Panggilan cleaner tgh mlm buat aku curiga. Aku tanya, suami elak. Aku pancing, mengena. Bg kata dua. Suami xmampu memilih

Foto sekadar hiasan

Layakkah Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harini adalah hari lahirku, namun hati aku terasa kosong. Tiada tempat aku nak meluah, tiada teman baik diusia begini.

Izinkan aku meluahkan rasa hati aku disini sahaja ya, harap kalian sudi mendengar.

Umur aku masih di awal 30 an, sudah berkahwin, punyai anak seorang, usia Perkahwinan kami baru 4 tahun.

Ya, masih jauh lagi perjalanan kami. Bulan lepas, July aku keguguran anak kedua.

Dan dalam masa seminggu berpantang, aku terima pula pengakuan suami aku curang. Yang sudah 6 bulan lamanya dia behubungan seperti suami isteri dibelakangku.

Puncanya bila aku angkat 1 call dari cleaner perempuan di tempat kerja ku. Dia call suamiku, tapi waktu tu suamiku keluar beli barang. Jadi aku yang ambil panggilan tu.

Panggilan tu diluar waktu kerja, menjadikan tanda tanya atas urusan apa cleaner call suamiku.

Aku bertanyakan hal itu pada suamiku, tiada pengakuan awalnya. Selepas tidurkan anak, aku bertanyakan lagi atas urusan apa cleaner tu call waktu malam. Tapi masih lagi tiada pengakuan.

Aku pancing dengan ayat sekiranya benar dia ada hubungan dengan cleaner tu, aku sanggup bermadu.

Barulah dia mengaku semuanya, katanya perempuan tu mengandungkan benihnya.

Bagaikan di lempar batu besar terasa diri ini, kaki tempat aku berpijak, terasa diawang awangan.

Aku marah, aku minta dilepaskan atau dia tinggalkan cleaner tersebut. Dia kata tak mampu memilih.

Ya Tuhan, sakitnya hati aku waktu tu. Aku melutut, minta dia memilih, tapi dia tak mampu memilih juga. Bertambah sakit hati ini.

Talak tak dilafazkan, jadi aku sekerasnya minta dia melepaskan perempuan tersebut. Berhenti kerja dan mulakan hidup baru di tempat lain.

Betul, itulah yang terjadi waktu ini. Aku dan dia kehilangan semuanya. Aku tak ikhlas terima semua ni.

4 Tahun aku bekerja keras, tak minta 1 sen pun dari dia, tak tuntut nafkahku, susu, lampin, kereta, duit keperluan dapur semua aku bayar sendiri.

Sikit pun aku tak harapkan dia, apa yang aku harapkan Cuma kejujuran, perhatian, cinta dan sayang dia hanya pada aku je. Aku abaikan diri sendiri, aku letak keperluan dia dan anak sebagai priority aku.

Aku bawa anak aku dan dia berjalan kesana sini, semua pun atas saving aku sendiri, kerja keras aku sendiri.

Keperluan aku? Semua pun atas ihsan mak aku, baju, pakaian dalam, bedak, lipstick dan emas yang ada dekat tubuh aku nipun, semua ihsan dari mak aku.

Dia tak pernah hargai, tak pernah realize apa yang aku buat selama ini, Mak aku je yang sedar semua ni.

Pertama kalinya aku tengok mak aku bentak marah pada suamiku, diungkitnya semua yang aku buat selama ni.

Aku tak sangka, pengorbanan aku selama ni mak aku je yang sedar, dan malangnya bukan suami aku.

Gaji aku hanya RM1600, tapi aku mampu cukupkan keperluan anak dan suami ku. Gaji suamiku RM2600, tapi tak pernah cukup sampai ke hujung bulan. Dihujungnya masih meminta aku untuk duit minyak kereta.

Aku tahu, ramainya yang akan kata aku bdoh kerana meneruskan hubungan ini.

Tapi percayalah, ini yang terakhir kalinya aku memperbodohkan diri aku semata mata kerana anak aku masih kecil lagi.

Kerana ‘Papa’ adalah perkataan yang tak pernah kering dari mulut dia tiap kali. Tak mungkin aku sanggup biar dia membesar tanpa ‘Papa’.

Banyak kali instinct aku mencurigai suami aku, namun tiap kali juga berakhir dengan pertengkaran dan tiada pengakuan.

Habis waktu kerjanya, masih menghadap phone, kerap keluar malam beralasan beli rkok. Bila minta dibawa sama anak, alasannya pergi sekejap sahaja dan berjalan kaki.

Hari raya yang lepas juga beralasan kerja, tak mahu ambil cuti lama. Aku balik raya sendiri, raya kedua barulah dia muncul di kampung.

Instinct aku waktu tu memang kuat mengatakan dia meluangkan masa dengan orang lain, tapi seperti biasa, tiada pengakuan. Kesudahannya, aku pujuk diri sendiri.

Sakit, betul sakit. Di malam pengakuan itu juga, aku sempat panjat tingkap bilikku waktu suami dan anak nyenyak tidur. Sebelah kakiku sudah diluar, sejuknya terasa. Tak menoleh ke belakang.

Waktu aku angkat kaki yang satu lagi, suamiku dah menerpa tubuhku. Ditarik sekuat hatinya kedalam semula.

Begitulah tahap peritnya hati aku. Keguguran anak yang aku harap harapkan, ditambah pula pengkhianatan orang yang aku betul betul sayang. Dan kini tiada pekerjaan dan semua janji janjinya, masih tiada perkembangan.

Perempuan tersebut, dia cleaner Aceh, Indonesia, tiada dokumen sah, tidak mengandung, dan sudah ada teman lelaki Indonesia lain juga waktu dia berhubungan dengan suamiku, mana aku dapat maklumat ni?, Aku tanyakan dari teman serumahnya.

Kalaupun niat dia hanya untuk menghancurkan rumahtangga aku, aku akan pastikan waktu hari amalan kita semua di hisab, akulah manusia pertama yang berjalan keluar dari khalayak manusia lainnya untuk membantah dia ke syurga.

Kepada suamiku, aku akan pastikan, ini yang terakhir kalinya aku memperbodohkan diri aku.

Jika masih tiada perubahan, dan masih dengan janji janji palsu, kau tak akan mungkin tahu hidup mati aku dan anak aku selepas itu. Maaf?

Aku tak janji aku mampu maafkan. Berdoalah semoga Allah melembutkan hatiku dan berdoalah dipadamkan segala video-video pengkhianatan dalam fikiranku ini.

Andai aku memang tidak layak menerima kasih, sayang, dan penghargaan dari kau sebagai seorang isteri, aku mohon lepaskanlah aku.

Terima Kasih..

Sumber – ‘Tiada Nama’ (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.