Pelik, tiap kali hampir subuh bermimpi ex dtg. Nangis merayu pd aku dan suami. Dulu aku dibuang. Kini dia asyik muncul pula

Foto sekadar hiasan

Orang Yang Merosakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Nama aku Qwert. Aku cuma nak minta pendapat pada yang membaca dan mungkin ada pengalaman boleh juga beri pendapat ya.

Aku dah berkahwin dan dah ada anak. Alhamdulillah aku gembira dengan kehidupan aku dengan suami aku.

Syukur sangat sangat sebab suami aku antara orang yang terimaku seadanya. Tapi bukan benda ni yang aku nak cerita.

Lately ni, aku selalu mimpi orang yang sama dan tiap kali mimpi tu datang mesti pada waktu hampir subuh.

Aku cerita sikit ye. Masa aku study, aku ada kawan dengan sorang lelaki nama dia double ā€˜Dā€™. Aku kenal D tak lama mana.

Jadi aku saja cuba rapat dengan dia kan. Tak sangka akhirnya cuba serius then kami couple. Biasa lah budak study, selalu keluar berdua.

Sampai 1 tahap, D dengan aku lajak lah sampai check in.

Aku masih dara sampai lah D sentuh aku. D dah janji nak kahwin dengan aku lepas study.

Sayangnya lepas habis study, dia tinggalkan aku macam tu saja.

Zaman kolej aku suka kawan dengan orang. Jadi ada 1 hari D jumpa mesej mesej aku dengan orang lain. So dia decide nak putuskan aku. Masa tu dia baru saje kerja as a asst engineer.

Macam orang bdoh lah kan aku merayu. Yelah aku dah takut dia tinggalkan aku macam ni.

Tapi dia tak layan, dia hina hina aku lagi. Apa dia cakap semua aku ingat lagi. Aku cakap aku janji nak berubah tak WhatsApps sesiapa dah apa semua.

Tapi dia block aku semua. Sampai aku mesej mak dia tanya pasal dia. Aku macam orang giila takut. Nangis berhari hari.

Tapi lepas daritu, aku bangkit build balik diri aku. Aku semat setiap kata hinaan dia dekat aku. Sampai aku kenal dan rapat dengan suami.

Suami aku tahu semua cerita aku dan dia terima aku ikhlas sangat. Dia jaga aku baik sangat.

Sepanjang kawan, suami tak buat bukan buka pada aku dan jarang sangat kami berjumpa sebab suami PA.

Aku tak bercinta dengan suami. Aku tinggalkan semua habit buruk sebab aku nekad berubah.

Belum setahun kawan, kami dah decide nak kahwin. Alhamdulillah, aku bahagia.

Cuma lately ni aku selalu mimpi ex aku, datang menangis dekat aku dan suami. Tapi dalam mimpi jelah.

Ex aku lepas putus memang dia blah macamtu saja.

Aku tak faham maksud mimpi tu. Kalau ada yang tahu boleh tak bagitahu aku apa maksud mimpi ni.

Sebab aku memang sampai sekarang aku tak maafkan semua perbuatan dia sebab dia tinggalkan aku macam tu saja.

Aku memang dah lama lupakan dia. Sayang tu jauh sekali, sebab aku dah ada suami aku.

Cuma perbuatan dia aku tak maafkan sampai hari ni. Dan mimpi tu baru saja mula dalam bulan ni juga.

Mimpi ni lah punca aku fikir dah kenapa kan asyik muka dia saja muncul.

Selama aku kawen, kali ni lah baru mimpi dia dan kerap. Bantu aku jelaskan mimpi tu ya.

Reaksi Warganet

Sharifah Nabilah –
Sekadar berkongsi cerita, dulu saya ada bermimpi tentang seseorang datang minta maaf dekat saya.

Orang tu datang dengan badan dibalut kain kafan. Dan keesokan hari saya dapat berita orang tu dah meninggal.

Orang ni memang berbelas tahun tak pernah jumpa dah.

Kesimpulannya nak cakap, istighfar dan maafkanlah kesalahan D tu. Semoga dengan kemaafan yang diberi Allah permudahkan urusan TT juga.

Kaslia Ar –
Sebab terlalu sakit hati dengan orang tu pun boleh mimpi juga..

Saya pun pernah tapi bukan dengan lelaki, dengan member pompuan. Dalam mimpi datang merayu rayu minta maaf, saya siap basuh lagi dalam mimpi.

Tapi di alam nyata takda semua tu. Haha ha. Dia tak rayu saya dan saya pun tak hirau dia. Jauh sekali nak membasuh hahaa.

Jangan layanlah dik, mimpi je pun .

Ayuni Jalilah –
Hari tu dengaq ust Don punya ceramah. Tanda satu satu mimpi tu betul ada 5..
1. Berwuduk sebelum tidor

2. Tidak berhadas masa tidor

3. Mimpi selepas lewat malam. Lagi valid kalau time dekat nak subuh

4. Lepas mimpi tu terus terjaga

5. Ingat mimpi tu sampai bila bila

Nak tau sama ada mimpi tu memang betul ke tak, kelima lima syarat ni mesti ada. Kalau tak cukup 1, maknanya tu mainan tidor je. Wallahualam

Tolong betulkan kalau saya salah.

Alhj Zaini –
Dia tak minta mimpi macam tu tapi ianya datang. Puan kena check jika kerap berulang elok buat rawatan Islam, kotlah ada sesuatu sama ada gangguan atau sihir.

Jika sesekalj mungkin mainan tidur. Jika kerap dah jadi lain.

Jika nak ikhtiar sendiri dulu, Cuba berwuduk sebelum tidur. Baca ayat ayat seperti awal baqarah, ayat kursi, amanarrasul, 3 qul, laqad jaakum (at taubah ayat akhir), doa tidur, selawat, doa pelindung.

Baring sambil selawat hingga tertidur. Tengok jika masih ada gangguan.

Jika masih ada cuba mandian dengan air biasa yang dibaca ayat ayat tadi (ruqyah sendiri). Syampu jus mandian daun bidara ada banyak dijual boleh cuba juga.

Khuatir jika gambar awak masih ada pada ex. Bukan nak tuduh, tapi waspada sahaja. Zaman sekarang sihir sangat banyak sekali. Abaikan pendapat saya yer jika tidak relevan.

Norlaila Mohd Din –
Saya selalu mimpi ngeri masa awal kawen dulu.

Mmimpi tak pakai tudung dan saya ketakutan sebab takut tak boleh jawap dengan Allah naper tak tutup aurat. Bukan sekali banyak kali, banyak kali rasa stress bila bangun.

Saya mula bertudung agak lewat, dalam umur 22 tahun gitu.. Tetiba seiring dengan usia, mimpi tu hilang.

Suami selalu komplen saya kerap bermimpi. Tu 10 tahun lepas, bila saya mula join class quran, mimpi tu hilang terus. Rasa lama sangat dah tak bermimpi sekarang….hmmmm

Aini Mohamad –
Tak tahu pasal maksud mimpi mimpi ni.. Tapi saya saran, usah fikir lagi. Risau sampai menyebut nyebut.

Kesian suami duduk sebelah dengar isteri duk sebut nama ex.

Yang lepas, biarlah berlalu. Teruskan kehidupan bersama suami. Semoga berbahagia.

Norhasni SH –
Dia macam subconsious mind. Sebab selalu teringat perbuatan kezaliman manusia pada kita, dan puan berharap seolah ada closure seperti minta maaf sebagainya.

Puan berlapang dada, maafkan perbuatan orang. Bukan untuk orang tu tapi untuk kesihatan mental dan ketenangan hati puan. Bersyukur dengan masa sekarang puan yang lebih membahagiakan.

Semoga dipermudahkan segala urusan puan dan keluarga

Sumber ā€“ Qwert (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.