“Milah dijerat suami org”. Dh 10 thn ada hubungan, tapi xkawen2. Pelik, apa niat Jamil sebenarnya

Foto sekadar hiasan

Kawan Baikku Dijerat Suami Orang

Hai semua. Aku Lily. Kat sini, aku cuma nak tanya kaum lelaki satu Malaya ni lah.

Betul ke orang kata, lelaki kalau bercinta bertahun tahun lamanya dengan perempuan, tapi tak ada effort halalkan perempuan tu, maksudnya korang tak serius nak jadikan perempuan tu surihati korang?

Ok, sebab aku tanyakan soalan di atas macam ni. Aku ada seorang kawan baik. Yang mana umur dah tak berapa muda. Aku gelarkan dia sebagai Milah.

Milah kawan sekerja aku merangkap kawan baik. Milah pula bercinta dengan Jamil 10 tahun.

Ya, benar. 10 tahun hubungan mereka berdua. Jamil adalah suami orang. Yang mana hubungan dengan isterinya sudah lama berantakan. Sejak tahun kedua atau ketiga perkahwinan mereka lagi.

Isteri Jamil aku gelarkan sebagai Kiah.

Milah pernah katakan pada aku, jika dia tidak dapat berkahwin dengan Jamil, makanya dia takkan berkahwin sampai bila bila.

Umur Milah bukanlah semuda 20an, jadi aku agak risau mendengar ayat dia.

Jamil pernah bertemu kedua orangtua Milah di kampung, dengan niat memberitahu mereka berdua ber”kawan”.

Di sini juga, aku nak tanya korang.

Kalau si lelaki jumpa parents perempuan, dia dah serius ke nak kahwin? Atau sekadar suka suka jumpa saja?

Oh ya, orangtua Milah tak tahu status Jamil sebagai suami orang ya.

Mesti korang tertanya, takkan lah hubungan yang lama ni tak dihidu isteri Jamil?

Ya! Isteri Jamil (Kiah) tahu, malahan pernah pergi ke rumah Milah.

Dia ke sana bertanyakan lokasi Jamil dan menuduh serkap jarang si Jamil ada di rumah Milah.

Habis jiran tetangga semua dengar jeritan dan maki hamun Kiah. Nasib baik tiada insiden pinggan mangkuk terbang.

Milah sekadar mendiamkan diri tanpa membalas amukan Kiah.

Milah pernah bising pada aku. Katanya Jamil tak adil antara isterinya Kiah dan Milah.

Aku jujur berkata, status isteri dan orang yang tiada ikatan lain. Tak ada istilah adil.

Selagi tiada ikatan, lelaki tidak ada tanggungjawab langsung. Terus terkedu Milah waktu tu.

Mungkin pada dirinya, menganggap Jamil sebagai suami meski tiada ikatan antara mereka berdua lantaran hubungan yang dah terlalu lama.

Aku faham, naluri perempuan yang ingin bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai.

Tapi untuk memegang status isteri kedua, agak berat stigma masyarakat yang harus dihadapi.

Sehingga kini, Milah dan Jamil masih berhubung seperti biasa. Milah pernah mengajak Jamil untuk kahwin. Jamil sekadar mendiamkan diri.

Tapi, baru baru ini Jamil menyatakan untuk memberi sedikit masa berkenaan isu kahwin.

Pendapat korang, adakah Jamil dah mula serius untuk kahwin dengan Milah ya? Ya atau tidak?

Oh ya, Milah pernah berjumpa kedua ibubapa Jamil, dan mereka memberi greenlight pada Milah. Mungkin sebab keberantakan rumahtangga anak mereka.

Jadinya, cuba korang terutama lelaki bagi pendapat kat sini

Adakah Jamil betul betul nakkan Milah sebagai isteri? Atau sekadar peneman saja? Milah takda bagi financial support tau untuk Jamil.

Aku nak tahu dari pandangan lelaki, agaknya apa niat sebenar Jamil. Aku sayangkan Milah dan aku sangat berharap yang terbaik untuk dia sebagai kawan baikku.

Reaksi Warganet

Maria Sarah –
10 tahun ke hulu hilir macam lakibini tapi bukan, nak tanya apanya lagi apa tandanya, apa tandanya. Itulah namanya stok geli geli.

Kalau betul sayang, dia lama dah ceraikan isteri dia dulu, and Jamil dengan Milah kalau kawin waktu tu jugak, dah ada 2-3 orang anak dalam tempoh 10 tahun ni.

Makbapak Jamil dah lama bagi greenlight, so kenapa still Jamil taknak kawin dengan kawan awak?

Syah Al Yahya –
Kesian Milah si lurus bendol. 10tahun tunggu buah tak gugur. Ape ke cerdik benor.

Si Jamil tu katenye rumahtangga memang dah bermasalah seawal tahon kedua, ketiga. Ate dah 10tahun kawen dengan Kiah. Herlok tak bcerai pon.

Milah dah bagi Jamil body kot. Sebab tu Jamil tak pelik kalau tak kawen. Benda bole dapat walau tak kawen, kenape nak kawen. Sekian

Azie Azem –
Dik, bdoh tu jangan bawak merata rata, simpan dekat rumah.. Sian netizen nak komen..

Pertamanya, kenalah tau kawan awak tu pernah ke tak xxx dengan Jamil..

Kalau pernah, patutlah sampai 10 tahun tak kawin.. Sebab dapat sedap…

Yang kedua, laki orang ni memang macho, tak macam orang bujang, bila kawan ko ajak jumpa parents… Memang dia setuju aje, maklumlah saham tinggi.

Dia nak test market je tu. Percayalah. Memang tunggu sampai abang jamil mampus pun dia memang tak nak kawin sebab dia termasuk dalam geng BINI TAK TAKUT DIA..

Cari jelah pakwe lain. Laki orang pun, kalau dia memang sayang, takkan tunggu lama untuk menghalalkan secara terang atau sembunyi… Ni mesti nak buat stok geli geli je…

Nisha Shafika –
Lelaki ni tak complicated.

If dia tak berusaha tu maksudnya memang dia rasa perempuan tu not worth his effort.

Kalau dia nak dia akan bersungguh sungguh.

Love yourself before others.

AqtiveNaz –
Ada sorang kenalan aku nie, bercinta lebih dari 5 tahun dengan laki orang. Guna alasan yang sama juga.

Rumahtangga berantakkan, dah tak sebumbung lah, tak sefahaman lah. Siap bercerrai lah dengan bini dia tu, Tapi tak kahwin kahwin pun dengan kawan aku tu.

Akhirnyaaaa jeng3….. dia rujuk balik dengan bini dia tu, still brcinta dengan kawan aku tu jugak.

Nampak tak dekat sini betapa senang nya laki orang tu bdohkan kawan aku tu. Masih juga dorang tak kawen kawen.

Cuma sekarang ni, aku dah taktau lah hubungan dorang macam mana dah sebab malas dah nak ambik tau.

Dah nasehat tapi degil taknak dengar nasehat. Haaa hadaplah sdn bhd. Sekian

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *