Aku dan suami, doktor. Pg tu, ada nurse msj. Aku kejut suami, dia bgn dan ngamuk. Aku cari. Aku nekad bw anak2 balik

Foto sekadar hiasan

Tiada Maaf Bagimu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi. Pertama sekali, maaf kalau jalan cerita aku macam berterabur, aku tidak pandai mengarang.

Perkenalkan diri, aku berusia hampir 30 tahun, bekerja sebagai seorang doktor perubatan. Sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Aku cuma rasa ingin meluahkan perasaan yang sudah bertahun aku pendam tanpa menceritakan kepada sesiapapun. Ini kisah hidupku.

Aku sudah berkahwin hampir 6 tahun dan mengenali suami selama 11 tahun.

Di awal percintaan dan perkahwinan, semua baik baik sahaja, kerana cinta itu terlalu bahagia.

Kadang kadang bergaduh kerana masih belum matang dan berkahwin dalam usia yang muda, tapi kemudian berbaik semula.

Suami bekerja dalam bidang yang sama. Juga seorang doktor, memiliki rupa paras yang baik, disenangi orang ramai, sangat mesra.

Apa sahaja yang ku minta, pasti akan dituruti.

Tidak berkira dari segi kewangan, tidak pernah culas dalam memberi nafkah. Tapi kurangnya hanyalah satu… kaki perempuan.

Aku diuji dengan kehadiran orang ketiga sejak bercinta lagi. ‘Red flag’ sudah ada, kerap kali terjumpa message dengan perempuan lain, sekadar ingin berkenalan dan cuba bermesra.

Pernah sekali aku meletup dan terus menampar dia, dan si dia merayu rayu untuk aku maafkan. Penipuan demi penipuan, pujukan rayu yang membuat aku tewas dan akhirnya memaafkan.

Segalanya indah selepas kami berkahwin. Namun diuji lagi setelah aku melahirkan anak pertama.

Baru sahaja anakku berusia 2 bulan, aku terjumpa gambar senarai harga hotel. Suamiku survey hotel sedangkan aku dirumah menjaga anak. Si dia cuba melanggan ‘tukang urut’.

Bila terkantoi, terus sahaja berbohong dan memberi seribu alasan yang tak masuk akal. Hampir sahaja aku meroyan masa itu tapi masih juga tewas dengan penipuan dia.

Kemuncaknya, bila perkahwinan sudah mencecah 5 tahun, aku diuji dengan kehadiran orang ketiga. Allah maha besar, hati aku benar benar hancur, hancur sehancurnya.

Bukan setakat curang, sudah sampai ke tahap check in hotel bersama. Perempuan itu juga adalah staff di hospital yang sama, suamiku membohonginya mengatakan sudah bercerrai.

Terus sahaja aku hubungi perempuan itu. Dia menangis semahunya, kerana sudah ditipu malah menyerahkan badannya untuk suami.

Tapi menafikan sekerasnya sampai ketahap berziina, tapi hampir saja berziina.

Aku tidak mahu percaya, kerana apa beza berziina ataupun tidak, kedua duanya sangat menghancurkan hati aku.

Hampir gila aku dibuatnya. Menangis semahunya, sampai tahap aku melukakan diriku sendiri.

Aku sudah tidak mampu berfikir dengan waras, aku kira imanku masa itu senipis kulit bawang.

Aku terlalu kecewa. Apa salah aku sampai diperlakukan sebegitu rupa? Apa kurangnya aku? Aku dikenali sebagai doktor cantik dikalangan staff, tidak seperti perempuan beranak dua.

Bukan mahu membangga diri, tapi untuk membuktikan mana kurangnya aku sampai tahap suami mahu mencari yang lain?

Layanan terhadap suami tidak pernah kurang walaupun aku sangat busy dengan kerja.

Selepas peristiwa itu, suami hari-hari memujukku. Berjanji dan bersumpah untuk berubah kerana dia takut kehilanganku dan anak-anak.

Setiap hari aku dihantui bayangan kecurangan suamiku, setiap hari aku menangis. Hati aku tidak pernah tenang. Di dalam sujudku aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan, tunjukkan aku kebenaran.

Tapi doaku untuk rumahtanggaku, sudah tidak mampu aku ucapkan lagi. Sudah terputus doaku buatnya.

Kami bercerrai secara tidak langsung tapi rujuk semula dalam masa yang terdekat.

Hati aku tidak lagi buatnya tapi aku kasihankan anak anakku yang masih kecil. Aku kasihankan kedua ibubapaku dan ibunya, apa dosa mereka untuk menanggung malu jika kami bercerrai.

Hubungan kami sudah tidak seperti dahulu lagi. Terasa ada jurang diantara kami. Aku sudah tidak mempercayai suamiku. Kerana apa sahaja yang keluar dari mulutnya, kebanyakannya bohong belaka. Penipuan sudah terbiasa untuknya.

Suamiku tidak solat, sangat jarang aku melihat dia solat. Solat 5 waktu pun harus disuruh, apatah lagi solat Jumaat.

Dahulu aku sangat menjaga solatnya, kejutkan dia, ingatkan dia untuk solat. Kerana aku tahu kalau tiang agama tiada, semuanya akan hancur.

Tapi selepas peristiwa itu, aku sudah tak kisah lagi. Bukan tanggungjawabku untuk menyuruhnya, seharusnya dia yang membimbing aku bukan aku.

Anak anak juga dia abaikan. Sekadar memberi nafkah, belikan makan minum. Tapi perhatian jarang sekali.

Aku kasihankan anak anak, sudahlah masa kami kebanyakannya di hospital, bila balik kerja juga tidak dapat perhatian.

Tidak sampai setahun sejak kami bercerrai dan rujuk kembali, aku diuji lagi untuk sekian kalinya.

Tahun ini aku beraya di kampungku bersama anak anak. Dia berkali-kali memberi alasan tidak dapat cuti, dan aku faham.

Tapi balik dari kampung, mungkin Allah mahu tunjuk pada aku kebenaran yang sebenar, terkantoi screensh0t booking cinema untuk dua orang. Kali ni aku mengamuk sepenuh hati, aku maki dia sepuasnya.

Dia mengaku ada plan mahu tengok wayang dengan perempuan itu tapi tak jadi. Aku terus saja call perempuan tu untuk bertanya dan dia juga tidak mengaku.

Perempuan itu siap tunjuk bukti yang masa itu dia juga pulang beraya di kampung.

Hubungan semakin dingin. Suami banyak mengelakkan diri dari aku, phone dia juga dia sorokkan.

Tiba tiba sahaja mahu start pergi gym setelah bertahun tak pergi. Alasannya dia tengah depress.

Berkali aku berdepan dengan dia untuk bercakap tentang hala tuju hubungan ini tapi dia mengelak. Kadang kadang dia meninggikan suaranya padaku.

Dia berubah menjadi seorang yang aku tak kenal. From a husband to a complete stranger.

Dia tidak mahu tidur denganku, seakan rimas dengan kehadiranku. Sudah tidak bertanya kemana aku pergi, sudah makan minumkah aku, sakitkah aku.

Dengan kuasa Allah, pagi itu membuktikan segalanya.

Aku terjumpa message dari seseorang, dia save dengan nama SN Salina (bukan nama sebenar). Message itu terpampar ‘morning B’. Aku tidak dapat membuka message itu kerana dia sudah tukar password.

Hati aku hancur untuk sekian kalinya. Terus aku kejutkan dia dan bertanya apa semua ini.

Dia bangun dan mengamuk, seakan apa yang terjadi ini semua salah aku. Salah aku kerana check phone dia, kerana curiga, kerana pertikai apa yang dia buat.

Ya, kali ini membuktikan segalanya. Dia curang dengan seorang staff nurse department sekali dengannya. Kali ini perempuan yang lain pula.

Murahnya dirimu wahai perempuan. Sangat mustahil orang tidak tahu dia sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Kerana kawan kawan sekerja kami semuanya tahu siapa dia dan siapa aku.

Aku tahu kali ini aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.

Aku cari perempuan itu sampai dapat dan maki dia kerana meruntuhkan rumahtanggaku. Kau sudah tahu itu suami orang tapi mana harga dirimu wahai perempuan?

Hampir saja aku hilang pertimbangan dan mahu adukan sahaja perlakuan mereka kepada pihak atasan tapi aku masih bertahan kerana pikirkan keluarga, dan masa depan anak anakku.

Kini sudah tiga bulan aku tidak bercakap dengannya. Ada sesekali tapi hanya untuk bertanya khabar anak anak. Aku sudah block nombor dia, aku tidak mahu tahu apa apa tentangnya.

Aku tahu tentang masalah disiplin dia di tempat kerja, selalu MC dan EL. Tapi biarlah dia dengan hidup yang dia pilih. Dia pilih untuk berfoya foya dengan perempuan dan tinggalkan keluarga.

Sudah tiada maaf baginya untuk kali ini. I didn’t lose anything but he did. Dia hilang aku, hilang anak anak.

Hubungan dia dengan ibunya juga renggang sejak aku balik membawa anak anak.

Pergilah. Hati aku sudah tertutup untukmu. Aku mohon Allah tunjukkan kau jalan, semoga mata kau terbuka luas untuk melihat segala kesalahanmu selama ini.

Aku doakan jika kau ada anak perempuan nanti, segala khilaf kau tidak terpalit padanya.

Doakan aku kuat. Doakan aku dan anak anakku bahagia, dipermudahkan segala urusan di dunia ini.

Aku tidak tahu sampai bila aku harus menanggung rasa sakit dikhianati oleh orang yang paling aku sayang, tapi aku percaya Allah ada dengan aku.

Dan perancangan Allah lagi besar mengatasi segalanya. Aku redha.

-Hati yang tersakiti-

Reaksi Warganet

Nilla Husin –
Tak sanggup nak baca dik. Dah berkali kali suami curang tapi adik masih lagi pertahankan perkahwinan ini atas alasan kesiankan anak anak.

Tak bermakna bercerrai tu adik tak akan bahagia, pilihan di tangan adik

Zarina Dekna –
Sedih baca cerita sis ni.

You Dr, bekerjaya, cantik. Tapi tu la, kalau anjing dah biasa makan taik, Nak buat macamna.

Tak payah nak cari dan kejar kejar betina murah tu, bukan lavel sis.

Berdamai lah dengan takdir. Redha atas yang berlaku dan berusaha untuk hidup baru. Anak anak akan membesar dengan tenang jika ibunya bahagia.

Tak payah fikir kalau cerrai memalukan keluarga, sis yang hadap dia bukan orang lain.

Dilla Azman –
Benda camni, better move on je. Anak anak makin besar. Lama lama mesti anak anak akan tahu dan dapat rasa betapa tak bahagianya keluarga mereka.

Lagi 1, puan sendiri doc. Puan sendiri tahu risiko pasangan yang kerap melakukan hubungan tu ditambah pula kerap bertukar pasangan.

Takkan nak tunggu sampai puan pulak dapat penyakit baru nak berfikir. Sayanglah diri sendiri dulu.

Suami puan tu lebih sayangkan diri dia. Sebab tu dia buat benda benda tu. Sebab benda benda tu lah kegembiraan dan keinginan dia. Dia hanya pikir pasal diri dia je.

So love yourself first. Happymom… happy child.

Aini Mohamad –
Puan Dr..

Ujian rumah tangga ni, benar benar melelahkan bila melibatkan orang ke 3.

Puan nak sangat angkat kaki. Tapi puan begitu memikirkan tentang anak anak tanpa bapa dan air muka ibubapa dan mertua. Hingga membentuk ketakutan.

Puan. Puan cuma perlukan sedikit lagi keberanian. Sedikit lagi kekuatan. Sedikit lagi kecekalan.

Kumpul. Dan bertindaklah.

Kebahagian hakiki ada di luar rumah tangga sekarang. Allah ada puan. Allah akan bantu isteri dan anak anak yang teraniaya.

Masa depan anak anak puan bergantung pada puan. Saya doakan dari kejauhan..

Semoga puan dan anak anak akan lebih berbahagia.

Suatu hari nanti..anak anak puan akan berterima kasih dengan puan.

Mereka berdua akan sangat bangga punya ibu yang kuat seperti puan.

Sumber – Soulless (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.