Kahwin dah 3thn, anak sorg. Aku kerja. Bila suami buat aku mcm bibik di rumah, rasa terkilan sangat

Foto sekadar hiasan

Suami ‘Entitled’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah ini saya nukilkan hanya untuk meluahkan apa yang saya rasa sejak bergelar isteri.

Saya berumur 29 tahun, sudah berkahwin 3 tahun dan dikurniakan seorang anak. Sejak berkahwin saya duduk di rumah suami (rumah sendiri) yang dekat dengan rumah mak mertua di bandar.

Rumah kami tidaklah mewah sekadar rumah apartment tapi cukup segala, serba serbi.

Suami saya bukanlah orang yang jahat, cuma saya mendapati ada perangainya yang menjadi barah dalam rumah tangga saya. Suami saya bekerja sebagai jurutera dan saya bekerja sebagai admin/procurement.

Kedua dua kami alhamdulilah berada dalam golongan M40 pertengahan. Kami mempunyai kereta, motorsikal dan rumah sendiri. Jika dilihat dari luar, kami keluarga yang sempurna. Alhamdulillah.

Cuma ada satu perkara je yang saya tidak berkenan dengan suami saya, iaitu, dia rasa dirinya berhak melayan saya seperti bibik rumah tangga. Asasnya, saya cukup penat terbeban sebagai isteri yang bekerja dan ibu.

Saya dapati hampir kesemua kerja rumah dan penjagaan anak saya buat sendiri.

Hal rumah, pembayaran bil, hal ehwal rumah, taska anak, perkembangan anak, makan minum, hal barang dapur, hal majlis family, semua diletakkan di bawah tanggungjawab saya.

Seakan suami saya tiada fungsi dalam rumah tangga. Saya bagi contoh untuk mudah difahami.

Saya bangun seawal 6 pagi. Mempersiap sarapan, mempersiap anak – packing barang taska, bari anak makan, mandikan anak, layan suami breakfast, basuh pinggan, buang sampah, persiapan diri sendiri ke tempat kerja.

Saya kerja office hour masuk 9 pagi keluar 6 petang. Pukul 7.40 pagi saya sudah keluar ke tempat kerja, hantar anak ke taska , baru sampai office.

Hampir setiap hari lewat kerana trafik yang sentiasa berubah (kemalangan, trafik light rosak, sekatan jalan raya, masalah tol, etc).

Balik pula, saya keluar office seawal 6.15pm, ambil anak, dan hanya sampai ke rumah pukul 7.45pm.

Sesampainya di rumah, saya perlu persiapkan diri sendiri, anak, solat, masak, dan bagi anak makan yang dibawa sampai ke pukul 9.30 malam.

Sesudah itu, saya masih perlu menghabiskan masa untuk ajar anak hal hal agama, spend time dengan anak untuk beberapa aktiviti bagi mengisi ketiadaan saya semasa anak di taska (bonding)

Sesudah itu, saya juga yang perlu kemas dapur, basuh pinggan, buang sampah, basuh baju, lipat baju, dan tidurkan anak.

Sesudah tidurkan anak, saya masih perlu iron baju suami, layan suami nak makan itu ini, buatkan kopi dalam keadaan yang sangat letih.

Kadang kadang, saya perlu kemas peti ais malam malam kerana suami tak suka peti ais banyak barang. Semua aktiviti ini ambil masa sampai pukul 11 malam (kadang kadang lebih).

Bila sudah tidur, suami pula kejut saya pukul 2-3 pagi untuk bersama. Belum campur anak bangun malam untuk minta susu.

Dan rutin ini berulang setiap hari. Padahal saya ini juga membayar perbelanjaan keluarga dengan jumlah yang sama. Kereta rosak, saya kena setelkan kerana alasan suami sibuk bekerja.

Paip rumah bocor, saya juga yang kena setelkan kerana alasan sama. Lampu rosak, saya juga yang perlu betulkan kerana suami lambat bertindak walaupun sudah banyak kali diingatkan.

Hal hal bil, kenaikan maintenance fee, dan lain lain acara kemasyarakatan, semua saya yang perlu handle.

Keadaan ini menyababkan saya jadi ibu yang cepat marah, dan tiada lagi senyuman kepada suami. Bila saya sampaikan kepada suami, dia merajuk dan kata “Ye la.. Saya je la yang salah”.

Respon yang kebudakan ini sangat menyakitkan hati saya. Sekarang saya fikir lebih baik saya berlepas diri dari perkahwinan yang tiada fungsi ini. Sebelum saya sakit mental dan fizikal.

Padahal saya juga graduan engineering, yang perlu berkorban kerja yang tidak perlu ke mana mana site dan tidak perlu kerja weekend hanya untuk pastikan kebajikan anak dan suami terjaga.

(sebab saya sedar, PJJ bukan pilihan yang baik untuk kami).

Saya harap saya dapat membuat keputusan yang baik dan tepat.

Reaksi Warganet

Syahirah Omar –
Memang ada lelaki lelaki jenis begini. Ada lelaki jenis bila nampak isteri ok, kuat, absorb je apa dia suruh, peduli apa dia perasaan isteri. Jadi Puan kena firm kalau lama lama pasti lebih keruh.

Dulu ada confessor begini juga akhirnya dia langsung taknak bayar apa apa, dia buat hal dia je urus anak. Sebab dah berbincang tapi suami tetap ambil mudah perasaan isteri.

Hani Mynis –
Untuk confessor ni: ambil satu hari duduk berbincang, buatkan jadual kerja rumah bagi dekat suami.

Sepatutnya kerja rumah ni tak perlu jadual yang spesifik, mana yang isteri belum buat suami buatkan. Mana yang suami belum buat isteri tolong siapkan. Kena ada kesepakatan dan yg paling penting common sense.

Memandangkan ternyata suami confessor lack of common sense, puan sediakan jadual kerja untuk dia. Listkan tugas dia siap siap apa dia kena buat. Jangan tolong buatkan.

Kalau tugas dia buang sampah puan Jangan tolong buang. Ingatkan dia untuk buang. Bukan kemas rumah je kena jadual, cakap pada suami me time untuk puan pun ada dalam jadual, waktu bersama suami isteri pun ada jadual.

Oh perbelanjaan keluarga pun kena listkan dan buat jadual apa yang puan bayar apa yang suami bayar. Baru lah sama sama function dalam rumah tangga.

Fizza Munirah –
Dah 3 tahun kahwin kan. Susah dah la nak lenturkan suami tu.

So, nasihat akak kepada adik adik yang nak berkahwin tu bincangla siap siap sebelum kahwin tu macamne halatuju dan expectation rumahtangga lepas kahwin nanti.

Satu lagi seawal kahwin tu toksah la dok manjakan sangat suami konon konon nak jadi isteri mithali sangat. Kena didik suami buat kerja sama sama seawal kahwin. Biar jadi kebiasaan.

Bukan ada anak baru nk suruh. Dah terlambat. Jangan tunjuk berdikari sangat, suami akan ambik ringan tanggungjawab dia nanti.

So, untuk confessor ni try cakap secara serius dengan suami apa yang awak harapkan dari dia. Dan berkeras sikit. Contoh, jangan bayar kalau tu bahagian suami. Buat keras je, biar suami yang settlekan.

Tyha Tyha –
Kena suruh aje. Tak yah cakap cakap pillow talk bagai. Contoh buang sampah tu, dah ikat letak depan pintu. Suruh dia buang.

Makan minum dalam rumah memang buat dek aje. Tak de barang dapur tak yah masak. Rasa lapar pandai pandailah suami tu pergi beli.

Memang tanggungjawab dia sediakan makan minum dalam rumah, bukan kita. Dia tak sediakan biarkan dia lapar.

Makan siap siap sebelum balik kerja cakap je saya tadi ada kawan belanja makan dekat opis, orang sedekah makanan ke. So awak jimat basuh pinggan dekat rumah, jimat masa sediakan makanan.

Peti ais dan barang dapur pon suami tu kalau berakal dia top up. Cakap aje balik dah lambat tak sempat nak beli barang masak.

Bila gi pasaraya, awak cakap je beli jelah apa apa dia nak makan nanti awak masak je. Masa bayar jangan ikut gi kaunter ok

Nor Ku –
Pertama, bincang secara terhormat dengan suami

Kedua if tak jalan, minta kerjasama ahli keluarga yang ok untuk bincang

Jika tak jalan juga suggest jumpa kounselor.

Jika tak jalan juga, sebelum nak berpatah arang berkerat rotan, kurangkan kerja dan expenses anda dalam keluarga

1. Ikat sampah letak di ruang tamu

2. Jangan prepare breakfast. Just letak roti, jam, cereal

3. Makan siap siap before balik, balik settle kan anak, sempat or not lepas solat tidur terus.

4. Tak payah kemas fridge sebab suami bebel, kemas jika sempat.

5. Jika acara social berkait duit, settlekan jika sebelah saudari. Sebelsh dia biar dia urus

6. Gosok baju dia etc jika sempat jika busy tak perlu

7. Adaptasi yang lain agar memudahkan anda

Beri peluang kepada pasangan semampu anda bertahan. Jangan tunggu hingga anda depress etc

Moga Allah mudahkan

Sumber – Alia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *