang ke-3.

Permasalahan begini sebenarnya agak memalukan untuk orang lelaki macam aku untuk bincangkan. Selalunya aku dapati keluhan sebegini banyak datang dari para Isteri.

Mungkin juga para suami malu nak mengaku. Haha. Tapi itulah apa yang aku rasa, aku juga inginkan kasih sayang. Teman untuk berborak macam dulu dulu. Teman bermanja.

Aku banyak kali suarakan perasaan aku kepada isteri. Namun katanya, ini perkara biasa bagi pasangan yang sudah punya cahaya mata.

Habis sangat dia akan cuba buat sesuatu seperti aku harapkan, tapi boleh nampak ketidak ikhlasan dalam perbuatan tu dan lama kelamaan akan berbalik kepada asal.

Aku cuba juga suarakan pada ibu dan ibu mertua ku. Masing masing hanya suruh aku bersabar dan berdoa.

Kami juga sudah pernah mendapatkan kauseling. Jujur, tiada input positif melainkan kaunselor nasihatkan aku untuk turut membantu membuat kerja rumah.

Perkara yang aku dah lama buat.

Permasalahan aku ni mungkin nampak kecik. Tapi bagi orang yang tak ramai kawan macam aku ni, isteri saja lah tempat aku balik berborak, bermanja dan semuanya.

Mungkin berbeza dengan dia yang bekerja di pejabat yang agak hectic dan ramai kawan.

Jadi bila seperti tak berapa diendah kan, lama kelamaan aku mula memendam rasa. Perkara kecil pun boleh buat kami bergaduh besar.

Bukan aku marah sesuatu perkara tu sangat, tapi lebih kepada melepaskan kemarahan diatas apa yang aku pendam.

Kerana memendam perasaan terlalu lama, aku mula terasa depress. Kadang aku fikir, baik saja aku cari perempuan lain. Walau tidak sebagai isteri, mungkin sebagai peneman.

Sejujurnya aku pernah cuba dan punya seseorang dibelakang isteri. Namun aku tak juga bahagia.

Bukan kerana aku rasa bersalah pada isteri, tapi lebih kepada rasa berdosa dengan Sang Pencipta. Maka aku putuskan hubungan.

Kadang kadang aku terfikir perlu kah aku punya perempuan lain dan biarkan ia diketahui oleh isteri. Mungkin waktu itu baru dia akan mula hargai aku.

Tapi bila difikirkan semula, jika itu berlaku, sudah semestinya keluarga dan orang lain akan salahkan aku.

Sekarang sudah beberapa bulan aku kembali hidup dalam diselubungi perasaan sebegini. Aku cuba sibukkan diri. Banyak luangkan masa bermain dengan anak anak.

Malam balik dah penat, aku tidur agar tak perlu terasa hati.

Sebenarnya banyak lagi usaha usaha yang aku dah buat untuk ambil hati isteri dan menghangatkan kembali hubungan. Namun kelihatan hanya aku saja yang berusaha.

Kadang kadang aku harap isteri aku singgah di page ni untuk baca keluhan keluhan para isteri yang menghadap pelbagai perangai buruk suami. Mungkin dengan itu dia akan lebih hargai aku. Tapi isteri aku bukannya rajin membaca.

Tak apa lah. Aku hadapkan saja demi anak anak kerana tak mungkin aku bercerrai dan berjauhan dengan mereka.

Dan tak pernah terlintas dihati nak berkahwin dua.

Membaca keluhan permasalahan orang lain disini sedikit sebanyak mengingatkan aku yang ramai lagi berhadapan masalah yang sama malah lebih teruk.

Dan mungkin saja ini fasa normal seiring perubahan usia. Mungkin aku juga perlu berubah.

Reaksi Warganet

Dilla Azman –
Isteri dulu okay, lepas besalin terus jadi lain.

Encik dah bawa isteri ke kaunseling perkahwinan?, why dont bawa isteri ke pakar kesihatan pula?

Ada tau kes yang mana, isteri hilang interest terhadap suami dan hubungan tu. Antara sebabnya ialah faktor h0rmon dan faktor kesihatan mental.

Kadang mereka ni tak sedar. Dia rasa normal. Pasangan yang akan rasa lain sebenarnya. Kita je yang tahu something wrong dengan pasangan kita.

Diza Irdina –
Lepas saya bersalin pun saya akui kurang beri perhatian pada suami. 10 tahun hidup berdua, baru ni dapat sorang baby.

Selepas bersalin, walaupun suami banyak jugak membantu tapi saya tetap rase tak cukup bantuan.

Lebih lebih lagi bila suami tidur awal (kadang2) dan biarkan saya dengan baby. Saya rasa sedih sangat sehingga saya benci dengar dia kate nak baby lagi. Sekarang baby saya dah setahun setengah.

Saya pernah minta nak check in hotel untuk beberapa hari hanya berdua dengan baby. Saya rasa perlu sangat saya berjauhan dengan suami untuk beberapa hari. Tapi suami tak bagi.

Sehingga lah, suami dapat pnggilan haji. Selama lebih 40 hari tu saya berjaya hadap baby sorang sorang dengan rasa tenang.

Kami berdua bekerja dan tak pernah berjauhan selama berkahwin. Waktu dia haji tu lah 1st time.

Biasanya saya akan rasa rindu sangat dekat dia tapi kali ni selama dia pergi tu saya rasa biasa je.

Selepas dia balik dari haji, baru lah saya rasa normal macam biasa.

Nur Hela –
Sedihnya baca. Macam ni lah encik, ni langkah terakhir yang saya boleh bagi.

Kalau tak jalan jugak, encik mintaklah izin dekat isteri nak nikah lagi.

1. Segakkan diri. Bersihkan mana yang patut. Kempiskan mana yang patut. Kadang kalau bantal tu bulat sangat, zipnya jadi pendek..

2. Tingkatkan prestasi permainan anda. Warm-up kena cukup, larian padang kena padu. Jangan baru setengah minit, dah pancit.

3. Kena tanya referee tu, dia suka yang macam mana. Mana yang boleh dapat markah lebih.

Cuba buat sampai referee tu hepi nak mengadil hari hari..

**Aku dah habis berlapik dah ni. Yang paham, paham. Tak paham, sudah.

Puteri Pelangi –
Penat seorang isteri ni bukan hanya fizikal tetapi mental jugak.

Tekanan mental ditempat kerja, anak meragam, anak tak tidur Malam, masalah anak ditaska, disekolah, exam.

Kadang semua masalah Yang melibatkan pelbagai pihak ini hanya isteri Yang urus sebab kebanyakan group sekolah pun hanya Ada kaum ibu je.

Encik mungkin membantu kerja rumah tapi bukan lah maksimum. Encik Rasa isteri Encik taktau Encik Ada skandal, janganlah yakin sangat.

Ramai je isteri buat buat tak tahu sehingga dia bersedia untuk angkat kaki. Sebelum angkat kaki, dia akan silent treatment dulu, sebab Hati dia dah hancur.

Sebab ITU Encik perlu sedar Akan kesilapan Dan tunjukkan effort encik 500% pada isteri Encik. Semoga dipermudahkan urusan Encik sekeluarga…. Wallahu Aklam…

Mohd Shainol Azmar Kassim –
Terus terang saja. Bawa berbincang. Tanya betul betul ada tak lagi cinta di hati isteri?

Jika ada lafazkan, tunjukkan, hargai pasangan.

Cinta bertepuk sebelah tangan ni selalunya tak kemana. Lama lama akhirnya akan membawa sakit hati dan derita..

Kesian dekat anak anak jika mereka membesar dalam keadaan kedua dua ibu bapanya tak bahagia..

Jika si isteri sudah tiada cinta, seeloknya ikhlaskan diri beritahu depan depan suami daripada bersembunyi di dalam kesibukan kerja dan pengurusan kerja rumah dan anak anak.

Mungkin ada lelaki yang lebih hensem, kaya, sesuai dengan taste dan lebih berjaya memiliki hati sang isteri.

Sumber – Malik (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.