Foto sekadar hiasan
Ibu, Mak, Mama, Umi, Let’s Help Each Other!
Hai assalamualaikum admin dan pembaca. Saya nak berkongsi cerita tentang kejadian yang berlaku pada saya minggu lepas.
Waktu tu, saya ke klinik untuk mengambil suntikan perancang. Anak yang nombor 3 berumur 6 tahun ikut saya.
Ketika menunggu giliran, saya menyedari ada seorang baby 3 bulan yang menangis tanpa henti.
Kelihatan ibu baby ke hulu kehilir mendukung dan menenangkan baby. Saya terdengar suara seorang ayah yang duduk dibelakang saya bersama baby bersuara,
“Bisingnya baby tu. Anak aku nak tidur pun susah”.
Lepas nama saya dipanggil dan selesai suntikan, saya masih melihat ibu tu belum dipanggil nama. Saya datang dan bertanya pada ibu tersebut.
Rupanya, itu adalah anak pertama dan baby high demand. Dia terlupa minyak yang biasa disapu pada perut baby.
Nasib baik saya punya pengalaman, anak sulung 14 tahun lepas juga kategori kuat menangis.
Saya ajak ibu masuk bilik menyusu. Massage baby tanpa minyak, saya bedung (asalnya baby tu tidak berbedung). Kemudian saya pasang bunyi air cooler di youtube dan dodoi berdiri.
Lama lama bayi tu pun tertidur. Nampak sangat ibu tu sangat letih dan mungkin malu juga dek pandangan orang ramai.
Disebabkan saya dah habis appointment, saya offer untuk jaga baby di bilik menyusu dan minta ibu duduk diluar bilik nurse tunggu nombor giliran.
It takes a village to raise a child. Kepada semua ibu, marilah kita bantu sesama sendiri. Terlupa bawa pampers? Jangan malu untuk minta pada ibu lain.
Dengar bayi asyik menangis tidak berhenti di public? Offer some help. Puan, boleh saya cuba tenangkan anak puan?
Terlupa sunscreen? Some of us got it. Tanya je. Terlupa bawa toys? Kebetulan anak ada bawa lebih.
Jangan malu untuk minta tolong dan jangan malu untuk tolong ibu ibu yang lain. Kadang ibu ibu ni takut dilabel ibu yang tak pandai jaga anak sebab tu mereka segan minta tolong.
Anak anda lapar di klinik tapi makanan tertinggal atau dompet tertinggal? Tanya je. Kita bantu.
Ada ibu yang sumbat roti roti dan snacks baby dalam handbag. Kita ni kan boleh jadi doraemon. Macam macam ada. Kalau nampak dia segan, kita sendiri offer pada dia.
Menjaga anak lagi lagi yang masih kecil di public adalah susah bagi sesetengah orang. Mana yang kita boleh tolong, tolonglah.
Lets help each other. Kongsi ilmu (yang betul) pada new parents.
Pernah saya terserempak dengan parents yang susah pujuk anak tantrum mintak belikan toys.
Dari mimik muka nampak yang parents tengah malu orang pandang anak mereka terbaring tantrum. Saya cangkung sebelah dan cakap pada anak tu.. (hasil pengalaman anak waktu kecik dulu).
Alhamdulillah tantrum berhenti. Saya cakap pada parents tu, its okay. Budak masih belajar untuk kawal emosi dia. Kita ajar kan anak tu pelan pelan supaya dia faham..
Apa yang new parents tengah hadapi, saya pernah hadapi suatu masa dulu.
Sabar, sabar, dan sabar. Sekejap je mereka akan membesar. Apa yang penting, kurangkan jadi judgemental.. dan lebihkan membantu.
Kepada ibu ibu yang ada baby high demands, bersabarlah.
Anak high demand saya dah membesar dah 14 tahun, dia seorang yang sangat penyayang, berdikari, dan sangat bijak. Jangan merasakan anda gagal jika anak anda kuat menangis waktu kecil.
Take a break, dan enjoy the moment. Waktu tu sahaja mereka akan menangis minta ibu. Bila anak dah besar, kita pula yang rindu nak mereka panggil kita.
Teruskan semangat para ibu!
Reaksi Warganet
Mastura Mohd Rasyid –
Betul tu. Penah juga offer untuk jagakan baby sementara ibunya nk solat. Sebab sangat faham rasanya macam mane nak solat dengan ada baby bila at public place.
No harm offering the help. Terpulang kepada si penerima pertolongan, nak terima ke tak.
Yunus CT –
Perkongsian yang menarik dan bermanafaat kepada ibu ibu muda.
Sedekah ada bermacam cara, yang ini sedekah ilmu yang bermanafaat, yang kadang kala tak ramai orang terfikir.
Syabas dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi ilmu.
Ctnur Abdul Hamid –
Good to share. Kalau pertolongan macam bagi barang ok je, cuma kalu makanan ni kena pastikan dulu anak orang tu ada alergic ke tak. Pemakanan sama ke tak macam anak kita.
Kalau bab nak dukung dukung ni saya risau sikit sebab zaman zaman penyakit ni kalau pegi klinik, lebih rela tak ke tandas daripada nak kena tinggal anak dekat orang lain.. Dah la anak jenis merayau je dalam klinik
Lashin RA –
Saya tak cadangkan tolong tenangkan baby. Cukup hanya beri barang. Saya pernah dengar perempuan nak hempas anak bila ada orang nak tolong tenangkan.
Ingatkan kenapa rupanya sebab yang nak menolong tu mengata perempuan tu gemuk masa mengandung.
Basically, orang yang menyakitkan hati dia, jangan sibuk pegang anak dia. Jangan campur sangat parenting atau mengendeng sangat anak orang kalau maknya tak kasi atau tak minta tolong.
Sebab tu selalu confinement ladies ke hired baby sitter ni orang yang senang ngam dengan mak anak kecil ni.
It’s their new phase and they are still unfolding it. Everyday is like a surprise.
Kita pun tahu kalau kita punya communication style macam mana jenis kritikan ke, jenis memujuk ke, jenis empati ke, jenis memahami ke dan mak ni macam mana kelakuan dia under certain situation.
Selalu kalau kita pergi klinik kesihatan tu kan or baby room kat shopping, or pumping room, for example tempat menyusu tu, masing masing pun,
“eh, nak duduk ke, kejap saya letak barang ke tepi,” “sorry ye kejap je lagi,” “anak saya pun kuat menangis kalau lapar susu”, atau just senyum senyum, tak cakap apa apa, or, perbualan semua macam friendly, you are not alone mode kinda conversation, exchanging pleasantries je.
Kalau mak tu cerita lebih, kita dengar jelah, takde judge apa.
Sumber – Super Mama (Bukan nama sebenar) via IIUMC