“Apalah mak makan dulu sampai anak dapat hitam macam ni”. Aku hodoh, xlaku2. Bila mak mengeluh, aku terasa sgt

Foto sekadar hiasan

Jodoh Sukar Kerana Hodoh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terpaksa meluah perasaan di sini sebab tengah down. Usia dah 30-an tapi masih belum bertemu jodoh.

Belajar tingg tinggi, kerja pun gaji rendah, jodohnya pun masih tak jumpa jumpa. Bukan sebab memilih, tapi memang takde lelaki yang nak. Sedih sangat rasa hidup.

Jadi pelajar pandai dulu pun langsung takde achievement dalam hidup. Orang lain tak belajar tinggi tinggi semua dah bahagia, dapat suami kaya. Anak pun dah tiga empat.

Aku satu apa pun takde. Sekarang pun masih struggle nak bayar PTPTN sebab gaji cuma seribu lebih, cukup cukup nak survive je.

Dari zaman sekolah lagi, aku tak pernah dapat layanan yang baik dari lelaki. Lelaki memang semua suka pandang aku ni macam jelek. Siap dapat gelaran buruk lagi. Ada yang menganjing cakap aku macam keling. Hitam. Kerak kuali. Macam Macam lah.

Dah masuk universiti, kalau ada kena buat group, lelaki memang selalu mengelak dari dapat group dengan aku. Sedih sangat. Siap kena palau dengan lelaki.

Kalau kawan kawan ajak keluar lepak, yang lelaki mesti anggap aku macam tak wujud. Yang lelaki hanya appreciate perempuan cantik je. Bila aku yang bersembang diorang boleh buat aku tu macam batu. Aku sedih sangat.

Aku banyak kali makan hati pasal treatment lelaki terhadap aku. Sampai satu hari balik je rumah sewa, aku menangis. Aku tanya housemate aku, “Buruk sangat ke aku? Kenapa lelaki suka pandang rupa je? Kenapa diorang layan aku macam sampah?”.

Baiknya kawan kawan aku ni, diorang semua pakat pujuk dan tenangkan aku. Diorang cakap aku ni baik, sangat baik, sopan, lemah lembut. Bertuah lelaki yang dapat aku.

Sebab aku serba serbi boleh buat semua benda. Rajin memasak dan kemas rumah, bijak, solat jaga. Lelaki memang tak pandai menilai aku. Diorang pesan dekat aku, ignore je lelaki macam tu. Anggap je diorang tu tak wujud.

Diorang cakap, pasti akan ada lelaki baik yang akan ‘notice’ aku one day. Dan kawan kawan tu cakap macam tu masa aku umur 22. Sekarang dah 30-an. Kau rasa akan ada ke lelaki baik yang akan notice aku?

Buruk sangat ke aku? Aku tak gemuk, tak kurus sangat. Badan sedang sedang je. BMI normal. Cuma aku memang tak putih. Aku berkulit gelap. Sampai pergi mana mana orang mesti tanya aku “Ada keturunan India ke?”.

Takde pun keturunan India tapi tak pastilah kalau atas atas sana ada. Tapi family aku semua kulit cerah. Cuma aku je ‘special’ sikit.

Struktur muka aku pun memang tak cantik. Hidung pesek dan kembang, badan kurus pun tetap ada double chin. Mata kecil dan sepet. Dagu pendek. Gigi pun jongang.

Aku paling tak suka tengok cermin. Aku kalau tengok cermin aku akan hilang rasa bersyukur. Aku sendiri jijik tengok muka sendiri.

Kadang aku cuba bahagiakan diri dan puji diri sendiri cantik. Tapi bila family sendiri pun cakap aku buruk, aku bertambah down. Kalau orang luar cakap aku tak cantik, aku tak la kisah sangat.

Tapi kalau mak sendiri mengeluh dapat anak tak cantik, aku kadang kadang rasa macam nak je pergi terjun laut. Biarlah diri ini hilang terus dari dunia, dari terus dihina.

Mak aku ni cantik tau. Kulitnya memang putih bersih. Zaman anak dara mak aku ni memang femes sekampung, dikenali sebagai wanita paling cantik.

Bapak aku pun hensem juga. Abang abang aku semua helok helok je muka, semua dapat kulit cerah dan features muka yang cantik.

Tapi dapat dekat aku (si bongsu), tak tau nak kata ikut muka sape. Dah la aku anak tunggal perempuan. Satu satunya anak perempuan, tapi satu-satunya anak yang paling gelap dalam family. Muka pun lain.

Kalau jumpa kawan kawan mak, atau pergi kenduri. Orang selalu tanya aku ni sape? Bila mak aku cakap aku ni anaknya, ramai terkejut.

Sebab diorang cakap “Lainnya muka”. “Gelapnya anak kau”. Siap ada yang cakap, “Mak kamu ni zaman anak dara cantik tau. Tapi sayang anaknya tak mengikut”. Aku heartbroken sangat bila orang kerap sangat compare mak aku dengan aku.

Diorang cakap muka aku macam India pun aku terasa, inikan pula duk banding banding cakap aku tak ikut muka mak.

Zaman degree dulu, aku bersyukur sangat aku dapat kawan kawan perempuan yang baik baik je semua. Walaupun aku ni kategori hodoh dan jauh sangat beza dengan diorang. Tapi diorang tak pernah hina warna kulit dan features muka aku.

Diorang tu dah la putih putih, lawa lawa, kulit licin, hidung mancung, tapi diorang selalu puji aku cakap aku cantik. Walhal aku tahu je diorang cuma nak sedapkan hati aku.

Tapi aku terharu effort diorang untuk buat aku lupa akan kekurangan aku.

Diorang semua dah ada boyfriend, tapi aku sorang je takde sape sape. Punyalah risau diorang dekat aku, diorang pun set up kan blind date untuk aku.

So kawan kawan aku yang baik hati cuba kenenkan aku dengan kawan kawan lelaki diorang. Aku pun ikut jelah permintaan kawan kawan aku tu.

First blind date, aku jumpa lelaki yang kawan kawan aku suggest tu. Aku namakan dia Mizan. Mizan tu kawan kepada kawan aku jugak.

First meet tu, kami jalan dalam mall, pergi makan. Tapi first time berjumpa tu pun aku pun dah nampak yang Mizan tu memang takde interest dekat aku. Sebab sepanjang jumpa tu asyik aku je bercakap dan bertanya.

Dia macam langsung takde tanya apa apa pasal aku dan dia macam … aku tanya sepatah, jawab sepatah. End up, Mizan cakap, “Sorry. Saya memang tak boleh nak go dengan awak sebab awak bukan taste saya”.

Balik rumah, aku menangis sebab rasa terhina dia cakap camtu. Well, actually Mizan tak salah pun. Dia dah jujur, memang preference dia bukan aku. Okay la tu dia bagitau awal awal dari senyap tanpa berita kan. Cuma yelah aku je yang terasa lebih.

Sebab dari pandangan aku, Mizan tu tak hensem pun. Maknanya Mizan pun jenis yang pandang rupa jugaklah. Aku bukanlah sedih sebab kena reject pun, cuma aku terkilan sebab dia langsung tak beri ruang untuk kami kenal each other.

Imagine la, dia langsung tak tanya apa apa pasal aku dan langsung tak berminat nak ada deep conversation untuk kenal each other. Tapi biasalah kan. Love starts from the first sight. Dah memang aku hodoh dan aku kena terima.

Second blind date, pun kawan kawan aku jugak yang arrange. Sayangnya diorang dekat aku sebab risau aku kahwin lambat. Diorang semua pulak lepas habis degree terus nak kahwin.

Aku pun pergilah jumpa the second guy. Aku namakan lelaki ni Haikal. Kali ni kami keluar berempat dengan kawan aku.

Kawan aku bawak boyfriend dia. Jadi masa makan makan tu, Haikal ni sibuk duk tengok tengok dan usha kawan aku. Sikit sikit sembang dengan kawan aku.

Sampai aku confuse, dia ni nak berkenalan dengan aku ke kawan aku. Padahal obvious lah kawan aku tu dah berpunya. Mata pun tak nak lari dari asyik pandang kawan aku. Yelah kawan aku tu memang sangat cantik tapi dah berpunya.

Haikal ni buat aku macam tunggul. Ada tu aku tanya soalan, dia tak jawab dan sibuk tanya kawan aku duduk mana suka apa. Boyfriend dia pun melayan je. Nampak gaya si Haikal ni macam syok dekat kawan aku. Tapi bdohkah dia syok dekat tunang orang?

Sakitnya hati aku bila Haikal ni nampak macam obvious sangat palau aku. Aku rasa terhina sekali lagi. Balik rumah je aku whatsapp si Haikal ni. “Awak sebenarnya masih nak kenal saya ke tak? Kalau tak nak, bagitau”.

Si Haikal ni blue tick je whatsapp aku dan sedar sedar dia dah block. Sakit pulak hati aku. Betul betul reject cara kasar.

Lelaki ketiga ni pun kawan kenalkan jugak, aku namakan dia Fahmi. Aku serik dah nak kenal lelaki, tapi kawan kawan aku ni memang gigih nak kenenkan aku dengan kawan diorang. Fahmi ni hensem, memang ada rupa.

Awal awal lagi aku cakap, “Ish laki hensem manalah nak pandang orang macam saya ni”. Tapi kawan aku cakap, tak cuba tak tau. Pastu aku suruh kawan aku hantar gambar aku kat Fahmi. Kalau Fahmi rasa berminat, baru aku akan jumpa dia.

Tapi tak sempat jumpa pun, sebab Fahmi cakap “Rasa macam tak leh nak go. Sorry”. Aku pun dah expect pun jawapan Fahmi ni. Dia ada rupa kot, manalah nak suka wanita macam aku.

Aku pun dah try daftar website cari jodoh. Baitul Muslim, Baitul Jannah, Till Jannah. Aku punyalah langgan yang premium dan karang panjang panjang dekat bio. Aku cerita hobi dan interest aku.

Tapi takde sorang pun yang PM aku. Tapi aku tak putus asa. Aku pergi bagi salam dekat semua lelaki dekat website cari jodoh tu. Tapi mengecewakan, takde sorang pun balas. Aku frust lagi. Aku rasa hopeless.

Aku selalu fikir, memang lelaki melayu ni mostly suka perempuan kulit cerah je ke? Habis tu perempuan kulit gelap macam aku ni takde sape ke yang nak? Aku sampai pernah terfikir nak pergi ccuk vtamin c (drip) sebab nak putih.

Tapi disebabkan faktor kewangan, aku pun tak mampu, jadi aku tak buat. Aku cuba dah makan vtamin c 0rally, tapi selepas 5 tahun takde kesan pun. Tak jadi putih pun, cuma kulit glow sikit lah.

Aku pun pernah terfikir nak buat plastic svrgery untuk betulkan features muka aku supaya nampak normal. Kalau features muka aku ni ejas sikit, aku confident aku akan nampak lawa. Hidung pun sama, kalau dimancungkan sikit, confirm cantik.

Aku rasa muka aku ni kalau ejas sikit pun dah ok. Tapi tulah, aku masih ada agama. Aku takut nak mati nanti macam mana la azab kubur untuk orang yang renovate wajah.

Zaman sekarang ni lagilah senang nak renovate muka, sebab dah ada teknik filler. Tak perlu bedah pun, hanya inj3ct filler boleh terus cantik.

Aku selalu terfikir, kalau Islam halalkan renovate muka, akulah orang pertama nak ccuk filler tu untuk mancungkan hidung. Dan features muka memang terpaksa undergo surgery sebab kena betulkan jawline, dagu dan gigi.

Tapi tulah, aku memang tak boleh nak buat atas faktor agama. Aku masih beriman. Aku takut Allah. Aku sebenarnya bersyukur sangat aku ni sempurna fizikal, tiada cacat cela, tapi aku cuma down bila orang hina aku.

Ni dah masuk 30-an, orang yang paling banyak bising mestilah mak aku. Mak aku selalu mengeluh cakap anak jiran anak kawan semua dah ada 3-5 orang anak sementara aku jodoh pun tak nampak bayang.

Mak aku selalu mengeluh cakap “Kau pergi lah kahwin dengan mana mana lelaki.. Mak dah penat bila orang tanya bila kau nak kahwin”.

Aku jawab kat mak “Nak kahwin macam mana, takde orang nak”. Pastu mak aku cakap “Usahalah.. pergi cari lelaki..”…

Aku ni dah macam usaha buat,, sampaikan di media social pun aku approach je mana mana lelaki yang bujang.. tapi macam biasalah.. aku bukan taste diorang..

Last last mak aku cakap “Hmm malang betul la aku ni dapat anak hodoh. Anak orang lain semua lawa lawa, laku je ramai orang nak… anak sendiri tak laku laku”.

Mak aku selalu ulang ayat ni. Aku rasa berkecai hati bila mak cakap aku hodoh. Aku expect mak akulah yang akan jadi orang paling supportive, tapi mak sendiri pulak yang hina fizikal anaknya.

Kadang kadang mak cakap “Apalah mak makan dulu sampai anak dapat hitam macam ni”.

Kau bayangkan, mak sendiri cakap aku hitam. Dan mak sendiri suka puji anak kawan kawan dia yang putih melepak tu. Mak memang pantang nampak orang kulit cerah, sebab bagi mak kulit cerah je cantik, kulit hitam ni buruk.

Aku tak tahu lah nak buat apa lagi. Jiwa aku rasa kosong. Aku dah penat menangis kerana dihina dengan kulit gelap. Tolong berikan nasihat untuk aku. Tolong titipkan kata kata semangat untuk aku. Aku rasa dah tak berdaya untuk teruskan kehidupan.

Adakah masih ada sinar untuk aku keesokan hari? Part jodoh ni pun aku dah nak give up. Kepada lelaki, memang perempuan kulit hitam ni buruk ke? Kulit putih je cantik?

Reaksi Warganet

Humra Aisyah –
Baca confession ni, rasa macam sama dengann diri sendiri. Saya pun bujang, umur dah 35, keje beshe2, gaji tak tinggi mana, mata sepet (orang selalu cakap macam cina), banyak jerawat, hidung pesek. Hehe.. macam sama kan. Jom la kita kawan. Nanti pm saya ye. Leh la kita borak borak..hehe..

Saya pun sama macam TT. Usaha macam macam nak cari jodoh. Orang kenenkan, register baitul muslim, baitul jannah dan seangkatan dengannya.

Sama la macam TT juga, tak ada yang nak dekat saya. Saya bagi salam pun, takde yang reply. Hahaha.. sadis sungguh. Puas la juga tukar tukar description dekat bio tu nak bagi nampak menarik. Tapi nan hado jugak

Azie Azem –
Sedihnya baca bila mak sendiri cakap macam tu, takpe dik… Awak sibukkan diri dengan kerja… At least tak sakit kepala nak fikir pasal masalah rumahtangga..

Kalau boleh duduk sendiri dan jauh dari keluarga lebih baik. Sibukkan diri dengan bersukan sementara tengah sihat dan muda.

Ramai je yang cantik langsing macam model tapi diuji dengan perkahwinan dan anak anak. Stay strong, akak doakan adik dapat jodoh yang baik satu hari nanti

Sally Suhaili –
Ade satu doa akak yang akk rasa Allah dah makbulkn sebijik2. Sebelum doa mintak hajat tu akak faham kan dulu fakta / hakikat jodoh.

* setiap manusia diciptakn berpasangan. Kalau tak dpt didunia dia dapat disyurga.

* Jodoh, ajal, rezeki, setiap minit jalan hidup manusia ni, da ditulis Allah di lauhul mahfuz sebelum manusia ni lahir ke dunia lagi. Tapi setiap apa yang Allah takdirkan ke ats kita, tu lah yang terbaik untuk kita.

So kita kene lapang dada, terima, redha. Dia Maha Tahu sebab Dia yang ciptakn semua. Lagi tahu dari kita sendiri. Ni logik kita kene redha tu.

* Digalakkan cari jodoh yang sekufu. (Or memang yang dicipta untuk kita tu sekufu dah dengan kita. Sebab tu ade ayat perempuan baik untuk lelaki baik dan sebaliknya)

* Priority pilihan jodoh kerana agamanya. Knowing these, akak muhasabah dalam dalam tanya diri kenapa nak sangat kahwin, kenapa nak sangat jumpa jodoh tu.

Then only akak pujuk hati, susun doa selari dengan fakta fakta tadi. Niat nak kawin tu 1stly mesti betul lillahi ta’ala. Contoh2 niat nak kawin kerana agama:

* Sebab nak ikut sunnah rasul

* Sebab nak lahirkn anak dan ramaikan umat Islam

* Sebab nak perbaiki agama dengann berkawin dengan pasangan yang baik agamanya.

Tapi akak admit akak dulu nak sangat kawin bukan la sebab agama which is yang terbaik tu. Akak sebab keperluan psaikologi yang perlu sokongan emosi. Coz in my life path, social net, thats the one im lacking.
So akak susun doa:

“Ya rabbi, jadikan jodoh sebenar benar aku yang Kau ciptakn sejak di lauhul mahfuz dulu, datang cari aku. Kalau hati kami tak terbuka untuk each other, buka kan lah. Kalau kami tak sekufu jd kan lah. Ijab qabulkn kami, redhai kami, bahagiakan kami bersama, setiap saat, dari dunia sampai akhirat.”

Akak doa sepenuh hati penuh emosi masa tu penuh harap dengan rasa lemah tak berdaya tak mampu nak buat apa apa tak tahu nak buat macam mana fully berserah kepada Allah. Hasil dari hati yang hancur sebab beberapa kali buang masa bertemu dengan orang yang salah.

So far akak flash back, ye. Sebijik sebijik macam akak doa. Moga doa ayt last sekali tu makbul jugak.
Kalau rasa bermanfaat sila la. Sekadar perkongsian pengalaman akak. Wallahualam.

Sumber – Dayang Senandung (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *