Di pantai, ditegur laki xdikenali. Sambung lepak di lobi. Dia bagi sesuatu. Aku mula terasa nak giila

Foto sekadar hiasan

Penyesalan

Assalamualaikum dan hai semua.

Nama aku Syasya umur late 20’s. Aku bekerja dalam bidang human resources.

Aku start kerja since early 2017 dapat posting jauh dari hometown aku. Sangat jauh kalau nak balik pun kena ambk cuti panjang huhu. Aku sewa rumah kecik saja.

Jadi masa tu startla rutin aku sorang sorang. Most of the time aku sorang. Aku jenis yang stay home saja. Tak suka keluar tak suka crowded places.

Aku rasa sangat sunyi. Mak aku dah meninggal lama sejak dari aku kecik.

Aku anak bongsu dari 4 beradik. Aku ada 3 abang dan seorang kekasih hati (my babah). Nak kata manja tu taklah hehe.

Actually aku taktau nak mulakan cerita. So here it goes.

Kerja aku sangat stress serius stress giler kadang aku balik lewat nak settlekan keja sampai jam 9pm. Dahla aku balik tu takde orang dekat rumah.

Nak cerita stress aku tu memang takde orang. Aku selalu share masalah dengan bestfriend aku tapi dia takde dekat sini.

Dia dekat Brunei, study sana. Tu pun kitorang jarang call. Aku rasa sunyi, hati aku sangat perlukan orang untuk bercerita. Aku tak suka bercerita masalah kerja dengan family.

Dec 2017 company branch aku ada buatlah new year party kecik saja untuk staff.

Aku ni dahla jenis lone ranger huhu takde partner untuk berbual bual dekat situ. What i mean is aku staff paling muda most of my colleague semua dah kahwin, bawak family dorang.

Masa aku nak balik tu aku macam bosan kalau balik rumah pun bukan ada apa pun jadi aku decide nak pergi lepak dekat pantai sesorang.

Malam tu tergerak hati aku nak keluar bersiar sesorang. Aku duduklah main phone buat IG story gituu haha. Elok saja aku duk situ ada lah seorang lelaki ni sapa aku.

Nama dia Alif. Dia tanya aku “u okay ke? Dari tadi i tengok u sorang sorang saja. Tempat ni ada bahaya sikit” and dia tanyalah aku dari mana kerja mana buat apa kat sini.

Aku pun bercerita serba sikit pasal life aku and same goes wth him.

Alif ni “baik” aku suka tengok dia sebab kalau bercerita dia ni tak ingat dunia kalah aku sebagai perempuan.

Tapi aku takde lah terus jatuh hati haha. Sebab aku ni dengan lelaki takde nak control sopan bagai sebab household aku semua lelaki aku layan sama macam kawan saja.

Elok saja kitorang terbahak bahak ketawa geng Alif panggil bagitau nak balik hotel. So Alif bagitau kawan dia, yang dia stay lewat sikit nak teman aku lepak.

Jujur aku bagitau memang Alif ni baik sangat baik sampai aku terfikir boleh ke kalau aku dengan dia ni? Nak kenal lebih lah.

Sampai jam 12am aku bagitau dia aku nak balik dah sebab lewat. Dia minta tolong aku untuk drop off dia balik hotel.

Aku dah pelik dah kau ni kenapa nak suruh perempuan hantar kau balik. Tapi takpela sebab kawan dia dah balik dulu so aku kesian dan okay saja hantar dia balik.

Sampai hotel Alif pelawa aku untuk join dia lepak dengan geng dia tu tapi aku cakap tak nak sebab lewat plus aku tak kenal dia.

Dia insist lagi bagitau “alaa bukan lepak dalam bilik. Dekat lobby hotel saja plus kalau i nak do something dekat u tadi dah i dah buat”

Start sini aku dah rasa takut tapi aku kuatkan hati sebab masa tu ramai orang dekat hotel tu jadi aku fikir kalau jadi apa apa pun aku boleh lari aku boleh jerit.

Long story short aku follow Alif ke lobby hotel.

Aku tengok geng dia tadi dekat situ. Aku rasa lega sebab aku tengok ada one of his friends bawak wife dia. Meaning bukan aku seorang saja perempuan situ.

Kitorang lepak entah apa pun aku tak ingat sembang pasal apa.

Aku rasa penat yela sebab seharian di luar. Lepas tu demi Allah dekat sini aku tak ingat apa yang jadi. Aku tahu Alif bagi aku something aku rasa nak giila.

Aku sedar saja aku dah dalam bilik dengan Alif. Aku merayu dekat Alif. Aku merayu nangis tolong lepaskan aku. Tapi kudrat seorang perempuan.

Pagi tu aku sedar aku rasa sakit. Sakit yang amat yang tak pernah aku rasa. Aku kuatkan diri aku, aku pakai balik baju aku dan aku terus keluar.

Aku tak tahu mana Alif. Yang aku nak masa tu aku nak balik. Masa aku drive mulut aku tak berhenti sebut Allah tak berhenti sebut nama babah.

Sampai saja aku rumah aku terus mandi aku terus nak tido. Aku rasa bodoh aku rasa hina. Aku dah tak boleh nak fikir apa.

Terdetik hati aku nak lapor polis tapi aku nak cakap apa? Bagitau yang aku follow stranger masok hotel? Hancurkan hati babah? Malukan nama aku?

Aku tahu aku salah. Aku menyesal. Ini penyesalan terbesar aku.

Start sini hidup aku kucar kacir. Aku lost meaning of life. Aku self harm. Hati aku kosong aku rasa sakit. Setiap masa aku rasa aku manusia paling hina.

Masa tu aku kuatkan hati dekat workplace aku macam biasa colleague aku tak perasan pun perubahan dekat aku. Sangat sakit bila aku terpaksa pura pura dengan semua orang. Aku benci semua orang.

Apa aku dah buat sampai Allah hukum aku. Aku sakit hati dengan semua. Aku tak boleh tengok cermin. Aku benci tengok diri aku.

Sampai a week lepas tu aku pengsan dekat tempat kerja.

Aku sedar saja aku dah dekat klinik aku nangis kenapa Allah masih biar aku buka mata kenapa Allah tak tarik saja nafas aku? Kenapa aku susah sangat nak mati?

Masa tu kak Fara ketuk pintu. Kak Fara ni senior aku. Dia masuk terus peluk aku dan pegang tangan aku. Dia bisik, “nangis saja sya, kak tau sya tak kuat” aku betul betul lost masa tu. Apa yang aku nak cuma orang peluk aku bagitau yang aku akan okay.

Doktor masa tu tahu yang aku ada suiicidal thoughts kak Fara yang bawa aku pergi klinik. Doktor suggest aku pergi therapist so aku pun decide buat. Kak Fara yang stay dengan aku masa tu. Thank u kak.

Sampai hari ni aku tak pernah cerita pun dengan sesiapa even dekat aku punya therapist. Dr cuma tau yang aku diagn0sed with social anxiety. Aku kesal. Sangat menyesal dengan diri aku.

Dear Alif, u know who u are. Kau ragut kehormatan aku, musnahkan hidup aku. Aku tak kenal pun siapa kau.

Coretan hidup yang kau cerita masa tu aku tak pasti adakah cuma umpan untuk aku.

Sokay, aku maafkan. Aku dan kau cuma manusia hina dan lemah.

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah. Ini adalah ujian terbesar aku. Aku ikhlas sebab dengan ujian ini aku rasa aku makin dekat dan tunduk pada Dia.

Aku bergantung sepenuhnya pada Dia. Setiap gerak geri yang aku lakukan kini adalah untuk Dia. Setiap sujud aku untuk Dia. Walaupun many years dah berlalu aku masih trauma.

Setiap manusia ada kesalahan. For those yang pernah melalui fasa ini percayalah. Korang akan bahagia mungkin bukan dekat dunia. Tapi dekat akhirat Allah.

It takes time to heal. Just. Stay strong dear.

Reaksi Warganet

Faridah Husin –
Serius seram. Thank you share dekat sini Sya. Harap lebih ramai yang baca dan ambil pengajaran.

It took only seconds for these predators to ruin their viictim unknowingly. Stay strong Sya

Shah Dafi –
Bahaya. Patut repot polis guna kan cctv yang ade dekat hotel untuk kesan si aliff nie. Risau dia akn ulang benda same dekat perempuan lain. Dapat tangkap si aliff maka dapat tangkap yang atas atas mengedar tu sekali

Anita Kamarudin –
Ni yang orang cakap. Jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang.

Lembu boleh lepas je kat padang ragut, lepas pagi, petang ambik. Tapi anak perempuan tak boleh biar lepas gitu. Kalau dia tak buat hal, predators datang buat hal.

Macam ni. Bukan buruk sangka. Tapi risk management.

NuRaz Wan –
Kenapa anak anak gadis berani bersendirian, malam malam buta. Kalau dah takde kawan, duduk dirumah adalah lebih selamat.

Sebagai ibu, saya sangat curiga dan selalu berpesan macam macam pada anak perempuan saya, lebih lebih masa mereka masih study dekat u, pergi balik naik bas.

Tapi sebagai ibu doa doa pendinding tidak pernah putus saya kirimkan sepanjang anak diluar.

Ambil perhatian anak anak gadis semua. Jangan dedahkan diri pada sebarang kemungkinan.

Tak pelah sunyi ke, sepi ke. Tengok tv, main handset, apa sahaja. Asal jangan bersendirian di luar.

Lebih lebih lagi tempat sunyi. Lebih baik jadi penakut dari berani tak kena pada tempat..

Nat Amirah –
Sis, moga kuat hadapi ujian ni dengan tabah. Cume sis silap tak buat report.

Masa saya jage budak bermasalah, ada sorang budak ni lebih kurang macam sis. Cume perkenalan dekat we chat. Frust dengan byf lama cari orang lain sekali termasuk mulut buaya, mengandung. Da lelaki tu still aktf bermadah dilaman social.

Sebenarnya report bukan untuk diri sendiri tapi lelaki tu sepatutny kene terima hukuman yang setimpal dan tidak terkene pada orang lain.

Saya tiada dekat tempat sis, saya tahu pahit untuk kita telan tapi percyala pasti ada pelangi selepas hujan.. insyaAllah

Sumber – Syasya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *