Minta suami basuhkan tgn anak, suami bentak. Aku kurung dlm bilik. Esoknya aku nekad minta cerai

Foto sekadar hiasan

Hati Seorang Isteri Yang Tersakiti

Assalamualaikum. Aku seorang isteri dan ibu. Menginjak tahun keempat perkahwinan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Sekarang viral kisah penceraian Noh dan Mizz Nina. Ramai yang cakap nampak bahagia je kenapa bercerrai.

Aku umpamakan perkahwinan kami. Aku rajin share gambar percutian dan aktiviti harian di Instagram. Sebab memori bahagia macam tu umpama diari.

Bila rasa sedih boleh tengok semula momen bahagia. Benda yang sama aku paparkan. Saat saat indah, bahagia, gembira.

Kalau orang luar tengok mesti tak sangka aku ni isteri yang tidak bahagia.

Aku bekerja dalam bidang profesional. Selepas kahwin je terus pregnant. Tak pernah berhenti kerja. Kerja agak stress. Banyak cabaran masa pregnant, melahirkan dan juga tempoh confinement leave.

Antara sebab kenapa aku tak ready nak tambah anak walaupun anak pertama kami dah 3 tahun sebab pengalaman pregnancy dulu tak indah.

Suami aku panas baran. Dia pula cakap aku ego. Dia suka tegur sesuatu dengan cara dia, bila aku tak terima teguran tu dia cakap aku ego.

Betul aku tak nafikan aku ego. Manakala dia pula tak boleh ditegur nanti dia akan melenting.

Kebanyakan perkara kalau aku nak tegur, aku fikir sampai 2-3 hari kadang kadang aku matikan niat nak tegur. Sebab setiap teguran akan berakhir dengan pergaduhan besar.

Perkara ni dah lama. Sejak awal kahwin. Dulu aku masih boleh bersabar tapi lama kelamaan perasaan sayangkan rumahtangga tu dah hilang. Penat nak hidup macam ni. Aku bertahan sampai sekarang pun sebab anak.

Baru baru ni, suami aku cakap sesuatu yang betul betul buatkan aku rasa tak dihargai sebagai seorang ibu yang telah susah payah mengandung dan melahirkan anak dia.

Aku ni ada buasir. Start jadi awal tahun ni. Puncanya dulu mengandung ada buasir ringan. Pastu bersalin normal. Dalam pantang pula sembelit teruk sampai najis berdrah.

Kat situ dah bermula risiko buasir teruk. Pastu aku selalu dukung anak daripada dia kecil sampai 13.5kg. Hasilnya, aku mengalami buasir yang sangat teruk awal tahun ni.

Betul betul terkeluar, sakit sangat. Kerja aku pula susah nak cuti. Dalam keadaan sakit tu aku tetap pergi kerja macam biasa. Nasib baik kerja banyak duduk.

Sesekali pergi tandas sebab nak masukkan semula buasir ke dalam dubur.

Trauma buasir teruk sebab ambil masa 2 minggu untuk sembuh sampai sekarang aku tak berani nak dukung anak aku.

Dia pula manja kadang minta aku dukung. Suami aku panas baran jadi anak lebih rapat dengan aku.

Haritu aku cakap kat suami aku, kalau nak suruh aku rehat sepatutnya dia lah yang tolong basuhkan tangan anak lepas makan.

Anak pandai basuh tangan sendiri tapi perlu assistance sebab sinki tinggi. Ada kerusi tapi kena pantau lah sebab budak tu baru 3 tahun.

Dia marah betul masa tu. Pastu dia ungkit aku ni sikit sikit tak boleh dukung anak. Cakap sebab buasir. Orang lain pun mengandung dengan beranak juga elok je takde buasir.

Lepas je dia cakap camtu, aku rasa hati aku remuk seremuknya. Umpama pengorbanan aku mengandung dan melahirkan anak dia takde sikit pun rasa keinsafan kat hati dia untuk jaga tutur kata dengan isteri.

Banyak ayat dia sebelum ni yang mengguris hati aku tapi ayat yang ni betul betul jadikan hati aku tersakiti.

Aku nangis. Sikit pun dia tak kesal dengan apa yang dia cakap. Anak aku pujuk “dah dah jangan nangis”.

Dia provok aku haa suka kan cakap nak cerrai. Minta lah cerrai. Pastu aku terus kurung diri dalam bilik dengan anak. Sikit pun tiada kekesalan dalam diri suami aku pada ketika itu.

Malam tu pula, tiba tiba dia cakap tak nak pergi bercuti hujung bulan ni. Sedangkan aku dah merancang percutian tu sejak 3 bulan lepas.

Tiket flight aku dah beli, hotel aku dah book, itinerari aku dah susun, kereta sewa pun dah depo. Semua pakai duit aku sendiri. Pastu dia cakap macam tu sedangkan aku berdiam diri je daripada siang tadi.

Takde pun nak provok dia pasal tak jadi pergi bercuti ke apa. Sekarang hati aku betul betul tawar untuk dia. Sayang tu dah lama takde sebab dia pernah halau aku dari rumah dulu. Aku bertahan untuk anak je.

Esoknya aku bagitau dia aku dah buat keputusan nak mohon cerrai. Sebab aku dah tak boleh hidup dengan dia lagi.

Ayat dia berkenaan orang lain pun mengandung dan melahirkan takde pun buasir membuatkan aku rasa aku takde nilai dekat mata suami aku. Suami aku tinggikan suara masa tu.

Anak aku cakap “tak nak, tak nak”. Bermaksud tak nak tengok ayah tengking ibu. Aku nangis juga masa tu. Anak aku pujuk lagi “dah dah jangan nangis”. Pastu anak aku yang 3 tahun tu ambilkan tisu dan lap airmata aku.

Aku terharu sebab ayah dia pun tak pernah buat camtu walaupun ayah dia selalu buat aku nangis selama 4 tahun perkahwinan.

Modal suami aku setiap kali gaduh adalah bukan senang nak berpisah sebab ada anak. Memang tu jelah modal dia selama ni.

Dan sememangnya aku bertahan sebab anak. Anak aku tak bersalah. Kesian dia selalu jadi saksi ayah dia tinggikan suara dekat ibu.

Aku nak dia membesar dengan sempurna ada ibu ayah tapi dalam masa yang sama aku penat hidup dengan lelaki yang panas baran dan tak hargai pengorbanan isteri.

Jujur ayat dia kali ni betul betul buat aku fikir takde guna aku teruskan perkahwinan kami.

Selama ni pun aku sara hidup sendiri. Perbelanjaan anak share sama sama. Barang rumah aku beli sendiri. Takde masalah kewangan pun kalau kami berpisah. Tapi aku fikirkan anak.

Buat sesiapa yang pernah ada pengalaman sama, mohon kongsikan. Dan mohon titipkan doa moga aku diberi kekuatan.

Adakah lebih baik aku bertahan dengan perkahwinan yang tak bahagia demi anak?

Reaksi Warganet

Nor Hafezah –
Saya pernah terbaca kajian tentang punca masalah sosial dalam kalangan anak anak.

Kebanyakkan anak yang bermasalah sebenarnya bukan berpunca dari keluarga yang bercerrai berai, tapi berpunca dari keluarga yang ibu ayah masih bersama tetapi toksik dan hilang fungsi. Bercerai tak semestinya anak tak bahagia..

Nurul Balqis –
Sakit dan remuknya hati. Serius tak faham, cinta ke tak sebenarnya sang suami tu..

Ikut logikla, kalau cinta kita taknak sakitkan hati orang yang dicintai tu. Kita akan hargai pergorbanan dia.

Ni dia buat sis macam seseorang yang dia takde rasa cinta pun.

Sis, cari bahagia sis sendiri. Baru buasir dah macam tu. Belum lagi sakit teruk yang lain(nauzubillah).

Sori bukan menghasut tapi saya yang baca ni pun terasa sakitnya..

Siti Khuzaimah Yahya –
Jawapan dah ada kat puan. Berundurlah semasa masih muda. Rawat penyakit buasir tu sampai sembuh….

Mungkin akan ada bahagia selepas ini. Jaga diri. Jika kita sakit tiada yang suka.

Nik Nur Raidah –
Kalau jenis depan anak pun tunjuk baran tu jaga jagala, anak akan mewarisi sifat tu. Puan nak ke anak ikut perangai ayah dia tu?

Selama ni dia ada pun macam sama je kan. Percutian yang puan rancang tu jangan cancel. Pergi je bercuti bawak anak bersama.

Amik peluang ni untuk fikir sedalam dalam nya apa yang puan rasa patut buat. Puan lebih tahu keputusan yang terbaik.

Berpisah bukan bererti anak hilang ibu ayah. Dia tetap boleh jumpa ayah dia.

Fizza Munirah –
Tak nak berpisah kerana anak?.. sebab anak la puan kena ambik langkah tinggalkan suami tu sebab betapa toksiknya perangai ayah dia.

Nampak anak puan tu sampai trauma tengok ibunya dimarah. Puan nak anak puan membesar dalam keadaan camtu ke?

Lagipun tak nampak pun hubungan ayah dan anak tu rapat. Kalau rapat tu mungkin puan serba salah. Ni memang takde sebab lagi nak bertahan. Move on jela puan.

Rohana Mustafa –
Kesian anak, sedih mengenangkan anak yang kecik tu..

Dan puan juga. Take care. Hari tu ada terdengar penjual sayur dekat pasar bercerita, ada orang asli bagi tips buasir dekat askar yang training dalam hutan.

Dia cakap rebus kangkung sekali dengan akar, minum airnya. Askar tu ikut petua tu, elok sampai ke hari ni.

Mungkin puan boleh cuba sebab kangkung quite reasonable lagi la nak rebus dan minum airnya.

Kalau suruh kutip pokok rumput tepi tepi longkang tu saya pon skeptikal jugak. Mungkin nanti puan boleh cuba ya..

Berkenaan rumah tangga puan, saya harap Allah tunjukkan jalan terbaik untuk puan.

Ada pon macam takde in terms of keperluan, segala barang apa puan sediakan, tangki emosi anak lagi bocor sebab si ayahnya ada lah.

Macam kalau dia takde lagi baik dari ada, huhu.

Semoga Allah sentiasa lindungi dan berkati puan dan anak

Sumber – Melur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *