Tgh aku sarat, suami ‘dibeli’ janda anak 3. Dlm diam aku bermadu. Esoknya kami berdepan. Tp aku terkedu

Foto sekadar hiasan

Aku Dah Stress

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi nama aku Intanberlian. Dah tentu tentu bukan nama sebenar. Nak dijadikan cerita aku sedang hamil anak ke-3.

Suami aku seorang yang baik friendly dan agak bertanggungjawab dari segi nafkah.

Yang tak ok adalah sejenis kaki lepak. Hari hari mesti nak lepak. Kalau tak lepak dia nampak macam serabut.

Dia bekerja Shift. Jadi kebiasaannya dia kerja petang dan malam. Dia akan ambil kesempatan waktu kerja dia untuk lepak dengan kawan kawan.

Kadang kadang masa untuk aku dan anak anak pon dia tak endah. Kadang kadang saja lah. Sampaikan kerja pon dia boleh ketepikan.

Aku tak nak bergaduh, aku selalu nasihat waktu kerja mesti kerja. Tapi ada saja jawapannya. Last last aku diamkan aje.

1 hari aku dapat 1 whatsap dari seseorang yang tidak dikenali. Dia bagitahu yang sebenarnya dia kesian dekat aku kena tipu dengan suami hidup hidup.

Aku terus tanya apa tujuan dia cakap macam tu dekat aku. Dia bagitahu yang sebenarnya suami aku dah berkahwin lain tanpa pengetahuan aku.

Aku rasa macam tak percaya, tergamak betul suami buat aku macam ni dengan tengah sarat mengandungkan anak dia. Sempat lagi dia curang di belakang aku.

Rupanya aku bagi dia lepak sebenarnya lepak dia tu pergi cari perempuan lain. Apa yang aku buat dekat suami aku sampai aku kene macam ni.

Lepas saja dapat whatsap dari orang tu aku terus call husband aku. Kebetulan waktu tu husband aku tengah keje.

Dan orang yang bagi maklumat tentang husband aku tu siap tunjuk gambar suami aku pakai pakaian pengantin dengan perempuan tu.

Isteri mana yang tak kecewa tiba tiba suami yang dia percaya pergi keje, busy dengan kawan kawan tiba tiba ade bini lain.

Lepas dapat call dari aku, suami aku kelam kabut balik rumah untuk bagitahu perkara sebenar.

Memang dia dah berkahwin dengan perempuan yang bergelar janda anak tiga, tergamak betul perempuan tu. Sama level dengan suami aku.

Tapi cara dia berkahwin memang menyakitkan hati.

Perempuan tu banyak duit. Dia tau laki aku ade tanggungan jadi dia yang selesai kan sume kos perkahwinan. Sanggup pulak bayar tok kadi untuk selesai kan dokumen kahwin tanpa persetujuan isteri pertama.

Bayar saja 7k terus orang setelkan surat surat perkahwinan sume. Senang kan ?

Banyak sangat duit sampai suami pon dia beli. Aku bukan nak salahkan perempuan tu. Suami aku pon sama jugak.

Tapi tulah nasi dah jadi bubur, aku mengamok macamana sekali pon suami dah kahwin lain. Aku betul betul kecewa dengan suami aku.

Keesokannya aku jumpe perempuan tu dan maki kaw kaw. Perempuan tu boleh cakap dengan aku dia hanya nak tumpang kasih? Dia tak minta apa apa dari suami ku.

Dia sanggup bagi masa dia untuk aku sementara aku nak melahirkan anak nanti.

Dalam hati aku apakah??? Aku terus cakap dekat perempuan tu, sampai mati pon aku tak nak bermadu dengan kau. Kau ingat kau boleh bahagia dengan suami aku. Sorry, aku terus blah.

Sekarang suami aku luangkan banyak masa dengan aku sebab aku dah nak melahirkan anak kami.

Aku dah tak nak fikir apa apa tentang perempuan yang tiba tiba muncul dalam hidup aku.

Doakan aku selamat melahirkan. Tentang suami aku dan perempuan tu, pandai pandai la suami aku fikirkan. Yang pasti aku tak rela di MADU. Sekian.

Reaksi Warganet

Farah Aisyah Hamzah –
Alang alang dia beli suami sis, suruh dia bayar installment la. 7k tu baru duit muka.

Anak anak bertiga ni datang bersama pakej. Bapak 3k/bulan, pakej anak anak 1500/bulan satu kepala.

NuRaz Wan –
Rela atau tidak, bukan persoalannya lagi, sebab suami awak dah khwin pun.

Yang boleh awak buat, ikat hati suami tu. Awak ada anak anak kan. Pastikan anak anak rapat dengan bapa dia. Biar dia rasa sayang dan takut akan kehilangan..

Jaja Riez –
Kalau perempuan tu banyak duit ko pun gunakan la dia UNTUK kepentingan ko juga… Alang alang dah bermadu kan.

Nak Suh laki ko cerraikan dia, mesti susah tu. Bertabahlah.

Kalau ko dah kuat sikit nanti lepas bersalin, kalau takleh nak terima berpisah je lah….

Lashin RA –
Muak dengar hal madu ni sebab dari zaman dahulu lagi memang pelik kenapa orang nak kahwin dengan suami orang. Kadang sampai bercerai berai dibuatnya.

Biasa lah tu cinta baru semua mesti hangat banding dengan jaga anak. Dah perempuan jadi janda. Yang datang approach tak semua bujang.

Nak bujang mak dia belum tentu nak. Maka kahwinlah semula dengan suami orang yang sungguh sungguh nak.

Anak anak bukan sahaja dikata orang mak ayah bercerrai, dikata orang juga mak ayah bermadu.

Kadang kadang orang sampai benci anak-anak sebab status perkahwinan ibu-bapa padahal takde kaitan dengan mereka pun mak ayah cerai ke mak ayah madu ke.

Makanya, harap suami awak take note ya, tak semua orang suka p0ligami, ada Islam pun anti-p0ligami jangan sampai orang rasa justified nak buat jahat pada anak sebab perbuatan ibu bapa.

Memang ada orang macam ni. Kadang kadang orang terfikir kenapa sakitkan hati anak. Rupanya kerana menyampah dengan ibu bapa.

Anak anak ibu bapa bercerrai atau p0ligami memang tidak ditakdirkan untuk hidup bahagia walaupun mereka bukanlah punca kerana mereka ada haters walaupun mereka tak buat apa apa.

Lagi malang kalau orang fikir anak anak ibu bapa bercerrai atau p0ligami ni takde perasaan nak kahwin dan hidup bahagia satu pasangan sahaja ke akhir hayat kerana mereka fikir, ibu bapa macam tu, anak mesti fikiran macam tu.

Lebih malang kalau maknya bermadu, orang fikir anak pun mengintai laki orang.

Paling sedih kalau sesuatu tidak baik berlaku atau ada ujian dalam hidup, orang kata puncanya kifarah hal ibu bapa, yang anak tak ada kena mengena pun! YA ALLAH, SAKITNYA HATI!

Apa yang saya tengok perkahwinan ni sebenarnya siapa paling nak dekat perempuan tu tanpa perempuan perlu terlalu berkorban apa apa.

Agak susah kehidupan perkahwinan kalau perempuan lebih beria-ia dari lelaki. Dipandang pun tak elok, badan pun tak larat.

Kenapa pula perempuan sampai nak menanggung lelaki ini ialah keanehan di zaman moden begini.

Tengoklah orang macam mana sikit punya takde hati perut perempuan tengah mengandung, beranak kecil pun nak dikacaunya.

Tak segan ke dengan saudara-mara orang tengah sibuk seronok timang baby baru awak pula muncul nak berkasih asyik-masyuk? Entahlah.

Sumber – Intanberlian (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.