Usai majlis nikah, isteri halau aku pulang. Aku sekat duit nafkah, isteri tuntut fasakh. Aku balas dgn tebus talak

Foto sekadar hiasan

Suami Yang Tersakiti

Biasanya, orang akan baca artikel atau kisah rumah tangga berkaitan isteri yang tersakiti dengan perangai suami.

Di sini saya ingin kongsikan luahan hati dan perasaan apabila disakiti dengan sikap dan perangai oleh isteri saya dan kami sedang dalam proses percerraian di mahkamah yang difailkan oleh si isteri.

Saya berumur 32 tahun dan isteri berumur 29 tahun dan saya merupakan duda tiada anak dan dia adalah janda anak seorang.

Kami berkenalan melalui laman cari jodoh di media social pada penghujung tahun 2019 dan saya memulakan langkah untuk mengenali dia selepas sekian lama saya menduda berpisah dengan isteri pertama saya. Kami berkenalan seperti biasa.

Selang beberapa bulan tempoh berkenalan, dia ada post di media socialnya yang dia sudah ada kekasih yang menambat hatinya dan saya mengundurkan diri demi menjaga hatinya.

Tidak berapa lama kemudian dia mesej dengan saya yang dia dah putus dengan kekasihnya dan mengajak saya berjumpa dengannya buat pertama kali.

Sepanjang tempoh kami bercinta, bergaduh itu lumrah dan sampai suatu masa saya putuskan hubungan dengannya kerana dia minta tangguh untuk bernikah.

6 bulan kemudian, dia hubungi saya semula untuk kembali menjalinkan hubungan percintaan dan kali ini dia akan lebih serius dalam hubungan.

Saya dengan lembut hati menerimanya semula dan menyusun semula pelan kewangan untuk menikahinya.

Saya turut menyiapkan sebuah rumah beserta kelengkapan asas rumah pemberian ibu saya untuk dijadikan tempat berteduh. Semuanya berjalan dengan baik.

Majlis pertunangan juga berjalan dengan baik dan kami bersetuju untuk ikat pertunangan tak lama, hanya 2 bulan sahaja dengan mas kahwin yang dipersetujui RM5,000 dan seutas gelang emas.

Semua persiapan berjalan dengan baik. Tetapi beberapa minggu sebelum majlis penikahan berlangsung, dia mula menunjukkan perangainya.

Jika saya lambat reply mesej atau sekadar bluetick whatsappnya, dia akan marah dan maki saya.

Atas rasa sayang, saya mengalah sehingga hari yang dinantikan.

Situasi makin kian buruk apabila majlis penikahan yang akan berlangsung pada hari yang ditetapkan, dia menghantar mesej untuk memutuskan pertunangan dan ingin membatalkan majlis penikahan beberapa jam sebelum akad nikah berlangsung.

Saya menangis dan merayu kepadanya agar jangan buat saya begitu dan meminta campur tangan ayahnya untuk memujuknya. Tapi dia masih berkeras dengan keputusannya.

Saya juga mendapat kekuatan untuk memaksanya pulangkan wang mas kahwin yang telah saya berikan awal sebelum nikah atau saya malukan dia dan keluarganya di depan jiran di kawasan rumahnya.

Atas desakan itu, dia meneruskan pernikahan tersebut kerana tidak mampu untuk membayar semula wang mas kahwin yang saya berikan.

Pada hari kejadian semua berlalu dengan sangat suram. Tiada layanan mesra dari isteri dan hanya layanan biasa sahaja.

Seusai majlis penikahan tamat, dia menghalau saya pulang atas alasan tidak selesa dengan keberadaan saya dirumahnya. Dan melarang untuk saya beritahu kepada keluarganya yang dia menyuruh saya, sebaliknya menyuruh saya menggunakan alasan yang ibu saya sakit tiada orang jaga.

Demi menjaga hati semua pihak dan terutamanya hati isteri, saya akur dan saya pulang bukan ke rumah ibu saya, tetapi ke rumah yang telah saya sediakan untuknya dengan hati yang sangat sedih dan kecewa.

Isteri saya juga melarang untuk saya pulang berjumpa dengannya di rumah ibu bapanya atas alasan tidak mahu ada kaitan antara saya dan dia.

Hampir 2 minggu saya merahsiakan hubungan dingin kami daripada adik beradik saya tetapi terkantoi juga bila kakak sulung saya dapat menghidu gerak geri saya.

Saya dan adik beradik saya bertindak datang kerumah ibubapanya dan berbincang jika ada jalan perdamaian namun dia enggan berganjak dari keputusannya untuk mendesak saya melepaskannya.

Pelbagai usaha telah saya ambil untuk mencari jalan perdamaian hubungan ini :

1. Saya menghubungi Talian Keluarga LPPKN tetapi ditolak oleh isteri saya untuk sesi kaunseling dan dia juga turut maki dan marah pada saya.

2. Saya menghubungi pegawai agama di pejabat mufti Selangor untuk meinta pandangan berkaitan masalah ini.

3. Saya berjumpa dengan alim ulama’ yang berada di kawasan perumahan untuk minta pandangan juga,

Tetapi ustaz tersebut memberitahu bahawa niat isteri untuk berkahwin dengan saya bukanlan untuk mendapat rahmat sakinah mawwaddah wa rahmah, tetapi semata mata hanya kerana duit saya.

Ustaz tersebut juga menasihatkan saya untuk tidak memberikan nafkah bulanan seperti mana mana suami lakukan kepada isteri tersayang kerana isteri saya juga tidak mlunaskan nafkahh zahir dan batin terhadap diri saya.

Oleh kerana saya tidak memberikan nafkah bulanan tersebut, si isteri telah memfailkan percerraian secara fasakh di mahkamah.

Untuk saya menunaikan pemintaannya, saya bertindak untuk menuntut semula hak saya secara tebus talak dengan meminta si isteri memulangkan wang mas kahwin beserta gelang hantaran dan cincin pertunangan.

Mohon kepada semua pembaca doakan agar proses ini dipermudahkan dan berakhir dengan baik.

Mungkin selepas kes ini selesai, saya tiada niat untuk berkahwin lagi selepas 2 perkahwinan saya musnah.

Saya akan fokus untuk bangunkan syarikat saya dan jika diizinkan Allah, saya ingin mengambil anak angkat untuk menjadi teman saya saat suka dan duka. InshaAllah.

Reaksi Warganet

Ruhaiza Shamsuddin –
Hmm rasanya bini awak ni dah jumpa lombong emas yang baru. Itu yang beria nak cerrai. Sabar ek bang. Tak tau nak kata apa tapi tu la, perempuan ni memang aneh aneh sikit.

Ada yang dapat suami baik, nak cerrai. Yang dapat suami macam hanat, tetap bertahan dengan alasan demi anak. Tapi tu la kan namanya manusia. Luar kelihatan biasa, tapi hatinya Allah saja yang tau..

Dee Ya –
Perkahwinan tak salah, cuma awak pilih orang yang salah. Tengok la dah beberapa kali dia tinggalkan awak. Layan acuh tak acuh sebelum kawin. Tapi awak tetap tunggu dia dan terima dia.

Sebelum kahwin lagi dia dah tunjuk yang dia bukan perempuan setia dan baik. Tapi awak gagahkan diri bermain dengan api. Mungkin sebab awak memilih dia sebab kecantikannya..

Lepasni cuba la cari perempuan kerana terpikat dengan akhlaknya, lemah lembutnya. Jangan mulakan perkenalan dengan bagi duit, bagi hadiah tunjuk kekayaan. InsyaAllah. Nanti dapat la perempuan yang baik

Arya Hana –
Saya bersimpati dengan confessor. Semoga dipermudahkan segala urusan.

On another note, untung jadi lelaki. Bila kes macam ni dirujuk kepada ustaz, terus disarankan tak perlu bagi nafkah etc. Sebab si isteri pun tak tunaikan tanggungjawab dia.

Tapi kalau perempuan, pergi pejabat agama pun disuruh redha dan sabar walaupun bertahun tahun tak diberi nafkah.

Tapi yang peliknya, pegawai pejabat agama pernah cakap isteri takde nafkah kepada suami. Hanya tanggungjawab atau ihsan.

Nabihah Juhairi –
Maaf ye tapi saya stuju dengan ustaz memang dia kawen sebab duit awak je bukan dia minat dekat awak. Sebelum kawen pun dia dah guna duit mas kawen dah nampak red flag disitu.

Sepatutnya tak diteruskan perkahwinan. Dia kawen sebab awak ugut suruh pulang duit smua. Saya harap awak lebih bijak menapis pasangan hidup di kemudian hari.

Ada sebab kenapa dia bercerai. u kene siasat dekat situ. Mungkin husband dia pun tak tahan perangai dia. Kekasih yang tinggalkan dia pun tak mmpu hadap perangai dia sebab tu dia tetibe boleh balik dekat awak macamtu je. Macam orang hilang akal.

Sepatutnya awak da berpisah dengan dia awak jangan kutip dia balik. Awak ingat balik, muhasabah balik jangan termakan kata pujuk rayu.

Manusia ni nature dia sama je. Nak cari yang nature elok tu tak payah tapi jangan dikaburi oleh yang tak elok. Jangan jadi mangsa rempuan saiko macamtu, merana hidup.

Semoga urusan awak dipermudahkan. Doa banyak banyak agar dijodohkan dengan orang yang baik

Sumber – Atoi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *