Tgh berpantang, suami kantoi curang. Aku jumpe resit hotel. Sjk itu aku termimpi2. Aku mula f0bia tengok misi

Foto sekadar hiasan

Pelamin Anganku Musnah

Hai semua, semua nama dalam cerita ni bukan nama sebenar ya. Nak cerita masalah aku.

Namaku Siti, umur 32, dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata 2 orang.

Aku dan suamiku, Ahmad, sama umur berkenalan ketika di universiti. Selepas 4 tahun bekenalan kami bernikah. Selepas nikah kami duduk berasingan kerana kerja.

Aku di KL, Ahmad di selatan tanah air. Tetapi kami tetap berjumpa pada setiap hujung minggu. Selepas setahun bernikah aku akhirnya hamil. Melahirkan anak perempuan secara pembedahan.

Ahmad dapat cuti 1 minggu ketika itu untuk tolong aku berpantang. Selepas itu dia berkerja seperti biasa. Aku berpantang di rumah ibuku diselatan tanah air.

Ketika pantang aku rasa lain macam, mungkin Allah nak tunjuk. Ahmad kantoi dengan aku yang dia curang dengan nurse nama Hazwani di selatan tanah air.

Alasannya dia kata sebab aku pantang jadi dia tak tahan godaan syaiitan. Aku time tu meroyan dan ketika itu aku ada dirumah ibu mertuaku.

Kiranya hanya aku, ahmad dan mertuaku sahaja yang tahu. Ahmad mintak peluang kedua, dia bersumpah depan mak dia yang dia takde tidur dengan Hazwani, cuma mesej lcah je. Ada plan nak jumpa di hotel tapi tak sempat. Aku siap jumpa lagi resit hotelnya.

Aku tak tahu nak percaya atau tak, tapi mertua ku minta aku maafkan anaknya. Suruh aku pikir apa nasib anak perempuan aku kalau kami bercerrai.

Sejak peristiwa tu, aku dah macam tak betul, aku asyik mimpi Ahmad curang dengan ku.

Bagi aku curang ni maksudnya bila mesej dengan berlainan jantina sebab niat lain, bukan urusan kerja.

Mungkin aku ni kolot sebab aku sebelum ni tak pernah bercinta sebab aku ni hitam orang nya. Tak de orang nak.

Start dari hari kantoi aku dah tak percaya Ahmad ni. Aku asyik meroyan call Ahmad marah marah. Hilang rasa hormat dekat suami sendiri.

Aku selalu bergaduh baling baling barang sebab teringat mesej lcah Ahmad dengan Hazwani. Hancur hati aku time tu.

Aku asyik mintak cerrai tapi Ahmad tak nak bagi sebab dia kata dia sayang aku. Hubungan kami dah hambar, dah takde lagi hormat dekat suami sendiri.

Aku rasa aku ni tak kan jejak kaki dekat syurga sebab derhaka kat suami. Tinggikan suara, mencarut dekat suami.

Tiap hari time solat aku doa mintak Allah tunjuk kan dekat aku kalau Ahmad curang.

2 tahun berlalu, Ahmad aku tengok macam ada perubahan sikit. Sebelum ni dia macam jenis lelaki ego, lepas peristiwa hitam tu dia ada berubah, dia cuba nak jaga hati aku kot.

Mungkin rezeki anak, aku dapat pindah tempat kerja dekat dengan Ahmad. Jadi kami hidup sebumbung.

Perlahan lahan aku cuba lupakan kisah hitam, kerana aku dah kenal Ahmad lama, jadi aku macam dah selesa hidup dengan dia.

Kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki. Ye aku tau, mesti korang yang tengah baca ni pikir “Wah tengah gaduh gaduh pon sempat tambah anak”. Nak buat camna aku ni kesian tengok Ahmad buat muka seposen dekat aku malam malam.

Lagi pon dia masih suami aku. Aku risau kalau tak bagi nanti dia cari perempuan lain. Sejujurnya aku sayangkan Ahmad. Cinta pertamaku, lelaki pertama yang pikat aku jadi macam susah nak move on.

Pada masa yang sama aku takut jadi janda, aku takut apa orang pikir. Aku ni takde keyakinan diri. Aku ni memang jenis risau apa yang orang pikir. Aku telah di uji dengan kata kata aku.

Waktu alif aziz, afifah nasir kantoi curang aku lah antara netizen yang kutuk bella yang cakap “Alah tinggal jela laki tak guna tu, dah curang buat apa nak simpan lagi, kalau aku dah lama angkat kaki”.

Bongkaknya aku time tu dan Allah telah uji aku dengan kata kata ku.

Kini aku hidup dah tak macam biasa. Aku rasa aku depress, aku fobia tengok nurse. Kalau nampak nurse mesti aku nak tengok nama dia Hazwani ke? Sebab aku nak tanya Hazwani tu depan depan. Aku tak salah kan perempuan tu, sebab Ahmad yang mulakan dulu.

Kalau dia tak gatal miang, takde nya orang ketiga dalam hidup kami. Dia yang buka pintu kepada orang ketiga.

Aku taktau pasal Hazwani ni sebab Ahmad dah patah kan sim tepon dia awal awal. Entah la, korang rasa dia dah tidur ke tak dengan perempuan tu?

Ahmad pula sekarang walaupun dia dah jaga solat, rajin baca buku agama, kadang kadang bagi ceramah dekat aku tapi aku ni tak boleh lupakan apa yang dia buat belakang aku. Aku tak tahu la dia ni ikhlas berubah atau saja wayang depan aku.

Anak kami kami pon dah besar, aku cuba kurangkan gaduh dengan Ahmad. Sebab aku ni suka mengungkit. Aku suka sakitkan hati Ahmad dengan kata kata ku.

Setiap minggu kalau tak gaduh aku rasa tak tenang. Aku macam tak boleh nak maafkan dia.

Dah hampir 4 tahun peristiwa ni berlalu dan aku ni hidup tak tenang. Rupa rupanya sebelum kami dapat anak lagi suami aku selalu mesej perempuan dekat tinder, bigo, omi etc tu. Aku cuma tahu bila dah ada anak.

Nasihat aku dekat perempuan di luar sana tu, orang lelaki ni dia pandai. Kalau dia nak curang tu, macam mana kita nak halang mesti dia ada je jalan nya, pasang la trap macam mana pon.

Berburuk sangka lah dengan suami anda sebab orang lelaki ni pandai berlakon. Ahmad tak pernah ada pasword dekat henset dia sebab nak butakan aku.

Aku sekarang tengah cuba nak bangun perlahan lahan setelah jatuh terjelepok hidup dalam fantasi aku yang ingatkan suami aku ni setia.

Dia depan perempuan konon malu malu belakang kita naik tocang.

Jangan letak kepercayaaan 100 peratus kat suami. Tengah cuba nak berpisah cara baik ni. Doakan aku ye semua.

Reaksi Warganet

Nor Ain Shahajar Ahmad –
Saya faham cukup susah nak lupakan apa yang berlaku. Doa banyak banyak susah payah puan nak baiki keadaan dan memaafkan, akan mudahkan perkara lain. Mungkin anak sihat dan bijak. Mungkin murah rezeki. Beri kesihatan yang baik.

Memang susah. Sebab akan berdendam. Mudah nak bercakap. Berdasarkan cerita pun suami dah nampak insafnya. Moga sama sama bahagia dunia akhirat. Dan tak berulang lagi

Ana Farhanah –
Satu lagi puan, kaut duit amat banyak banyak dulu. Untuk masa depan korang 3 branak la jugak.

Insurans, harta, penama bagai paksa dia letak nama puan dan anak. Kalau dia tanya kenapa, puan sembur je amat tu. Jaminan sekiranya ko curang dan buat bahana atas kesetiaan aku.. hahahaha..

Bella Shana Nar –
Susah nak lupakan apa yang dah berlaku lagi lagi dengan dosa bermaksiiat. Tak ade isteri yang akan redha dengan perbuatan curang…

Kerana doa isteri ada untuk setiap langkah suami mencari rezeki halal utk keluarga dan juga keberkatan rumahtangga bukan lah untik bermaksiat..

Sekiranya suami dah berubah, Alhamdulillah, semoga tak berulang lagi…

Sumber – Siti (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *