Haritu ayah balik diam2. Terkjut sgt dia bila nmpk mak kene dgn nenek. Terus aku menambah

Foto sekadar hiasan

Mertua Dari Neraka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sakit hati baca confession pasal suami ajak bini duduk dengan mertua ni. Begitu jugalah derita ibu saya yang tinggal dengan nenek.

Keluarga saya dulu memang sangat susah. Ayah kerja tidak menentu dengan gaji yang sangat rendah.

Pada mulanya ibu dan ayah merantau ke luar negeri. Namun disebabkan ayah kesiankan nenek sebab takde siapa boleh jaga, maka ayah ajak ibu tinggal dengan nenek.

Sebab kata ayah, nenek tinggal seorang diri. Jadi ayah nak berbakti kepada ibunya juga (nenek saya). Dalam masa sama, ayah tidaklah terbeban dengan sewa rumah.

Nenek saya ni di hadapan ayah sangat lemah lembut. Pijak semut tak mti.

Pada mulanya, nampak nenek sangat bahagia menerima kedatangan keluarga kami ke rumahnya.

Saya sebagai cucu pun bahagia sebab akhirnya dapat tinggal bersama dengan nenek di kampung.

Namun selepas beberapa bulan, nenek sudah mula tunjuk taring. Ibu saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Ibu saya bukan tak nak bekerja, tapi sebab ada 5 orang adik kecil bawah saya yang perlukan jagaan ibu. Nak hantar ke nursery pun tak mampu sebab gaji ayah sangat kecil.

Ibu pula belajar SPM je jadi kalau bekerja pun gaji sangat murah, transport nak pergi kerja pun tiada. Keluarga kami cuma ada sebuah moto sahaja. Itu pun ayah yang guna.

Menantu nenek yang lain semuanya berkerjaya. Ada yang berpangkat tinggi, ada guru sehinggalah ada yang bekerja di bahagian korporat.

Tapi ibu, satu satunya menantu yang tidak bekerja dan tak belajar tinggi.

Saya pun mula perasan, walaupun ketika itu saya baru berumur 5 tahun, tapi saya sudah boleh berfikiran dengan matang. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri betapa ibu sering diherdik dan dimarahi oleh nenek sebaik sahaja ayah pergi kerja.

Ibu ni sangat sopan orangnya, jenis yang tak pandai menjawab. Senang kata macam lurus lah. Nenek marah pun ibu diam je.

Nenek terlupa letak barang kemas dia kat mana, pastu nenek suka tuduh ibu yang curi. Kesiannya ibu saya, selalu dimarahi nenek.

Walaupun saya baru 5 tahun, tapi saya sangat tidak suka melihat ibu saya dimarahi. Ada sekali tu saya marah nenek saya balik sebab nenek suka tengking tengking ibu.

Tapi nenek marah saya balik sambil cakap “Kau dengan mak kau sama je.. dasar miskin.. ada je barang aku hilang sejak kau dengan mak kau tu duduk sini”. Sedihnya saya. Berair mata bila nenek sendiri cakap macam tu.

Ibu pula diam aje bila kena tuduh mencuri. Nenek ingat kami ni hadap sangat barang kemas dia tu. Padahal dia sendiri yang lupa letak mana.

Last last bila dia dah jumpa barang dia balik, sikit pun dia takde minta maaf dekat ibu.

Banyak tahun juga kami tinggal dengan nenek. Sampailah saya darjah lima pun masih bertahan di situ.

Ada suatu hari tu ayah pinjam kereta bapak saudara saya untuk bawa kami sekeluarga jalan jalan. Kami takde kereta, jadi kalau nak jalan jalan tu, ayah memang akan pinjam kereta adik beradiknya.

Dalam kereta, ibu akhirnya bersuara. “Bang kalau kita pindah rumah lain boleh tak. Rumah kecil pun takpe. Janji rumah sendiri”.

Ayah bantah. Ayah naik angin sikit. Ayah cakap “Awak kalau nak cakap boleh tak fikir dulu? Sape nak jaga mak saya kalau kita pindah rumah lain?

Saya ni anak lelaki, kena jaga mak sendiri. Syurga saya bawah tapak kaki mak saya. Awak bersabar ajelah duduk situ. Mak saya okay je layan awak. Kenapa nak pindah pulak?”.

Ibu saya diam. Lalu ibu buka mulut “Depan awak memanglah okay. Tapi bila awak pergi je kerja, dia tengking saya dari bawah rumah sampai semua jiran jiran dengar.

Dia tuduh saya curi barang dia. Saya masak je mesti ada je tak kena. Tak sedaplah. Tak pandai masaklah. Semua serba serbi tak kena. Setiap hari saya hadap semua tu. Awak mana nampak sebab awak sepanjang hari keluar kerja.”

Ayah saya tak percaya. “Awak jangan nak buat cerita nak tuduh mak saya bukan bukan pulak.”

Panjang jugak lah ibu dengan ayah saya bertekak. Sampai pergi jalan jalan pun dua dua muncung aje muka. Sampai berhari jugak ayah merajuk dengan ibu sebab burukkan nenek saya.

Satu hari tu, ayah pergi kerja. Tapi tiba tiba ayah patah balik rumah sebab ayah cirit birit. Masa tu memang on point, sebab nenek tengah menjerkah ibu saya dari atas rumah sebab dia kata ibu saya yang rosakkan pokok pokok dia.

Padahal ibu saya tak pernah usik pun pokok dia. Ayah saya yang sampai rumah masa tu terdengarlah nenek saya jerkah ibu saya.

Ayah saya terkejut beruk wak. Dia sendiri tak pernah dengar emaknya sendiri naikkan suara sampai sebegitu rupa. Sebab selama ni dia sangka emaknya itu jenis yang slow dan lemah lembut je.

Rupanya maknya itu mertua dari neraka. Saya yang melihat muka terkejut ayah terus menambah “Macam gitulah ibu kena herdik hari hari ayah.. Saya pun selalu kena marah dengan nenek sebab dikatakan menghabiskan beras dia. Padahal beras ayah yang beli”.

Ayah dah mula faham kenapa ibu tak suka duduk dengan nenek. Tapi ayah cakap, ibu kenalah bersabar. Nenek tu kan dah tua. Jadi janganlah ambil hati.

Tapi ibu saya loss word. Kadang kadang ibu pernah mengadu dekat saya rasa nak minta cerrai je dari ayah. Sebab mental ibu dah broken sangat.

Ibu sampai diam berhari hari sebab kemurungan. Kasihan ibu saya. Saya pun berair mata tengok nasib ibu yang selalu dimaki.

Kalau sepupu saya singgah ke rumah nenek, nenek kemain peluk cucu cucu lain. Menantunya pun dipeluk erat.

Menantu lain kalau balik mesti bawa hadiah mahal. Handbag branded, hadiah gelang atau cincin emas. Nenek of course lah suka sebab nenek ni mata duitan.

Nenek selalu bagi duit dan hadiah dekat cucunya yang lain. Sedangkan kami cucu cucunya yang duduk serumah bertahun tahun ni tak pernah dapat satu sen pun duit dari nenek, apatah lagi hadiah.

Antara 2 darjat. Begitulah realitinya dan hakikat pedih mengapa nenek layan kami dengan teruk.

Nenek kalau marah ibu selalu nenek bebel “Kenapalah anak aku kahwin dengan perempuan miskin macam kau. Dasar orang kampung. Bukannya boleh beri kesenangan kepada aku. Makin menyusahkan adalah”.

Ibu ni taktaulah banyak mana dah terguris hati dia. Bayangkan ibu dah lama bersabar sampai satu hari ibu mengamuk dekat rumah nenek.

Ibu betul betul minta cerrai dekat ayah sebab dah tak tahan dengan nenek.

Akhirnya ayah pun tekad keluar pindah ke rumah sewa lain. Alhamdulillah sejak kami tinggal sendiri, kami sangat bahagia. Ibu dah jadi ceria, ibu selalu bergurau dengan ayah.

Ibu boleh hias rumah dengan bebas. Ibu boleh tanam pokok dengan bebas. Ibu nak bela kucing pun takde orang halang. Ibu nak masak macam macam menu setiap hari pun takde masalah. Ibu betul betul dah merdeka.

Dan nenek, walaupun kami dah pindah. Nenek tetap layan kami macam sampah. Sebab kami kan miskin. Mana lah nenek nak pandang dan sayang kami macam cucu cucunya yang lain.

Namun suatu hari nenek jatuh sakit. Saya lah yang menjaga nenek ketika itu. Cucu yang paling dibencinya inilah yang basuh kencing dan berak nenek. Cucu yang paling miskin inilah yang mandikan nenek dan suap makanan untuk nenek setiap hari.

Mana pergi cucu cucu nenek yang kaya kaya tu? Mereka hanya datang pada majlis pengebumian nenek sahaja.

Cerita ini bukanlah untuk memburukkan nenek, tapi untuk dijadikan pengajaran kepada para suami di luar sana supaya tak jadi bdoh macam ayah saya.

Kasihanilah isteri anda, mereka juga berhak untuk bahagia.

Untuk aruwah nenek, kami sekeluarga dah lama maafkan nenek. Cuma, luka lama tetap berbekas dan sukar untuk hilang.

Walau benci macam mana pun nenek terhadap kami, rasa kasih dan sayang kami terhadap nenek tetap ada.

Kalau tidak, takkanlah kami sanggup menjaga nenek sepanjang nenek kaku seperti myat hidup dan takkanlah kami sanggup mandikan nenek, kafankankan nenek dan sedekahkan yasin untuk nenek setiap malam

Kadang kadang menitis air mata teringatkan kelakuan nenek dahulu. Tapi dalam masa yang sama, rindukan nenek.

Mengapa nenek tidak pernah nak curahkan kasih sayang untuk kami? Saya sangat dahagakan dakapan dan pelukan seorang nenek.

Tapi ketika nenek hidup, saya tak sempat merasa itu semua. Sehingga saya pernah bercita cita untuk berjaya dan menjadi kaya supaya suatu hari nenek dapat layan kami sama macam nenek layan cucu lain.

Tapi akhirnya nenek pergi dulu. Al fatihah untuk nenek. Untuk kalian yang bakal bergelar nenek, jadilah nenek yang penyayang dan jangan pilih kasih.

Cerita ni adalah kisah benar dan bukan rekaan. Ambil lah pengajaran dan kalau nak adaptasi jadi drama/novel pun, silakan.

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –
Macam tu lah. Alasan pindah, duduk dengan ibu sebab nak berbakti. Tapi yang berbakti, yang jadi hamba tu siapa?

Yahya Osman –
Salah nya pada ayah adik, mengapa suka duduk bawah ketiak emaknya walau pun dah kawin dan anak 5. Duduk sendiri bersama keluarga walau pun susah, tapi kita pasti akan bahagia.

Nenek adik tu memang lah mata duitan dan elok lah dia mti awal. Ramai menantu yang jadi hamba dengan mak mertua dari neraka, macam nenek adik tu

Lashin RA –
Ingat masa aruwah nenek saya masih hidup anak perempuan berebut nak jaga sebab memikirkan hal begini la, takut ada terkeluar pasal sikap mertua dan risau pasal aurat.

Walaupun menantu baik baik budi belaka dan berbudi bahasa.

Mertua kalau terlepas kata dengan menantu, terasanya lain macam, sungguh pun dalam keadaan sakit, sama juga bila menantu dengan mertua. Lagi pula menantu perempuan.

Biar kita kenang yang baik baik sahaja, macam mana pun mertua, mertua lahirkan anaknya, macam mana pun menantu, menantu yang lahirkan cucunya.

Semua pun pernah merasa sakit beranak, semua pun pernah bertarung nyawa.

Zulnaidah Manan –
Sebenarnya ramai je mak Mertua dari neraka macam ni. Suka beza beza anak cucu dan menantu.

Bukan sebab menantu tak educated pun. Menantu pandai bergelar Dr pun mungkin boleh alami pengalaman yang sama. Dikatakan pandai sangat menjawab dan mengajar mertua pulak. Dan ramai juga mertua yang baik baik dan layan anak menantu cucu dengan kasih sayang..

It’s all about attitude. Lumrah sifat manusia. Moga jadi iktibar untuk kita. Kita tak boleh nasib orang. Tapi kita boleh ubah nasib kita.

Bila kita jadi mertua nanti. Jadilah mertua yg disayangi. Hal anak menantu jangan dijaja. Jangan sibuk nak atur hidup anak menantu. Kecuali dia minta pandangan kita.

Zaman dah banyak berubah. Cara hidup pun. Apatah lagi komunikasi mertua menantu. So kita raikan dengan kasih sayang.

Sumber – Bidadari (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.