Dlm masjid ayah mcm hambakan aku. Tepi dinding aku menyorok. Dgn apa aku hadap, aku mula jauhkan diri

Foto sekadar hiasan

Kenapa Aku Jauhkan Diri Dari Masjid?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai, nama aku Mukhriz (nama samaran). Ini sekadar luahan hati aku.

Masjid sepatutnya menjadi tempat yang paling disukai umat Islam. Tempat berkumpul, tempat saling bertanya khabar, beribadat, mendapat ilmu.

Aku dari kecil selalu ke masjid sebab ayah aku orang masjid. Aku pun suka sebab rasa tenang dan damai di sana.

Sampai bila makin besar, masjid bukan lagi menjadi tempat ibadat bagi aku. Tapi tempat pend3raan.

Aku did3ra secara emosi, mental dan fizikal oleh seorang insan yang bernama ayah di dalam masjid itu sendiri.

Ayah aku orang kuat dakwah tabligh. Tabligh dan masjid dua nama yang tak boleh dipisahkan. Segala aktiviti mesti dibuat dalam masjid.

Setiap kali lepas subuh sebelum pergi sekolah aku wajib duduk sekali mesyuarat tabligh. Lepas asar pulak akan ada majlis ilmu taalim bacaan hadith. Aku masih okay.

Aku tiap hari join dengan gembira. Setiap hari Sabtu akan ada majlis iktikaf wajib bagi jemaah tabligh. Aku pun kena join.

Setiap hari Rabu malam pulak akan ada mesyuarat.

Yang aku teringat suatu hari Rabu aku berkeras dengan ayah aku nak balik sebab dah lewat malam. Waktu tu ayah aku masih bersembang dengan kawan kawan dia.

Aku umur dalam 11-12 tahun waktu tu. Aku bagitau merengek berapa kali aku nak balik, last sekali dia tampar aku depan kawan kawan dia.

Sejak did3ra sekali dia mula add1cted untuk sergah dan pukul aku. Dia akan pukul aku time aku sorang sorang dengan dia sebab aku anak laki tunggal dan dia tau mak aku akan halang kalau dia pukul depan mak aku. Dan kebanyakan masa aku dengan dia adalah di masjid.

Beberapa tahun kemudian, aku meningkat dewasa. Aku perlu ikut dia keluar jemaah 40 hari di masjid masjid sekitar kawasan Selangor. Ini bermakna 40 hari aku tak boleh balik rumah kena duduk masjid.

Umur aku ketika tu 14 tahun. Dan ketika duduk dengan dia bersama jemaah lain dia banyak d3ra aku secara mental, tampar dan cubit aku.

Kadang dia halang aku call mak aku sebab aku akan report apa yang dia buat. Punca? Sebab perkara kecik, kadang sebab aku tengok henfon or nak mesej mak aku atau kadang aku letih tak dapat ikut program dia.

Umur aku 15. Dia lepaskan aku suruh keluar dengan jemaah lain tanpa dia. Aku berseorangan keluar ke tempat orang.

Ahli jemaah aku ada perkok, pergol, drvg add1ct, dan macam macam lagi.

Malah waktu aku keluar, aku diganggu secara s3ksual di dalam surau waktu aku tidur sampai aku lari nangis masuk dalam tandas. Ada yang tunjuk muka orang yang dia rgol sampai dapat anak.

Umur aku 17, aku dimalukan dalam surau sekolah aku. Aku sekolah berasrama penuh.

Sebelum ni yang aku cerita aku keluar jemaah semua waktu cuti sekolah. Di sekolah asrama aku, ada program hafazan berkumpulan.

Aku masih ingat aku dimalukan apabila ada ustaz jerit hafalan aku teruk, maki aku sambil ambil sejadah pukul kepala aku.

Waktu tu dalam surau ada hampir seratus orang lebih pelajar tengok aku. Jatuh maruah aku. Sebab kan kes tu aku pindah sekolah duduk sekolah harian.

Habis SPM ayah aku cadang aku keluar jemaah 4 bulan pulak. Memandangkan aku taknak kecewakan ayah aku, aku pun pergi keluar di masjid sekitar selangor.

Aku masih ingat aku mengalami keracunan makanan, muntah penuh dalam tandas, sampai aku rasa aku hampir mti, dan akhirnya dibawa warded ke hospital.

Hakikatnya ni bukan pertama kali aku dapat keracunan makanan masa keluar jemaah. Ia dah jadi perkara biasa walaupun aku tak mampu.

Masjid menjadi tempat menyakitkan bagi aku, tempat yang mana aku did3ra, aku rasa hampir mti.

Bila aku dah lepas SPM, masuk uni masa cuti aku, aku balik rumah. Dekat surau aku tiap kali lepas subuh ada majlis taklim baca hadith.

Ayah aku selalu suruh aku depan orang ramai untuk jadi imam/ baca hadith, kalau aku tak buat dia akan mengadu dekat mak aku.

Kadang aku letih lepas solat aku balik, dia akan mengadu dekat mak aku. Kadang dia sendiri marah depan depan dekat aku sampai mak aku tenangkan dia.

Sampai satu tahap aku tak pergi solat berjemaah sebab malu dengan layanan dia dekat aku. Aku seolah olah pergi masjid untuk jadi hamba dia bukan hamba Allah.

Dia tanpa segan silu menunjukkan depan orang ramai yang aku milik dia sebab aku anak dia dan dia boleh arah aku buat apa saja.

Kadang aku sorok tepi dinding rumah sebab tak nak pergi. Akhirnya dia tahu dan aku dimaki lagi.

2019, aku didiagn0s penyakit mental bip0lar dis0rder. Aku taknak sentuh penyakit ni sebab aku dah cerita dulu cuma antara sebabnya mungkin ada kaitan dengan ini juga

Masa C0vid 19 merupakan masa yang paling aku bersyukur sebab aku ada alasan kukuh tak pergi ke masjid.

Tapi itu pun dia suruh jugak aku pergi. Dekat surau tu akhirnya ada orang kena c0vid.

Berapa kali surau kami kena ambush dengan pegwai kesihatan tapi akhirnya lepas sebab ada orang dalam.

Lepas c0vid langsung aku tak jejak masjid melainkan solat Jumaat. Aku dah jadi tawar hati, trauma dan minda aku seolah dirobek bila di masjid.

Orang akan cakap dan pelik kenapa aku susah sangat nak solat berjemaah, orang lelaki lebih afdal solat jemaah di surau.

Especially ibu aku/ perempuan lain. Diorang anggap lelaki ni kewajipan solat berjemaah.

Aku nak tanya balik: kalau ikutkan afdal, wanita lebih afdal tidak bekerja, wanita lebih afdal menutup muka (berniqab), wanita lebih afdal keluar dengan mahram (tak boleh sorang), tapi kenapa ramai ja wanita yang buat?

Sebab tu Islam ada rukhsah (keringanan). Islam ada banyak prinsip antaranya sadd zarai’ untuk halang kemudaratan lebih besar, ada maslahah yang perlu difahami.

Tambah lagi aku yang didiagn0s bip0lar, antis0sial, dan trauma.

Aku faham hubungan ayah aku dengan masjid bagai isi dengan kuku. Aku hormat dan aku hargai.

Tapi lepas apa yang aku alami, aku dah jadi sangat trauma dengan masjid dan jarang orang nak faham sebab pend3raan aku kebanyakannya di masjid.

Reaksi Warganet

Ummu Zubair –
Masjid tak salah. Ayah kau yang salah

Ahlia Selama –
Semoga Allah mengubati hati dan kembalikan ke masjid. Duduk Jauh dari keluarga agar dapat ke masjid yang tidak dikenali.
Sayang sebab hidup ini singkat je…

Shikin Ilyas –
Budaya mengeksklusifkan masjid pun b0leh jadi sebab orang menjauhi masjid.

Abang aku duduk kawasan kediaman lama yang banyak diduduki oleh orang orang pencen. Dia pulak masih bekerja, anak kecil berderet.

So tak la selalu dapat ke masjid lagi lagi masa waktu bekerja.

Tapi keinginan nak hadir majlis ilmu tu ada la. Minta masuk dalam group wasap masjid untuk update aktiviti masjid tapi dipertikai oleh sorang jemaah tu sebab jarang nampak muka dekat masjid.

Time bulan puasa, bila aku solat di bahagian wanita, ada la sorang makcik ni dok marah budak budak yang solat dalam saf dewasa, suruh duduk belakang walaupun budak tu dah duduk tepi mak dia.

Belum lagi dia sergah budak budak yang bising. Ala bising bercakap, bukan menjerit jerit, berlari. Budak mana yang boleh diam je lama lama kan

Benda ni juga buat orang orang menjauhi masjid

Rosdidi Roses –
Adakala orang yang terdekat yang mencalitkan parut yang amat dalam dan meninggalkan luka yang sukar nak sembuh.

Bukan semua ibubapa dapat mendidik dengan cara betul. Sebabkan perbuatan mereka meninggalkan trauma yang menyakitkan buat anda. Terus tetap tabah dan banyakkan bersabar dengan ujian melanda.

Ramai yang senasib, mungkin kepahitan yang berbeza. Sedih, sakit, terluka, tapi itu realiti yang anda terpaksa tanggung sekarang.

Moga anda selalu dilindungi Allah selalu.
Keep strong and be positive what ever hard the situastion, don’t forgot Allah. Always with you.

Hope you can find your happiness one day.
Tetap kuat, tegas dalam apa bentuk tindakan.
Just you can create your own power by your own hand.

Mukhlisah CT –
Orang orang yang anggap diri dia terbaik disebalik topeng agama tapi perangai macam takde perikemanusiaan yang nabi ajar ni lah yang merosakkan nama tabligh atau orang Islam.

Semoga cepat sembuh dik. Salahkan perangai orang. Bukan salahkan agama tau.

Kuatkan hati ya dik. Teruskan hidup. Orang dah buat ko teruk. Ko jangan buat orang lain. Teruskan je bagi contoh yang baik

Sumber – Mukhriz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *