Hamil usia17, aku sorok. Lps beranak, rahsia pecah. Disuruh nikah utk ttup aib. Si bilal desak serah anak pd org lain

Foto sekadar hiasan

Hamil Muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Namaku SS (nama samaran) berumur 19 tahun dan tidak lagi menyambung pelajaran.

Kali ini aku ingin bercerita mengenai seorang lelaki yang pernah aku kenali pada November tahun 2019 dulu, di socmed.

Aku perkenalkan dirinya dengan nama Amir. Meninggalkan kesan yang agak mendalam dan kekal dalam hidupku sehingga kini.

Awalnya, lelaki ini memang baik di mata aku. Dari penampilan, perwatakan.

Tetapi semua ini hanya bertahan sehingga February 2020 dimana diriku disahkan hamil 4 minggu.

Silap aku, yang mudah hanyut dengan lelaki. Yang indah semuanya bertukar menjadi pahit sepahitnya.

Kandunganku yang semakin membesar dari hari ke hari tak dapat aku sembunyikan lagi apabila ibu mula mengesyaki aku. Semuanya terbongkar sewaktu kehamilan mula mencapai 7 bulan.

Amir berjanji akan bertanggungjawab untuk semuanya pada ibu, tetapi hal ini tetap disembunyikan dari ayah.

Ayah seorang pesara tentera. Faham fahamlah kalian sifat askar bagaimana kan. Kalau dia tahu, mahu dipenggalnya kepala aku dan Amir.

1 Disember 2020, aku selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta. Menangis sendiri aku, mengenangkan nasib anak ini.

Ayah nya tiada untuk mengazankannya. Nasib ada seorang lelaki berbangsa India muslim sudi menggantikan tempat ayahnya.

Setelah 2 minggu usai kelahiran anakku, semua ahli keluarga beransur tahu akan hal ini termasuk ayah kandungku dan juga keluarga Amir.

Macam biasa untuk menutup malu, masing masing akan diarah untuk melangsungkan akad nikah secepat mungkin.

Akan tetapi ini bahagian yang paling menyedihkan.

Bapa Amir, aku gelarkan Pakcik Y. Berapa jam sebelum aku bertunang, Pakcik Y hubungi aku untuk menyuruh keluarga menyerahkan anakku kepada orang lain secepat mungkin.

“Saya ni bilal, mana saya nak letak muka saya nanti. Jangan bangga dengan aib yang kamu bawa kehulu kehilir”.

Mengucap panjang ayah dan ibu. Ingat lagi aku ayat yang ayah cakap kepada aku dan Amir,

“Kalau kamu dua tak sayang dan tak mahu anak ni, biarlah ayah jaga cucu ayah sendiri”.

Aku? Bdohlah seorang ibu kalau tak sayang anak yang dia kandungkan selama 9 bulan.

Amir? Pura pura sedih. Dia sayang anaknya tetapi dia lebih sayang orang tua dia.

Majlis bertunang tetap berlangsung walaupun aku enggan menyerahkan anakku pada orang lain.

Maka berjalanlah masa untuk diijabkabul.

Sepanjang pertunangan aku sering merasa tertekan akibat desakan keluarganya dan Amir sendiri untuk serahkan anak kami pada orang lain. Kononnya ingin buka kisah baru.

“Kalau kamu tak mahu lepaskan anak ni, papa dan mama tak restu hubungan kamu dua”. Kata kata yang dilempar Pakcik Y pada aku.

Hati aku berbelah bahagi. Tapi ini anak aku. Anak yang aku lahirkan, yang berkongsi zat badannya dengan aku sepanjang 9 bulan. Mati dia, matilah aku.

Aku dan Amir harus melakukan ujian H1V tetapi zaman PKP, semuanya harus buat temujanji.

Aku pun berbincang tarikh dengan Amir. Tapi yang aku perasan, Amir kerap mengelak bila berbincang hal ini.

Rupa rupanya, dia tahu keputusan H1V nya nanti. Positif. Terduduk sekejap aku, Allah sudah jatuh ditimpa tangga.

Tapi aku terima dia seadanya, aku tak kisah. Andai ni Allah tetapkan aku ikhlas.

Keputusan aku? Alhamdulillah, non- reactive

Seminggu sebelum majlis nikah, Amir sendiri yang putuskan pertunangan kerana dia sayang orang tuanya.

Aku boleh buat apa? Aku terima dia seadanya tapi mak ayah dia masih hidup.

Mahu tak mahu dia tak boleh jadi anak derhaka. Dia kena turut permintaan orang tua dia.

Aku iyakan keputusannya, maka putuslah hubungan kami. Segala duit duit deposit, aku halalkan

Hari ini, anak aku, aku yang jaga makan minumnya sendiri tanpa bantuan seorang lelaki bernama suami.

Amir? Sedikit pun tak pernah tanya khabar anaknya. Anak dia masuk wad pun dia bagi alasan kerja.

Pesanan aku, untuk adik adik dan wanita diluar sana. Jadi wanita yang bermaruah.

Jaga diri, harga diri kita mahal! Jangan jadi macam aku, merana akhirnya akibat seorang lelaki. Tapi tak apa, aku percaya ketentuan Allah.

Mohon doakan aku dengan anak aku bahagia ya. Aku belum fikir pasal kahwin lagi. Kalau takda pun takpa, hilang kepercayaan aku pada lelaki.

Untuk ibu dan ayah, terima kasih sudi terima anak dan cucumu ini. SS sayang ibu ayah.

Reaksi Warganet

Siti Rosmiza –
Adik adik semua, hati hati lah. Sila ambil pengajaran.

Mengandung luar nikah ni tak memberi kebaikan apa apa kepada perempuan. Anak dilahirkan. Nafkah, si bapak tak perlu bagi. Harta pun tak dapat.

Yang merana? perempuan dan anak yang tak bersalah itu. Lahir lahir nanti, bila membesar aka effect emosi dia.

Jadi berhati hati lah bila bergaul. Suka sama suka ya. Kalau dirgol lain cerita.

Zura Ishak –
First of all, cuba padamkan tanggapan Amir itu ayah anak you. Itu cuma perception kita sahaja sebab Amir dan anak you tiada langsung kaitan nasab atau hak dalam Islam.

Hentikan dari mengharapkan atau mengaitkan Amir tentang apa saja. Pandang kehadapan dan mulakan langkah perjuangan hidup you dan anak.

Hak anak atas you dan hak you atas anak. Hanya kalian berdua.

Moga dipermudahkan hidup dan berjaya dunia akhirat untuk ibu dan anak.. Aamiin.

Ida Madiha –
Berkerat rotan je la dengan Amir dan keluarga dia tu. Penyumbang benih je pon. Tak lebih dari itu.

Didik dan bentuk anak menjadi hamba Allah yang soleh solehah ye dik.

Bangkit dan kejar cita cita bersama anak tu. Sementara masih lagi tiada komitmen terhadap suami, u can do anything u want to do. U can do it bebeh!!

Sitti Khadijah –
Eloklah dik tak jadi nikah. Tak bahagia kalau awak berdua nikah sebab mak ayah dia pun macam tak berkenan sangat dengan awak.

Dia pun positif H1V. Nanti awak yang akan makan hati bila bersuamikan dia.

Yang penting sekarang awak bertaubat dan jadilah ibu yang baik untuk anak. Insya Allah akan ada jodoh lebih baik di masa hadapan.

Dan hati hati lah supaya tidak lagi terpedaya dengan helah lelaki ynag bertuhankan nfsu

Tok Nyang Tipah –
Ok, dah tersilap langkah sekali jangan silap lagi.

Teruskan cekal besarkan anak. Dapat mak pak yang support walaupun hati mereka hancur berkecai, kena hargai perasaan dan pengorbanan mereka.

Move on. Amir kau tu tak hingin pun budak tu. Jangan raih simpati atau beritahu langsung perkembangan anak tu.

Tak percaya tunggu lah 20 tahun nanti. Bila anak dah besar dah kerja muncul pulak. Tiba tiba ada yang mengaku bapak.

Jadi.. jangan hanya ingat bahagia. Tapi bahagiakan ibu bapamu yang banyak berkorban perasaan dan jiwa raga.

Pak bilal tu biarkanlah, sebab anak pak bilal tu akan mencipta lagi bersepah sepah anak.

Lagipun si Amir ni ada H1V. Mesti dah biasa membuntingkn anak orang.

Ingat tu. Kalau ada kemampuan sambung belajar dan balas jasa ibu ayah mu yang sentiasa ada disisi dititik paling low manusia.

Dan ingat!! jadilah wanita yang bijak! Bukan wanita yang kena pijak!!

Aisara Alias –
Dear. Dalam masa 4bulan, cepat betul. Nasib baik mak ayah support system yang terbaik.

Sebak aku bila ayah cakap nak jaga cucu dia, biapon mulanya TT bagitahu ayahnya garang.

Tahniah TT sebab tak buang anak. Hargai mak ayah tau. Jangan kecewakan doran lagi.

Dear roses out there, banyak dahni confession pasal hamil luar nikah. Tolongla berhati hati ya dan ambil iktibar.

Sumber – SS (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *