Dari darjah 6, aku fikir MIL garang. Haritu N xciden. Berdebar aku kalau terjumpe MIL. Aku nak lari, tp terlambat

Foto sekadar hiasan

Mertua Kiriman Tuhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku teringin nak berkongsi cebisan kebahagiaan yang aku patut syukuri dalam hidup aku. Masa aku sekolah rendah aku pernah terjumpa mak mertua aku sekarang (aku dengan suami kawan sekolah rendah).

Masa tu aku darjah 6. Sekolah ada majlis sambutan apa entah aku tak ingat tapi ibu bapa turut dijemput hadir ke majlis tersebut.

Aku ditugaskan jadi penyambut tetamu yang mana aku kena berdiri depan dewan dan sapa ibu bapa yang hadir sambil tunjukkan laluan ke tempat masing masing.

Ada beberapa ibu kepada kawan kawan aku yang sapa aku ramah tanya itu ini tapi aku ingat lagi mak mertua aku kurang mesra waktu tu.

Dia tak cakap banyak dan tak senyum pun. Aku jadi takut dengan mak mertua aku huhu. Aku auto rasa mak mertua aku tu jenis yang garang dan tegas.

Lepas tamat sekolah rendah, aku dan suami (aku nama kan dia N) sekolah menegah di sekolah yang berbeza.

Masa kami tingkatan dua, kawan kawan sekolah rendah aku buat gathering dan raya di rumah kawan kawan semua secara berjemaah. Orang jawa panggil ‘baraan’.

Masa raya rumah N, mak mertua aku ada hidang kan air dan kami yang perempuan semua bersalam salaman dengan dia. Lepas tu mak mertua aku ke dapur dan muncul semula masa kami nak balik.

Memori tu tak berapa jelas tapi persepsi aku pada mak mertua aku masih tak berubah. Aku masih rasa dia garang dan tegas.

Dipendekkan cerita kali ketiga aku jumpa mak mertua aku masa wedding abang sulung aku tahun 2017.

Masa ni aku dah dewasa, dah habis belajar dan dah bekerja. Aku lagi sekali jadi penyambut tetamu depan dewan.

Daripada jauh aku dah nampak mak mertua aku jalan beriringan dengan ayah mertua aku.

Abah dan ayah mertua aku bekerja dalam bidang yang sama dan duduk sekampung jadi abah jemput ayah mertua aku ke wedding tu.

Masa ni aku dan N masih fasa berkawan. Aku dah ada hati dekat dia tapi aku belum confess lagi.

Masa mak mertua aku datang dekat, kami bersalaman lepas tu mak mertua aku terus masuk ke dalam dewan.

Masa tu riak muka mak mertua aku tak serius macam sebelum ni tapi masih tak begitu mesra. Aku nervous sangat sebab kalau aku kahwin dengan N, aku akan dapat ibu mertua yang garang huhu.

Tapi itu semua tak mematah kan semangat aku untuk confess perasaan aku pada N. Selepas siri drama yang panjang aku dan N bersetuju untuk bercinta.

Kekok ye dari kawan tiba tiba nak bercinta. Lepas bercinta dengan aku, N beritahu mak dia untuk jangan hubungi ex girlfriend dia lagi.

N terangkan baik baik yang diorang dah berpisah. Mak mertua aku agak sedih dapat berita tu.

Diorang dah bercinta selama 7 tahun dan masing masing dah pernah berjumpa dengan ibu bapa masing masing. Mak mertua aku selalu juga berhubung dengan ex gf N.

Mungkin mak mertua aku excited nak terima dia sebagai menantu jadi bila N bagi berita duka tu mak mertua aku jadi sedih tapi dia tak tanya lebih lebih.

N pun tak cerita pasal aku sebab nak bagi masa untuk mak dia ‘move on’.

Aku jadi tambah nervous dan terkilan sebab mak mertua aku dah sayang ex gf N. Aku takut akan tak akan diterima sebagai menantu. Aku redha. Aku terima apa jua yang Allah takdirkan.

Nak dijadi kan cerita, satu hari N excident. Keadaan dia agak teruk tapi dia terus balik rumah sewa tanpa pergi ke klinik.

Dia tak minta bantuan sesiapa. Dia cuma maklumkan pada aku dan tahan sakit sepanjang malam sorang sorang.

Aku duduk agak jauh dari N jadi aku tak mampu nak datang tolong sebab dah lewat malam. Aku minta no. telefon mak mertua aku dan aku kumpul kekuatan untuk beritahu keadaan N dekat mak mertua aku.

Esok pagi lepas subuh mak mertua aku balas mesej aku dan ucap terima kasih. Lepas subuh aku gerak ke rumah sewa N, aku bawa dia ke hospital.

Proses nya agak panjang, N suruh aku tunggu dekat luar bilik doktor dan tolong pegang kan hp dia sementara dia jumpa dr.

Tiba tiba hp N berdering.

Mak dia call tapi tak kan la aku nak angkat pulak. Aku biar kan je. Tak lama lepas tu hp aku pulak bunyi. Mak mertua aku call tanya keadaan dan lokasi N.

Aku terpaksa terus terang yang aku ada dekat hospital dengan N. Mak mertua aku kata dia tengah on the way dan dia minta kami tunggu dia sampai.

Aku sangat nervous nak jumpa mak mertua aku untuk pertama kali. Aku cakap dekat N aku nak balik sebelum mak mertua aku sampai tapi aku terlambat sesaat.

Masa kami keluar hospital mak dan ayah mertua aku dah sampai depan hospital. Mereka ajak aku makan sama sama dekat restoran terdekat.

Mak dan ayah mertua aku sangat baik. Diorang banyak tanya khabar abah dan mak aku. Mak mertua aku nampak baik dan mesra

Sebelum aku balik mak mertua aku peluk dan ucap terima kasih sekali lagi.

Beberapa bulan selepas tu aku terima pinangan daripada pihak N. Mak mertua aku sendiri yang datang sarungkan cincin merisik. Masa tu mak mertua aku nampak mesra tapi aku masih nervous.

Tarikh nikah kami dipercepatkan. Abah dan ayah mertua aku yang paling happy sebab dapat jadi besan. Diorang bersetuju untuk terus melangsung kan majlis tanpa perlu bertunang.

Allah mudah kan semuanya, aku selamat bernikah dengan suami dalam majlis yang sederhana tapi meriah.

Sekarang aku dan suami sudah dikurniakan seorang anak. Sepanjang perkahwinan kami, mak mertua aku adalah ibu mertua yang sangat baik.

Aku tak pernah terasa hati dengan ibu mertua aku sedikit pun. Bila balik kampung sebelah suami, mak mertua yang akan masak.

Bila aku datang nak tolong, mak mertua aku akan kata tak apa tak ada apa sangat pun jadi aku end up duduk dekat dapur menyembang dengan mak mertua aku.

Mak mertua aku tak pernah sindir perli aku atau yang sama waktu dengan nya. Aku seronok bercerita apa saja dengan mak mertua aku.

Aku dan kakak ipar (biras) dilayan sama baik, sama rata dengan mak mertua. Tak ada terkurang dan terlebih. Anak kami pun disayang sama rata.

Masa aku nak bersalin, mak mertua aku paling risau. Dia mesej keluarga terdekat minta doakan aku supaya semuanya selamat.

Mak mertua aku sediakan air selusuh yang dah dibaca oleh ustazah supaya aku mudah bersalin. Masa aku dalam pantang mak mertua aku jaga aku dengan baik.

Masa anak aku sakit beberapa kali kami terpaksa hantar balik ke kampung sebab aku dan suami dah habis cuti dan terpaksa bekerja semula.

Mak mertua aku jaga anak aku dengan baik tanpa rungutan. Aku jadi malu dengan mak mertua aku. Aku bukan menantu yang sempurna.

Aku banyak kekurangan tapi aku dilayan dengan sangat baik.

Dulu aku pernah terfikir bertuah nya kakak ipar aku (isteri abang aku) sebab mak aku layan dia dengan sangat baik tapi alhamdulillah aku dapat mak mertua yang sama baik.

Mak aku pun turut sama senang hati sebab aku dapat mak mertua yang baik.

Disebalik kesedihan yang aku lalui dalam hidup, ada nikmat yang aku lupa untuk syukuri.

Allah telah jemput mak aku kembali ke negeri abadi tahun lepas dan separuh jiwa aku turut sama dibawa pergi. Sekarang aku hanya mampu menumpang kasih ibu mertua.

Aku bsrsyukur ya Allah atas rahmat dan kasih sayang MU. Aku mohon doa para pembaca untuk doakan kesejahteraan mak, ayah mertua dan abah aku. Terima kasih semua.

Salam sayang. Mawardah

Reaksi Warganet

Siti Rohana Hasan –
Asbab mak awak layan menantu dengan baik, awak dapat mertua yang baik. Alhamdulillah.

Shella Kamaluddin –
Alhamdulillah mak mertua dan pak mertua i pun baik sangat. Tak cerewet lansung dengan anak menantu.

I banyak duk dengan mertua sejak anak i yang sulung lahir . I balik rumah i kadang kadang sahaja.

Sekarang, mak abah i duk jauh. I layan mak pak mertua baik baik dengan harapan orang yang berurusan dengan mak abah i pun layan mereka baik baik walaupun bukan depan mata i.

I kawin baru 5tahun. Harap sangat i dapat jadi anak menantu yang baik. Selalu mintak doa dari mereka

Mak pak mertua selalu pesan, jaga suami, jaga anak, jaga keluarga baik baik. Kalau suami pulak dia pesan macam tu juga . Itu aje yang selalu disebut.

Mawar Nur –
Aku selalu doa, semoga aku dapat menantu yang sayang aku macam Nabi sayang mertua dia. Dan semoga aku akan dapat sayang menantu sama macam Nabi sayang menantu dia. Amin..

Sumber – Mawardah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *