Tunangku pkai H. Hutang ahlong, service kereta pun minta aku cover. Ikat bertahun2, tp nikahi pula gadis lain

Foto sekadar hiasan

Fasa Move On

Hi Semua! Assalammualaikum. Erm, macamana nak mula ya? Okay. Let me start. Harini hari Jumaat, hari yang barokah untuk kita berdoa.

Tolong doakan aku ya. Aku tak pandai menukarkan perasaan kepada kata. Maaf andai penulisan aku seperti berterabur. Sebab hati terlalu sedih tiada tempat untuk bercerita.

2 minggu lepas, aku dapat tahu ex tunang aku dah pun berkahwin. Kami putus sejak tahun lepas tanpa aku tahu kenapa, mengapa dan apa punca dia mahu putuskan pertunangan itu.

Tapi, aku akur..

Emak bilang, jangan lebih sudu dari kuah. Orang dah tak mahu kenapa masih merayu?

8 tahun bukan jangka masa yang sekejap, aku yang bersama dengan dia dari dia tiada apa, dari dia cuma jalan kaki dan pakai kenderaan awam sehinggalah dia mampu beli kereta H dia tu.

Tu pun minta aku cover sikit untuk duit bulanan nak service kereta dia. Sesiapa yang pakai H tahulah berapa kos untuk service bila sudah tiba masanya.

Tu tak cerita lagi bila dia hutang dengan Ah Long sehinggakan Ah Long tu cari dia untuk jelaskan hutang tu, duit aku juga yang cover dia.

Aku pernah bertanya kenapa tak minta tolong ibu atau ayah dia? Dia bilang dia tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya. Lepastu kau ingat aku kaya sangat ke nak cover semua benda untuk kau?

Dia di depan ibu bapanya sangat kontra dengan apa yang dipamerkan kepadaku. Di depan ibu bapanya, dialah anak terpaling hebat, terpaling akur.

Sedangkan di belakang, aku sahaja yang tahu perangainya.

Aku tahu hubungan kami sangat toksik, tapi 8 tahun bukan jangka masa yang sekejap. Bak kata Beto, bila dua hati sudah sebati, susah untuk dileraikan.

Aku rasa bdoh, sebab aku rasa aku bazirkan masa, wang untuk hubungan yang sia sia. Aku sudah di hujung 20 an. Hati terasa masih ada kah yang ingin menyunting aku?

Aku pernah bertanya dengan ibunya, kenapa anak lelaki dia berbuat begitu kepadaku?

Ibunya bilang dengan mudah, ibunya lihat dia semakin matang selepas kami tiada hubungan apa apa dan dia melepaskan aku supaya aku boleh bersama dengan orang lain yang benar menyayangiku.

Jika begitu, kenapa tidak lepaskan aku dari awal perhubungan? Kenapa ikat aku bertahun tahun dan pergi dengan mudah sekali?

Aku ingin bertanya dengan lelaki di luar sana, kalian tidak rasa bersalah ke bila buat anak perempuan orang lain begini? Kenapa dengan mudahnya kalian berubah hati?

Aku selalu bertanya dengan kawan lelaki ku yang lain, apa kurangnya layanan aku kepada dia?

Aku seorang perempuan yang tidak meminta minta, apa yang aku inginkan aku beli pakai wang aku sendiri. Aku bukan seorang yang mudah merengek sekiranya pasangan tidak melayan kehendak ku.

Sepanjang 8 tahun perkenalan itu, tiada satu pun hadiah yang pernah diberi kepadaku.

Setiap ulang tahun kelahiranku, kami cuma akan pergi makan di kedai tomyam atau kedai fast food kegemaranku, itu sahaja dan itu lebih dari cukup.

Bukan itu sahaja, dia seorang yang tidak mempunyai kerja tetap.

Dia merupakan seorang freelance dan kepada setiap client yang dia berkerja, dia akan menukar identiti dan namanya, pernah sekali dia meminta aku untuk menyamar menjadi partner business dia.

Adakah ini normal? Tapi sebabkan sayang, aku masih bersama dengan dia. Bdoh kan?

Kadang aku tertanya. Sebagai seorang lelaki, apa yang kalian inginkan lagi?

Aku wanita yang boleh dikatakan memiliki ciri ciri yang setiap wanita mahukan, kurus, tinggi, putih. Aku memiliki wajah seakan wanita siam, kerana ibu ku merupakan orang Pattani.

Aku memiliki kerja yang stabil dan menguruskan kewangan aku sendiri. Aku seorang yang menyayangi anak anak kecil dan seorang yang tidak berkira. Tapi mengapa dia masih pergi?

Aku dalam fasa untuk move on dari dia, tipulah cakap kalau kadang kadang rindu itu tidak menjelma.

Aku sedang dirawat di klinik psychiatry kerana aku hilang fokus untuk berkerja. Oh ya, tarikh nikah dia adalah tarikh yang sama kami patut bernikah.

Untuk kamu, tahniah. Selamat pengantin baru. Tapi, kejamkah aku seandainya aku ingatkan kifarah Allah itu ada?

Aku juga turut di diagn0-se dengan MDD. Doakan aku kuat ya. Penat ulang alik klinik hanya disebabkan ini. Aku terasa aku sangat lemah.

Hanya disebabkan putus cinta. Doakan aku ditemukan jodoh yang baik yang ikhlas menyayangiku dan boleh membawa aku ke syurga ya.

Semoga doa doa baik yang kalian berikan, melantun semula kepada kalian.

Reaksi Warganet

Ahlia Selama –
Lepas ini,

1.Jangan bagi lelaki pinjam duit

2.Lelaki betul sayang dia takkan susah kan orang yang dia sayang

3.Tolong hanya suami bukan tunang

Ruzaimah Ridzuan –
Jawapan terhadap semua persoalan kenapa kamu diperlakukan lelaki begitu begini : kerana kamu calon terbaik untuk itu.

Tapi sayang, pemenangnya tetap bukan kamu. Kalau 8 tahun itu masih belum dapat menyedarkan, sila ambil tempoh bertenang sebelum menyayangi semula.

Jangan mudah sangat jatuh hanya kerana takut tidak akan disunting, bukannya umur warga emas pun..!

Allah maha mengetahui. Kalau belum kata Dia, 18 tahun pun belum tentu. Masanya akan tiba, walau entah bila, kena yakin dan percaya.

Fatin Tajudin –
Sis, buka mata dan hati. Bersyukur la Allah jauhkan sis dari lelaki dan bakal mak mentua yang toksik.

Percayalah lelaki peel macamtu bila jadi suami akan jadi suami yang terpaling tak guna. Seumur hidup tu panjang sis utk hadap lelaki macamtu.

Percayalah Allah selamatkan sis dari hal yang tak sepatutnya. Pegang kuat takdir Allah dan belajar berdamai dengan takdir.

Jangan sedih down lama lama. Jangan duduk sorang sorang. Keluar habiskan masa dgn family dan kawan kawan.

Faham 8 tahun bukan masa yang sekejap, tapi bila sis tekad untuk melangkah semua rasa tak patut akan hilang.

Jangan risau, kifarah Allah tu ada. Kalau beruntung sis sendiri akan tengok apa balasan untuk manusia macamtu.

Terus kuat, terus tabah, terus dapatkan khidmat rawatan sebaiknya. Moga Allah kurniakan jodoh yang baik untuk sis dan dipermudahkan semuanya. Aamiin

Faranisyah Hakim –
Dik…tak nampak kah awak bahawa Allah sedang selamatkan awak?

Dia penipu, menyamar dengan client dia (hanya Allah jer yang tahu kenapa, kalau jujur dalam kerja, kenapa nak kena menyamar?), berhutang dengan Ah Long, ambik duit orang tanpa rasa bersalah etc.

Syukurlah terlepas dari orang macam tu. Bukan sebab awak tak baik, tapi Allah ada plan yang lebih baik untuk awak.

Get profesional help if u must. Sebab akak pun faham benda tu sangat menyakitkan. Memang sakit, it will take years to heal.

Tapi percaya lah, Allah sayang awak. Semoga dipermudahkan… Aminnn

Azila Amirah –
Dik.. Saya dulu pernah sama, bercinta lama lama 8 tahun, akhirnya tak kesampaian..

Hubungan yang konon perfect, rupa rupanya ada penipuan. Bila putus memang sedih sangat, rasa hilang arah.

Tapi saya taknak mengalah, sebab bagi saya hati tu milik Allah. Saya fikir positif, Allah sayang saya sbb tu Allah selamatkan saya daripada perkahwinan yang derita..

Hari hari saya doa dan istikharah jodoh yang terbaik untuk saya. 100% pengharapan saya letak pada Allah dan 100% saya redha dengan takdir.

Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan suami saya sekarang yang sangat baik dan menyayangi saya melalui cara yang tak disangka.

Dan Allah kurniakan anak yang comel dan keluarga mertua yang sangat penyayang..

Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Sayangkan Allah lebih dari segalanya, dan sayangkan diri dan keluarga sendiri daripada orang lain.

InsyaAllah, Allah akan jawab doa kita pada waktu yang tepat, sebab Allah Maha Mengetahui.

Try to let go and live your life to the fullest.. When you learn to love yourself, you will attract a real man who loves you to the fullest.. Seek help, if needed.. You deserves love

Sumber – Melur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *