Lps amik anak, terkejut bontot anak hangus melelas. Merah terbakar. Suami aku desak, br mertua ngaku

Foto sekadar hiasan

Mertuaku Kaki Drama

Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.

Nama aku Annur. Aku dah berkahwin hampir 11 tahun. Tergerak nak kongsi juga kisah mak mertua aku yang kaki drama dan kaki putar cerita.

Aku tak tahu la ini dikira bukak aib ke ape ke tapi aku rasa nak cerita juga untuk jadikan pedoman.

Mak mertua aku masih punya suami yang masih elok sihat rupa paras. Beliau pun alhamdulillah sihat gagah.

Sepanjang perkahwinan aku awal awal semua nya indah. Saban hari dan tahun, perangai tembelang mak mertua aku ni makin kelihatan.

Usai aku melahirkan anak pertama, dia berdongdang sayang hendak jaga anak aku. Hingga bergaduh aku suami isteri. Okay aku mengalah.

Aku tahu anak aku hanyalah alat untuk dia tunjuk dia nenek misali. Kerana pada masa tu dia sudah pun mengasuh 2 orang cucu lain. Yang masih kecil, usia tak lebih 3 tahun.

Boleh bayangkan nenek berusia 60-an mengasuh 3 budak budak bawah 3 tahun. Okay tak apa aku mengalah. Sebab hari hari telefon suami aku marah kami mencari pengasuh.

Suami aku post di fb bertanya jika ada pengasuh berdekatan yang free dan available, mak mertua aku masuk comment marah marah. Kami delete post tersebut. Dia convince suami aku sampai berjaya dan yes aku mengalah.

Korang tahu seterusnya? Anak aku setiap hari balik petang akan ada kesan di badan. Bukan dera.

Tapi, bintik nyamok bintat lengan dua belah, kepala anak aku luka berdrah kesan 3 gigi kiri kanan, bontot anak aku melelas merah tak salin pampers. Sehari sekeping pampers.

Kau bayangkan dari 8am-7pm anak aku hanya sekeping pampers disalinkan. Klimaks aku dah tak tahan bila bontot anak aku hangus melelas macam apa merah terbakar dan dia tak mengaku apa apa.

At the end suami aku desak baru dia ngaku tak salin pampers, tak perasan budak berak.

And that the end last moment aku hantar anak aku pada dia. Oh ha aku bayar okay bulanan 350 okay. Aku bersabar.

Tak cukup tu, kami nak pergi check up bulanan anak pun kena label SOMBONG sebab tak minta tolong dia bawak kan.

Sebab kami kerja jadi dia nak paksa kami letgo anak dia je bawak.

Big no this time. Dia telepon lagi maki hamun cakap kami sombong. Menitis air mata aku.

Dalam hati aku, kalau la mak bapak aku tahu macam ni aku diperlakukan. Okay habis cerita jaga anak aku.

Cerita kaki drama pula, ratu drama. Mak mertua aku ni ada 4 orang anak lelaki, 2 perempuan. 3 berkahwin, 1 bujang (lelaki), 1 kahwin (mak kepada 4 anak/cucu dia jaga), 1 bujang (perempuan).

Dia sejenis yang akan telepon anak anak lelaki dia setiap hari. Pusing semua. Tak kira lah anak anak dia tengah kerja ke tengah duduk dengan keluarga ke tengah spent time dengan anak isteri ke.

Termasuk lah suami aku. Dia akan cerita masalah dia hari hari masalah baru.

Sampai suami aku murung balik kerja sebab mikirkan masalah mak mertua aku ni. Aku tak tahu la apa yang bermasalah sangat hidup dia.

Ada suami sihat. Dia pun sihat. Duit ada je anak anak supply bulanan. Dia tak aman tau.

Kau tahu apa dia buat? Dengan setiap panggilan tu, dia akan merintih sedih. Bercerita. Seolah dunia ni kejam yang amat untuk dia. Kena jaga cucu cucu (yang tadi 2 beradik sekarang dah jadi 4 beradik). Stress jaga cucu tertekan. Spent duit untuk cucu.

Mak bapak budak budak ni tak berguna lah, mak bapak budak budak ni tak berduit lah. Serba serbi.

Dengan harapan apa? Dengan harapan 4 anak anak lelaki dia ni simpati dan bank in duit pada dia.

Atas alasan dia stress dan anak anak perempuan semua gunakan dia, habiskan duit dia, belanja makan pakai, beli bawang beras rumah, bayar bil api air, beli susu pampers cucu cucu.

Sejuta alasan. Sah sah la dia akan buruk kan anak perempuan dia ni (mak kepada cucu 4 beradik). Mereka ya tinggal rumah sebelah sebelah.

At the end kau tahu apa? Dia buruk kan anak lain pada anak lain. Lepastu dia sama adik beradik bergaduh. Sebab mulut mak menyampai cerita.

Lagi, mak mertua aku kaki sendeng. Mata duitan. Anak anak lelaki dia yang kaya dia akan buntut ngekor sampai sudah.

Dia akan mengemis cerita stress sedih extra. Minta duit extra. Duit bulanan dah dapat, duit harian pun nak kokot.

Based on cerita sedih hari hari call. Nanti dia dapat duit, dia akan belanja cucu dia bela dan semua yang ada dekat rumah tu.

Aku kadang kesian tengok mak mertua aku ni.

Kejar duit seolah lupa mati esok lusa. Dia akan berbangga dengan duit dia dapat. Ada je idea dia nak ambil duit anak anak. Bermacam cerita sedih.

Dia mampu buat anak anak lelaki dia macam boneka dan bergaduh membenci satu sama lain. Dia mengatur hidup anak anak lelaki dia. Ko bayangkan, setiap kali kami berjalan dia akan call/ sms suami aku tanya dekat mana.

Setiap kali kami berbelanja dapur dia akan cakap juga dia berbelanja habis ribu walhal dia belanja untuk orang lain guna duit orang lain.

Bukan duit dia. Tapi dia tak nak kalah kan.

Tiap kali suami aku bawa mak bapak aku bejalan, dia akan telepon buat ayat sedih, entah siapa nak bawa mak berjalan ye tak ada siapa. Aku berhuhuhu sebelah dalam kereta.

Itu belum lagi kami berjalan sana sini bawa anak anak, dia akan minta juga suami aku bawak kan cucu dia bela ni berjalan buat benda sama.

Nanti dia racun budak budak (cucu dia jaga) tu bodek cakap suruh bawa jalan.

Satu perangai dia aku paling benci, suka memburuk kan anak anak sendiri pada anak anak lain. Terlalu ketara.

Kalau dah tak suka bela cucu cucu tu, cakap la. Bukan kau berdosa pun. Daripada kau memburuk kan dan buat adik beradik lain saling membenci. Engkau seorang mak.

Kau ajar anak anak saling membenci.

Mak mertua aku suka cakap besar. Cakap depan sedara mara nak tinggi. Anak anak dia semua berjaya. Tak nak kalah dengan anak saudara.

Bila anak saudara lebih sikit, dia akan tercabar. Mula la bercerita. Si polan polan. Telepon orang sana sini nak bagitahu anak anak dia semua kerja besar gaji berkerjaya.

Dia juga pun suka je menipu. Bila bercakap menipu. Bersumpah. Suami sendiri dia tipu. Mak mertua aku suka bersumpah. Penat aku tengok.

Kesian. Mata duitan, kejar duit tak habisan, kejar anak anak lelaki, anak anak lelaki dah berkahwin pun dia nak atur hidup, suka masuk campor.

Aku tak tahu bila dia akan berubah kaki drama dia tu. Entah lah. Bercakap selalu bohong tipu. Kami sedar kami tahu.

Aku fikir, dia ada duit pun dia tak bahagia, ada harta pun dia tak tenang, tak ada duit lagi tak aman bergaduh sana sini.

Dengan anak anak perempuan dia memang sentiasa bergaduh. Bila bergaduh dia akan mengadu dekat 4 anak anak lelaki ni. Pukul rata babe. Moga kita terhindar dari jadi seperti ni ya gais.

Reaksi Warganet

Syamilah Rosli –
Saya kalau mentua saya mengadu anak yang tu gini, anak yang gini saya diam dan senyum je.

Yang busuk busuk, buruk buruk tu stop dekat kite, tak payah nak sibuk sibuk.

Na Rai NA –
Dah alami macam ni. Tapi kita ada Allah.

Saya doa biar suami nampak perangai mak dia (kaki drama, suka sedut duit anak, etc).

Selama ni bila kita cerita dia payah nak percaya, anggap kita overthinking, saja nak cari pasal dengan mak dia.

Alhamdulillah, saat suami jatuh dalam kerjaya, baru dia nampak wajah sebenar mak dia, keluarga dia.

Dah 7 tahun berlalu, suami tetap ingat apa yang orang buat dekat dia bila dia tengah susah. Sekarang mak nak minta duit? Boleh blah. Dia dah tak kasi duit, just kasi barag makan sahaja.

Orang tua tu pun dah tak berani nak over over sangat, especially lepas saya hambur peringatan mesra layanan dia pada suami masa tengah susah. Bila dah nampak senang sikit baru nak timang2. Ewah.. banyak cantik…

Khadijah Muhammad –
Urusan mak dia, biarlah anak anak dia uruskan. Kita menantu, abaikan je la dan berdoa kita takkan berperangai sedemikian bila tua nanti.

Jangan dikutuk mak dia, depan anak anak dia, bahaya. Buruk macamna sekalipun mak dia.. mak dia tetap sempurna dimata anak anak dia. Yup sebaiknya cari pengasuh lain…

Kita doa doa , moga Allah pelihara diri kita, akan jadi mak dan mertua yang baik.. Amin..

Hannah Johary –
Assalamualaikum Annur,

Memang ada ibu dan mertua yang macam ni. Jenis mahukan perhatian.

Lebih lebih lagi bila anak anak dah kahwin, dia takut anak anak dia tak beri perhatian pada dia lagi.

Dia takut anak anak lupakan dia. Dia takut anak anak lebihkan pasangan mereka dan keluarga mereka daripada dia.

Sedangkan dia mak. Dia yang besarkan anak anak sampai mendewasa dan berjaya. Dia yang bersusah payah sehingga siapa anak anaknya pada hari ini.

Dia risau. Dia takut. She feels insecure.

Jadi, dia cari perhatian. Jaja cerita, jaga cucu, minta duit dan cerita sedih semuanya kerana nakkan perhatian.

Supaya anak anak tak lupakan dia. Supaya dia masih nampak penting. Supaya dia masih relevan dan diperlukan. Dia reka bermacam macam cerita dan buat bermacam macam kerenah supaya fokus anak tetap padanya.

Tetapi dia lupa. Anak semua dah besar besar. Dah pandai berfikir. Dan sebenarnya anak anak menantu semuanya sayangkan dia pun.

Semua ambil berat. Semua tahu dan sedar dia tetap ibu yang perlu disayangi, dijaga dan diberi perhatian sampai bila bila. Dia tak perlu pun buat macam tu. Tapi entahlah ye.

Sebagai anak dan menantu, semoga kita semua sentiasa bijaksana dalam berfikir dan mengawal emosi dalam menangani masalah begini.

Apa yang sis boleh hindarkan, cuba hindarkan. Apa yang sis boleh jauhkan, cuba jauhkan. Yang rasa tak membawa kebaikan pada kedua dua belah pihak – iaitu sis suami dan anak, juga mak mertua – sedaya mungkin elakkan.

Selainnya, layankan je. Gembirakan dia selagi boleh. Berbakti padanya selagi sempat. Apa apa kerenahnya, layankan saja. Berikan perhatian dan kasih sayang paling paling banyak dalam kemampuan sis.

Allah sees and Allah knows. Selainnya tak perlulah stress stress dengan kelakuannya. Anggap je itu kerenah biasa orang tua.

Saya percaya sis boleh dan sis bijak menangani semua ini. Doa saya bersama sis sekeluarga. Mudah mudahan hanya yang baik baik saja sehingga ke akhirnya.

Hugs!

Sumber – Annur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *