Muka mak mula tumbuh sesuatu. Aku bisikkan pd mak. Dlm kaku, ayah minta ampun. Esoknya, kami ‘lepaskan’ mak pergi

Foto sekadar hiasan

Hilangnya Harta Terbesarku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku Nia, seorang kakak sulung daripada enam orang adik beradik. Aku baru berumur 23 tahun tapi aku sudah mempunyai tanggungjawab yang besar.

Hal ini kerana aku mengantikan tempat mak aku yang telah meninggal dunia pada Februari yang lepas.

Ya, masih baru bagi aku. Adik adik aku semuanya masih memerlukan bimbingan, dua orang bersekolah menengah manakala yang bongsu masih berumur 10 tahun.

Adik di bawahku muda setahun daripada ku, perempuan, masih muda dan belum tahu berfikir matang.

Manakala seorang pula lelaki yang berusia 19 tahun mempunyai masalah slow leaner. Sekali pandang adik lelaki aku seperti orang yang normal, mempunyai sosok badan yang tinggi, muka yang manis.

Aku ingin menceritakan serba sedikit apa yang jadi kepada ku menjelang kematian mak aku.

Akhir tahun 2019. Masa tu aku mempunyai seorang kekasih yang sangat aku sayangi. Ya seperti insan insan lain, aku juga bercinta.

Masa tu aku baru mula berkerja di rumah anak yatim di bahagian kewangan dan pentadbiran. Dalam masa yang sama aku menyambung pengajian aku di peringkat sarjana.

Masih muda dan masih perlu banyak belajar. Pada awal November 2019 aruwah mak aku mula menunjukkan yang dia sakit apabila muka dia seperti ditumbuhi kayap.

Aruwah mak aku sebelum ni tak ada sebarang penyakit pun. Dan aku tak sangka itu adalah salah satu titik permulaan yang aku akan diuji.

Masa tu juga aku putus dengan kekasihku, kononnya alasan ku tiada peluang bagi kami. Aku dan kekasih ku dah bercinta hampir tiga tahun, namun aku di Sarawak dan dia di semenanjung.

Aku jadikan jarak sebagai alasan, ini merupakan kali kedua aku putus dengannya. Walaupun puas dia memujuk tapi aku masih dengan keputusan ku.

December 2019, hampir sebulan mak sakit. Yang tumbuh dimuka disahkan doctor sebagai kayap. Namun, hatiku tak senang.

Tidak pernah aku melihat kayap sebegitu rupa diwajah mak aku.

Masa ni pulak bapak aku baru dibuang kerja akibat kemerotan ekonomi syarikat tempat dia bekerja. Maha Suci Allah, semuanya ada hikmah.

Masa ni jugak, ada keluarga yang kaya ingin mengambil aku sebagai isteri kepada anak mereka. Bunyinya macam novelkan, tapi inilah yang terjadi.

Mereka menemui mak dalam keadaan mak sudah sakit, namun mereka tidak menemui ayahku. Untuk pertama kali anaknya menemuiku, anak mereka langsung mahu sama aku.

Mulanya aku cuma ikutkan sahaja, yalah masa tu bohong cakap aku tak rindukan kekasih aku, dalam masa yang masa aku ingin membantu keluarga ku.

Seperti yang aku cakap, aku muda lagi dan banyak yang harus aku belajar.

Januari 2020, bermacam cara aku bawa mak aku berubat, ubat kampung pun ada, sebab doctor belum sahkan lagi sakit mak aku.

Balik sahaja dari berubat kampung, aku dan mak ke balik Sibu. Suatu pagi, aku turun kerja, manakala masa tu mak dan ayahku keluar luangkan masa bersama.

Sebab masa tu ayah aku dah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Mak dan ayah aku sering keluar berdua jika ada kesempatan.

Tiba tiba mak mengigil kesejukkan di restoran makanan segera. Ayah terus bawak mak ke hospital, kali ini satu hari di emergency, dan keesokkan harinya baru tahu yang mak menghidap knser Acute Lymph0cytic levkimia (ALL).

Hancur remut hati ku bila mak call beritahu yang dia sakit. Knser drah merupakan knser yang susah sembuh.

Masa tu aku dah tak pentingkan kerja aku, aku cuti, balik awal semata mata nak tengok mak aku. Sampai aku dapat surat amaran dari pengurus ku.

Aruwah mak aku dimasukkan ke hospital dan menjalankan perubatan di hospital. Hampir setiap malam aku temankan mak aku.

Tapi masa tu, keluarga yang menginginkan aku untuk menikahi anaknya meberi hajat untuk mempercepatkan majlis.

Aku terdiam, menuruti, sebab tak mahu membuat kecoh sepanjang mak sakit.

Dari situ aku dah rasa pelik, kenapa nak cepat sangat sedangkan aku belum kenal lagi anak dia siapa dan macam mana orangnya.

Takkan hanya mengetahui nama dan rupa terus on. Tapi aku diam, aku teruskan. Sebab aku tahu, manusia hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan.

Mak masa tu setujukan saja, ya aku tahu, mak sakit dia tak mampu nak berfikir panjang. Dengan rasa ingin tahu aku mendekati lelaki itu, dan rupanya lelaki tu mempunyai perangai yang kurang elok.

Sudah beberapa kali dia hendak membuat yang tak elok kepada aku, syukur Allah masih melindungi aku.

Penghujung Januari 2020. Tak ku sangka, Cuma tinggal sisa beberapa hari lagi mak aku berpijak di bumi ini.

Suatu malam, semasa aku menjaga mak aku di hospital, aku berborak dengan dia. Masa tu mak dalam keadaan sangat sedar, tidak seperti sebelumnya.

Banyak yang aruwah katakan kepada ku, dan yang paling aku ingat aruwah cakap, “jalanilah seperti mana awak nak.”

Aku merupakan anak yang kerap bergaduh dengan mak sebab banyak yang mak buat untuk aku. Sebab aku puteri sulungnya, mesti aruwah mahukan yang terbaik.

Aruwah mak tahu, yang saya mempunyai kekasih sebelum ni. Namun, mak tak pernah tahu, dialah lelaki yang banyak sabar dan sentiasa memaafkan saya.

Ada juga dia tanya kabar mak, ada juga suatu ketika aku ingin sekali bercakap dengannya serta menceritakan apa yang berlaku pada ku sekarang. Namun, aku tak berdaya.

2 malam terakhir bersama mak. Aku ingat masa tu aku sering bangun untuk tukar kain basah dibadan mak. Suhu badan mak sentiasa naik selepas kem0terapi.

Pagi esoknya mak dipindahkan dibilik NICU sebab mak sukar bernafas. Aku balik sekejap untuk mandi dan masak, masa tu ayah yang gantikan tempat aku.

Sebelum balik, aku salam tangan mak dan mengatakan aku akan datang balik lepas ni. Setiba ja dirumah, aku tidur sebentar.

Aku bangun dan terus aku call bapak sebab nak cakap dengan mak. Niat aku cuma nak tanya, apa yang ingin dia makan. Namun ayahku berkata, datang sini, tengok sendiri.

Aku dengan perasaan yang takut terus memandu ke hospital. Setibanya di hospital aku tengok mak dah dipasang alat bantuan pernapasan.

Remuk hatiku, hanya Allah yang tahu. Aku dapat rasakan, mungkin itulah adalah kali terakhir kami melihat sosok seorang yang dipanggil mak.

Aku mengumpulkan semua beradikku. Malam tu aruwah mak dipindahkan di ICU dan cuma seorang penjaga yang dibenarkan untuk bersama dengan pesakit.

Aku bersama dengan mak untuk malam terakhir, manakala ayahku menemani bersama. Hiba hati bila aku melihat ayahku meminta ampun dengan mak dalam kaku.

Satu malam aku menukar kain basah dibadan mak, dek suhu badan mak tinggi, masa tu aku bercakap dengan mak meminta ampun dengan harapan mak mendengar kata kataku.

Jam hampir 3 pagi doctor memberitahu bahawa mak dah takda harapan, aku terdiam.

Setelah tu aku pergi dekat mak, dan aku berbisik di telinga aruwah. Yang aku melepaskan dia untuk pergi, serahkan segala hal dunia aruwah kepada ku. Ku cium dahinya ku cium kakinya, dimana syurga ku berada.

Keesokkan harinya, aku mencari ayahku tiada. Kami diarahkan berkumpul, untuk mencabut alat pernafasan dari badan mak.

Ayahpun tiba aku terus memeluknya dan meminta dia untuk melepaskan. Buat pertama kali dalam hidupku aku melihat ayah menitiskan air mata dan dia mengiyakan permintaan ku.

Tepat jam 11 pagi 1 Februari 2020 aruwah mak pergi meninggalkan kami.

Arwah mak adalah salah seorang wanita yang aku cintai di dunia ini. Aku mencintai mak aku, namun Sang Penciptanya lebih mencintainya.

Ku pandang hiba wajah ayahku dimana isteri, mak kepada anak anaknya, kekasihnya, temannya telah pergi meninggalkannya untuk selama lamanya.

Maha Suci Allah, berat ujianku, namun berat lagi ujian ayahku. Dimana dia akan membiasakan diri untuk menjaga amanah ini tanpa sokongan seorang isteri yang dia sayangi dalam hidupnya.

Disini aku terus belajar, wang ringgit, kemewahan, nama serta rupa paras bukanlah harta dunia yang indah.

Namun, mempunyai pasangan serta keluarga yang mencintai adalah nikmat dunia yang terindah yang Allah pinjamkan untuk hambaNya.

Andai kata admin publish cerita saya, saya akan menulis lagi, sebab cerita saya belum habis sampai disini.

Akan kuceritakan macam mana aku dengan keluargku, kekasih ku, serta keluarga lelaki yang mempunyai hajatnya.

Terima kasih admin, dan terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya.

Untuk mak, anak mak disini alhamdulillah, Allah permudahkan urusan anak mak.

Mak adalah pinjaman yang terindah bagi Nia, bapak dan adik adik. Kami cintakan mak. Tenanglah mak disana mak, insyaAllah akan sentiasa kami kirimkan pahala untuk mak.

Sumber – Nia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.