Lps bersalin, mama minta cerrai. Ayah menggila. Buka gas bsar2, asah pisau. Ak jenguk dri depan. Mama jerit

Foto sekadar hiasan

Broken Family

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Aku takkan jadi macam mak ayah aku”, kata kata ni akan aku pegang dan semat dalam hati.

Aku akan pastikan bakal anak aku nanti hidup bahagia tak macam aku yang penuh persoalan dan tanda tanya kenapa semua benda ni mesti terjadi pada aku.

Mama dan ayah bercerrai masa aku umur 6 tahun. Waktu kecil aku tak tahu lagi apa punca pencerraian mereka dan aku masih tak faham kenapa harus keluarga aku yang bercerrai.

12 tahun. Aku masih buta masih mencari ayah kandung sendiri yang sejak pencerraian tu tak pernah munculkan diri dan tak pernah beri nafkah.

Aku ingat lagi waktu umur 6 tahun, dia janji nak kembali dan belikan aku beg sekolah. Tiap hari aku tunggu dekat tingkap cari mana ayah? Lama benar tak datang.

Dan akhirnya janji tu hanya sekadar cakap kosong.

Sekarang dah masuk umur 20 bakal masuk 21 tahun aku masih tak dapat jumpa ayah kandung sendiri. 7 august 2022, tahu tahu ayah dah meninggal.

Hati ni tak tahu nak rasa apa. Aku terkejut, sampai mti rupanya dia tak cari aku?

Sampai mti pun aku tak dapat tengok muka dia lagi? Apa yang aku dan adik aku dah buat sampai macam ni sekali?

Kesan pencerraian ni berpanjangan, dan aku jadi tempat tempias segala apa dari perbuatan manusia bergelar ‘ayah’

Rupanya dalam perkahwinan, ayah tak pernah beri nafkah.

Dan aku masih ingat waktu adik dalam usia beberapa hari, mungkin beberapa minggu lepas mak aku bersalin, mama minta cerrai.

Ayah aku menggila buka gas dapur sebesarnya, asah pisau.

Long story short, ayah acukan pisau pada leher mama dekat bahagian depan bilik air. Waktu tu adik dalam dakapan mama.

Aku yang baru 6 tahun tak tahu apa aku dengar mama jerit. Dari ruang tamu, aku jenguk dari depan.

Mama tak bagi dekat. Minta aku terus lari ke rumah pengasuh yang terletak 4 buah rumah jauh.

Aku menangis, aku lari keluar. Aku masih ingat langit senja maghrib waktu tu. Sampai je, aku teresak esak sambil panggil ‘mak ‘ (pengasuh)

Dan selepas tu apa yang masih aku ingat dalam memori, perkarangan luar rumah aku penuh dengan 3 kereta polis termasuklah ramai sangat orang yang aku tak kenal.

Terlalu ramai sampaikan aku dapat tengok dari jauh je itupun lepas didukung oleh embah iaitu orang tua ‘mak’. Ayah minum klorox dan nak bakar rumah.

Selepas tu yang aku tahu ayah koma selama beberapa bulan dan baru lah selepas tu diteruskan proses pencerraian.

Orang kata ayah giila. Satu kampung tahu. Makcik aku kata benda ni memalukan keluarga.

Dalam kampung kecil setinggan yang tak seberapa tu semuanya mula mengata keluarga aku.

Dengan peristiwa ni dan apa yang ayah buat pada mama, mama bencikan Qaseh. Sebab muka Qaseh sebiji muka ayah.

Sebab ayah, tiap kali Qaseh termenung, tiap kali Qaseh menangis teresak esak, tiap kali Qaseh senyum… semua nya segalanya yang Qaseh buat mama akan cakap,

“Kau boleh tak jangan buat macam tu. Sebijik bapak kau”. Benda tu sakit sangat.

Sampaikan Qaseh berisi, Qaseh makan banyak semuanya dikaitkan dengan ‘ikut keturunan ayah kau la ni semua gemok – gemok’.

Semuanya selalu dikaitkan, lebih lebih lagi waktu zaman sekolah. Mujurlah lepas habis sekolah.. Mama dah slow down..

Kenapa sebelum ayah mti, ayah tak cari Qaseh. Kenapa ayah bencikan Qaseh, kenapa mama bencikan Qaseh.

Aku bukan nak sangat jumpa ayah, tapi setidaknya aku mahukan ‘ayah minta maaf untuk segalanya’

Qaseh ingatkan dah habis sekolah mama takkan cakap apa apa lagi sampailah Qaseh kerja …

Tiap kali gaji, kalau Qaseh tak dapat nak beri mama duit sikit sebab gaji Qaseh tak banyak.

Qaseh kena bayar duit kolej dan keperluan lain. Mama mula pula kata Qaseh kedekut ikut perangai ayah…

Kenapa Qaseh kena tanggung semua ni? Walaupun lepas ayah meninggal benda ni seolah takde pengakhiran.

Mama aku dah berkahwin dan dah ada anak baru dua orang. Ayah tiri aku sangat baik tapi kami masih susah.

Gaji ayah tiri aku tak besar, sekadar cukup makan. Itu menjawab persoalan kenapa aku perlu bekerja dan bayar kolej. Sebab ayah tiri aku tak dapat nak tampung keseluruhan biaya kolej.

Sebelum aku end up di kolej ini, aku dah pernah ke dua kolej yang lainnya. Dan aku ingat saat paling sakit.

Aku tak dapat nak teruskan pengajian di kolej yang pertama oleh sebab student disana pulaukan aku.

Tak tahu apa silapnya aku yang mungkin aku tak sedar, sampaikan mereka malukan aku dalam kelas.

Tak cukup dengan tu aku masih ingat aku menangis di kedai mamak sewaktu makan bersama rakan sekelas sebab mereka kata aku gemuk, muka aku macam katak.

Aku menangis sambil tekup mulut dekat dalam toilet sebab tak nak orang dengar. Bila keluar mata merah aku duduk balik dalam meja yang sama dengan diorang.

Apa yang mereka kata, “susah la kalau nak belajar jauh tapi hati tak tough ni. Sikit sikit nangis”

Lebih kurang 6 bulan je aku bertahan, lepas tu aku decide untuk berhenti. Sebab aku d3press.

Bila bagitahu mama, mama cuma kata aku tak kuat agama. Sebab tu aku d3pression.

Dalam tempoh 6 bulan tu banyak kali aku skip kelas, aku menangis sorang sorang dalam bilik.

Dan aku cuma harap. Ada sorang saja yang bagitahu aku. Apa salah aku? Aku tak minta semua ni jadi..

Long story short, aku merayu dengan mama untuk berhenti. Aku nangis kemudian aku termenung lepas kena herdik. Tahu apa mama aku kata?,

“Aku benci kau buat macam tu. Kau nak jadi giila macam bapak kau ke?”

Kenapa orang yang aku sayang selalu sakitkan aku? Orang sekeliling benci aku? Apa salah aku sebenarnya?

Jujur waktu aku tulis ni entah berapa gelen air mata yang keluar. Banyak kali aku tefikir nak bnuh diri.

Tapi aku takut. Aku takut kalau pun aku bnuh diri mama aku akan cakap aku giila ikut bapak aku.

Aku hanya 20 tahun. Aku tak tahu berapa lama aku sanggup lagi hadap semua ni. Aku tahu mak aku sayangkan aku tapi kenapa tiap apa yang di ucap selalu sangat robek segelanya galanya.

Dan sebabkan ini lah kalau pun aku punya anak suatu hari nanti. Aku takkan buat anak aku macam mana mama dan ayah aku buat.

Dan kalau pun pencerraian berakhir dalam perkahwinan aku, aku janji anak anak aku akan terjaga dan aku akan sayang sebaiknya.

Jauh lebih baik dari kehidupan aku yang penuh dengan persoalan. Nasib baik lah Allah hadirkan ayah tiri yang sanggup jaga aku dan adik dengan baik.

Adanya ayah tiri, dia kadangkala menangkan aku juga. Setidaknya ada yang mempertahankan aku walau sekali.

Maaf tak boleh kawal emosi terlalu lama aku simpan. Tak lah semua nya yang buruk, mama aku masih ada baiknya dan aku sayangkan dia sangat sangat.

Tapi proses pembesaran aku penuh dengan kesakitan yang aku tak tahu bila akan berakhir.

Qaseh minta maaf. Qaseh senang sangat terasa. Qaseh tak tahu apa lagi Qaseh boleh buat untuk bahagiakan mama jadi seperti apa yang mama nak.

Dulu aku sanggup tak makan nasi semata mata nak kurus taknak dikaitkan dengan ayah kandung aku.

Ye aku kurus dan selama itu aku dapat lari dari dikaitkan. Tapi sekarang aku dah mula gemok balik, aku di asrama kolej.

Aku takut kalau dikaitkan lagi. Dan orang orang akan cakap aku katak. Hanya sebab aku hodoh dan gemok.

Aku sekarang hanya hidup sekadar hidup. Aku tiada cita cita lain nak capai melainkan cita cita mama aku.

Aku seolah hidup dengan keputusan dia. Program aku ambil sekarang juga apa yang dipilih mama aku.

Impian aku dulu nak jadi seorang cikgu, tapi ditentang mama. Katanya nak buat apa?

Doakan impian aku untuk jadi pendidik tercapai. Tak kesah la walaupun dalam mimpi. Aku akan terus hidup dalam mimpi tu.

Aku harap kau yang sedang baca takkan rasa walau sekelumit pun apa yang aku rasakan. Hidup lah dengan bahagia.

Hargai apa yang kau ada, sebab aku takde apa kau ada sejak usia 6 tahun. Jaga lah diri dengan baik jangan jadi macam aku.

Qaseh sayangkan mama.

Reaksi Warganet

Sarah Abdul –
Qaseh, mengharap pada kasih sayang manusia memang kadang kadang akan mengecewakan.

Bergantung lah pada kaseh sayang Allah. Bangun dah yakin lah dengan diri sendiri.

Confident level itu penting untuk terus berjuang. Tak cantik boleh belajar makeup, gemuk boleh diet.

U kena usaha untuk belajar betul betul, kerja kumpul duit dan sayang diri sendiri ya Qaseh.

Jangan terlalu harap pada kasih manusia.

Cik Taa –
Sedih baca. Mak awak sayangkan anak anaknya.

Cuma dia lagi tertekan. Anak anak tak tau betapa teruknya tekanan yang dia hadapi bersama Ayah awak dulu.

Mungkin sampai akhir hayatnya dia akan tanggung. Walaupun dia dah berkahwin lain, peristiwa hitam akan sentiasa menghantui dia.

Percaya lah dik, mak awak tak maksudkan apa yang dia cakap.

Harap adik dapatkan kaunseling, bantuan disaluran yang betul. Luahkan, jangan pendam. Harap adik sentiasa bahagia selepas ni

Lynn Abdul Latiff –
Kesiannya awak dik. Masih kecil sebenarnya, masih perlukan bimbingan ibu. Tapi awak matang awal dari usia.

Belajar rajin rajin sampai grad. Lepas grad semoga dipermudahkan urusan cari kerja yang sesuai.

Jangan tgglkan solat dan cari circle yang positif.

Takde kejayaan akan datang bergolek, kena usaha betul betul.

Jadi jangan toleh belakang, terus pandang ke hadapan ok. Hugs

Masmiah Enggong –
Meh sini, boleh tumpang bahu untuk menangis. Mak awak yang tak kuat agama, mak awak yang fikiran tak sihat.

Kalau dia kuat agama, dia sihat, dia tak akan buat awak sakit sama apa yang dia lalui.

Seberat apapun tekanan, dia tidak akan buat awak sakit sendiri, kalau dia waras.

Tidak dinafikan memang ada jenis ‘mak toksik’ pada anak anak. Ikut dengan mak pun susah, bawa diri pun susah.

Yang alami situasi macam ni, fahamlah. Sampai ada ja yang ambil keputusan untuk belajar jauh jauh.

Ada juga yang bawa diri dengan cara berkahwin, supaya tidak lagi terikat dengan mak ayah. Bina keluarga lebih baik.

Moga Qaseh jumpa circle yang baik

Hayati Hamdan –
Qaseh, this will pass too. Been there. Usia remaja hingga 20an memang sangat sangat memeritkan.

Tapi percayalah ia akan berlalu juga, walaupun perit. Qaseh kena percaya, Allah dah sedia kan sesuatu yang indah untuk Qaseh di hadapan sana.

Once kita ada anak anak, kesakitan itu akan melebur dengan kasih sayang mereka. Bila kita tengok anak anak dan kita tahu.. Kita tak mahu mereka derita macam kita.

Qaseh kena kuat. Kuat untuk badai sementara ini. Saya dah laluinya, ditambah pelbagai lagi derita juga sepanjang jalan dan alhamdulillah, telah bertemu pelangi indah dengan rahmat Allah.

Saya doakan Qaseh menemui pelangi Qaseh juga kerana tiada ribut akan kekal selamanya. Aamiin.

Sumber – Qaseh (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.