Tengok suami tido nyenyak sgt, aku sentap. Bantal aku capai, aku pkul suami sekuat hati. Lalu aku keluar

Foto sekadar hiasan

Nasib Dapat Suami Pemalas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku tengok suami aku tidur. Dia tidur nyenyak sangat.

Aku terus capai bantal dan pukul dia dengan bantal sekuat hati aku. Lepas tu aku keluar.

Aku baru kahwin 5 tahun. Anak baru 2. Suami aku baik sebenarnya. Tapi dia tak pernah tolong aku dekat rumah.

Jaga anak pun tak pandai. Alasan dia, anak tak nak kat dia.

Ayah mentua aku pun jenis tak tau buat kerja rumah. Masak air pun tak pernah. Mak mentua aku memang tiptop jaga makan pakai ayah mentua aku. Jadi aku tak hairan la suami aku pun ikut.

Masa ada anak baru sorang aritu, aku alami pendrahan teruk. Aku pengsan lepas sejam anak aku dilahirkan dan aku tak sedarkan diri 3 hari.

Bagi aku, aku tak nak anak lagi. Tapi suami aku nak juga, aku cakap aku tak mahu.

Selain trauma bersalin, aku rasa penat sangat jaga anak aku walaupun baru seorang.

Tapi suami aku kata mak dia boleh je jaga anak ramai sorang sorang. Bila adik beradik dia atau ada saudara mara yang pregnant, mesti dia murung sebab nak anak lagi.

Akhirnya aku pun mengalah, tapi lebih kepada nak anak aku ada adik. At least bila aku mti nanti takde la anak aku sorang sorang je.

Lepas dah ada dua anak pun sama je, suami aku tak pernah bantu jaga anak. Kalau ada pun sekejap je untuk tunggu aku mandi atau makan.

Dia sebenarnya nak anak ramai lagi, tapi aku dah sound dia tak pernah tolong aku, jangan mimpi la aku nak beranak untuk dia lagi.

Masalahnya aku rasa serba salah pulak. Tapi aku bengang juga, sebab aku pun kerja jugak.

Balik rumah dia boleh tidur sesuka hati dia. Aku pulak kena mengemas, layan anak. Kalau mengantuk giila pun aku tak boleh tidur, sebab anak aku tak tidur lagi.

Macam baru tadi ni lah. Aku penat sangat, tapi rumah bersepah anak aku baru tumpahkan sup. Baju bertimbun nak kena cuci. Suami aku syok je tidur.

Aku pernah jugak merajuk dan mengadu dekat dia pasal dia tak pernah tolong aku dekat rumah.

Tapi 1-2 hari jela dia tolong. Bila mood aku dah elok balik dia pun sambung jadi malas.

Selalu nak compare dengan mak dia. Mak dia dulu suri rumah kot. Boleh la nak handle anak ramai sesorang 100%.

Tapi mak mentua aku ada jugak complaint dekat aku pasal ayah mentua aku tak pernah tolong dulu. Tapi dia redha je lah.

Masalahnya aku tak boleh nak redha. Aku jadi meluat dapat suami pemalas. Kadang kadang rasa macam ada 3 anak, sebab aku nak kena jaga dia sekali.

Dia pandai balik rumah, minta air, mintak hidangkan makanan. Kadang aku nak jerit “kau ni takde kaki ke, takde tangan ke? Buat la sendiri!” Tapi fikirkan tugas isteri kena layan suami so aku buat je la.

Hari ni aku marah sangat sebab kitorang baru balik kampung. Baju stock 3 hari ada dalam bag belum cuci. Dia balik terus nak tidur. Anak anak aku masih segar lagi.

Aku pun penat jugak duduk dalam kereta, even tak drive. Pangku anak aku yang suka gerak sini sana.

Kadang kadang anak aku tidur dalam kereta, tangan aku sampai kebas. Serious aku lagi rela drive dari pangku anak aku berjam jam dalam kereta.

Tapi aku tak boleh tidur! Sebab aku tak drive! Sebab anak anak aku tak nak tidur lagi! Sebab baju menimbun lagi aku nak kena basuh!

Aku stress sangat sampai rasa hormat aku dekat suami aku macam makin hilang sikit demi sedikit. Aku jadi panas je bila tengok dia duk relax main hp dan tidur bila aku penat.

Rasa macam baik aku duduk sendiri dengan anak anak aku je. Rasa macam takde dia pun aku boleh hidup. Sampaikan aku rasa macam tak perlukan suami!

Tapi takkan aku nak biar anak anak aku hidup asing dengan ayah dorang hanya disebabkan ayah dorang pemalas je.

Suami aku baik, cuma dia pemalas tahap gaban je. Selagi boleh sabar, aku sabar je la.

Reaksi Warganet

Syamilah Rosli –
Selain daripada bergaduh hari hari, saya cadangkan suruh husband bayar orang datang rumah untuk settle keje rumah.

Beli segala keperluan kelengkapn yang memudahkan awak buat keje rumah.

Leps tu, boleh je bagitahu hakikat sebenar MIL jaga anak ramai mcaca mana. Bagitau dia macam mana strugglenya mak nak jaga anak. Paling paling kasi dia diam stop compare.

Najeehan Yusof –
Duduk berbincang baik baik. Listkan apa yang puan dalam rumah, dan suruh dia listkan jugak apa yang dia buat dirumah. Bandingkan..

Pastu puan agihkan lah tugas. Mula yang mudah dulu. Buang sampah, masukkan baju kotor dalam mesin basuh..

InsyaAllah.. Kalau dia seorang yang baik, akan ada sedikit perubahan..

S Intan S Ikmal –
Ehhhh paksa je. Tulis surat cinta selit antara baju. Tampal dekat almari. Bagi nota wasap. Bagi nota telegram. Kot email pon boleh jugak kalau dia jenis email checker.

Kena paksa buat. Mental perempuan ni boleh capai yang bukan bukan. Paham kan maksud saya?

Buat jadual. Letak detailing sikit dalam jadual tu. Anak anak akan contohi perkara depan mata. Be it bad or good.

Saya hadiahkan alfatihah untuk awak dari jauh ya. InshAllah InshAllah.

Nabil Takiyuddin –
Aku takleh blah komen2 dalam ni boleh normalisasikan perangai “asal ada boleh lepas”. Halai balai macam tu. Mak aih tepuk dahi aku

Asal suami baik je isteri kene redha. Suami baik apa macam tu pemalas.

Oh kamon. Sekarang ni semua keje penat. Sama sama penat ler. Bukan bagi isteri je yang buat semua benda.

Buanglah mentaliti pijak pasangan ni. Sesama pasangan kene respect (either isteri terhadap suami, suami terhadap isteri)

Yanie Hashim –
Senang je sis, you panggil household helper datang seminggu 2x untuk kemas rumah. Lepas tu suruh suami you yang bayar.

Jangan masak, balik kerja terus tapau makan and again, suruh dia juga yang bayar.

Kalau tak nak ambil household helper, you cuci baju sendiri dan anak anak je. Masak pun untuk diri dan anak anak je.

Suami baik adalah suami yang sama sama menolong dalam sebuah rumahtangga.

Sama sama kerja untuk financial support tapi bab kemas rumah dan jaga anak anak campak atas bahu isteri.

Kena ada usaha yang bersungguh sungguh sebelum nak redha tu.

Mungkin issue nampak kecik tapi lama lama dia jadi barah dalam rumahtangga. Mula hilang rasa sayang, hilang rasa hormat.

Lea Adelea –
Dia sebab mak dia pon rajakan ayah dia, semua ni jadi sebab tak putuskan rantaian.

Orang dulu dulu kebanyakkan memang layan suami macam raja. Suami tinggal cuci tangan je bila nak makan.

Tugas kerja rumah semua atas bahu isteri. Suami hanya keluar cari nafkah.

Tapi zaman sekarang dah tak valid lagi merajakan anak lelaki. Jadi jika puan taknak suami malas, puan kena ajak dia buat sama sama, paksa juga.

Tapi cakap dengan cara berhemah. Minta tolong je. Jangan diam dan merungut je.

Suami ni kadang dia ingat kita diam kita okay je. So kene panggil sekali ajak dia tolong apa yang patut.

Nanti anak anak dah besar sikit layan mereka jadi hamba. Usia 7 tahun dah boleh start layan macam hamba. Ni parenting cara Rasulullah SAW sarankan.

Sumber – Isteri Penat (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *