Tgh laki basuh berak anak. Aku mkn tanpa brsalah. Mak duk puji suami, tp mak mertua tidak. Dia bidas

Foto sekadar hiasan

Suami Isteri dan Duit 50-50

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku triggered tulis confession ni sebab aku nampak satu TT pasal lelaki tu rasa happy bila perempuan offer untuk split bill masa first date.

Aku nampak la ramai perempuan anggap benda tu sebagai red flags. Dan berapa ramai perempuan yang rasa apa lelaki tu buat tak patut.

Ini 20sen aku. Aku pernah dalam mentaliti tu. Aku pernah berkira kira dengan suami aku dulu.

Tapi ada la satu perjalanan panjang yang buat aku fikir, eh harta aku bukan boleh bawa mati pun.

Tapi untuk aku fikir macam tu, aku kena jumpa lelaki yang betul betul berbaloi.

Aku masa zaman student, bercinta dengan suami aku. Masa zaman student kita faham la. Selalu minyak dan makan dia bayar. Lain lain aku bayar.

Sampai masa aku intern, kami breakup. Sebab dia duduk extend belajar lepas tu separuh jalan tukar course.

Aku fikir macam tak standard la aku dah kerja bercinta dengan student. Aku jumpa la sorang waknat ni dekat tempat kerja. 6 bulan memang honeymoon. Semua dia bayar. Layan aku macam aku lah the one. Gitu.

Lepas 6 bulan taring dengan tanduk dia keluar sebab dia nampak aku dah sayang dia.

Dia sejenis suka flirt, curang, panas baran dan kuat cemburu walaupun dia sendiri jenis curang. Tu belum perangai miang dia. Dia selalu kata dia curang sebab aku tak dapat layan dia.

Aku masa tu jadi enabler. Aku fikir teruk teruk dia, dia bertanggungjawab. Aku salah sebab aku tak nak layan dia.

Silap aku letak tanggungjawab dan bahagia hanya pada wang ringgit, hadiah hadiah yang dia beli dan tarikan fizikal semata. Tepat 2 tahun aku give up.

Penyudahnya tak tahan lama pun. Walaupun macam macam dia merayu. Nak berubah la, nak kahwin la. Aku angkat kaki jugak.

Aku sampai satu tahap aku tak nak kahwin dan aku rasa men are trash. Tapi macam mana ntah naluri aku nak kahwin tu datang balik.

Aku bercinta dengan ex aku lepas 2 tahun single. Dan masa tu memang terus tunang dan kahwin.

Masa tu mentaliti aku tetap sama. Duit aku duit aku. Aku meletakkan beban kewangan 100% dekat suami aku walaupun pada dasarnya aku mampu saja nak tolong dia.

Aku mula berubah bila duduk rumah sendiri 1 tahun lepas nikah.

Lepas duduk rumah sendiri aku nampak la. Aku balik kerja saja rumah dah kemas, baju dah siap, cadar ke sapu ke semua dia buat.

Bab kerja rumah aku langsung tak payah fikir. 80% suami aku buat. Bab memasak saja dia tak reti. Itu saja la tugas aku. Lepas masak pun dia basuh.

Aku fikir 100% duit ni, lelaki kena bagi sebab lelaki ni pemalas. Kuat sepah. Pinggan tak reti basuh. Anak tak reti cebok berak.

Sebab aku membesar dengan lelaki macam ni. Bapak aku, pakcik pakcik aku dan lain lain. Di mata mak aku, laki aku tu macam malaikat.

Satu hari tu mak aku duk puji laki aku depan mak mertua aku sebab laki aku basuh berak anak masa dekat kedai makan. Aku makan tanpa bersalah.

Mak mertua aku cakap, “Dah sama sama buat, sama samalah jaga. Bini dia kerja, kena la dia bantu.”

On a serious note, mak mertua aku memang macam tu. Masa aku berpantang, orang duk puji puji laki aku mandikan anak semua. Mak mertua aku jelingkan aje.

“Tak payah nak puji puji sangat. Memang patut pun dia buat. Bini dia ni baru lepas bersalin”. Sebab household laki aku apa jantina pun kerja rumah kena buat.

Jadi lepas beranak baru lah mentaliti aku tukar. Sebab aku nampak walaupun laki aku ni takde la kaya belikan aku phone mahal, emas tiap kali birthday, bawa makan fine dining, tapi dia ada satu kualiti yang dia ringankan beban aku dekat bab bab lain.

Jadi lepas beranak aku mula la bayar sikit sikit. Macam taska anak aku, holiday, ajak pergi makan mahal mahal dan offer bayar groceries etc etc.

Dari situ takde la aku miskin pun. Cukup saja duit aku. Boleh saja saving sikit sikit. Hutang credit card semua pun takde.

Jadi setelah mid 30s ni aku rasa untuk kau cari pasangan tapi kualiti yang kau tengok hanya bab duit saja, susah jugak. Lagipun kalau first date tak salah pun 50-50. Bukan tentu pun kahwin.

Adik lelaki aku bercinta sampai 4 tahun dengan ex dia. Last sem kena tinggal atas dasar dah takde perasaan selama bertahun tahun.

Padahal selama bertahun tu adik aku duk amik dia pergi kelas. Hantar balik tiap kali sem break. Belanja toksah cerita la. Pakai duit biasiswa dengan duit mak aku. Last sem jugak dia nak buat hal.

Pengajaran adik aku ni, macam mana kau manjakan gf kau pun tak guna. Sebab kalau kau dipergunakan, kau dipergunakan saja la.

Last last adik aku kahwin dengan independent women lagi tua dari dia.

Adik aku ni pun aku dah basuh. Tolong contohi perangai laki aku. Kau dah la duit cukup cukup makan. Tak cukup nak bagi orang gaji. Reti reti la angkat penyapu tu tolong bini. Buat masa ni testimoni adik ipar aku memuaskan.

Jadi pengajaran disini, lelaki yang perlukan financial assistance tu bukanlah lelaki yang teruk dimata aku. Yang penting dia cuba sedaya upaya.

Kalau mampu 100% syukur Alhamdulillah. Kalau mampu 50-50 kau sebagai perempuan tilik la perangai dia berbaloi ke tak.

Sebab 100% hanya untuk situasi yang ideal. Lelaki tu mampu, sihat dan boleh bekerja keras. Dapatnya dia sakit ke apa. Atau dia memang baik tapi bab pelajaran kurang sikit. Itu atas kita untuk adili berbaloi ke financial sacrifice kita ni.

Lelaki ke perempuan ke hidup jangan nak ambil saja. Memberi tak mahu. Dan kau tengok parner kau mampu kau sedut dia sampai kering.

Hidup ni tak salah berkongsi kalau berbaloi dengan orang yang dikongsi tu.

Dari apa yang aku cakap ni bukan bermaksud lelaki boleh lepas kan tanggungjawab dia bagi nafkah.

Tapi kalau kena cara, boleh bawa bincang sama sama la kita muafakat.

Dan lagi satu nak cari partner cari la yang satu financial lane. Kalau sorang taste asadi sorang taste Gucci eh, tak kena tu.

Tak pun sorang taste Uncle Bob sorang lagi 4fingers pun eh tak kena jugak.

Dengan itu sekian.

Reaksi Warganet

Lovely Hanz –
Perkahwinan ni ibarat ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’.

50-50, untuk lelaki dan perempuan buat kerja2 rumah, peranan dalam sebuah hubungan dan sebagainya bermula daripada asuhan ibubapa dari kecil.

TT patut berterima kasih pada mentua kerana suaminya terdidik sebegitu rupa.

Zack Hunter –
Aku bersyukur dapat wife yang sama pemikiran macam TT. Aku bagi nafkah yang termampu dan sama sama buat kerja rumah.

Ayat TT pasal “kita hidup jangan nak mengambil jer tapi tak nak memberi tu” sangat la betulnya baik untuk laki atau perempuan.

Dan psl 50-50 bayar bila dating tu.. yang dok claim kata lelaki macam tu tak layak jadi calon suami tunggu la bila anak laki korang dah besar panjang nanti.

Masa tu baru kau tahu panas ke tak hati ko bila asyik anak laki ko jer dok terpaksa spend duit demi memenangi hati si gadis gedix.

I bet mesti ko pun sendri rasa berbulu dengan kegedixan gadis tu.

Amirah Azmi –
Isteri ni sanggup je nak bantu suami. Semua hal dalam rumahtangga ini perlu dibawa bincang.

Suami kena ingat juga, nafkah masih tetap dibahu suami. Mana yang tak cukup tu insyaAllah isteri akan bantu.

Isteri pun sama sama kena sedar tahap kemampuan suami, jangan meminta lebih dari kemampuan suami.

Elle Kay –
Boleh ja nak buat macam TT ni, tapi awal awal tu jangan la bagi muka lagi. Dah hidup sekali baru kita tahu perangai laki tu macam mana.

Setahun dua awal tu biar ja laki tu yang handle semua. Tengok pulak bila dah ada anak bab duit dia macam mana. Sbb itu memang tanggungjawab dia.

Jangan sebab sayang punya pasal semua nak diberi. Lastnlast perempuan jugak yang lelah.

Assess the situation 1st, study his character. Habit dia macam mana. Create situation untuk tengok setakat mana dia boleh pegi.

Bila dah confirm berbaloi, memberilah seadaanya. Tapi still, jangan beri semua. Hidup ini saling melengkapi.

Alif Zulkifli –
Alhamdulillah terbaik. Setakat survey yang bercerai sebab kewangan ni, memang tak dinafikan ada pasangan jadi issue bila si suami diharapkn dapat tanggung nafkah dan kehendak si isteri.

Sebagai contoh, si isteri gaji 4k, waktu bujang menyewa kondo, memang dah biasa lepak starbuck, shopping weekend, tengok wayang etc.

Tapi bila dia berkahwin dengan si suami yang sekufu, walaupun bergaji 5k sbulan, sangat mustahil hdup di KL ni si suami boleh bagi lifetsyle yang sama macam si isteri waktu bujang.

Disebabkan si suami tpaksa menanggung sewa rumah, kereta, nafkah anak anak, memang 5k untuk buat semua tuh sekadar basic sahaja yang dia boleh bagi. Duduk di apartment, makan masak dekat rumah dan sebagainya.

Dan kenalan kenalan rapat aku yang amal style macam ni so far memang bahagia hidup. Bukan lah tak laksanakan nafkah, tapi dia guna kan 100% duit gaji dia untuk perkara yang perlu.

Dan bila dah licin maka si isteri pulak support dengan Ikhlas..

Sumber – Imah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *