Foto sekadar hiasan
Ayah Mertuaku
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih admin sebab approve, tolong hide identiti saya. Saya seorang pembaca luahan hati orang lain di dalam group ini. Hari ini barulah ada semangat nak menulis tentang cerita sendiri.
Saya dan suami dah 5 tahun berkahwin dan telah pun mempunyai seorang anak lelaki yang umurnya dalam 3 tahun.
Sejak awal perkahwinan, suami dah putuskan untuk tinggal bersama keluarganya. Katanya untuk menjaga kedua orang tua mereka memandangkan aruwah ibu mertua saya adalah seorang pesakit cncer tahap kritikal (tahun lalu dah meninggal dunia akibat penyakitnya).
Sekarang tinggallah ayah mertua, saya dan suami serta dua orang abang ipar yang belum berkahwin serta kakak ipar yang baru kematian suaminya, dan juga adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan mei ini tinggal dalam rumah ayah mertua.
Dijadikan cerita, ayah mertua saya adalah seorang pengamal perubatan tradisional. Kata suami, ayah mertua dari zaman mudanya telah diturunkan ilmu perubatan oleh nenek moyang suami.
Oleh itu, tidak hairanlah jika dibilik ayah mertua mempunyai pelbagai benda benda pelik. Tapi itu semua tidak mengganggu saya, kerana saya bukanlah orang yang mempercayai akan itu semua,
Saya hanya akan mendengar dan menganggukkan kepala jika ayah mertua menceritakan tentang pengalamannya mengubati orang orang yang kerasukan ataupun yang terkena buatan orang.
Oleh kerana saya bukanlah orang yang penakut, setiap kali orang bertandang kerumah untuk meminta diubati ayah mertua saya, saya tidak akan pernah mengalami apa apa masalah contohnya kesukaran untuk tidur kerana trauma melihat ragam pesakit pesakit ayah mertua saya.
Tetapi, peristiwa 3 tahun yang lalu telah mengganggu saya hingga ke hari ini, kejadian itu tepat ketika saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Saya mula merasakan hal yang aneh sejak kedatangan seorang budak perempuan.
Suatu malam, ada seorang budak perempuan datang ditengah malam bersama dengan ibu dan juga beberapa orang ahli keluarganya untuk berjumpa dengan ayah mertua.
Kata ibu budak perempuan itu, anaknya mengaduh sakit leher dan lehernya membengkak meskipun telah mengunjungi pelbagai hospital, sakit budak itu makin bertambah teruk.
Awal kedatangan mereka, sayalah yang membukakan pintu dan mempelawa mereka masuk serta bertanyakan tujuan sebenar kedatangan mereka,
Setelah tahu tujuan dan melihat keadaan budak perempuan yang meronta ronta kesakitan sambil menangis, saya pun berlari untuk memanggil ayah mertua saya yang ketika itu sudahpun nyenyak tidur.
Setelah ketukan kedua barulah arwah ibu mertua membuka pintu dan saya terus menceritakan tentang kedatangan keluarga yang sedang menunggu ayah mertua.
Ibu dan ayah mertua pun turun kebawah untuk melihat sendiri keadaan budak tersebut.
Ketika itu, rasa mengantuk saya terus hilang, dan terus mengikuti ayah mertua dan ibu mertua ke bawah untuk melihat kembali keadaan budak tersebut.
Apabila ayah mertua datang ke arah budak itu, budak itu tambah menangis seperti hendak lari. Ayah mertua suruh ibunya memeluk budak itu dahulu sementara ayah mertua menuju kedapur barangkali untuk menyediakan bahan bahan perubatannya.
Saya yang sedang asyik memerhati budak tersebut tiba tiba merasakan angin sejuk yang lalu dibelakang saya.
Mulanya, saya tidak mengendahkan kerana terlalu kasihan akan suara tangisan budak perempuan yang meronta ronta kesakitan pada lehernya.
Tapi lama kelamaan, saya rasa seram kerana budak itu asyik mengatakan ada nenek hendak menangkap dan membawanya pergi, dan budak itu asyik menunjukkan ke arah yang sama iaitu arah di mana tepatnya saya berdiri.
Saya yang bukan asalnya penakut terus memujuk budak itu untuk bersabar, tapi budak itu makin menguatkan tangisannya sambil menolak nolak tangan saya yang cuba untuk memujuknya.
Ayah mertua yang telah siap bahan perubatannya, kembali ke ruang tamu dan memulakan sesi perubatannya. Saya berdiri disamping ayah mertua dan melihat sendiri sesi perubatan ayah mertua buat pertama kalinya.
Setelah diminumkan air, budak perempuan itu mengelupur dan pengsan seketika. Setelah nampak aksi budak perempuan itu, saya pun masuk kedapur tanpa menoleh kebelakang,
Saya rasa seperti budak itu berlakon sahaja sambil mengatakan ke ibu mertua saya yang duduk minum air panas didapur ketika itu.
Ibu mertua hanya senyum kerana dia memang tahu saya bukanlah seorang yang penakut, ke tandas yang berada diluar rumah pun saya berani sendiri biarpun waktu itu sudah larut malam.
Ibu mertua hanya mampu mengatakan “tidak melihat bukan bermakna tidak wujud” dan perkataan itulah yang menganggu saya dari saat itu hingga ke hari ini.
Selepas keluarga itu pulang, saya tidak boleh tidur lagi walaupun jam sudah menunjukkan waktu hendak siang.
Saya berusaha hendak lelapkan mata tapi tiba tiba sahaja bayangan imej seorang nenek tua muncul dengan terkejutnya saya terus terbangun dan tidak jadi hendak tidur. Lakaran imej nenek tua itu terlalu nyata bagi saya dengan wajahnya yang seram.
Setelah kejadian itu dan berbulan lamanya maka lahirlah anak saya dan membesarlah ia hingga umur beberapa bulan.
Ketika berumur 9 bulan anak saya kerap kali ketawa sendiri dan mampu bangun tengah malam dan bermain main seperti ada temannya,
Saya perasan ada ketika anak saya menangis seperti ada yang menganggunya tapi adakalanya dia ketawa seperti sedang bermain dengan seseorang. Saya hanya anggap perkara itu normal, hinggalah pada saat anak saya sudah mampu bercakap,
Dia sering menceritakan tentang seorang wanita yang dia panggil mama tua, ketika itu saya hanya mendengar dan tidak ingin ambil tahu.
Tapi lama kelamaan saya mulai takut ketika anak saya mulai pandai keluar dari dalam bilik dan bermain diruang tamu sendiri walaupun sudah larut malam.
Saya risau akan keadaanya dan meminta untuk ayah mertua melihat keadaan anak saya, ayah mertua mengatakan. Ada seorang wanita tua yang menjaga anak saya.
Dahulu, setelah kejadian budak perempuan itu. Saya dan suami pernah kemalangan. Tapi yang peliknya, saya tidak mengalami apa apa masalah hanya luka kecil didahi dan kandungan juga baik baik sahaja, manakala suami luka dan terpaksa ditahan diwad selama seminggu.
Doktor yang merawat saya sendiri mengatakan bahawa rahim saya sangat kuat walaupun telah mengalami kemalangan sedemikian.
Waktu itu saya fikir, itu kerana faktor rahim yang kuat tapi kata ayah mertua, nenek tua itu telah menjaga nyawa anak saya yang ketika itu dalam rahim lagi.
Saya yang risau ketika mendengar penjelasan ayah mertua terus meminta ayah mertua untuk menghalau nenek tua itu,
Ayah mertua menjelaskan bahawa nenek tua tidak akan mengganggu anak saya tapi saya berkeras untuk tidak mahu menerima kewujudan nenek tua itu dan terus memujuk ayah mertua untuk menghalau nenek tua itu,
Ayah mertua akhirnya akur akan permintaan saya dan turut merasakan jika dibiarkan nanti akan memberi faktor yang buruk atas pembesaran anak saya, kerana ketika itu anak saya sudahpun pandai keluar rumah walaupun waktu gelap malam.
Setelah melalui proses yang lama, anak saya pun sembuh atas bantuan ayah mertua. Tapi yang menjadi kerisauan saya ketika ini adalah anak saya kerap sakit, padahal dulu dia bukan cepat sakit.
Kadang anak saya demam berminggu minggu, kadang berdrah hidung dengan tiba tiba. Muncul kesan lebam di tubuhnya walaupun tidak pernah terjatuh dan paling teruk sekarang anak saya tidak aktif seperti dahulu.
Biarpun berjumpa dengan mana mana doktor, doktor tetap mengatakan anak saya baik baik sahaja. Tapi sebagai seorang ibu, saya merasakan anak saya sedang sakit, kerana kadang kadang anak saya tidur sambil menangis.
Dan ada ketika saya melihat sendiri jatuh drah dari hidung anak saya.
Bila dibawah ke hospital, doktor hanya menyatakan bahawa anak saya panas dalam badan. Anak saya sekarang dalam proses diubati ayah mertua saya. Doakan anak saya sembuh ya.
Reaksi Warganet
Azie Fazila –
Anak tu cucu sulungkan? Biasanya anak atau cucu sulung ni sasaran saka. Nampak macam ilmu ayah mertua tu salah. Bila dia cakap yang nenek tu jaga TT dengan anak pun dah boleh rosakkan akidah.
Sebaiknya carilah pengamal perubatan Islam yang betul betul merawat dengan cara Islam. Benda ni melibatkan akidah.
Norbua NA –
Saya pernah jumpa someone yang bapak dia pengamal ilmu ‘màcam macam’ seperti bapa mertua TT ni.
Dikisahkan, orang tu kahwin dan dapat anak. Anak dia cucu sulung. Orang lain lahirkan anak, uri baby langsung cuci dan tanam.
Tapi dia orang tidak. Si atuk simpan uri tu dalam bilik sampai setahun lebih. Dalam masa yang sama si atuk pernah beberapa kali bawa cucu masuk bilik.
Last last dapat tau uri baby dekat bilik tu dtampal kertas tulisan macam ayat al-Qur’an dan ada bau minyak wangi kuat sangat. Tak tau la apa niat si atuk tu.
Daripada kisah orang ni, hati hati lah dengan orang yang amalkan ilmu ‘macam macam’ ni kalau ada anak kecil.
Si atuk tu pun dapat ilmu daripada nenek moyang. Tak mustahil juga dia perlu cari waris ilmunya tu. Kalau memang nak berubat, cari orang lain je la kalau boleh.
Semoga Allah lindung awak, keluarga dan keturunan awak daripada perkara yang Allah tak redha
Ermm Kay –
Erm….ni pendapat jujur saya. Maaf kalau terasa. Kalau saya ditempat Puan, saya akan pindah cepat cepat duduk jauh jauh daripada ayah mertua.
Saya tak rasa tenang nak besarkan anak saya dengan persekitaran yang macam Tu.
Lepas pindah, saya akan bawa anak saya ke hospital pakar Dan ke perubatan Islam yang sah. I mean, Puan yakin Cara perubatan ayah mertua Puan menepati agama Islam?
Fatihah Ngahdimin –
Ada dengar ceramah ustazah Asma Harun katanya jika nak sembuhkan diri sendiri atau anak kita rukyah sendiri. Mintak sendiri direct dengan Allah tanpa ragu ragu percaya dengan janji kekuasaaan Allah.
Ade ustazah ajar rukyah jibrail boleh cuba google.. Orang lain hanya perantaraan, takot takot bila berubat dengan orang lain kita terniat mengharap dekat orang, bukan pada Allah.
Banyakkan doa baca surah 3kul. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab.
Bagus awak kuat semangat dan teruskan dengan semangat awak. Kita tak boleh kalah dan tunduk pada mereka!!
Sumber – Lunaa (Bukan nama sebenar) via IIUMC