Isteri balik lewat. Aku defrost lauk, tlg masak nasi. Mak aku nmpk. Dia kata isteri buat aku mcm org gaji

Foto sekadar hiasan

Maafkan Man, Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku ada nak cerita pasal mak mertua bini aku. Ya, mak aku sendiri.

Aku ni dah 10 tahun kahwin. Sepanjang 10 tahun ni ada saja benda yang mak aku tak suka dekat bini aku ni. Tak tau lah pasal apa.

Mak aku ni dah tua. Ibu tunggal sejak 15 tahun dulu. Bini aku ni memang bukan pilihan dia. Pilihan aku sendiri.

Aku kenal bini aku masa dekat U dulu. Tapi tak kan sebab tu mak aku ni tak suka bini aku sampai la ni. Perempuan pilihan mak aku dulu tu pun dah lagi awal kawin dari aku.

Banyak perkara yang mak aku buat kat bini aku. Nak tulis pun tak larat. Tapi yang paling aku geram hat yang baru baru ni jadi dekat rumah aku.

Dia mai rumah aku sebelum PKP 2.0 sebab nak pergi rumah adik beradik dia yang lain. Saja mai jalan jalan la. Duk rumah aku seminggu.

Sepanjang seminggu ni habis dia complain itu ini. Kebanyakannya pasal masakan bini aku. Pasal penjagaan rumah.

Bini aku ni pembersih. Barang barang semua ada tempatnya. Ada label. Semua dekat tempat bertutup supaya tak kena habuk. Tapi mak aku tak suka. Dia kata susah dia nak cari.

Aku cakap tak susah pun mak, semua ada label. Kalau mak tak jumpa jugak, mak tanya la Ayu (bini aku). Dia tak boleh terima. Masih nak cakap Ayu ni kedekut nak bagi dia guna barang barang.

Bila aku balik keja, ada saja benda tak kena. Ada saja dia nak complain dekat telinga aku ni. Kebanyakan masa aku terangkan balik apa yang dia tak puas hati sangat tu.

Bini aku ni keja 20km dari rumah. Jadi memang setiap hari dia balik lewat dari aku. Aku akan ambil anak anak, keluarkan makanan mentah dari freezer siap siap dan tolong masak nasi.

Ini pun mak aku tak suka. Dia kata Ayu buat anak dia macam orang gaji.

Aku cakap dekat mak aku, patutnya mak bangga dengan anak mak ni. Anak lelaki yang ringan tulang tolong isteri dan rumahtangga, bukan tau jadi raja berhari hari.

Dulu aruwah abah pun rajin tolong mak dekat dapur. Bukan duk saja tengok tv. Lagipun Ayu keja. Bukan duk rumah. Kalau pun Ayu duk rumah, tak kan la aku tak tolong dia langsung.

Bila aku jawab macam tu, mak aku kata aku ni manjakan sangat bini. Last last aku jawab tak pa lah manjakan bini sendiri, dapat pahala.

Malas aku nak lawan cakap lagi banyak pasal ni. Sebab dah banyak kali cakap. Nanti bila bini aku dah balik, dia masuk dapur masak, lagi satu dia complain.

Dia kata goreng ikan tak cukup garing la, masak sayur sekejap sangat la, potong sawi tak betoi la, siang ikan tak betoi la, masak sup tak letak kentang la. Semua serba tak kena. Semua yang salah.

Dia tak complain direct dekat bini aku. Dia pergi jugak jugak dekat telinga aku ni complain.

Aku ni simple. Orang dah masak, kita makan, ucap terima kasih. Tak perlu komen panjang panjang.

Lagipun pada aku tak ada yang tak kena dengan masakan Ayu. Semua serba lengkap, sedap.

Yang paling penting aku bersyukur, walaupun Ayu sama sama keja, dia masih tekad nak memasak untuk family.

Tapi mak aku tak fikir macam aku. Pada dia, kalau tak sama dengan cara dia, maksudnya salah.

Kalau kami balik kampung, lagi banyak yang tak kena dekat mata mak aku ni. Umpama setiap perlakuan Ayu tu salah semuanya.

Ya Allah. Kadang kadang aku tak sanggup nak bawa Ayu balik kampung disebabkan perangai mak aku tu. Aku kesian dekat Ayu. Aku suami. Aku patut lindungi dia.

Aku dah banyak kali tegur mak aku. Dah dah la nak cari salah Ayu. Ayu tu terima aku yang muka pecah rumah ni pun dah baik sangat dah.

Ayu selalu mengalah dan diam sahaja kalau dia terdengar apa yang mak aku complain. Aku selalu minta maaf dekat Ayu sebab perangai mak aku macam tu.

Tapi Ayu selalu cakap tak pa. Aku tau Ayu kecil hati dengan mak aku selama ni tapi dia tak pernah cakap dekat aku.

Aku pernah tanya mak aku. Apa yang tak suka sangat dengan Ayu tu? Atau mak ada tak puas hati apa dekat Man sampai cari salah Ayu sentiasa. Dia jawab tak ada apa.

Aku ni tiap tiap bulan bagi duit belanja kat mak. Bukan setakat cukup buat belanja dapur, cukup jugak untuk mak aku p jalan jalan.

Aku upahkan orang bersihkan rumah mak aku luar dalam setiap hujung minggu. Barang barang masak aku belikan tiap tiap bulan.

Sungguh aku buntu. Tak faham. Sebolehnya aku nak bahagiakan mak dan isteri aku.

Reaksi Warganet

Norhafisah Partiman –
Kalau mak kata yang kemas tu susah nak cari jawab jer, nanti saya suruh ayu sepahkan senang mak nak cari.

Kemas salah, sepah salah. Lepas tu ketawa… Ajak mak ketawa sekali….

Lama lama mak awak tahu dia complain tak bersebab. Baru dia perasan.

Ulang langkah sama, sampai mak sedar.

Juita Mohd Ali –
Bagus sekali sikap tuan. Tahu menilai baik, buruk. Disana syurga disini juga syurga.. Kalau tuan tersilap, menjawablah disana nanti.

Alhamdulillah.. tiada yang lebih membahagiakan bila seorang suami sering menjadi benteng untuk isterinya..

Emosi isteri terlalu sensitif. Jika tidak dikawal boleh jadi tersilap keputusan..

Sedih dengan confession sebelum ini. Suami orang selatan, isteri Nismilan. Akhirnya terus membelakangkan isteri demi mendengar tuntutan emak yang tak masuk diakal .

Tahniah tuan… emak tanggungjawab, isteri amanah. Sama sama dipikul demi kesejahteraan ummah.

Dem0nize Alia –
Kadang kadang mak mak ni bila dia komplen bukan sebab dia tak suker, dia rase kehilangan sebab anak dia dah tak harapkan dia. Ada pula isteri yang perfect serba serbi.

Macam kita dengan anak anak. Bayangkan jaga berpuluh tahun, tiba tiba anak anak kawin, tinggalkan kita, sayangkan orang lain lebih dari kita. Sikit sebanyak mesti ader rase sedih.

Saye ada sorang kawan, bagi saye perfect. Tapi satu hari dia cakap mak dia nak mai.. Dia cakap mak dia walau sehebat mana pun dia kemas, mesti mak dia nampak kekurangan sebab mak dia nak dia rasa dia still perlukan mak dia.

Bkn senang, bela anak dari kecil pastu hilang, tunggu laa time tiba nanti kita pulak rasa.

So, bawa bawa laa bersabar dan berlebih kurang dengan mak supaya bila tiba time kita nantu Allah lembutkan hati anak anak untuk kita terima peel kita.

Hazwani Mohd Dah –
Man. Saya taknak komen pasal mak.

Tapi saya nak bagitau satu je. Ayu stay dan bertahan, Malah rasa benda ni kecil je, Bila Man sungguh sungguh lindungi dia.

Perempuan ni, Bila dia kahwin, dia dedikasikan ketaatan dan kasih sayang pada suami dan anak anak je.

Jadi, betullah apa yang Man buat tu. Lindungi dia dengan sungguh sungguh. Itu dah cukup bahagiakan dia.

Sebab dia tahu, Apapun yang orang lain buat,
Dia tetap ada suami yang melindungi.

Itu dah terlalu cukup untuk dia. Well done, Man.

Apapun, tak mudah nak uruskan perasaan Mak yang melahirkan juga. Mintalah pada Allah kekuatan tu.

Dengan ini, Saya lantik Man jadi Pengerusi Kelab Lindungi Isteri Masing Masing. Haaa gitu!

Ratnaz Kasro –
Tahniah tuan, sebab berjaya menjadi suami yang Adil. Adil kepada kesejahteraan mental isteri, walaupun mental tuan sedikit terganggu.

Alhamdulillah, tahniah juga sebab berjaya mendidik isteri sebab ternyata isteri tuan juga sangat menghormati bonda tuan dengan menyantuni bonda tuan selayaknya.

Bonda, buruk baik itulah bonda Kita. Memang kadang kadang ada perlakuan bonda yang tidak berketepatan dengan Kita, tapi santunilah ibu dengan sebaiknya.

Selagi tuan berlaku Adil pada isteri dan bonda, Insyaallah satu hari nanti Tak mustahil bonda tuan akan sedar akan kebaikan isteri tuan.

Doalah, kerana hati Kita Allah pemiliknya.

Semoga semua baik baik buat keluarga tuan. Teruslah berbuat baik pada ibu dan isteri, kerana contoh tauladan yang baik sedang tuan tunjukkan pada anak anak tuan.

Kami doakan yang baik baik juga.

Sumber – Man (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *