Dulu rumah ‘sarang burung’. Skrg dh ‘sarang gajah’. Asbab doa isteri dan apa yg dia telah korbankan

Foto sekadar hiasan

Who Ever You’re, Be A Good One!

Assalamualaikum and whatsapp guys. Boleh panggil aku Budin (terus kenalkan diri, sebab aku tahu mula mula mesti korang nak tahu pasal jantina penulis cerita. Hehe)

Aku doakan korang semua pembaca IIUM Confession sentiasa ceria dan bahagia selalu.

Aku seorang suami yang telah berkahwin selama 12 tahun, dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, penyejuk hati, jiwa, raga, pedal dan juga paru-paru.. hahaha..

Biasanya dalam IIUM COnfession, asyik geng geng bunga saja yang confess, kali ni bagi aku si kumbang pula menulis..

Membaca kisah kisah rumah tangga di sini membuatkan aku ingin untuk berkongsi. Aku ni bukanlah pandai manapun nak menulis, tapi bila kerap sangat baca kisah rumah tangga yang tak best ni, buatkan aku rasa macam nak share kisah aku pulak.

Harap harap admin approvelah. Aku tahu pasal page ni pun, kawan aku yang share. Macam menarik juga sebab macam macam pengalaman hidup orang yang aku dapat baca di sini.

Okay back to the story, aku kenal wife aku tak lama. Aku jenis malas nak bercinta lama lama. Aku rasa macam buang masa, duit dan tenaga saja.

Zaman 12 tahun lepas, bil tepon bukan macam sekarang. La ni topup RM40 sebulan pun dah boleh unlimited call, gayut sampai bernanah telinga.

Dulu dulu, kalau gayut lama lama memang makan modal lah jawabnya. Whatsapp, telegram dan segala communication apps ni semua mana ada lagi.

Selepas 6 bulan kenal wife aku ni, aku rasa dia pun jenis yang tak banyak karenah, terus aku propose kawin. Mujur dia nak. Maklum la aku ni bukan encem sangat.. iras iras Aaron Ajis ja.. haha..

Masa awal awal kawin dulu, aku masih baru kerja, gaji pun tak besar, ulang alik kerja pun pakai motor saja.. berhujan dan berpanas tu dah lumrah..

Masa tu wife aku pun kerja jugak, tapi gaji dia pun tak banyak mana. Cukup sekadar boleh beli barang barang yang dia nak, dan menyimpan siket siket..

Aku ni jenis rajin kerja, tapi bab bab kerja rumah ni memang aku fail. Tak berapa membantu sangat lah sebab masa aku dah banyak berhabis di luar.

Siang aku kerja tetap, malam pulak aku kerja part time. Niat aku cuma satu, nak senangkan keluarga. Aku nak isteri dan anak anak aku hidup selesa.

Ngeri aku rasa kalau tiba tiba anak dan isteri aku hidup merempat, dan meminta minta. Ya lah, kita tak tahu apa akan jadi masa depan, sebab tu sementara sihat dan muda ni, aku kerja sungguh sungguh.

Masa berlalu, alhamdulillah aku dah beberapa kali dinaikkan pangkat. Dari kuli cabuk sekarang dah jadi kuli besar. Orang atas nampak kelebihan aku.

Kalau dulu makan pun berkira kira, sekarang dah terlebih. Wife yang dulu keding, sekarang dah jadi bam bam.. haha.. alhamdulillah, syukur sebab semuanya kurniaan dari Tuhan..

Bila dah senang, rumah yang dulu sempit kecik, sekarang dah besar berganda. Dulu dulu, orang kata tinggal rumah sarang burung (rumah flat), sekarang dah sarang gajah. Kereta pun sama. Pendek kata semua tukar size besar lah termasuk bini aku.

Senang hati agaknya 🙂

Walaupun sekarang rezeki dah banyak, aku tahu semuanya adalah asbab doa isteri aku, dan pengorbanan dia uruskan anak anak.

Kalau dia tak korbankan masa dia untuk uruskan anak anak dan keluarga, aku tahu aku mungkin tak dapat apa yang aku capai sekarang.

Anak anak terurus dengan baik disebabkan dia. Kalau harapkan aku, mungkin dah jadi rupa beruk anak aku sekarang. Pernah aku uruskan anak bongsu aku mandi, memang haru jadinya.

Siap mandi, dia nak jadi puteri Elsa. Tapi dengan aku macam jadi ahli sihir rupanya, dengan bedak bertompok tompok dekat muka. Ahhh, aku memang fail bab ini.

Sekarang walaupun wife aku pun dah macam fiona dalam cite shrek, tapi dia lah cinta hati aku. Setiap hari aku akan pandang wajahnya dengan perasaan sayang tanpa jemu.

Senyumannya membuatkan hari hari aku berbunga dan bahagia. Dialah serikandi aku, tulang belakang aku selama ni. Tanpa dia, mungkin aku takkan mampu untuk berjaya seperti hari ini.

Setiap hari, apabila aku bangun pagi, aku takkan pernah jemu memandang wajahnya, walaupun kadang kadang aku confuse itu bini aku atau beruang kutub yang sedang tidur. Tapi lantaklah, janji dia masih hidup.

Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa isteri aku dan anak anak.

Pernah seketika wife aku pulang ke kampung, bila aku pulang ke rumah, betapa kosongnya dunia ini aku rasa.

Rumah yang gah tapi tiada permaisuri dan riuh tawa di dalamnya. Ketika itulah, membuatkan aku sedar, segala yang aku ada tidak akan bermakna tanpa dia dan anak anak.

Sekarang ni aku cuma minta isteri aku stay di rumah saja. Aku nak upah kan maid untuk bantu dia uruskan kerja kerja rumah, tapi dia tak mahu.

Katanya dia tak selesa ada orang lain tinggal serumah dengan kami. Dah itu pilihan dia, biarlah asalkan dia bahagia.

Wife aku akan masak setiap hari, kami anak beranak memang akan makan air tangan isteri aku.

Dekat tempat kerja pun, aku jarang makan. Balik rumah, baru makan sama sama. Aku memang jenis lelaki yang tak berapa suka makan di kedai.

Setiap bulan memang aku akan masukkan sejumlah amaun untuk isteri aku, untuk perbelanjaan dan juga simpanan dia.

Namun hal hal belanja barang barang rumah, tetap aku yang settlekan. Alhamdulillah, rezeki semakin melimpah, hidup rasa berkat, dan kasih sayang makin bertambah.

Buat pembaca semua, doakan istana cinta kami kekal bahagia sampai ke akhir hayat, dan hingga ke syurga.

Buat para suami, ini lah wanita yang telah kita pilih dan berjanji untuk menjadi penjaga mereka ketika akad nikah dulu.

Ingatlah moment momet itu. Hargailah mereka, Jagalah mereka. Kasihlah pada mereka, sebagaimana kita kasihkan mereka sebelum kita berkahwin dahulu.

Ingatlah, ramai di antara kita akan sedar dan mula menghargai sesuatu apabila kita telah kehilangannya. Jagalah dan hargailah ia sebelum terlambat.

Love you forever sayangku! (Maaf nama dia takleh tulis, nanti korang semua cari) Wife aku jenis low profile ja.

Reaksi Warganet

Mariam Mohamad –
TT ni spesis laki saya. “walaupun hidung sayang macam serombong kapal, sayang tetap cantik dimata abang”. kalau bukan suami tu lama dah kena sidai dekat tiang bendera.

Mesti isteri TT tergelak je setiap hari dan mesti TT ni suka nyakat bini. Moga bahagia selamanya ya

Akira Bita –
Aku rasa En Budin, bini ko nak ko sebab ko kelaka. Hahahah. Dan aku rasa bukan bini ko je bam bam.. mesti kompem ko pun dah bam bam skali sebab bini hang rajin masak kott.. hahahaha..

Tapi terima kasih for this confession. Jarang kami dapat baca kisah rumah tangga baik begini.

Kami doakan semoga rumahtangga en Budin bahagia dan berkekalan hingga syurga. Amin.. doa kan kami juga ye dapat jodoh yang baik dan soleh. Aminn.

Natasha Hana –
Suka baca, sweet. Tapi banyak sangat body shaming wife sendiri. Dah ala ala pelawak cabuk malaysia suka body shaming kawan kawan nak bagi orang ketawa. Kesian kalau wife baca.

Harap harap body shaming tu dalam ni je la ye. Jangan di bawa perangai tu keluar depan depan wife.

Kita rasa nak bergurau senda tapi tanpa sedar wife makan hati dapat gelaran macam macam.

Selamat berbahagia Tt.

Nur Aisyah –
Huwaaa serious rasa sebak lak baca cerita.

Walaupun nampak macam beliau tak puas hati dengan bininya yang dah membesar macam beruang kutub tapi tak mengapalah.

Asalkan beliau tahu hargai isterinya. Semoga tt dan keluarga sentiasa bahagia till Jannah…

Sumber – Budin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.