Aku ada PhD. Bila hati berputik, mat burger tiba2 hilang. Bertahun berlalu, kwn kenenkan dgn mat despatch. Aku melopong, drah tersirap

Foto sekadar hiasan

Mat Burger dan Mat Despatch

Kisah aku ni berkisar pasal 2 watak ni : abang burger dan mat despatch.

Sebelum tu, nama aku Jenny, berumur 35 tahun, bekerja dalam bidang penyelidikan.

Kisah ni simple je dan terjadi ketika aku berumur 28 tahun, masa tu aku tengah buat PhD.

Masa aku belajar, kekadang aku bosan dan rasa nak bercinte tapi di sekitar aku semua suami orang.

Kalau ada yang bujang pon, macam tak masuk dengan aku.

Aku rasa mamat mamat yang sambung study sama dengan aku macam adik beradik kandung aku je. Huhu. So next.

Kat luar kampus ni, ada satu stall burger. Bukak malam pukul 8.

Satu hari tu aku singgah situ sebab lapar then nak lah makan burger. Tapi ramai gila laki bertenggek dekat area stall burger tu.

Adui, ni mesti geng geng abang burger tu jugak. Tapi aku lapar so aku cekalkan hati dan tembokkan muke terus pi order burger.

Aku describe la eh muke abang burger tu. Muke garang, sawo matang nak ke gelap, ade parut jerawat sikit dekat muke and ade parut eksiden kot dekat dahi.

Kalau die ngorat, konfirm aku tak nak (masa tu dalam hati).

Tapi die baik. Die nampak aku macam tak selesa sebab ramai laki dekat situ, dia cakap dekat aku “tunggu dalam kereta, nanti saya hantar”. Aku lega.

Lepas dari hari tu aku selalu lah pulak singgah stall brader. Bukan sebab aku nak try die, tapi burger die memang sedap.

Pahtu murah sesuailah dengan aku yang memang cheap skate ni.

Dah selalu aku datang, adelah kitorang borak borak. Tapi brader ni masa tu aku syak dia suami orang ke tunang orang. Sebab dia macam menjaga diri.

Tak aku bukan nak cakap die perlu ngorat aku, tapi dia memang kontrol segala percakapan dia bile dengan aku. Like cool camtu tapi takdelah sombong.

Ade satu hari tu, aku datanglah beli burger. Then sebelum aku masuk kereta, brader tu cakap “Jaga diri”. Dia senyum.

First time dia senyum, biasa dia takde reaksi sangat. Aku pun buat reaksi jari noted. Itu last aku jumpe dia pada tahun tersebut.

Stall burger dia ada, tapi yang jualnya orang lain. Rasa burger pun dah tak sama.

Aku tanya jugak budak tu mana pergi abang yang jual sebelum ni, dia cakap dia pun tak tahu.

Sebab brader tu just jual stall burger dengan alatan dekat budak ni dan diorang bukan member.

Aku realise yang kaum lelaki yang selalu lepak situ semua dah takde. Brader tu pergi dengan semua member member dia sekali.

Aku menyedari satu perkara selepas itu. Aku asyik teringat brader tu. Aku selalu menyesal kenapalah aku tak minta no dia.

Kenapalah aku tak reply “Jaga diri” dia tu dengan ayat yang lebih panjang.

Kekadang aku rase nak marah dengan brader tu sebab die tak selit no tepon dia dekat burger last tu.

Pastu aku cool down balik dengan ayat ayat seperti “Entah entah dia suami orang”. “Kalau die bukan suami orang pon, dia nak ke dengan orang belajar tinggi macam aku”

Aku cakap macamni sebab aku selalu terkesan dengan kata kata orang dekat aku “Ko blaja tinggi sangat, sebab tu lambat kahwin. Laki takot” Malas aku nak ulas pasal tu.

Beberapa tahun selepas itu, aku dah bekerja. Belajar pon abis, but still belum kahwin. Ingatan aku dengan abang burger pun semakin samar samar.

Aku ade jugak try kenal lelaki berkerjaya bagus tapi end up aku give up sebab rasa takleh in. Maybe bukan jodoh.

Satu hari, aku jumpe kawan lama aku. Duduk lepak and dia tanya “Ko ni tanak kawen ke?”

Kawan aku ni namanye Salwa dan ade anak dua.

Aku jawab lah gune ayat standard aku, “Kenalkanlah aku dekat member ko”. Salwa tengok aku pastu dia macam nak cakap tapi tanak cakap.

“Ade sorang laki ni, bujang gak. Tapi aku tak rase ko nak”.

Aku lesing Salwa ni kang, suke assume aku tanak padahal laki tu pon aku belum kenal sapa.

“Die despatch je weh dekat opis aku, tapi baik sis, baik”. Salwa buat muke yakin.

Aku terus teringat abang burger yang dah semakin pudar dari ingatan aku. Kan bagus kalau despatch tu dia.

Aku rasa setiap kali orang nak kenalkan aku dengan lelaki yang kurang sikit pendidikan dari aku, aku selalu teringat abang burger tu.

Tapi aku tergelak dalam hati sebab tak mungkinlah. Ingat ni cerita Korea?

Aku cakap dekat Salwa, laki tu nak ke kawan dengan aku. Kang die takot pulak.

Salwa jawab, ala kawan je dulu, if taknak takpelah. Senang je si Salwa ni tau.

Aku setuju jelah waktu Salwa cakap nak pass no aku kat Mat Despatch tu. Lebih kurang 2-3 minggu selepas tu, aku dapat whatsapp dari dia.

Aku pon borak jelah macam biase dalam chat tapi kitorang tak pernah usulkan nak tukar tukar gambar ke apa. Gambar profil aku dan die pon dua dua gambar binatang. Haha.

Aku kawan macam biase dengan dia sebab aku memang takde intention pon nak lebih.

Aku rasa si despatch tu pon macam tu sebab dia macam takde vibe mengorat. Just simple dan steady kekdahnye.

Hari berganti hari, waktu tu bulan raya, aku scroll la FB dan mata aku tertancap dekat gambar sambutan hari raya opis Salwa. Ala yang jenis buat potluck semua tu.

Berbaju Melayu warna mustard, berseluar jeans, sambil makan ketupat tanpa memandang kamera, abang burger yang semakin pudar dari ingatan berada di depan mata aku (dalam gambar la). Haha.

Aku tutup mulut masa tu sebab terkejut. Drah aku tersirap.

Dalam hati aku “Ya Allah, jadikanlah benda yang aku rasa mustahil ni suatu kenyataan,”

Aku harap sangat waktu tu despatch yang aku kenal tu adelah abang burger yang aku pernah minat dulu.

Terus aku call Salwa and tanya pasal lelaki baju Melayu Mustard tu. “Hah yelah, abang despatch ko la tu. Laaa aku ingat korang dah tukar tukar gambar,”

Aku lompat bintang kot time tu. Muke aku merah dan aku taktahu nak describe keseronokan aku time tu camna.

Aku tanya Salwa kalau dia pernah share gambar aku dekat mamat tu. Tapi Salwa cakap tak, sebab si despatch a.k.a abang burger tu tak pernah nak mintak.

Die jenis redho je mase Salwa nak kenalkan aku dengan dia.

Salwa pelik sebab aku excited tetibe. After 3 bulan baru aku sibuk tanya macam macam pasal si despatch.

Tapi sebab masa tu raya, takdelah Salwa sempat nak korek cerita dari aku. Just dia jawablah segala pertanyaan aku pasal si despatch tu.

Perempuan kan, so mesti akan tanya “Dia tu jenis layan perempuan tak weh? Biase dia buat apa kat opis? Serius ke dia bujang?” dan lain lain soalan standard crush.

Malam tu aku mesej despatch tu dalam keadaan berdebar. Tersengih. Syok sendiri. Papelah yang gedik tu semua aku.

Aku tak reveal siapa aku tapi sejak dari haritu, aku macam mengorat dia.

Umur aku masa tu 32 tahun, tapi aku punye tahap nak usha tu acah acah aku ni 20 an. Geli pulak kalau fikir balik sekarang.

Aku rasa panjang dah confession aku ni. Dipendekkan cerita, disebabkan aku terlampau semangat nak mengorat brader despatch tu, dia mula jauhkan diri dari aku.

Maybe dia tak suke perempuan tergedik ngorat dia.

Aku pulak tak reti nak chill. Aku ajak dia jumpe di saat dia dah mula tak balas mesej aku.

Dia cube mengelak tapi aku cakap sekali pun jadilah. Dia setuju tapi aku tahu dia malas sebenarnye.

Malam sebelum hari yang sepatutnya aku jumpe die, aku tetibe rasa down.

Kalaulah abang burger tu dah tahu aku siapa and dia still reject aku sebab perangai gedik aku sebelum ni, mesti aku sedih.

Aku nak kenang dia sebagai orang yang tak pernah lukekan hati aku.

Aku terus mesej dia and cakap, takpelah tak jadi jumpe. Dia just reply okay. Aku sedih.

Dia tak pernah mesej aku lagi lepastu. Aku pun tak pernah reveal aku siapa dan Salwa pun dah pindah kerja sebab ikut suami.

Sewaktu aku hantar confession ni, dah 3 tahun benda ni berlaku. Aku sentiasa stalk dia kat FB, aku rasa dia belum kahwin.

Aku pun tak faham kenapa aku nak complicated kan benda ni.

Kan senang kalau dari awal bile aku tahu despatch tu abang burger, aku just bagitahu aku ni siapa. Susah ke? Huhu.

Kalau confession aku ni tersiar, aku janji akan call abang burger tu. Explain pasal hati aku dekat dia and if dia single lagi, aku nak ajak dia kahwin.

Sekian.

Sumber – Jenny (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.