Aku dh mcm org sasau. Kakak dh agak ada yg tak kena. Dlm tangis, mak berzikir mandikan aku

Foto sekadar hiasan

Allah Uji Sebab Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai. Nama aku Jia. Tujuan aku buat confession ni sekadar ingin melepaskan beban dihati.

Dah bertahun aku tanggung rasa ni. Sedang dan dalam proses mencari hikmah atas ujian ini.

Ini kisah aku. Aku in relationship dengan M for almost 4 years. Gaduh baik, putus sambung, merajuk pujuk.

Sampai kitorang pun dah lali berapa kali kitorang putus sambung relationship ni. M ni agak baran. Kadang kadang bila gaduh siap maki carut apa semua.

Aku pun tak lah innocent sangat hadap je dia maki maki aku. Kadang kadang aku fed up giila dengan perangai dia.

Dan setiap kali kitorang gaduh teruk, even kadang kadang salah aku. In the end, dia yang akan datang mintak maaf. Sebab sayang, aku terima dan maafkan.

Kitorang banyak susah senang bersama. Bila dia hilang kerja, aku support dia financially, macam tu jugak dia.

Bila aku takde duit, dia akan hulur. Bila masing masing tengah sengkek ditengah bulan, aku akan masak untuk dia jugak. Just to survive sampai month end.

Tibalah satu hari, M dapat offer kerja way better dari sebelum ni. Tapi kerja baru dia ni banyak kena outstation.

Dia tanya aku, aku ok ke kalau kitorang kena LDR.

Aku jawab for the sake of our future, kita kena sacrifice sikit lah. Sedih jugak lah sebab kitorang akan jarang jumpa nanti. Tapi takpe, demi brighter future kan.

Dan bermulalah M start kerja outstation kesana kesini. Dia jarang text / call aku. Aku cuba faham mungkin dia busy. Aku pernah jugak merajuk sebab dia jarang dah ada masa untuk aku.

M pandai pujuk dan aku cair. Pernah sampai seminggu M langsung takde text atau call aku. Aku call dia tak angkat. Text aku pun dia tak reply.

Aku dah start overthinking. Kerja apa busy sangat sampai langsung takde masa ni.

Few weeks after, M balik KL. Dia orang KL. Aku pun bekerja dan menyewa di KL. Dia datang jumpa aku and explain kerja baru dia ni busy betul.

Kadang kadang nak makan pun tak sempat. Punya la nak kerja deadline client. Masa jumpa dia tu, dia tertinggal phone atas meja. Ting! ada satu text masuk.

From : Baby. ” B, senyap je lepas balik sana”.

Aku shaking. Macam tak percaya. He even saved the girls name ” Baby”.

He came to the table. Aku confront dia. Aku tanya ni apa? dia cuma jawab im sorry.

So ni lah yang kononnya busy sangat sampai takde masa nak makan, takde masa nak call atau text aku?

4 years weh. Aku setia. Tunggu sama sama stable to build a family. Setia dengan perangai baran dia.

Ni yang aku dapat? Hati aku hancur teruk. Crushes to pieces. Aku meraung macam orang giila.

Dia pujuk aku. Dia cakap dia akan end kan everything dengan perempuan tu. Dia admit dia salah. Dia taknak aku pergi dari dia. Dia merayu dekat aku jangan tinggalkan dia.

Too bad M. I’m too heart broken. Whole 4 years kau sia siakan macam tu je ?

Lepas kantoi tu, M still merayu, pujuk aku jangan pergi. M janji he will be better to me. Dia takkan tinggi suara dekat aku dah. Dia takkan layan dah mana mana perempuan lepas ni.

Aku takleh terima dia betray aku. Aku tolak orang lain semata mata sebab sayang aku kat dia.

I firmly said to him, ‘I can’t go on with you. I nak move on. U pergilah kat perempuan mana pun u nak. I dah taknak tau’. Then I blocked him.

Weeks later, aku rasa macam ada yang tak kena dengan aku. Pagi petang siang malam aku teringatkan dia.

Aku tak tido dengan betul since aku blocked dia. Kadang kadang 3 hari langsung tak tido. Kadang kadang tido sehari sejam dua. Pagi petang siang malam aku menangis.

Bangun pagi, nangis. Otw pegi kerja, nangis. Tengah tengah buat kerja, nangis. Aku dah macam orang sasau.

Kawan kawan aku risau tengok aku. Aku tak makan berminggu.

Badan aku rase macam melayang. Kepala ting tong tak tau nak cakap macam mana. Few times almost pitam. Sangat kerap demam. Mata aku bengkak lebam macam kena tumbuk dah macam mata panda.

Bila aku bangun pagi je, benda first yang aku teringat adalah dia. Dan aku akan start rasa down. Aku rasa rindu sangat dekat dia.

Aku unblocked dia. Aku berharap dia akan text aku, carik aku balik, pujuk aku macam dulu dulu.

Lagi pedih, aku nampak dia online. Tapi sepatah pun dia tak text aku. Aku depress teruk. Aku pernah rasa macam nak terjun bangunan.

Dalam sebulan tu, aku ada rasa pelik pelik. Lepas asar je, badan aku start panas. Bila azan maghrib, aku rasa macam azan tu bingit sangat.

Aku meraung sorang sorang. Aku jadi rindu yang teramat sangat dekat dia. Then aku start demam.

Sepanjang lepas asar sampai isyak, badan aku panas dan hanya cool down lepas midnight.

Aku terbayang muka dia kat mana mana. Aku bukak pintu rumah dan berharap dia ada depan pintu suprisekan aku. Aku macam nampak dia ada.

Otw pergi kerja, aku macam nampak kereta dia lalu sebelah aku.

Pernah satu malam aku capai kunci kereta nak pegi jumpa dia sebab rindu dia sangat. Sampai dalam kereta aku on enjin tetiba aku tersedar aku buat apa ni.

Kereta aku memang aku pasang cd ayat Qur’an. On je enjin dia auto play. Aku rasa macam nak giila!

Ada sorang officemate aku ni dia perasan aku turn 360. Dari seorang yang banyak cakap, aku jadi pendiam. Kadang bila orang tanya aku cuma jawab dengan anggukan atau gelengan.

Aku rasa takde semangat langsung nak buat apa apa. Kadang kadang rasa macam being pushed to edge and I don’t see any way out.

Officemate aku call kakak aku dan bagitau condition aku. Dia pelik sebab aku lain sangat. Not the actual Jia.

Kakak aku call aku and aku jawab aku ok je. Aku tau kakak aku tak terima pun aku cakap aku ok tu.

Few days after, cuti sekolah. Kakak aku ajak datang rumah dia.

Dengan aku tak berapa sihat aku gigihkan jugak diri aku pergi. Just to show her that I’m fine, I’m okay.

Dia terkejut tengok aku, dia tanya kenapa aku kurus sangat, muka cengkung, mata bengkak. Aku cuma jawab penat kerja.

Tak. Dia tak terima jawapan aku. Dia suruh aku terus terang.

And yeah. Finally aku cerita. Almost 2 months after break up, aku macam sasau teruk.

Tak lama lepas tu azan maghrib, aku start menangis meraung macam orang giila. Kakak aku dah agak ada yang tak kena dengan aku.

Malam tu, kakak aku bawak aku pergi jumpa ustaz dekat rumah dia. Sah! Aku kena sihir pengasih.

The moment ustaz tu ruqyahkan aku, aku terus meraung macam orang kena histeria, meracau tah pape. Dok sebut aku sayang dia, aku nak dia (ni apa kakak aku bagitau)

Aku tak paham. Serius tak paham. Kenapa M buat aku macam ni ? Apa salah aku ? Dia yang curang, dia yang betray aku.

Kenapa M? How could you do this to me ? Bertahun aku setia, you broke my trust and kau buat aku macam ni ? Aku taktau nak brain semua ni macam mana.

Aku blank. Aku lost. Aku taktau nak buat apa. Rasa macam nak confront je dengan dia. Aku marah, aku emosi, aku tak boleh terima semua ni. Terlalu perit untuk aku go thru semua ni. Apa salah aku dekat kau M?

Masa dalam tempoh berubat tu, aku kerap sakit kepala, demam, meracau. Sakit disihir memang tiada ubatnya.

Few weeks lepas berubat, M sms aku, dia mintak maaf. Aku tengah marah dan sakit hati, aku replied “go to hell with your sorry”. Dia tak balas dah. And lepas tu, aku sakit makin teruk.

Tak mandi, tak makan, tak tidur berhari hari. Siang malam stress, depress menangis. Aku pergi balik rumah kakak aku untuk berubat, M mungkin sakit hati aku reply macam tu and dia “hantar” lagi.

Everyday seems hard. Aku rasa macam hilang diri aku yang dulu. Stress free, happy go lucky, joke around. Aku rindu diri aku yang dulu.

Paling aku tak tahan is when mak aku nangis masa aku berubat, tengok aku meracau meraung macam orang gila.

Aku rasa serba salah. Aku rasa macam nak end kan je life sendiri. Rasa useless. Aku amik unpaid leave sebulan, balik kampung. Focus on my healing.

Paling terharu, setiap waktu solat jemaah dengan mak aku. Lepas maghrib baca yasin sama sama.

Kadang kadang aku tak larat sangat, aku baring sebelah mak aku sambil dengar dia baca yasin.

Bila aku kena attack dengan “benda” tu, aku akan pergi dekat mak aku, mak aku akan bacakan yasin atau ayat kursi.

Mak aku memang letak yasin tu dekat tepi katil dia. In case aku kena attack, mak aku dah prepare.

Paling aku lagi lagi rasa syahdu, mak aku mandikan aku sambil zikir. Aku dengar dia menangis jugak. Dalam syahdu dan terharu, rasa bersalah aku makin dalam.

Lepas mandi, aku mintak maaf dekat mak aku sebab aku susahkan dia, buat dia risaukan aku.

Mak aku cakap dia tak pernah rasa disusahkan, jangan mengalah, mak buat sebab sayang, jangan rasa bersalah pun, mak cuma nak aku sihat sembuh macam dulu.

Aku cuba redha dan ikhlas. Aku cuba carik hikmah atas ujian ni. I found this word from this one ustaz ” when Allah loves a person, He afflicts them with trials.”

Aku muhasabah diri aku. Aku banyak dosa, banyak khilaf, banyak salah. Allah taknak aku pergi lebih jauh. Maka Dia turunkan ujian ni keatas aku.

Walau kadang aku rasa tak mampu. This is indeedly heavy, this pain is unbearable. Few times I gave up, macam macam su1cidal ideations ada dalam kepala otak aku ni, and few times gak I had overd0ses.

Allahu. Allah sayang aku. Aku cuba terapkan ayat ni dalam kepala aku, hati aku, otak aku.

Sikit sikit, aku dah mula terima. Aku dah mula redha. Aku lazimi tahajjud, zikir dan solat solat sunat. Sujud aku lebih lama.

Padahal sebelum ni punya lah liat nak bangun tahajjud. Buat pun yang wajib je, tu pun kadang culas.

Aku selusuri hikmah atas ujian ni, when I woke up at night and pray, during sujood aku menangis meraung merengek.

Aku imagine Allah usap kepala aku suruh aku sabar, suruh aku kuat. Aku imagine Dia peluk aku.

The feeling is MasyaAllah. I feel warmth. By His love. Aku rasa Allah tu dekat sangat dengan aku. Rasa macam Dia cakap dekat aku you are doing great, Jia. Aku sebak. Terharu. Aku tak pernah rasa macam ni. The feeling is undescribable.

Betullah orang cakap kita jarang terkesan dengan tarbiah, tapi selalu terdidik melalui musibah. Musibah itu kadang kadang sama skali bukan musibah.

Tapi cara Allah nak tunjuk sayang Dia pada kita. Aku berdosa sebab mengeluh, berputus asa.

Jika ujian ini dapat menghapuskan dosa dosa aku dan balasan ujian ini adalah syurga, aku redha.

Sumber – Jia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.